Isnin, 11 April 2011

Bayi...

"Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah dengan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beerapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju ke arahnya.

"Bagaimana keadaannya, doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaanya amat kritikal. Si ibu sudah tidak sedarkan diri." Jawab doktor itu.

"Jadi,bagaimana doktor..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan kedua-duanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi."

Lelaki tersebut kebingungan, dan tidak dapat berkata apa-apa...

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat membuat pilihan!"desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati,lelaki itupun berkata dengan nada sayu,"Doktor, saya sangat bingung... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah satu salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan di saat genting. Seorang doktor beragama Kristian/ Katolik, ia akan beruasaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor Muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, kedua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad. Mengapa ia boleh berlaku sedemikian?

Dalam agama Kristian, setiap manusia yang lahir membawa dosa, doktrin ini dikenali dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa . Untuk menebusnya, ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya menyelamatkan si anak,agar ia dapat lahir dengan selamat dan sihat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, dengan tujuan untuk menebus dosanya. Ini kerana dosanya belum sempat ditebus.

Dalam Islam, setiap manusia yang lahir dalam keadaan fitrah dan suci. Doktor Muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana ia tidak bimbang akan bayi yang masuk neraka. Dengan terselamatnya si ibu, Insya-Allah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapat ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan ke dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tidak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini, ada banyak agama dan kepercayaa. Kita akan sering dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kisah ini adalah salah satu daripadanya contohnya. Beruntunglah orang yang selalu diberi jalan untuk mencari ilmu yang bermanfaat, yang selalu dijadikan pedoman dalam mengambil keputusan dari sekian banyak pilihan yang ada.

TERUSKANLAH MENGKAJI ILMU-ILMU AGAMA, MUDAH-MUDAHAN PENGETAHUAN YANG KITA PEROLEH AKAN SEMAKIN MEMANTAPKAN KITA DALAM MEMUTUSKAN SUATU MASALAH, DAN SEMOGA AKAN LEBIH MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T

Pesbuk oh Pesbuk…

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Pesbuk sebagai medium bersosial terkini.

Pesbuk oh Pesbuk…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Pesbuk oh Pesbuk…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Pesbuk oh Pesbuk…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Pesbuk oh Pesbuk…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Pesbuk oh Pesbuk…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Pesbuk oh Pesbuk…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Pesbuk,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berPesbuk,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berPesbuk,
Tengah mesyuarat pun ada orang berPesbuk,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Pesbuk,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Pesbuk?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Pesbuk?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Pesbuk,
Makan: Pesbuk, minum: Pesbuk, bermain: Pesbuk, berjalan: Pesbuk…

Pesbuk…Pesbuk…Pesbuk!
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,

Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat T A A T.... :)

Ketenangan H AN Y A dicapai melalui zikrullah.

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa Kehambaan

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.

Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?

Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Rasa Bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.

Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:

"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Memahami Maksud Takdir Allah

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Mendapat Hikmah Bila Diuji

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.

Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri

Bank vs R I B A'...

Apa yang membakar lagi semangat dan meneguhkan lagi pendirian saya ini (pembiayaan bank Islam haram) adalah apabila mendengar penceramah pertama dipersidangan tersebut Dr. Umar Vadilliodengan lantangnya
 menyatakan bahawa perbankan islamik itu "double" haram.

Diikuti pula oleh Sheikh Imran Hosein yang bersependapat sedemikian. Pada hari kedua pula Dr. Aziuddin dari KUIS pula menyatakan perbankan islam "triple" haram. Disini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamik kah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh dipersidangan riba' ini menyatakan sedemikian.

Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.

Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali (double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan.

Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan sekalian kepada satu hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa diakhir zaman dimana pengaruh dajjal telah bermaharaja lela, apa yang kelihatan amat berbeza dari realiti sebenar, baginda mengumpamakannya dengan air sungai yang sejuk dan juga api, apa yang kelihatan sejuk seperti air sungai adalah api yang panas dan sebaliknya, jadi mungkin apa yang dilihat suatu yang positif dari perbankan islam ini adalah sebenarnya api yang sedang membakar umat Islam yang terpengaruh dengannya? Tidak cukup hanya dengan mata fizikal dan ilmu dunia sahaja untuk melihat realiti sebenar di akhir zaman ini, perlu ada usaha lain untuk melihatnya.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.                                                                                       
Surah Al Imran 3:92

Perbankan Islam Juga "Mencipta" Wang Tanpa Sandaran.

Sebelum ke persidangan riba' yang lepas saya menganggap bahawa hanya wang deposit penyimpan didalam perbankan islamik sahaja yang akan dipinjamkan kepada peminjam, contohnya jika jumlah keseluruhan deposit penyimpan adalah 1 juta ringgit, maka hanya sejumah itu sahaja yang akan digunakan untuk membiayai pembelian untuk peminjam, akan tetapi apabila mendengar penjelasan dari pembentangan kertas kerja oleh beberapa panel dipersidangan ini, maka tiadalah lagi keraguan akan ketidak islamiknya perbankan islam itu pada diri saya. Didalam buku terbaru Real Money karangan Prof Ahamed Kameel Mydin Meera dari UIA juga jelas membangkitkan perihal aktiviti perbankan islam ini yang mana jelas bersekongkol dengan perbankan konvensional merosakkan keseluruhan masyarakat, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat manafaat darinya iaitu pekerja dan pemegang saham bank tersebut (dan juga kerajaan dari cukai yang diperolehi).

Asas perbankan konvensional dan islamik adalah sama iaitu mencipta wang baru menerusi pinjaman melalui sistem pecahan simpanan (fractional reserve sistem), perbezaannya adalah perbankan Islam menggunakan wang yang baru dicipta itu tadi untuk tujuan yang kononnya berlandaskan "shariah", majoritinya adalah melalui konsep ijarah yang mana pinjaman diberikan menerusi proses membelikan sesuatu aset bagi pihak peminjam dan menjualkannya kembali dengan harga yang berlipat kali ganda.

Lihat contoh berikut, katakan terdapat 2 rumah yang sama harganya katakanlah RM300,000 dibiayai dengan pinjaman dan pembiayaan, iaitu satu secara konvensional dan satu lagi secara "islamik" untuk tempoh 20 tahun, katakanlah kadar faedah adalah 6% yang mana digunakan terus oleh bank konvensional tetapi bagi perbankan islamik ianya juga akan digunakan sebagai asas perkiraan harga rumah yang akan dijual semula kepada peminjam. Kedua-dua bank islamik dan konvensional akan "mencipta" wang sebanyak RM300,000 melalui kira-kira perakaunan menggunakan sistem pecahan simpanan (fractional reserve system) dan wang yang baru dicipta ini bukanlah deposit dari penyimpan. Bank konvensional akan meminjamkan wang tersebut manakala islamik bank pula akan membeli rumah dan menjualkannya semula kepada peminjam

Bayaran bulanan bagi kedua-duanya adalah RM2,149.29 (untuk memudahkan perkiraan, selalunya bayaran bulanan perbankan islamik lebih mahal dari konvensional) untuk selama 20 tahun. Perbankan Islam akan meletakkan RM515,830.59 sebagai harga jualan rumah tersebut kepada peminjam. Perbezaan sebanyak RM215,830.59 dikira sebagai bunga bagi perbankan konvensional dan keuntungan bagi perbankan islamik. Kedua-dua bank mencipta RM300,000 dengan hanya kira-kira perakunan akan tetapi keuntungan bagi pihak perbankan islamik telah pun tersedia. Supaya anda lebih memahaminya lagi mari kita lihat baki pinjaman selepas 10 tahun.

Menerusi perbankan konvensional baki selepas 10 tahun adalah sebanyak RM193,594.77 manakala bagi pembiayaan islamik pula adalah RM257,914.80. Disini dapat dilihat akan perbezaan baki yang mana bagi perbankan islamik lebih banyak dari perbankan konvensional sebanyak RM64,320.03. Dan jika peminjam mahu menjelaskan pembiayaan tersebut pada masa tersebut, peminjam perbankan terpaksa membayar harga yang lebih kecuali mendapat ihsan diskaun dari pihak bank. Mungkin sebab itu jugalah hampir kesemua perbankan konvensional berlumba-lumba membuka bahagian perbankan islamik kerana mereka tahu ianya lebih memberi dan menjamin keuntungan. Mungkin ada yang berkata sekurang-kurangnya jika BLR naik peminjam perbankan islamik akan terjamin, ini tidak seperti yang disangkakan sebenarnya kerana keuntungan perbankan islamik sudah pun terjamin jika kita lihat dari perkiraan diatas. Perbankan islamik sebenarnya lebih menjaga kebajikan mereka sendiri berbanding peminjam dan ini yang gagal dilihat oleh kebanyakan masyarakat.

Masalah terbesar sekarang ini sebenarnya lebih terletak kepada bagaimana wang pembiayaan itu yang "dicipta" "out of thin air" iaitu atas angin dan tidak berdasarkan suatu yang punyai nilai, hanya bersandarkan kepada janji peminjam untuk membayar balik. Jika RM1000 dipinjamkan pada kadar 10% setahun, selepas setahun RM100 yang dikenakan dianggap riba', bagaimana pula dengan RM1000 yang dicipta tanpa bersandarkan suatu yang bernilai dan secara automatiknya memberikan kuasa membeli tanpa risiko 10 kali lebih banyak dari riba' itu sendiri,bukankah itu riba' yang lebih besar? Ini yang wajib difikirkan semula oleh seluruh masyarakat lebih-lebih lagi oleh cerdik pandai islam yang menyokong perbankan islamik itu sendiri.

Pada pendapat saya, syariahnya perbankan islam itu hanya dilihat dari sudut hubungan antara pelabur dan juga pihak bank sahaja, manakala kebajikan pihak peminjam mahupun masyarakat samada sedikit ataupun tidak langsung diambil kira. Tidak kiralah samada bank islam membeli rumah dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi kepada peminjam ataupun bank konvensional meletakkan pembayaran pinjaman beserta faedah, dalam kedua-dua kes jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank oleh peminjam akan senantiasa tidak mencukupi kerana ianya melebihi jumlah wang yang dikeluarkan pada asalnya. Akibat dari ini masyarakat terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mengumpul sejumlah wang yang mungkin bagi membayar balik pinjaman, contohnya jika 100 ribu dipinjamkan dan 110 ribu terpaksa dipulangkan, dari mana datangnya 10 ribu itu tadi? Ianya tidak wujud kecuali lebih banyak lagi pinjaman diberikan yang mana melaluinya wang baru akan dicipta.

Apa terjadi apabila masyarakat terpaksa bersaing untuk mengaut sebanyak mana wang yang mungkin untuk membayar balik hutang yang berganda banyaknya dari jumlah asal? Masyarakat akan menjadi lebih pentingkan diri sendiri, kedua ibu bapa terpaksa keluar bekerja, anak-anak semakin terabai dan pelbagai lagi masaalah sosial. Pastinya anda seorang yang buta matanya jika tidak nampak keadaan ini berlaku kepada masyarakat kita hari ini? Bandingkan kemajuan masyarakat islam Malaysia khasnya dan sedunia amnya selama berbelas tahun perbankan islamik ini bertapak, adakah masyarakat islam semakin maju? Ya semakin maju meninggalkan Islam dan bukan sebaliknya.

Bagaimana pula dengan inflasi yang mengurangkan kuasa membeli masyarakat dengan penciptaan wang tanpa sandaran yang dilakukan oleh perbankan islamik ini? Bukankah itu satu penganiayaan dan penindasan kepada semua golongan masyarakat baik Islam atau tidak dan golongan manakah yang paling teruk merasakan bahana inflasi itu? Tidak lain tidak bukan mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan miskin. Bagi yang berjawatan, berpangkat, punyai kerja tetap dan naik gaji saban tahun, itu tidak jadi masaalah. Sebab itulah boleh saya katakan kebanyakan mereka yang beriya-iya menyokong perbankan islamik ini adalah muslim dari golongan sebegini. Mereka tidak dapat melihat kesan sebenar tindakan institusi perbankan baik islamik atau konvensional ini kepada keseluruhan masyarakat. Maaf saya katakan mereka ini seolah-olah sudah dibutakan oleh keselesaan mereka sendiri.

Perbankan Itu Bukanlah Satu Perniagaan

Jika kita lihat pada pandangan kebanyakan masyarakat moden hari ini, rata-rata menganggap sistem perbankan itu adalah satu perniagaan tetapi tidak pada pendapat saya, ini adalah kerana dari penjelasan diatas tadi secara jelas ianya adalah institusi riba' yang di"halal"kan, oleh siapa?, oleh pemerintah hasil dari benih yang disemai oleh penjajah British sebelum memberi kemerdekaan fizikal, walaupun penjajahan kolonial itu telah lama berlalu namun sebenarnya negara dan rakyat masih dijajah secara halus, baik dari segi ekonomi dan juga jajahan minda. Walaupun ada contoh yang menyatakan terdapat individu Islam yang bertindak sebagai bank pada awal zaman kebangkitan Islam, persoalan yang patut difikirkan adalah adakah ketika itu wang kertas yang digunakan, dan juga adakah penciptaan wang baru menerusi kira-kira perakaunan diamalkan? Sudah tentunya tidak, jadi tidak bolehlah contoh tersebut diberikan untuk asas melabelkan bank sebagai satu perniagaan.

Rumah terbengkalai yang menjadi beban kepada peminjam bank

Perniagaan melibatkan risiko antara semua pihak, ini amat penting kerana dari sudut Islam itu sendiri, apa jua tindak-tanduk kita didunia ini mestilah menjaga kepentingan semua umat manusia baik secara langsung atau tidak dan inilah asas kepada tujuan ibadah dan juga perundangan islam. Adakah wujud risiko didalam sistem perbankan? Apabila disebut risiko didalam perniagaan bank ini, selalunya dirujuk risiko antara pihak bank dan juga pihak pelabur, pihak pelabur menanggung risiko akan keupayaan bank untuk memastikan keuntungan dari pelaburan mereka, bagaimana pula dengan risiko kepada peminjam?

Ambil contoh projek perumahan terbengkalai yang risikonya hanya ditanggung oleh peminjam. Walaupun pemaju gulung tikar, bank akan tetap cuba memaksa si peminjam agar melunaskan wang yang telah pihak bank keluarkan (walaupun ia tidak wujud secara nyata, hanya kira-kira akaun sahaja). Jadi nampaknya tiada risiko bagi pihak bank dalam hubungannya dengan peminjam. Maka apabila risiko hanya ditanggung oleh satu pihak, kekayaan hanya akan mengalir kesatu arah sahaja. Pihak bank akan semakin kaya dan peminjam akan semakin miskin dan ini bukanlah perniagaan, buktinya lihatlah betapa gahnya bangunan milik institusi perbankan pada hari ini.

Salah satu sifat riba' adalah terciptanya keupayaan membeli (purchasing power) atau nilai tanpa mengambil apa jua risiko, maka apabila bank mendapat keuntungan dengan peminjam membayar balik walaupun barang tidak sampai ke peminjam contohnya kes rumah terbengkalai, ternyatalah bank mendapat keupayaan membeli (keuntungan) atau nilai tanpa risiko, maka ianya adalah riba'. Jadi proses contohnya rumah dibelikan oleh bank islam dan dijual semula pada peminjam hanyalah helah semata-mata, tujuannya tetap sama dengan bank konvensional iaitu mendapatkan "purchasing power" atau nilai tanpa mempunyai risiko ataupun risikonya dikurangkan seminimum mungkin. Hanya Allah SW sahaja yang boleh mencipta sesuatu dari sesuatu yang tidak wujud (create something out of nothing), bank mencipta wang menerusi kira-kira perakaunan iaitu menerusi pinjaman, bank tanpa mereka sedari (atau mungkin sedar) juga telah bertindak sebagai tuhan.

Tanpa sedar kebanyakan manusia yang meminjam dibank baik konvensional atau islamik menjadi hamba kepada mereka, manusia sepatutnya menjadi hamba hanya kepada Allah SW. Sistem ekonomi ini adalah perhambaan baru yang tidak kelihatan dikalangan masyarakat, pertamanya kerana sejak dari awal lagi ianya dianggap suatu yang normal (norma kehidupan), kedua kerana melalui sistem ekonomi ini banyak kesenangan dan kemewahan (nikmat dunia) dapat dikecapi dengan cepat contohnya tanpa perlu menunggu lama mengumpul wang manusia boleh mendapatkan barangan diluar kemampuan tunai dan ketiganya kerana tiada atau kurang pendedahan maklumat mengenai sistem perbankan itu sendiri.

Manusia yang diperhambakan ini rata-rata terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan, akan tetapi mereka yang bekerja keras itu tadi bukanlah sebenarnya penerima utama usaha mereka tadi tetapi sebaliknya pihak yang punyai keistimewaan memberikan pinjaman, pihak yang mencipta wang tanpa sandaran iaitu pihak bank. Amat malang sekali perkataan islamik pada bank tidak menggambarkan semangat islam sebenarnya berteraskan keadilan kepada semua umat manusia. Selama berbelas tahun perbankan Islam bertapak di negara kita adakah kualiti kehidupan masyarakat khasnya umat Islam semakin baik terutamanya iman?

Kehidupan umat manusia akhir zaman hari ini kebanyakannya telah terjerumus kearah mengejar materialistik, ini jelas kelihatan dengan kecenderungan untuk mengejar wang dan harta, persaingan mendapatkan pekerjaan ataupun keuntungan dalam perniagaan, semua ini pula menjurus kepada masyarakat yang semakin tidak bermoral, semakin nipis iman, semakin kurang masa untuk keluarga, saudara-mara dan masyarakat yang mana ini pula menghasilkan generasi baru yang semakin hilang nilai moral, lebih terpengaruh dengan gejala luar dan sebagainya.

Ramai yang memberi alasan bagaimana bank boleh berfungsi jika mereka tidak mengambil keuntungan dari usaha mereka? Bagaimana hendak membayar gaji pekerja dan juga memberi pulangan kepada penyimpan? Untuk menjawabnya saya ajukan soalan, adakah bayaran yang dikenakan oleh bank setampil dengan usaha yang mereka lakukan? Adakah dengan hanya mencipta wang menerusi kira-kira akaun mereka berhak mengenakan bayaran berganda dari pinjaman yang diberikan? Pada pendapat saya perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya diswastakan sepenuhnya dan khidmat bank dikendalikan oleh kerajaan dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang paling minimum.

Hampir kesemua penyakit masyarakat moden hari ini datangnya dari stress, dan boleh dikatakan hampir kesemua stress ini datangnya dari hal berkenaan dengan wang baik secara langsung atau tidak, jadi sekiranya punca stress ini diminimakan bukankah punca penyakit dapat dikurangkan? Ini menghasilkan masyarakat yang lebih sihat. Apabila manusia bebas dan tidak diperhambakan maka akan lahirlah generasi yang lebih cemerlang. Kebebasan adalah asas kepada kreativiti dan kreativiti pula asas kepada penghasilan idea dan produk baru yang mana akan kembali semula memberi manafaat kepada manusia itu sendiri.

Melalui sistem perbankan ini juga kekayaan dengan mudahnya berpindah dari pihak yang mempunyai keistimewaan atau kuasa untuk mencipta wang tanpa perlu membanting tulang. Lihat senario ini, apabila peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman contohnya pinjaman rumah, apa tindakan yang akan pihak bank lakukan? Mereka akan mendapatkan perintah mahkamah untuk merampas rumah tersebut. Bank yang pada asalnya mencipta wang hanya melalui kira-kira akaun akhirnya menjadi pemilik harta yang sebenar, bukan lagi wang yang bersandarkan hutang.

Apabila rumah itu dilelong, bank kemudiannya akan punyai wang nyata iaitu tidak dicipta melalui hutang. Amat malang lagi jika rumah yang dilelong tidak cukup membiayai baki hutang, jika peminjam punyai tanah, tanah itu juga akan berpindah milik kepada bank akhirnya. Ini bermakna bank dengan hanya menaip data kira-kira didalam sistem akaun bank lama kelamaan akan menjadi "raja" yang berkuasa. Menerusi mekanisma perbankan inilah kekayaan berpindah secara bathil, penipuan menerusi muslihat yang tidak kelihatan oleh pemikiran yang tenggelam dengan hiburan muzik, filem, permainan video, facebook dan sebagainya.

Kesan buruk sistem perbankan moden hari ini tidak dapat dilihat hanya dari sudut yang sempit, hanya kerana memiliki pekerjaan yang tetap, gaji yang melayakkan untuk mendapat pinjaman, manusia merasakan tiada salahnya membayar sejumlah wang setiap bulan sebagai balasan kepada perbankan Islam yang telah membelikan rumah atau kereta bagi pihak mereka dan menjualkannya semula dengan harga yang lebih tinggi. Kesan buruknya harus dilihat dari sudut keseluruhan masyarakat.

Pertamanya apabila kita meminjam dari bank, nilai wang akan semakin cair, dan ini yang dinamakan inflasi, keduanya jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank sentiasa melebihi jumlah wang yang telah dikeluarkan maka wujudlah persaingan, didalam sistem kewangan sekarang ini hidup manusia ibarat permainan kerusi musik, apabila musik berhenti (ekonomi jatuh) pasti akan ada yang kecundang (bankrap). Sebab itulah Allah sw mengishtiharkan perang terhadap riba' kerana kesannya adalah kepada keseluruham masyarakat dan bukan kepada satu individu sehaja.

Kemiskinan, segalanya berkemungkinan membawa kepada kekufuran.                         (Baihaqi dan Tabarani)

Lihatlah kesan buruk yang diberikan oleh inflasi, jika beberapa tahun dahulu simiskin boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan 50 sen, sekarang terpaksa membayarnya dengan seringgit, bukankah ini satu penindasan, dan rata-rata simiskin adalah mereka yang paling teraniaya didalam sistem ekonomi moden ini kerana kurangnya upaya mereka untuk meminta gaji yang lebih tinggi (tiada kelayakan sijil, ijazah dll.) apatah lagi mendapatkan pinjaman dari bank (contohnya tiada slip gaji atau penyata bank). Simiskin ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah sedikit wang yang ada pada mereka nilainya semakin menurun, mereka juga tersepit antara persaingan pelanggan-pelanggan bank yang bersaing untuk mengaut wang sebanyak mungkin untuk membayar balik pinjaman kerana jumlah wang yang ada dalam kitaran sentiasa kurang dari wang yang terpaksa dibayar balik kepada bank.

Apabila mereka sedar mereka semakin kalah dan semakin miskin, maka jalan akhirnya adalah mendapatkan wang tersebut secara paksa iaitu mencuri. Secara tidak langsung masyarakat sendiri yang mencipta pencuri, lihatlah kebanyakan kawasan perumahan sekarang ini terpaksa dikawal, siapa yang harus disalahkan jika bukan diri sendiri? Fikir-fikirkanlah pula rumah yang terpaksa dikawal itu adakah rumah yang dibeli secara tunai atau secara pinjaman? Tiada bezanya dengan penjara, cuba anda fikir-fikirkan, penjara dihuni oleh pencuri dan diluar penjara adalah orang yang dicuri atau teraniaya, didalam kawasan perumahan berpagar dan dikawal, didalamnya juga adalah "pencuri" dan diluar pula adalah golongan yang teraniaya.
"Pencuri" yang saya maksudkan adalah mereka yang bersubahat bersama-sama dengan pihak bank menurunkan nilai wang kepada seluruh masyarakat dan yang paling menerima kesannya adalah simiskin menerusi penciptaan wang melalui pinjaman (fractional reserve system) dan juga menyebabkan persaingan didalam masyarakat berlumba merebut wang yang tidak pernah cukup dalam masyarakat,jadi siapa pencuri yang lebih besar sebenarnya?

Hanya riba' sahaja dosa yang Allah SW mengishtiharkan perang terhadapnya dan perumpamaan besarnya dosa riba' walaupun yang paling kecil adalah umpama berzina dengan ibu sendiri, kerana apa? Kerana ianya melibatkan seluruh masyarakat dan bukan hanya bank dan peminjam sahaja. Jadi melihat kepada kesan buruk secara halus kepada masyarakat yang dilakukan oleh perbankan Islam ini maka tiada bezanya dengan perbankan konvensional yang mengamalkan riba' secara terbuka.

Tiada yang percuma didunia ini, setiap nikmat yang dinikmati ada harga yang terpaksa dibayar, salah satu falsafah fizik kuantum adalah manusia itu sendiri mencipta realiti kehidupannya, malangnya rata-rata umat manusia tanpa sedar mencipta realiti kehidupan mereka itu dan menyalahkan insan lain apabila musibah berlaku kepada mereka, contohnya pencuri yang jelas kelihatan sedangkan mereka tanpa sedar dan secara halus mencuri nilai dari manusia lain dengan membantu menambahkan inflasi dan juga persaingan. Etika sebenar ekonomi Islam adalah kekayaan beralih dari golongan kaya kepada golongan miskin melalui zakat dan sedekah akan tetapi menerusi sistem ekonomi moden yang berasaskan riba ini jelas menyebabkan keadaan sebaliknya, dan ini jelas juga berlaku dalam perbankan islamik.

Tidak guna mengemukakan masaalah tanpa cuba memberikan jalan penyelesaiannya, didalam dunia moden yang telah diselimuti oleh riba' ini teramat sukar untuk kita semua lari darinya, inilah yang digambarkan oleh hadis Nabi SAW akan debu atau wap riba' yang akan menimpa seluruh umat manusia. Pada pendapat saya langkah pertamanya adalah seluruh umat Islam wajib berusaha untuk kembali kepada penggunaan wang sunnah, iaitu wang yang punyai nilai sebenar (intrinsic value) seperti logam bernilai atau komoditi atau paling tidak pun wang kertas itu sendiri disandarkan dengan suatu yang bernilai.

 Penggunaan wang contohnya emas ini adalah untuk urusan harian dan bukan untuk simpanan semata-mata seperti yang dilakukan oleh masyarakat hari hari ini yang mana tentulah mereka yang bernasib baik dan mempunyai wang sahaja yang mampu membelinya. Apa guna menyimpan emas jika tiap ketika kita takut akan kehilangannya, bukankah berusaha mencapai keadilan ekonomi kepada seluruh masyarakat itu lebih patut diutamakan, barulah tidur malam lebih lena walaupun tingkap terbuka luas. Keduanya pula adalah mengembalikan kuasa mencipta wang kepada masyarakat dan bukan kepada sesetengah pihak sahaja iaitu bank, contohnya jika petani menanam padi, beras yang dihasilkan boleh menjadi wang baru samaada ianya ditukarkan dengan emas atau wang yang disandarkan dengan emas keluaran bank yang dikendalikan oleh kerajaan atau sebagai kemasukan debit didalam akaun kewangannya yang mana ianya akan digunakan oleh petani itu tadi untuk membeli barangan lain contohnya ayam dari penternak pula.

Persoalan seterusnya adalah adakah kerajaan yang memimpin kita pada hari ini berminat untuk melakukan perubahan kearah keadilan sosial ini? Pada pendapat saya mereka tidak berminat untuk melakukannya, kerana apa? Kerana saya tidak nampak pemimpin yang ada sekarang ini "nawaitu" adalah lillahita'ala. Rata-rata insan yang saya jumpa dan beriya-iya menyokong kepimpinan sekarang ini juga adalah mereka yang mendapat kesenangan dunia dengan sokongan mereka terhadap pemimpin mereka.

Hanya pemimpin yang takutkan Allah SW sahaja yang mampu melakukannya dan bukan pemimpin yang takutkan isteri. Jika untuk memimpin isteri menjadi lebih soleh contohnya dengan bertudung pun tidak mampu, janganlah pula kita nak harapkan pemimpin sebegini untuk melakukan suatu yang lebih besar lagi kearah menyelamatkan ummah. Hanya sistem khilafah sahaja jalan penyelesaiannya. Demokrasi? Samalah juga dengan sistem perbankan ciptaan barat yang penuh penipuan, tiada demokrasi dizaman moden ini sebenarnya, yang ada hanyalah manipulasi menerusi kawalan minda dengan pengawalan media, pendidikan dan sebagainya.

Adakah Perubahan Boleh Dijalankan Dengan Mendadak?

Tiada tamadun yang terbina dalam masa setahun dua akan tetapi yang pasti semuanya bermula dari minda, dari kesedaran akan kebathilan dan juga keinginan yang kuat untuk berubah, moga insyaallah adalah hendaknya generasi baru yang akan sedar dan mampu melihat dengan mata keimanan dan apabila mereka ini bangkit menjadi pemimpin satu hari nanti insyaallah akan mampu mengubah dengan tangannya.
Jadi buat masa ini apa yang boleh dilakukan? Tidak mampu dengan tangan maka dengan bersuara dan menyatakan ketidak setujuan dengannya, dan inilah yang cuba saya lakukan dengan artikel saya ini disamping berusaha untuk memberi kesedaran. Harap rakan-rakan juga berusaha bersama menjadi agen perubahan dengan menjadi penyebar ilmu, paling tidak pun ungkitkan perbincangan mengenai perkara ini kepada rakan-rakan yang lain bila ada kelapangan untuk berbual, bukankah tindakan anda itu ibarat menanam saham akhirat berbanding dengan borak kosong.

Saya juga telah pun bertaubat tidak akan lagi meminjam dari bank dan meminimakan sebanyak mungkin wang yang disimpan didalam bank kerana wang yang disimpan itu juga akan digunakan oleh pihak bank sebagai syarat simpanan (reserve requirement) untuk memberi pinjaman baru, ini secara tidak langsung bersubahat dengan pihak bank mencipta wang baru dan menambahkan lagi inflasi, beban yang kembali kepada diri saya sendiri dan juga kepada seluruh masyarakat. Mungkin akan ada yang merungut bagaimana nak hidup dizaman moden ini jika tidak meminjam?

Saya sudahpun memberi contoh menyewa dan kemudiannya membeli secara tunai rumah dalam artikel saya yang lepas. Bagaimana dengan kenderaan? Nampaknya terpaksalah bersusah-susah dahulu dengan pengangkutan awam sebelum bersenang-senang kemudian akan tetapi dengan cara generasi baru yang rata-rata dibesarkan dengan kesenangan mudah (contohnya mainan semuanya tersedia dialam kotak dan tidak seperti generasi dahulu yang membuat mainan sendiri) dan kehidupan yang diselimuti kemewahan, maka tepuk dada, guna frontal lobe dan tanyalah iman.

Hidup didunia ini ibarat kita berjalan kaki pulang kerumah, perjalanan yang jauh dan sukar dengan panas terik dan hujan lebat. Sedang kita berjalan itu ada insan yang mahu memberi kemudahan menumpangkan kita dengan kenderaannya akan tetapi dengan syarat iaitu sebahagian dari kawasan rumah kita mesti diserahkan kepadanya. Kerana tidak sanggup bersusah payah maka kita pun bersetuju, lepas beberapa ketika tuan punya kenderaan sampai ke destinasi akan tetapi kita masih belum sampai dan kembali semula berjalan, keadaan yang sama berulang kembali dengan ada insan lain yang mahu menumpangkan. Lama kelamaan kerana kita mahukan kesenangan dan tidak mahu bersusah-payah, akhirnya rumah kita akan tergadai.

Perbuatan berjalan kaki itu adalah kehidupan kita didunia ini, rumah yang dimaksudkan itu adalah syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SW bagi mereka yang kekal mengikut perintahNya dan insan yang memberi tumpang itu adalah syaitan yang memperdayakan manusia.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah Akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebe
sarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Surah Al Imran 3:185.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;

Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Doktor Sakit Puan...

Satu masalah yang sangat menular pada masa kini ialah kelalaian atau sikap acuh tidak acuh masyarakat kita berkenaan isu mendedahkan aurat di klinik-klinik dan hospital, seolah-olah dibolehkan mendedahkan segala-galanya kepada seorang doktor dan membiarkannya melakukan perkara-perkara yang tidak dihalalkan dalam agama.?

Dalam kes untuk memeriksa bukaan rahim dan menyambut kelahiran biasa adalah haram bagi doktor lelaki dan perempuan2 yang beriman hendaklah meminta agar bukan doktor lelaki yang melakukan pemeriksaan bukaan rahim ke atasnya. Ini kerana doktor akan memasukkan jarinya ke dalam faraj untuk estimate bukaan pintu rahim.

Dan baginda S.A.W pernah berkata kepada Saidiana Ali r.a : “Janganlah kamu melihat peha seseorang, samada yang masih hidup atau yang telah mati.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, hadis sahih).

Jika ianya haram untuk melihat aurat, ianya juga haram... untuk menyentuh aurat, walaupun berlapik dengan kain atau pakaian. Nabi SAW pernah bersabda: "Aku tidak berjabat tangan dengan perempuan." (Diriwayatkan oleh Imam Malik dan Imam Ahmad, hadis sahih)

Dan baginda SAW juga pernah bersabda: “ Jika salah seorang daripada kamu hendak ditikam di kepalanya, itu adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang perempuan yang tidak dibolehkan untuknya sentuh (bukanmahram).” (Diriwayatkan oleh Imam Tabrani, hadis sahih)

Keperluan mendesak ialah keperluan yang boleh menghindar kemudharatan pada agama, nyawa, akal, keturunan dan hartabenda. Apabila keperluan ini tidak dipedulikan maka manusia tidak boleh hidup sebagai manusia normal. Apabila wujud keperluan ...ini, maka diharuskan perkara yang dilarang seperti dibolehkan memakan bangkai ketika kebuluran. Namun keharusan itu adalah sekadar yang mencukupi keperluan sahaja

Itulah baru dikira darurat. Bersalin itu darurat kah? fikir2kan lah. Jika sakit itu melibatkan batuk demam mungkin tidak terlalu bermasalah, tetapi jika sakit itu melibatkan aurat mughallazah (aurat berat seperti tubuh badan wanita dan alat sulit) tidakkah ianya sesuatu yang mengundang risiko? Tidak tercalarkah maruah?

Terutama ketika memilih doktor untuk proses bersalin, ramai yang memilih doktor lelaki berdasarkan kepakaran, walaupun ada pilihan doktor wanita. Tanpa tidak sedar perlu memberi keutamaan menjaga maruah dan sudah tentunya ada pilihan lain selain doktor lelaki

“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga. “Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya. “Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..” Sambungnya lagi.

Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!

Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi. Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku

Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi pihak yahudi dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan pelajar lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam bidang sakit tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi sehinggakan mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.

Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan menjadi fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di atas bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana sahaja hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum hawa demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.

Itulah, bukan senang mahu menjadi muslim yang sejati. Terjunlah apa jua bidang pun, dia tetap tegas dengan syariatnya.

Saya menunggu komen dari para doktor Islam

Saya jadi hairan, mengapa perempuan yang lahirkan anak luar nikah boleh beranak sendirian. Begitu juga kadang-kadang ada kes tak sempat ke hospital sudah beranak. Fakta ini turut membuktikan bahawa melahirkan anak tidaklah terlalu bergantung kepada doktor pakar (kecuali ada komplikasi dan hal yang berat). Jururawat juga boleh. Tetapi protokol pula menyusahkan keadaan.

sekarang kita kekurangan doktor perempuan dalam bidang sakit puan sehingga menyebabkan doktor berlainan jantina pula ramai. Ini ditambah lagi dengan kebanjiran doktor lelaki dalam dunia kedoktoran O&G seolah-olah perkara ini bukan darurat lagi. Seperti sengaja meramaikan. Walhal wanita kini lebih ramai yang menguasai universiti tempatan. Persoalannya, ke manakah mereka? Mengapa meninggalkan fardhu kifayah sehingga terabai?

saya sudah lama memikirkan hal ini dan mahu menulis tentang ini. Tetapi niat ini terpadam agak lama sehinggalah hari ini baru menulis berkenaannya. Apapun, kerja dakwah takkan terpadam walau apa jua bidang anda!

Persoalannya mengapa harus doktor lelaki tersebut yang melakukan pemeriksaan. Sedangkan jururawat juga dilatih untuk melakukannya. Malang sekali, jarang kedengaran bantahan daripada pihak yang diperiksa.. Sekadar balik bercerita dengan kawan-kawan saja. Apa2 pun, ya, di pihak yang memberikan perkhidmatan/rawatan di bidang O&G, memang tanggungjawab tetap di bahu muslimah sendiri. Dan di pihak yang bakal menerima rawatan (khususnya ibu2 bersalin),walau dalam apa jua keadaan, tetap bertanggungjawab untuk menjaga maruah sendiri

berfikiran terbuka dan peka terhadap perkara ini, Saya yakin perkara ini bukan perkara kecil dan remeh dan menglibatkan hukum Allah, NO question about hukum allah..Primary Issue ialah Aurat..secondary issue is darurat..No way any lelaki bol...eh tengok aurat perempuan..DOKTOR BUKAN MALAIKAT..berpuluh tahun doktor belajar..belum membolehkan lelaki lawan hukum Allah..saya sanjung prefesion doktor..saya hormati..

Allah amat melindungi dan mengangkat darjat wanita..TAHUKAH ANDA BAGAIMANA ALLAH TINGGI DARJAT DAN MARWAH WANITA…ALLAH PERINTAH WANITA TUTUP SEMUA TUBUH WANITA KECUALI TAPAK TANGAN DAN MUKA SAHAJA…SUBAHANALLAH..SATU BULU DARI MANA2 TUBUH WANITA PUN LELAKI TAK BOLEH TENGOK…SAYANGNYE ALLAH PADA WANITA..

..lelaki dimuka bumi ini sebagai khalifah..kena jaga dan memartabatkan marwah wanita..saya tak akan ada didunia ini tanpa wanita..saya hormat semua wanita sepertimana saya hormat ibu saya..

Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat ringin persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah menghirup kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang wanita. Hati wanita mana tidak ...remuk seandainya selama berpuluh tahun elok berhijab menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah hanya kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang tidak menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.

Allah memberi kelonggaran di dalam semua perkara sekiranya "darurat". solat pun ada kelonggaran,kalu xde air,debu pun blh guna utk bertayamun, tetapi perlu diketahui, kaedah bagi darurat doktor lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal ehwal sakit puan. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.

entry yg baik utk kesedaran buat para doktor dan juga muslimah2 yg sudah berkahwin dan jg yg akan berkahwin, spy kita semua mengambil berat permasalahan sebegini.bukan hanya menggunakan alasan “darurat” semata2,untuk menutup segala hukum yg ditetapkan.matlamat tidak menghalalkan cara..kalau tiada angin, pohon tidak akan bergoyang. kita sbg patient sndiri harus tegas dengan kehendak islam dan jelas. islam agama yg mudah, tetapi jangan dipermudah2kan sebegitu. alasan darurat bukan sebegitu mudah dipandang remeh.

saya bukan mempersoalkan tugas doktor, cuma saya cuba membincangkan ttg kenapa ada doc lelaki yg membuat pemeriksaan bukaan rahim dan menyambut kelahiran biasa.

Kepada para pelatih doktor-doktor wanita dan doktor2 wanita…Bantulah kaum anda. Semoga anda semua diberkati Allah…