Khamis, 14 April 2011

Banner solat berjemaah..


4 orang saksi.. :)

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.

Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.

NONEAdab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.

Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.
Soal maruah

Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.

Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.

azlanRuntuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.

Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.

Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.

Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.

Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.

NONESetelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.

Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya.
Rejam sampai mati
Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana berzina.

Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum. Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan.

Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan perbuatan zina.

Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi.

Maknanya, tuduhan melulu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya terhadap sesiapa hanya bersandarkan gosip atau bahan bukti video kabur yang dicuri rakam. Lebih buruk dan jijik lagi jika video itu dirakam untuk tujuan memfitnah.

Soal memelihara maruah ini nampaknya secara sengaja (demi mencapai objektif politik tertentu) dilanggar oleh Utusan dan juak-juak politik yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Yang jelas, tuduhan liar itu membelakangkan syariah dan adab Islam.

NONESyor Datuk Zaini Hasan (kiri), salah seorang pemimpin akhbar Utusan yang mendabik dada pejuang kepentingan Melayu dan Islam, supaya tayangan penuh video seks 21 minit itu dibuat kepada umum adalah jelas satu sikap yang benar-benar membelakangkan ajaran agama tauhid ini.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid sebagai unsur yang “amat rendah moralnya”.

Matlamat Utusan dan Zaini serta ahli-ahli politik seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (yang masing-masing ada kepentingan peribadi) yang mahu video lucah dipamerkan kepada awam memang benar-benar meloyakan sesiapa yang beriman.
Media rendah moral

Didepani oleh orang media yang “rendah moralnya” mereka ini mahu video lucah dijaja seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka begitu yakin bahawa pelaku video lucah itu Anwar?

NONESebenarnya, mereka tidak yakin. Yang mereka yakini ialah jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan Anwar, mereka percaya tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta maaf.

Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak polis, Peguam Negara mahupun mahkamah.

Mereka tahu, jika isu ini diperpanjangkan jadi bahan perbualan, apa yang mereka sifatkan sebagai kejelekan Anwar yang mereka khuatiri layak jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, akan memalukan Malaysia.

Namun apa yang sebenarnya mereka sedang lakukan sekarang ialah menyebarkan fitnah dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersikap seperti Rasulullah – jaga maruah insan dengan melaksanakan tuntutan qazaf Anwar dalam kes dakwaan liwat Saiful dan laporan Angkatan Muda Keadilan yang mahu qazaf dikenakan terhadap penjaja fitnah – Rahim, Eskay dan Shuib.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini. Wira Arjuna adalah seorang editor kanan beberapa media harus perdana sebelum ini dan beliau kini melihat sesuatu berita daripada perspektif berbeza

Rabu, 13 April 2011

Palingenia Longicauda

Palingenia Longicauda atau dikenali juga dengan nama Tisa’s Flower adalah sejenis spesies serangga purba. Spesies serangga ini dianggarkan hidup 200 juta yang lalu. Salah satu tempat kemunculan serangga ini adalah di Tisa River.


Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir di mana setiap tahun serangga ini muncul dalam jumlah yang sangat besar. Kemunculannya menjadi tontonan menarik, “wedding dance” di atas Sungai Tisa.

Hanya beberapa hari di bulan Jun setiap tahun (mungkin juga tidak setiap tahun) Tisa’s Flower menetas, bersama pasangan dan mati. Hanya selama 3 jam segalanya akan berakhir, hidup yang sangat singkat. Serangga jenis ini tidak mempunyai mulut, mereka hidup hanya untuk bersama pasangan lalu mati.

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah Ini benar-benar pemandangan menarik yang susah untuk diceritakan hanya melalui gambar atau kata-kata.





Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.


Serangga Palingenia Longicauda ini merupakan salah seekor serangga “mayfly” yang terbesar di Eropah. Jenis serangga jantan panjangnya dapat mencapai 12 cm, dari kepala sampai ke ekor. Serangga ini berada pada masa larva selama 3 tahun. Selama 3 tahun tersebut, larva berada di dasar sungai.

Tetapi masa hidupnya sangat singkat iaitu 3 jam saja. Bermula muncul membesar dewasa, berpasang-pasangan kemudian terus mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, sayap mereka akan berganti kulit setelah mancapai fungsi utamanya.


Tisa’s Flower hidup dewasa hanya sekali. Semasa pertengahan bulan Jun, pada pukul 5.00 – 6.00 pm, mereka akan menari-nari di atas sungai dalam kumpulan yang besar. Kemudian mereka akan berganti kulit di atas pohon, di tanah, atau di manapun tempat yang mereka hinggapi.

Fenomena tersebut dikenali dengan nama Tissa Blooming atau Pemekaran Tisa. Setelah membesar dewasa secara normal (setelah beberapa saat berganti kulit), serangga jantan hanya memiliki beberapa jam saja untuk bersama pasangan betina sebelum mereka mati.

Setelah bersama, serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.


Serangga ini merupakan serangga yang sensitif. Jika berada di sungai, pastilah sungai tersebut merupakan sungai yang bersih. Disamping sebagai indicator lingkungan, serangga ini juga makanan yang bagus buat ikan, sehingga beberapa pemancing menggunakan serangga ini sebagai umpan pada pancing mereka.

Pada masa ini serangga Palingenia longicauda sudah musnah di beberapa Negara Eropah dan hanya boleh ditemui di Serbia dan Hungari.

Sambutan Angkasa...

Oleh: obnoxious_chan

"
12 April 1961, merupakan detik bersejarah tamadun manusia moden kerana seorang warga USSR telah berjaya ke ruang angkasa lepas menggunakan rocket. Penerbangan Gagarin berlangsung selama 108 minit ketika membuat pusingan orbit  mengelilingi Bumi.

12 April telah dirayakan sebagai Hari Cosmonaut di Rusia setiap tahun sejak 1962. Manakala Vostok 1 adalah satu-satunya penerbangan Gagarin Ke ruang angkasa.

Gagarin telah meninggal dunia pada tanggal 27 Mac 1968. Ketika melakukan sesi penerbangan misi latihan rutin menggunakan pesawat pejuang MiG-15UTI bersama Jurulatih Penerbangan Vladimir Seryogin, tiba-tiba pesawat terbabit telah terjatuh berhampiran kota Kirzhach.

Kini Nama Yuri Gagarin telah di abadikan di ruang wall of the Kremlin di Red Square sebagai memperingati jasanya sebagai orang pertama warga Russia ke ruang angkasa.

Fakta Menarik:

selepas 20 tahun penerbangan Yuri Gagarin dan kapal angkasa Vostok 1 ke ruang angkasa, barulah NASA berjaya melnacarkan misi kapal angkasa mereka iaitu STS-1 mission juga pada tanggal 12 April 1981!


Cosmonaut Yuri Gagarin boarding Vostok 1 spacecraft and historic launch of first manned spaceflight on April 12, 1961 from Baikonur Cosmodrome Site No.1 at 9:07 a.m. Moscow time


Vostok 1 saat di lancar ke ruang angkasa

Kapsul Vostok 1 ketika Jatuh semula ke bumi dan mendarat di South west of Engels, Saratov iaitu selatan Russia.

Kapsul Vostok 1 ketika Jatuh semula ke bumi dan mendarat di South west of Engels, Saratov iaitu selatan Russia.


Gaya Tersendiri- Para Pelajar Siberian State Aerospace University  menyambut ulang tahun ke-50 manusia moden pertama iaitu Yuri Gagarin ke ruang angkasa dengan melancarkan roket berbentuk guitar!

Nuklear...



  • Penularan Partikel-Partikel Radioaktif adalah diluar kawalan!

  • Gemba Bumi susulan memburukan lagi keadaan di tapak logi Fukushima.

  • Jumlah Radiasi yang di lepas boleh melebihi apa yang pernah berlaku di Logi Chernobyl,

  • aras skala tahap krisis telah di naikan kepada 7!


  • Sejak sekian lama menyembunyikan keadaan sebenar bencana di Logi Nuklear Fukushima, akhirnya hari ini Pegawai Bertanggungjawab di Jepun mengaku bahawa penyebaran Radiasi dari tapak runtuhan logi nuklear Fukushima adalah berada di luar kawalan mereka. Malah pihak kerajaan Jepun juga telah menaikan tahap krisis kepada aras yang lebih tinggi iaitu yang terburuk pada skala antarabangsa!

    Kandungan bahan radioaktif yang mengalir keluar telah tersebar luas, dan tahap krisis telah di tingkat daripada 5 kepada 7, yang mana boleh mengancam kesihatan manusia dan persekitaran.

    Paras skala 7 adalah menyamai Skala krisis letupan logi nuklear di Chernobyl pada 1986.


    Setiausaha Kabinet Jepun Yuki Edano berkata, sebagaimana di dedahkan, skala aras telah di tingkatkan: "Ini sangat pasti bahawa kes ini merupakan bencana yang sangat besar.

    "Kami amat minta maaf kepada orang ramai, orang-orang yang tinggal berdekatan logi nuklear dan masyarakat antarabangsa disebabkan bencana yang sangat besar ini."


    Kebakaran pada hari ini di kawasan penyaluran air laut ke kawasan reaktor no.4


    Penempatan sementara bagi mangsa tsunami yang kehilangan kediaman