Ahad, 17 April 2011

Bertukar...


BATU PAHAT: Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.

“Pertukaran itu dibuat selepas kita meneliti jawapan surat tunjuk sebab Maarof berhubung isu beliau menyalah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan sebaliknya berkempen di Tenang.

“Kita dapati Maarof melakukan kesalahan serius secara nyata iaitu menyalahguna sijil sakit itu bagi menemani isterinya berkempen sedangkan jika sekiranya benar sakit, beliau seharusnya berehat di rumah.

“Ia juga kesalahan tatatertib untuknya menyertai kempen politik pada pilihan raya kecil itu kerana beliau tidak mendapatkan kebenaran rasmi untuk berbuat demikian.

Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk menukarkan Maarof ke sekolah lain,” katanya selepas Program Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini, semalam.

Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.

“Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja,” katanya. -B

Berdoalah....


Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja
artikel iluvislam.com

Jangan tido waktu senjakala... bahaya...!

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinyatercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

gambar hiasan aje...

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "


Moral cerita: jangan tidur di waktu senja. lagi-lagi anak dara. tak manis.

mas kawen mahal..??? ini jawabnya yea... :)

Kehadapan Bakal Pak Mentua,Pak cik yang disayangi. Kenapa Mas Kahwin Pak cik letak tinggi sangat?
 Pak cik kena ingat,kenapa nak bayar lebih kalau pak cik dapat package untuk transfer dosa anak pak cik
direct terus kepada saya?Jangan jadi orang  yang hanya mengikut persekitaran  sekeliling,tengok
artis mas kahwin mahal-mahal,nak ikut,tengok jiran Pah Bedah punya anak,mas kahwin cecah RM12000, kena lebih nie,mana boleh sama nanti jatuh standard mak cik dan pak cik.Padahal anak pak cik memasak pun
tak reti,ilmu agamanya pun masih lagi tunggang langgang.
 
Pak cik kena ingat,walaupun anak pakcik lulusan doktor dari Russia atau Ireland sekalipun,tapi
kalau hari-hari melawan cakap mak bapak,dah tu hari-hari kangkang tengok tv tak reti nak tolong
memasak,apa gunanya bayar mahal-mahal untuk mas kahwin,Esok-esok kahwin saya juga yang nak kena
beli nasi lauk mamak tiap-tiap hari bagi makan isteri,lama-lama saya yang jatuh cinta dengan
mamak.

Pak cik kena faham,kita tak boleh ikut artis,kalaupun artis tu lawyer dan pandai sekalipun,artis tu tetap bodoh dan jahil agama,sebab tu diorang berebut-rebut nak letak hantaran yang tinggi,pak cik rasa berkat tak kalau
buat macam tu,artis bukan untuk dijadikan ikutan,artis adalah bahan bakar api neraka, pak cik nak anak pak cik jadi bahan bakar?

Pak cik kena tahu yang saya kelak akan mengambil alih untuk mendidik anak pak cik,bukan senang nak
ajar semua tu kalau pak cik dah abaikan tanggungjawab pak cik sebagai seorang bapa kepada
anak,tapi kalau pak cik dah ajar anak pak cik ilmu agama,pandai memasak,baik sopan santunnya,rajin
mengemas dan sebagainya,saya mampu bayar RM15000 untuk mas kahwin anak pakcik.

 Yes,Pak cik,berpatutan kalau kena pada gayanya dan kena pada ciri-ciri wanita yang bakal menjadi
isteri saya,jangan ingat perempuan yang keluar-keluar ada degree,master,tambah-tambah yang ada
keluar tu Doktor,Lawyer,mesti nak letak beribu-ribu punya harga,pak cik ingat pak cik jual anak?Pak cik
kena ingat,sebaik baik mas kahwin tu adalah mas kahwin yang paling murah.
 
Pak cik kena ingat,lepas jer saya  cakap "Aku Terima Nikahnya" terus automatik segala dosa-dosa anak pakcik tu ditransfer kepada saya, pak cik tak rasa best ke kalau macam tu? Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang saya ketuk jer meja,terus sampai tanya "yea abang?nak makan apa abang?"

Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang saya nak pergi kerja,semuanya dah tersiap dan
sedia untuk saya. Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang memasak dan dapat menambat hati saya. Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik seorang hafizah yang mampu bersama-sama didik anak-anak saya nanti.

Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik seorang yang sanggup sehidup semati dengan saya dan pandai
menjaga maruah saya. Yes,Pak cik saya sanggup bayar RM20000 sekalipun kalau semua tu ada pada bakal isteri saya. Yes,Pak cik takkan marah saya kalau pak cik faham semua yang anak pak cik buat tu adalah pahala untuk dia ,anak pak cik comfirm-comfirm masuk ke syurga kalau dia taat dan saya redha untuk dia,pak cik tak rasa best kah kalau dia mendoakn untuk pak cik dan mak cik setiap hari?
 
Urusan berkahwin sepatutnya menjadi mudah dengan bantuan pak cik,bukan menjadi bebanan kepada saya
dan anak pak cik nanti. Akhir sekali Pak Cik,kalau saya bagi hadis nie, pak cik rasa betul tak apa yang saya bebel kan dalam surat ni?

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah
 ( Riwayat Abu Daud )

    Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

Sekian Salam Sayang dari Bakal Menantu yang separuh mati kumpul duit nak kahwin.

p/s : Harap Pak cik jangan reject saya,kalau tak saya bawa lari anak pak cik kahwin lari di siam.
        Yang Selalu Merindui pak cik dan anak pak cik

p/s/s : Surat ini hanyalah khayalan aku kepada Pak Mentua yang tak wujud lagi..hahaha

sumber: http://www.theizat.com/2011/04/saya-tak-puas-hati-mas-kahwin-pak-cik.html#more

Cikgu Shida dari PAris... opss... PARIt..

Laporan dan foto MOHD IDRIS SULAIMAN

SPONTAN... Cikgu Shida menjiwai watak.
SPONTAN... Cikgu Shida menjiwai watak.

BOTA: Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, seorang wanita tempatan meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial dari seluruh dunia melalui klip video miming ‘gila-gila’ yang diciptanya. Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.

Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, berkata minatnya bermula dengan niat suka-suka berbekalkan kamera dan komputer yang dibeli 10 tahun lalu.

“Semuanya bermula apabila timbul hasrat membuat miming lagu ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.

“Namun percubaan itu dibalas dengan kata-kata cerca dan hinaan. Lebih teruk, ada yang menuduh saya gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu,” kata guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang di Bota Kiri, di sini, ketika ditemui Metro Ahad.

Menurutnya, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.


“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,” kata guru Bahasa Inggeris itu.

Menceritakan pengalaman klip video pertamanya, dia mendakwa pernah merah muka dan menahan malu apabila rakaman itu dimuat turun daripada Internet dan ditayangkan ketika majlis alumni sekolah, hari raya lalu.

“Pada masa itu saya fikir nak sorok muka bawah meja kerana terlalu malu dan bimbang dikutuk rakan.

“Namun ia bertukar gembira apabila rakan memberi tepukan gemuruh dan kata-kata perangsang untuk meneruskan hobi itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Parit, di sini.

Anak kedua daripada lima beradik itu juga berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan minatnya kerana sudah ‘masak’ dan faham perangai gila-gilanya.

“Rakan sejawat turut faham minat dan kecenderungan saya yang gemar mencuba dan mencari kelainan. Saya anggap ia satu hiburan bagi membuat orang tertarik dan tersenyum,” katanya.

Dia yang juga anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, berkata membesar dalam lingkungan adik beradik lelaki menyebabkan jiwanya lebih kental dan mampu menyerap tekanan.

“Saya seronok melihat diri sendiri beraksi dengan pelbagai gaya muka, ditambah dengan solekan dan alatan tambahan seperti songkok dan baju Melayu yang dipinjam daripada adik-beradik lain.

“Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri,” katanya.

Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai ‘artis’ baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.

“Yang saya tahu, sejuta pelayar Internet melihat klip video saya yang mula dimuat turun empat bulan lalu.

“Malah, klip video miming saya itu turut menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui ‘Fan Page’ (laman peminat) yang dibina dua bulan lalu,” katanya.

Kejayaannya turut mendapat pengiktirafan apabila penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza menjemputnya sebagai tetamu khas dalam program bersama syarikat penyiaran Astro baru-baru ini.

Malah, rezekinya juga melimpah ruah apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah telemovie selain menjadi pelakon iklan. “Saya juga ditawarkan menulis di dalam sebuah majalah humor. Walaupun begitu, kerjaya pendidik adalah keutamaan dan sebati dalam jiwa saya. “Walau dianggap popular sekalipun, saya tetap akan ke sekolah dan menabur bakti sebagai guru kepada anak bangsa,” katanya

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Niatsuka-suka/Article/index_html