sumber: gentarasa.com
Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat. Fikiran jadi terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sabar itu umpama sinar matahari.” (Muttafaq ‘alaih) Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan.
Sabar itu bukan sahaja satu tuntutan syariatullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi oleh manusia), malah ia adalah satu sunnatullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk mengatur seluruh alam dan kehidupan). Seluruh alam ini dicipta dan diatur atas tapak sabar. Langit dan bumi diciptakan oleh Allah penuh kesabaran yakni dalam tempoh enam masa, padahal Allah mampu menciptakannya hanya dalam sekelip mata.
Matahari terbit dari sebelah Timur dan naik sedikit demi sedikit untuk tenggelam di sebelah Barat. Tumbuh-tumbuhan juga membesar sedikit demi sedikit, daripada anak benih sampailah berbatang, berdahan, ranting, berdaun dan berbuah. Begitu juga penciptaan haiwan, tumbesaran manusia, kejadian planet dan segala-galanya. Ia sentiasa mematuhi hukum tadarruj (gradually) yang bertapak atas kesabaran!
Allah sebagai Pencipta yang Maha Berkuasa juga bersifat sabar. Allah tidak segera menghukum hamba-hamba-Nya yang berdosa. Allah bersabar atas kerenah dan perbuatan hamba-Nya. Justeru salah satu daripada nama-nama Allah yang baik (Asma al-Husna) adalah aa–Sabur (Zat Yang Maha Sabar).
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki.” (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash‘ari)
Sepatutnya ini menyedarkan manusia untuk rasa malu dan takut untuk tidak bersabar. Jika Allah sendiri yang memiliki segala sifat kesempurnaan lagikan sabar, apatah lagi manusia yang begitu banyak kelemahan dan kekurangannya. Kenangkanlah sifat sabar Allah s.w.t. itu, insya-Allah kita akan rasa malu untuk cepat melenting, marah, kecewa dan putus asa dalam menghadapi apa jua perlakuan negatif orang lain terhadap diri kita.
Sabar adalah tuntutan yang khusus buat manusia. Ia tidak dituntut ke atas haiwan kerana haiwan hanya memiliki syahwat tanpa akal dan hati nurani. Oleh sebab itu, ia tidak dibekalkan oleh Allah dengan keupayaan untuk bersabar. Hidupnya hanya dipandu oleh syahwat (nafsu). Manakala malaikat pula memang telah sedia baik, tidak mempunyai nafsu. Jadi tidak ada pertarungan dalam dirinya untuk melakukan kebaikan atau kejahatan yang memerlulan sifat sabar.
Sebaliknya manusia perlu melawan nafsunya untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan ini sangat memerlukan sifat sabar. Segala macam potensi yang dibekalkan kepada manusia seperti akal, nafsu, cabaran dan bakat menyebabkan manusia dianggap mukalaf (yakni dibebani) untuk memenangkan unsur baik dan mengalahkan unsur jahat dalam dirinya sendiri.
Apabila kita bercakap tentang sabar, ertinya kita menyentuh soal keimanan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 2: 177)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh daripada iman.” (Riwayat) Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran. Iman itu bukan hanya sekadar ilmu di kepala, ucapan di mulut, tetapi adalah soal keyakinan dalam hati serta dibuktikan dengan perbuatan.
Apabila pesan sabar diluahkan, ia sekali gus ialah pesanan yang berkaitan dengan keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Allah menyebut tentang sabar lebih daripada 90 tempat dalam al-Quran. Ini menunjukkan betapa perlunya sifat tersebut untuk dimiliki oleh setiap manusia. Tanpa sabar, tidak akan ada kejayaan di dunia dan akhirat.
Pesan-berpesan atas kesabaran tidak boleh dianggap jumud, menyerah atau eskapisme seperti tanggapan sesetengah pihak. Bukankah kalimah itu yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika melihat keluarga Yasir (Yasir, isterinya Sumayyah dan anaknya Ammar) diseksa oleh pemuka Quraisy? Apakah ucapan “sabar keluarga Yasir, bagimu syurga” satu ucapan jumud, berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab?
Tidak, tetapi itulah iman. Iman itu percaya tentang adanya soal-soal ghaibiyyat yang tidak dapat dilihat oleh mata tetapi dapat dirasa oleh hati. Kesannya, Yasir dan Sumayyah terkorban tanpa mendapat sebarang pembelaan mahupun ganjaran dari segi material dan fizikal. Jadi, hanya orang yang beriman sahaja yang boleh diperingatkan tentang sabar kerana minda dan jiwanya ada rasa “sense of the end” (yakin adanya hari pembalasan), manakala orang yang tidak beriman atau lemah imannya akan marah, rasa disindir, dieksploitasi dengan kalimah sabar yang dipesankan kepada mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu akan memberi manfaat kepada orang yang beriman.” (Surah al-Dhariyat 51: 55)
Tidak! Sabar itu akan diganjarkan dengan syurga. Itulah keyakinan orang beriman. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Rasulullah s.a.w. yakin hakikat itu dan keyakinan itulah yang dipesankan kepada keluarga Yasir yang juga mempunyai keyakinan yang sama. Dan sesungguhnya, pesanan itu meresap ke dalam hati kerana ia disampaikan daripada hati.
Ketika para sahabat Rasulullah s.a.w. diseksa begitu dahsyat di Makkah, tidak ada senjata yang diangkat untuk melawan. Semuanya dihadapi dengan pasrah dan tawakal. Daripada Khabab bin al-Arat, dia berkata: “Kami mengeluh di hadapan Rasulullah saat Baginda sedang bersandar di Kaabah. Kami bertanya kepadanya: ‘Apakah engkau tidak memohon pertolongan bagi kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?’ Rasululllah s.a.w. bersabda (yag bermaksud): ‘Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkan dan kepalanya dibelah dua, namun hal itu tidak menghalangnya daripada agamanya. Dan disikat dengan sikat besi sehingga mengelupaslah daging dan kulit sehingga nampak tulangnya, namun itu tidak menghalangnya daripada agamanya. “ (Riwayat al-Bukhari no. 3343)
Orang yang beriman akan mendapat kekuatan daripada pesan sabar. Hatinya mampu mengaitkan apa yang sedang dihadapinya dengan ketentuan Allah. Apabila berlaku sesuatu musibah terhadap dirinya, dia dapat menerima dan menghadapinya dengan baik kerana menyedari hakikat berikut:
i) Dia yakin bahawa akan mendapat pahala tanpa batas daripada Allah
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar 39: 10)
ii) Mendapat berita gembira dengan rahmat dan petunjuk dari Allah
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, ‘Kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami akan dikembalikan.’ Mereka itulah orang yang mendapat rahmat daripada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah 2: 155-157)
iii) Diampunkan segala dosa
Dia faham bahawa ujian yang didatangkan Allah kepadanya ialah jalan pembersihan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya. Jadi, dia tahu kepahitan ujian itu hakikatnya ubat kepada penyakit-penyakit hatinya. Sepertimana pesakit fizikal gembira apabila mendapat ubat bagi penyakitnya, maka begitulah juga orang yang beriman akan berasa lega apabila diuji dengan kesusahan kerana mendapat ubat kepada penyakit rohaninya. Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
iv) Mendapat syurga di hari akhirat kelak
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkannya), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Surah al-Ra‘d 13: 23-24)
Seseorang yang diuji dengan kematian anak misalnya akan digembirakan oleh Allah menerusi janji-Nya yang disampaikan oleh baginda Rasulllah s.a.w., mafhum sabda Baginda:
“Jika anak seorang hamba mati, Allah berkata kepada malaikat-Nya: ‘Engkau telah mengambil nyawa anak daripada hamba-Ku?’ Mereka menyatakan: ‘Ya.’ Allah kemudian berkata: ‘Apa yang dikatakan oleh hamba-Ku?’ Mereka berkata: ‘Ia memuji-Mu dan beristirja.’ Maka Allah berkata: ‘Dirikanlah sebuah rumah di syurga buat hamba-Ku dan berikanlah nama dengan Baitul Hamd (rumah pujian).” (Riwayat al-Tirmizi daripada Abu Musa al-Ash‘ari)
Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga:
1. Sabar untuk taatkan perintah Allah.
2. Sabar untuk meninggalkan larangan Allah.
3. Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah.
Daripada pembahagian sabar ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat ubudiyyah (penghambaan) kepada Allah. Dengan sabar kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, manakala tanpa sabar kita akan kehilangan segala-galanya.
Mari kita memperincikan ketiga-tiga peringkat sabar itu:
Sabar dalam Mentaati Perintah Allah
Bukan mudah untuk melakukan ketaatan kerana ia sesuatu yang tidak disenangi oleh hawa nafsu yang ada dalam diri kita sendiri. Usaha melakukan ketaatan samalah seperti “berperang” dengan sendiri. Namun, bagi orang yang sabar, ia melihat bahawa ketaatan itu umpama ubat – pahit tetapi itulah yang akan menyembuhkan. Walaupun betapa pahitnya mujahadah, sanggup ditempuh jua kerana mengharapkan manisnya syurga.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya. Kami tidak akan minta rezeki kepadamu (bahkan) Kamilah yang memberikan rezeki. Dan akibat terpuji adalah bagi orang yang bertaqwa.” (Surah Taha 20: 132)
Kalau kita benar-benar mengharapkan syurga, sabarlah dalam menempuh jalan ketaatan ini sepertimana Rasulullah s.a.w. dan 10 orang para sahabatnya yang telah dijamin syurga. Bagaimana mereka rela berkorban dan terkorban untuk beriman dan berhijrah di jalan Allah. Mereka sanggup hidup miskin, dihina, diboikot, meninggalkan kampung halaman, hatta mengorbankan nyawa untuk mentaati Allah dan Rasul.
Untuk “bersama” berada di jalan mereka, renungilah perintah Allah ini, mafhumnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaan itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi 18: 28)
Bukan mudah untuk mencari rezeki yang benar-benar halal akhir zaman ini. Apabila kita menolak riba, pendedahan aurat, rasuah, judi, arak daripada sumber-sumber yang haram dan syubhat, besar kemungkinan kita tidak dapat merebut peluang membuat kekayaan atau terlambat untuk menikmati kesenangan.
Namun mereka tetap menahan diri (sabar) kerana mengenangkan sabda Rasulullah s.a.w. ini, maksudnya: “Janganlah kamu merasakan bahawa rezekimu lambat datangnya, kerana sesungguhnya seorang hamba akan mati sehingga datang kepadanya rezeki yang terakhir (yang ditentukan untuknya), maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yakni dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (Riwayat …)
Sabar Meninggalkan Maksiat
Walaupun meninggalkan maksiat tidak memerlukan tenaga berbanding melakukan ketaatan yang memerlukan tenaga, namun para ulama menyatakan bahawa meninggalkan maksiat jauh itu lebih berat daripada melakukan ketaatan. Contohnya, untuk meninggalkan perbuatan mengumpat, kelihatannya agak lebih mudah daripada memberi nasihat. Meninggalkan mengumpat, kita perlu “berdiam” diri sahaja. Sedangkan untuk memberi nasihat kita perlu mengeluarkan tenaga dan usaha untuk berkata-kata, mencari bahan dan masa.
Namun, hakikatnya meninggalkan perbuatan mengumpat lebih payah daripada memberi nasihat kerana ia sangat disukai oleh hawa nafsu. Menceritakan aib orang lain lebih menyeronokkan daripada mengenang aib diri. Malah sering kali kita bercerita tentang kelemahan orang lain di belakangnya untuk menunjukkan kelebihan diri kita. Jadi, dalam pergaulan sesama manusia misalnya, apa-apa yang dilarang (diharamkan) melakukannya adalah lebih utama dilaksanakan berbanding dengan apa-apa yang disuruh lakukan.
Lihat sabda Rasulullah s.a.w. ini yang bermaksud: “Jangan kamu saling marah-memarahi, jangan kamu saling berhasad dengki, jangan kamu kata-mengata.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tegasnya, tidak menimbulkan kebuntuan dalam pergaulan sesama manusia lebih perlu diutamakan daripada menghulurkan bantuan. Kata bijak pandai ini boleh dijadikan panduan: “Jika tidak dapat menjadi garam yang memasinkan ikan, janganlah jadi lalat yang membusukkannya.”
Sabar Ketika Ditimpa Musibah
Sabar jenis yang ketiga ini berada di luar ikhtiar manusia. Taat dan maksiat masih tergantung kepada kehendak manusia (masih boleh membuat pilihan), tetapi musibah datang terus daripada Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Taghabun 64: 11)
Manusia tidak mampu menahan musibah. Dalam hidup ini sering berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidak dijangka apatah lagi yang diharapkan. Maka ketika itu hanya dengan bersabar kita boleh berdepan dengannya. Apa yang berlaku dalam hati kita sebenarnya lebih penting berbanding dengan apa yang berlaku di luar diri kita. Jadi jika sifat sabar sudah tersemat dalam hati, musibah dari luar yang besar bagaimanapun akan dapat dihadapi dengan sebaik-baiknya.
Ada pandangan yang mengatakan bahawa sabar jenis yang ketiga inilah yang paling tinggi darjatnya, justeru kepedihan yang menimpa di hati sangat pedih. Orang boleh bersabar dengan kesusahan melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat, tetapi derita kegagalan, kematian, penyakit dan lain-lain musibah lebih menekan hati. Manakala ada pula yang berpandangan, musibah jenis yang pertama dan kedua lebih sukar kerana ia adalah musibah yang ikhtiyari (secara sedar dan boleh membuat pilihan), manakala kesabaran jenis yang ketiga lebih bersifat ijbari (terpaksa, tidak ada pilihan).
Mereka yang berpandangan demikian, menyatakan bahawa kesabaran Nabi Yusuf a.s. (yang menolak godaan isteri menteri Mesir) lebih tinggi daripada kesabaran Nabi Ayyub a.s. (yang ditimpa penyakit kronik). Ini kerana Nabi Yusuf mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak, tetapi Nabi Ayyub tidak boleh menolaknya lagi. Sama ada rela atau terpaksa, penyakit itu tetap menimpa.
Ilmu kita terbatas. Ilmu Allah Maha Luas. Jika sabar itu tidak indah, bukan kerana ia tidak indah, tetapi mata hati kitalah yang kabur untuk melihat keindahan itu. Sama seperti kelawar yang tidak dapat melihat siang, bukan kerana kegelapannya tetapi siang itu terlalu terang dan mata kelawar tidak mampu menatapnya.
Sabar itu sesungguhnya akan memberikan keindahan pada fizikal kita. Sabar juga akan memberi keindahan pada jiwa dan perasaan kita. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa sabar itu ada dua. Pertama bersifat badani (fizikal). Sabar fizikal berupa seksaan, penyakit dan kesusahan yang menimpa jasad. Yang kedua bersifat rohani (spiritual) seperti ejekan orang, perpisahan, kekecewaan, kegagalan, kematian dan lain-lain yang kebanyakannya menekan nafsu dan bertentangan dengan kehendak diri.
Justeru, jika seseorang mampu bersifar sabar (ketika kesusahan menimpa fizikal dan rohaninya), maka dia akan memiliki dua keindahan. Pertama, keindahan fizikal dan kedua keindahan rohani. Sabar itu bererti “menahan”. Jika kita mampu menahan diri ketika melakukan ketaatan, meninggalkan maksiat dan ditimpa musibah, nescaya akan semakin indahlah wajah dan akhlak kita.
Sabar itu ada di hati. Apabila hati baik, wajah akan kelihatan cantik. Apabila hati baik, kita akan sentiasa dapat melihat kebaikan. Ya, bersabarlah! Do good, you will become good and feel good – buat baik, kita akan jadi orang baik dan kita akan merasai ketenangan dan keindahan dengan kebaikan itu. Sesungguhnya… sabar itu indah!

بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 21 April 2011
BF & GF vs Suami & isteri----->>> Pelik dan jelek..!!
Teman banyak melihat pasangan yang bercinta dengan cara yang salah. Teman malas nak tegur, sebab korang pun tahu yang mana salah dan yang mana betul, yang mana halal dan yang mana haram… semua dah besar …faham agama kan? Hari ini Teman highlightkan beberapa point berdasarkan pemerhatian.
Yang pelik…. Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah …. Yang jelik…. Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun …. Yang pelik…. Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….
Ni Teman nak habaq kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni Teman cakap kat semua perempuan termasukla Wanita Pertama dan my future is-2 kih…kihh.“Awak nak keluar awak boleh keluar.. keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah …tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih takde hak ke atas diri awak.” Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ? Yang pelik…. Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela… Yang jelik…. Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang …. Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.
Yang jelik….. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi. Yang pelik…. Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing. Yang jelik…. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.
Yang pelik…. Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang tahap gaban jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala… Yang jelik…. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki? Pelik dan jelik ..tapi benar… Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas. Err.. korang tak kan ...??? hehhehhe
Yang pelik…. Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah …. Yang jelik…. Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun …. Yang pelik…. Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….
Ni Teman nak habaq kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni Teman cakap kat semua perempuan termasukla Wanita Pertama dan my future is-2 kih…kihh.“Awak nak keluar awak boleh keluar.. keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah …tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih takde hak ke atas diri awak.” Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ? Yang pelik…. Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela… Yang jelik…. Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang …. Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.
Yang jelik….. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi. Yang pelik…. Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing. Yang jelik…. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.
Yang pelik…. Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang tahap gaban jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala… Yang jelik…. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki? Pelik dan jelik ..tapi benar… Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas. Err.. korang tak kan ...??? hehhehhe
teguran berhemah
Hari-hari yang kita lalui seakan kosong dan tidak bermakna sekiranya kita hidup tanpa teguran daripada para sahabat, keluarga, guru-guru dan sesiapa sahaja.
Tahukah anda, apabila kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?
Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.
Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.
Kesemua ini ialah teknik dan cara menegur mengikut tahap ilmu yang telah dimiliki. Teguran dan nasihat amat diperlukan bagi setiap manusia. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita. Kita memerlukan mereka untuk meruntuhkan kubu ego yang kita miliki.
Terdapat manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.
Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba berubah tetapi mereka tidak mendapat bimbingan daripada orang di sekeliling. Saya juga turut merasakan aura tersebut kerana setiap teguran dan nasihat itu ikhlas daripada hati mereka yang menegur saya. Mereka tidak mahu saya hanyut dalam buaian dunia sendiri.
Setiap teguran memerlukan masa untuk kita merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya kita akan cuba sedaya upaya mengubah sedikit demi sedikit setiap kesalahan yang telah dilakukan. Hal ini amat berbeza kepada mereka yang tidak mendapat teguran dan nasihat daripada orang di sekeliling.
Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda?
Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.
Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.
Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.
Pepatah Arab ada mengatakan ;
" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "
Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.
Kisah berjiran..
Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW? Nabi SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Nabi SAW menziarahi dan merawati wanita tua tadi, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.
Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.
Moral of the story :
Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh ketuk pintu hidayah.
Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang sentiasa berleter.
Sejarah itu sentiasa berulang
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.
Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.
Moral of the story :
Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh ketuk pintu hidayah.
Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang sentiasa berleter.
Sejarah itu sentiasa berulang
Rabu, 20 April 2011
PERANGI POLITIK FITNAH,..!!!
PERANGI POLITIK FITNAH, LAKSANAKAN HUKUM QAZAF TERHADAP PENFITNAH ZINA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyanyang.
Perhimpunan Saf Anti Fitnah (SAF) pada 13 Jamadil Awwal 1432H / 17hb April 2011 bertempat di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor.
PERIHATIN terhadap wujudnya budaya dan amalan fitnah-mengfitnah yang kini menjadi lumrah dalam kehidupan umat Islam terutamanya dalam persaingan politik tanah air.
SANGAT PEKA bahawa, terdapat pihak-pihak yang terlalu ghairah untuk menjatuhkan lawan dengan mengguna senjata fitnah lucah dan fitnah zina dengan tujuan mengaibkan seseorang melalui konspirasi menanamkan pra-sangka buruk kepada masyarakat ke atas seorang musuh politik.
MENEGASKAN budaya fitnah hendaklah diperangi oleh semua pihak,
MENYEDARI bahawa fitnah zina adalah suatu jenayah berat disisi Allah SWT dan ia membawa implikasi yang sangat buruk ke atas maruah dan kesatuan ummah,
MENGINSAFI bahawa fitnah zina membawa kepada kesan yang sangat parah kepada maruah ummah dan bertentangan dengan segala prinsip Maqasid Syar'iyyah,
MENGAMBIL PERHATIAN bahawa budaya fitnah zina yang diamalkan mesti diperangi,
MEMAHAMI bahawa hukum Qazaf adalah hukum syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan ia wajib dilaksanakan oleh pihak penguasa berdasarkan Surah An Nur: 4 (maksudnya)
"Orang yang menuduh wanita Muhsanat berzina kemudian tidak menampilkan empat orang saksi yang sah maka deralah mereka dengan lapan puluh kali sebatan. Janganlah terima lagi kesaksian mereka untuk selama-lamanya dan golongan itu adalah golongan orang-orang fasiq"
MENGAMBIL PERHATIAN terhadap firman Allah SWT yang berkaitan dengan fitnah seperti berikut:
"Orang-orang yang menyakiti mu'min lelaki dan mu'minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata" (Surah Al Ahzab : 58)
"Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu'minah, Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat. Untuk mereka disediakan azab yang sangan besar." (Surah An Nur : 23)
Maka Kami
MENEGASKAN BAHAWA fitnah zina adalah perbuatan yang sangat berat dalam hukum syariat Islam, oleh itu mengingatkan semua lapisan umat Islam samada penguasa atau rakyat hendaklah memeranginya dan hukum Qazaf hendaklah dijadikan perundangan yang dikuatkuasakan ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah fitnah zina,
MENGINSAFKAN BAHAWA Allah SWT akan menurunkan bala dan musibah kepada seluruh umat manusia jika kemungkaran fitnah dibenarkan berleluasa,
MENGINGATKAN BAHAWA umat Islam di semua peringkat hendaklah mengambil sikap yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebar dan bermakar (yakni berkomplot) dlaam kospirasi fitnah untuk menjatuhkan dan memburukkan peribadi seseorang,
MENASIHATI BAHAWA umat Islam mesti mengamalkan perintah Allah SWT dalam menangani berita yang dinukilkan oleh golongan fasiq iaitu orang Islam sentiasa bertabayyun yakni meneliti dan mencermati akan kebenaran sesuatu berita yang disebar oleh orang-orang fasiq samada dalam bentuk media massa mahupun kenyataan-kenyataan mahupun apapun bahan yang disebarkan,
BERPENDIRIAN TEGAS BAHAWA umat Islam mesti menolak dengan tegas mereka yang terlibat dengan fitnah samada dikalangan pemimpin-pemimpin yang fasiq mahupun di kalangan ahli yang mengguna alat dan saluran media untuk:
* mencetuskan fitnah,
* menyebar fitnah,
* menyiarkan fitnah,
* bersekongkol menyemarakkan fitnah,
* mengguna kalam mereka untuk berfitnah,
* mengguna alat media mereka untuk membesar-besarkan fitnah,
* memngaibkan hambaMu dengan fitnah,
* merosakkan persaudaraan sesama Muslim dengan fitnah,
* mengguna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat untuk mereka-reka fitnah.
MEMBERI PERINGATAN BAHAWA media massa terutama media massa perdana hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dengan budaya fitnah untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang samada melalui pemberitaan mahupun wawancara untuk memburukkan seseorang. Pihak media semestinya tidak menjadi tali barut dalam usaha untuk menonjolkan lagi fitnah dan kekeliruan serta kecurigaan sesama masyarakat dan umat Islam. Pihak media dikalangan ahli Lembaga, Kumpulan Pengarang, Ketua Pengarang, Penerbit, Wartawan dan jurufoto hendaklah mengamalkan prinsip kewartawanan dan jurnalisme yang professional dan beretika.
MENGINGAT DAN MENASIHATI BAHAWA semua pihak yang terlibat dengan budaya fitnah terutamanya fitnah lucah dan fitnah zina supaya bertaubat dan kembali kepada jalan hidup Islam serta berwaspada dan sangat takut kepada Azab dan Kemurkaan Allah SWT yang bakal diterima jika meneruskan kemungkaran Fitnah,
MENYERU DAN MENGGESA semua lapisan umat Islam amnya dan khususnya kepada ahli politik dan golongan ilmuan dan para ulama segera bergabung tenaga untuk memerangi budaya fitnah sehingga ke akar umninya.
KAMI DENGAN INI MENGUMUMKAN BAHAWA KAMI AKAN BERGERAK BERSAMA-SAMA DENGAN SEMUA PIHAK UNTUK MEMERANGI FITNAH DIKALANGAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA DAN WARGA MASYARAKAT MALAYSIA DI NEGARA INI
Langgan:
Catatan (Atom)