Jumaat, 22 April 2011

Hot MONEy...

oleh: ismanusa

"Demokrasi bukan untuk matawang
Orang menyangka dalam sistem demokrasi mereka mempunyai pilihan dalam semua perkara, selepas berlaku krisis ekonomi barulah mereka sedar dalam penggunaan wang harian mereka tiada pilihan. Contohnya Bank Negara boleh memansuhkan nilai wang kita bila-bila masa seperti wang RM500 dan RM1000 yang sudah tidak sah nilai.

Tragisnya manusia dalam zaman moden ini sangat mementingkan wang ringgit tetapi sebaliknya mereka tidak tahu apa-apa tentang perjalanan sistem ekonomi berasaskan wang kertas ini. Secara perlahan-lahan tabir mula tersingkap.

Pasaran bebas bukan sahaja dikuasai oleh syarikat-syarikat besar yang monopoli tetapi juga di batasi oleh pihak kerajaan. Sepatutnya dalam pasaran yang betul-betul bebas, pasaran yang menentukan apakah matawang yang mereka kehendaki, sama ada emas, perak, platinum atau apasahaja yang bernilai. Dalam keadaan yang ekonomi sedemikian , kita digalakan supaya bersederhana dan membelanjakan untuk keperluan ekonomi yang sebenar. Inilah konsep sebenar ekonomi islam berbeza dengan ekonomi kapitalis yang diamalkan diseluruh dunia kini. Apabila kerajaan kelantan mengeluar kan matawang dinar dan dirham, banyak pihak yang mengeluarkan kata-kata sinis bahkan ada yang mengatakan tidak mungkin cukup emas dibumi ini kalau gunakan duit dinar. Beginilah pemikiran kita yag telah dipengaruhi unsur dajjal hingga hilang pergantunagn kepada Allah swt. Padahal Rasulullah pernah di tawarkan oleh malaikat untuk menukar gunung uhud kepada emas, ini menunjukakan kalau kita bertawakkal kepada Allah swt, insyaAllah ada jalan keluarnya.
Dalam zaman teknologi maklumat ini, penggunaan dinar boleh dilaksanakan dalam bentuk debit kad, kad telepon atau transaksi internet dari segi teknikalnya tidak ada masalah. Masalah yang paling besar masa ini ialah kaedah pengeluaran wang kertas oleh bank-bank komersial samada konvensional atau bertopengkan perbankan islam adalah dicipta atas angin berdasarkan keuntungan pinjaman yang dikeluarkan. Mereka memasukkan nilaiannya kedalam akaun pelanggan melalui kaedah perakaunan mudah. Wang wujud dalam akaun seperti matrik, secara realiti bayangan hanya angka-angka yang muncul dalam penyata akaun. Wang ini akan beredar dipasaran selepas  dibelanjakan oleh pelanggan.
Kita ditipu bulat-bulat oleh sistem ekonomi riba-kapitalis ini, mereka mencipta berbagai-bagai formula rumusan bagi memperdayakan kita seolah-olah sistem mereka adalah termaju dan membawa kesenangan. Sebenarnya kita membuatkan mereka membolot semua hasil negara yang Allah anugerahkan untuk semua manusia menikmatinya. Ini mewujudkan jurang yang besar antara kaya dan miskin.
Duit Atas Angin
Mengikut arahan terbaru bank negara, bank-bank hanya memerlukan kurang 2% dalam bentuk simpanan wang sebenar (statutory reserve requirement). Katakan kita simpan dibank sebanyak RM100, dari RM100 ini mereka boleh mengadakan wang sebanyak RM5,000 yang kemudiannya dikeluarkan kepada pelanggan melalui pinjaman. Katakan pelanggan ini membeli di kedai runcit sebanyak RM100, kemudian peruncit tersebut menyimpan dibank. Proses yang sama akan berlaku, kemudian pihak bank termasuklah yang bertopengkan perbankan islam memberi pinjaman melalui wang yang dicipta atas angin ini. Sistem ini seolah-olah silap mata (inilah sihir dajjal sebenarnya), namun ia terus berjalan selagi bank yakin bahawa peminjam  dapat membuat bayaran. Jika wang tersebut di belanjakan atau pelaburan menghasilkan wang, semua orang akan mendapat bayaran dan kitaran penghasilan wang akan berterusan.
Tetapi sistem ekonomi palsu berasaskan wang kertas ini sudah sampai ke penghujungnya. Sistem matawang yang bersandarkan hutang ini telah runtuh di US dan kebanyakan negara eropah apabila pinjaman yang dikeluarkan dengan pertaruhan harga rumah akan terus naik tidak menjadi kenyataan. Apabila harga rumah turun, peminjam hilang pertaruhannya dan gagal membayar balik pinjaman. Ini meyebabkan tindakbalas rantaian apabila bank-bank gagal mendapat kembali wang tersebut hingga menyebabkan bankrup.
Inflasi

Mengikut satu kajian dari Malaysian Insider , kuasa beli rakyat malaysia di KL adalah yang terendah berbanding beberapa bandar raya lain didunia.  Ini adalah inflasi yang memang sifat semulajadi penggunaan wang kertas. Dalam penggunaan matawang sunnah dinar dan dirham, tidak akan berlaku inflasi. 1 dinar (4.25g emas) zaman Rasulullah boleh membeli se ekor kambing sama harga seperti sekarang, begitu juga 1 dirham dapat membeli se ekor ayam sama seperti hari ini. Melalui inflasi kerajaan melalui sistem riba-kapitalis mengambil balik wang rakyat tanpa disedari. Kaedah penghasilan wang tanpa bersandarkan nilai wang sebenar seperti emas inilah membuatkan inflasi, apabila wang dicetak tanpa had. Ia hanya bersandar jaminan pembayaran bond yang dikeluarkan kerajaan yang terkandung didalamnya hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank. Semakin banyak bond dikeluarkan, banyak faedah yang perlu dibayar kepada pelabur-pelabur, sudah tentu diperolehi daripada inflasi.

Ekonomi Kita Sekarang Ini
Matawang Malaysia bersandarkan sepenuhnya kepada USD berdasarkan perjanjian IMF tahun 1971. Kejatuhan mata wang USD pasti menyeret sama ekonomi kita. Keadaan ekonomi di US sekarang ini amatlah tenat dan memaksa mereka melakukan Quantitave Easing iaitu mencetak mata wang lebih banyak lagi (sekarang ini dah QE2). Wang baru yang dikeluarkan ini sebanyak 600bn USD. Duit yang dihasilkan melalui kaedah ini dipanggil Hot Money. Polisi kebanyakan negara seperti China, mereka mengadakan langkah-langah tertentu untuk menyekat kemasukan wang tersebut. Wang-wang tersebut tidak diniagakan dalam US kerana kadar faedahnya adalah sifar. Wang tersebut dilambakan dinegara-negara ketiga bertujuan mendapatkan keuntungan dalam jangka masa pendek.
Amat menghairankan bank negara mengalu-alukan pelaburan hot money ini. Walaupun hakikat sebenarnya tidaklah begitu menghairankan kerana keperluan pemimpin politik untuk mendapatkan wang bagi membiayai pilahanraya yang mesti diadakan tahun ini sebelum Hot Money ini ditarik keluar. Ini kita dapat lihat dengan kemasukan penyangak-penyangak ekonomi seperti  Goldman Sachs, House of Rothschild, Bear Stearns dan lain-lain. Mereka sebenarnya sisa toksik kepada ekonomi negara. Tidak hairanlah apabila awal tahun ini pasaran saham KLSE naik mendadak hingga tahap 1500 mata. Sebenarnya kenaikan ini adalah sementara apabila mereka sudah dapat keuntungan jangka pendek, wang tersebut akan dikeluarkan.
Inilah telah terjadi pada tahun 2007 semasa pemerintahan Pak Lah, apabila sejumlah besar dana asing di bawa keluar. Akibatnya bank negara terpaksa mencetak sebanyak RM67bn duit atas angin bagi mengelakan keruntuhan ekonomi. Kesannya kita rasai sekarang ini apabila harga rumah teres terutamanya di Lembah Klang melebihi RM500,000 dan kenaikan harga semua barang-barang keperluan. Dan tsunami kenaikan harga ini pasti akan berlaku selepas pilihanraya umum ke 13 apabila Hot Money dasar kewangan jangka pendek US dibawa keluar!

Kisah Makcik klener...makcik nasi lemak...??

Oleh: budakbalun

"Selalunya bila teman on the way tempat kerja..
Biasalaaa.. dengan motor Modenas 'Ducati' teman tuuu..
Dah lebih 15 tahun berjasa mengangkut teman nehh!
teman pasti bertemu dengan makcik jual nasi lemak di sebelah kanan jalan..
Disebabkan itu..
teman terpaksa melintasi jalan untuk singgah beli nasi lemak mahupun sekadar kuih-muih..
Buat sarapan di kantin tempat keje daaa..

Teman ni ada satu 'pe-el'..
Kalau teman dah nyinggah gerai tu..
Teman selalunya akan terikut singgah dihari-hari yang lain..
walaupun sekadar membeli 2 ketul kuih!
Kalau tak nyinggah.. rasa segan pulak.. rasa kesian pulak..
iskkk.. memang muka teman ni legend.. tapi hati cute!
Ape pun tak bolehhh!!

Tapi 2-3 menjak ni..
teman dok perasan.. makcik ni kejap meniaga.. kejap idak..
so, pagi tadi teman nyinggah lee.. kebetulan ada pulak makcik tu meniaga pagi ni.. semalam takde!

teman pun tanya le.. apsal kejap meniaga kejap idak makcik??
'Ntah le nak oi.. sekarang ni..dah kurang orang membeli..
Banyak yang bawak bekal gi keje..
Ada yang selalu beli nasi lemak lauk ayam.. 

la ni dah beli nasi lemak standard je..
takde tambah-tambah lauk.. budget katenye..


Barang-barang makin mahal..
nak beli barang mentah untuk nasi lemak dan lauk-lauk ni pun..
kadang-kadang tak cukup modal!
Nak naikkan harga karang.. kesian kat orang yang datang membeli!
keluh makcik tu perlahan-lahan sambil pulangkan baki duit kuih teman tadi..

sambil tunggang moto 180km/j ke opis tu..
teman dok kenangkan nasib makcik tadi..
anak-anak dia semua keje biasa-biasa je..
suami tak sihat.. dah tua..
duduk pulak di bandar ni.. Bukit Beruntung kira bandar laaaa..
hmmm.. susah jugak meniaga gerai nasi lemak ni..

Kalaulah makcik tadi dibantu dengan cara bersungguh-sungguh kawal ekonomi rakyat terbanyak..
Kan banyak kesannya..

Bila kecairan duit pada rakyat makin meningkat..
kompom ramai orang akan berani beli nasi lemak berlauk ayam mahupun daging daripada makcik tadi..
makcik tadi pun takde la takut nak keluar modal beli bahan mentah sebab harga tak melampau mahalnya!


Dan dia pun bolehlah jual makanan dengan harga yang sesuai dan mampu dibeli oleh pengguna macam teman neh!
idak la semua sibuk bawa bekal ke tempat kerja!

hmmm.. sampai bila la nasib rakyat Malaysia macam ni..
Negara kaya... hasil mahsul bumi bukan main banyak..
Ada hujan dari langit jadi sungai..
Ada tumbuhan dari bumi subur dan menjadi..
Ada minyak dari perut laut untuk didagang..
Ada haiwan melata atas tanah untuk dimakan...

tapi hasilnya? hok aloh.....

Menilai tahap Kecekapan

Menilai tahap kecekapan pengurusan UUM
Siti Salasiah Salamun   
Universiti Utara Malaysia (UUM) dikenali (bukan terkenal) sebagai universiti yang banyak memfokuskan bidang pengajian kepada falsafah dan pengaplikasian pengurusan. Kami sebagai graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) merasa terpanggil untuk mengemukakan komentar tentang isu-isu yang menyentuh kepada aspek tata-kelola universiti pengurusan ini.
Isu terbaru yang melanda UUM ialah mengenai isu air dan isu cukai tanah yang mana telah mengheret kerajaan PAS Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Jentera media diperkakaskan sepenuhnya oleh rejim Umno BN, apa yang menjadikan isu ini bertambah panas ialah apabila kesalahan tersebut dibebankan sepenuhnya ke atas bahu kerajaan PAS Kedah walaupun pada hakikatnya masalah ini berpunca daripada kelemahan yang ketara oleh pentadbiran dan pengurusan UUM untuk menangani masalah ini dari akar umbinya.
Apabila memperkatakan mengenai isu air, hal ini sebenarnya melibatkan dua persoalan yang utama iaitu, kegagalan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri untuk membekalkan air secukupnya kepada UUM atau masalah infrastruktur yang tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan pusat justeru  infrastruktur universiti terletak sepenuhnya dalam tanggungjawab kerajaan pusat iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Utusan Malaysia melaporkan bahawa masalah ini berpunca daripada persoalan yang pertama walaupun pada hakikatnya pengurusan UUMlah yang patut disalahkan kerana gagal menangani masalah ini. Dilaporkan juga bahawa UUM menghabiskan purata sebanyak RM80,000 untuk bekalan air dengan menyewa lori untuk mengangkut air setiap bulan. Bayangkan jika duit yang dibazirkan ini digunakan untuk menyelenggarakan infrastruktur yang sedia ada, saya percaya bahawa pembaziran ini dapat dielakkan.
Persoalan lain yang turut terkait dengan isu air ini ialah tidak semua Dewan Penginapan Pelajar (DPP) mengalami masalah ini bahkan hanya segelintir sahaja. Namun media membesar-besarkan isu ini untuk menunjukkan bahawa seluruh universiti ‘kelam kabut’ kerana isu ketiadaan air ini. Saya difahamkan bahawa DPP yang berada di luar kampus utama iaitu DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank tidak pula mengalami masalah ini.
Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah melalui portal kerajaan negeri, dipetik sebagai berkata bahawa kelemahan ini berpunca daripada kelemahan pengurusan universiti yang gagal untuk menaiktaraf infrastruktur ada sesuai dengan pertambahan mahasiswa yang semakin meningkat. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut menegaskan bahawa pihaknya telah membawa isu ini kepada kerajaan pusat (merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi) namun tidak berhasil.
Isu air ini sebenarnya telah berlaku sejak pemerintahan rejim Umno BN memerintah Kedah sebelum diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Hal ini bermakna kerajaan Umno BN sememangnya gagal membantu menyelesaikan masalah ini dan pemimpin sebelum ini yang patut dipersalahkan.
Isu yang seiring dengan isu air adalah mengenai isu cukai tanah. Dilaporkan bahawa kerajaan negeri menaikkan cukai tanah sehingga sepuluh kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri. UUM juga dilaporkan bahawa perlu membayar sebanyak RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.
Fitnah yang berterusan terus dihamburkan kepada kerajaan PAS Kedah dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri mengaut keuntungan daripada institut pengajian tinggi (IPT) itu. Kerajaan Pusat juga mendakwa bahawa mereka ingin untuk bersahabat dan menjalin lebih banyak kerja dengan kerajaan negeri. Jika ini disebutkan dengan hati yang tulus, selesaikanlah masalah air yang telah sekian lama berlaku dan jangan hanya tau menyalahkan kerajaan negeri.
Dalam Harakahdaily.net, Menteri Besar Kedah mengeluarkan kenyataan bahawa, tempoh pemberian rebat kepada universiti itu telah berakhir, dan oleh kerana itulah UUM perlu membayar penuh. Namun, jika UUM tidak mampu untuk membayar cukai tersebut, UUM boleh memohon untuk mendapatkan rebat semula. Kenyataan yang dikeluarkan ini tidak ‘sampai’ kepada masyarakat kerana semua media massa adalah pro kerajaan dan sememangnya kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat adalah ‘haram’ dikeluarkan di media massa ini. Hal ini akan menampakkan bahawa PR sememangnya lemah dan tidak mampu untuk mentadbir negeri yang dimenanginya ketika pilihan raya yang lalu.
Saya sangat berharap agar mahasiswa UUM bijak untuk menilai situasi ini dan jangan hanya menuduh membabi buta tanpa mendapatkan berita daripada sumber yang benar. Mahasiswa perlu bersuara jika hak anda dicabuli. Jangan hanya menjadi mahasiswa yang bisu dan pekak, hanya mengikut telunjuk universiti yang nyata telah memanipulasi anda untuk menampakkan bahawa kesalahan perlu ditanggung oleh kerajaan yang sedang memerintah!

Seram....

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].    Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.    Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. 


Kiranya bln prtama ni free la....[?]  Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...  Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.    Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.    Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. 


Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.    Mlm tu kitorg kna lg teruk.    


Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...  Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.    


Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.    Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. 


Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.  Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!        


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.    


Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.    Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.    


Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.    Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. 


Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!    Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...


Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?    Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. 


Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.    Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. 


Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.    


Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. 


Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......    Aku demam 3 hari.    Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.    Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia.


 Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?    


Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..    Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..   


p/s: kepada semua penduduk seksyen 2, awas

Khamis, 21 April 2011

TAQDIR...vs TAdbir

Kebelakangan ini saya kerap dihujani panggilan telefon menceritakan pelbagai masalah. Terus terang ada masalah yang diluahkan itu, juga masalah yang saya hadapi sendiri. Saya bukan insan serba baik dan sempurna.

Selalu saya katakan, saya seorang daie yang sedang bermujahadah – berusaha membaiki diri dan usaha itu dikongsi untuk membaiki orang lain. Di kesempatan ini, saya hulurkan tulisan yang saya cuba alirkan dari hati. Dengan doa dan harapan agar bergunalah untuk dijadikan panduan (ataupun sempadan) buat pembaca.

Terimalah kata pengukuhan dan pencerahan ini...
Jangan Sombong Dengan Takdir

Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.

Iblis
Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!

Takdir Dan Iman Kita
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?

Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.

Katakan,  "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."

Takdir Mengatasi Tadbir

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.

Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.

Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Apa Khabar Iman Anda?

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Bersangka Baik Dengan Allah

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.

Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)

Nikmat Allah

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?

Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

- Artikel iluvislam.com
oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi