Sabtu, 30 April 2011

Bola vs TV..?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" 
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" 
"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" 
"Allah ada dalam tu?"
 "Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" 
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." 
"Kamu sembah apa?" 
"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" 
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." 
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?" 
"Pernah.. selalu.." 
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?" 
"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?" 
"Dalam tv la.." 
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.." 
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.." 
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?" 
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
 "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.." 
"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?" 
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.." 
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?" 
"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.." 
"Erk.. kau betul.."

Khamis, 28 April 2011

Guru ...

Bekas cikgu tumbuk, sepak guru besar didenda

NORAZMAN ketika hadir ke Mahkamah Majistret Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang bekas guru lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah menumbuk dan menyepak seorang guru besar sehingga cedera empat tahun lalu.
Majistret Nor Azah Idris turut memerintahkan Norazman Abdul Wahab, 43, dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Norazman yang merupakan bapa kepada empat orang anak didapati dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap Halim Saad, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis, Jalan Langgar di sini pada pukul 8.30 pagi 20 Disember 2006.
Mangsa ditumbuk di muka dan disepak di paha oleh tertuduh sehingga terjatuh.
Norazman dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Norazman yang memakai baju kemeja warna hitam merayu agar hukuman ringan dikenakan kerana dia tidak mempunyai pendapatan selepas tidak bekerja sebagai guru sejak tiga tahun lalu selain mempunyai tanggungan seorang isteri dan empat orang anak.
“Saya mohon dikurangkan hukuman kerana dua anak saya masih belajar di universiti sementara dua lagi bersekolah,” katanya.

Sabtu, 23 April 2011

10 amalan pelik...!

Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. 


Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


Jangan lupa derma ketika ziarah mayat
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari

Biar kecil... tapi hati besar...

Biar bertubuh kecil,
Namun jangan disangka yang kecil ini hanya si kecil,
Tetapi si kecil belajar untuk membesar,
Besarkan semangat dan azamnya,
Yang belum tentu dipunyai pemuda dewasa.

Dalam perang Badar, ada 2 orang remaja ansar, iaitu Muaz bin Afra' dan Auf bin Afra' masing-masing berumur 15 dan 16 tahun. Tidaklah umur mereka ini boleh digelar 'si kecil' tetapi di dalam peperangan, ya, mereka adalah si kecil yang sungguh luar biasa. Mereka berdua berada bersama Abdul Rahman bin Auf. Abdul Rahman pernah berkata dalam hatinya,

"Kalau boleh, biarlah orang yang berada di kiri dan kananku adalah orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam berperang"

Namun keraguan dalam hatinya hilang dengan melihat semangat yang ada pada dua orang remaja ini. Seorang daripada remaja ini bersuara, "Wahai Pak Cik, adakah Pak Cik kenal Abu Jahal? Aku dengar dia adalah orang yang banyak menyakiti Muhammad. Tunjukkan dia kepada aku. Aku ingin membunuhnya."

Abdul Rahman bin Auf terkejut dengan soalan itu. Soalan yang sama turut diajukan oleh remaja yang kedua itu. Abu Jahal dikawal ketat oleh orang-orangnya. Abdul Rahman akhirnya menunjukkan kepada mereka yang mana satu Abu Jahal. Belum sempat dia habis berkata-kata, dua orang remaja telah pun tangkas melompat menuju ke arah Abu Jahal.

Mereka merempuh barisan pertahanan yang mengawal Abu Jahal sehingga mereka berada betul-betul dihadapan Abu Jahal. Mereka memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga pukulan itu berjaya menjatuhkan Abu Jahal.

Abu Jahal yang cedera parah itu jatuh tetapi masih bernyawa.

Ikrimah, anak kepada Abu Jahal yang berada berdekatan dengan ayahnya berjaya membunuh Auf bin Afra'. Maka tamat riwayat seorang remaja, si kecil perang Badar yang gagah berani.

Muaz bin Afra' tidak patah semangat, dia segera berundur sambil memerangi tentera bukan Islam. Akhirnya, tangannya terpotong tetapi masih tergantung di badan. Segeralah dia berundur ke tempat tentera Islam.

Berundurnya Muaz bukan bererti kalah, tetapi pembakar semangatnya untuk terus berjuang di medan perang. Selepas membalut tangannya, dia kembali lagi berperang. Tangannya yang hampir putus itu mengganggu pergerakan. Akhirnya, Muaz terus memijak lalu memutuskan tangannya itu dengan kakinya sendiri supaya memudahkannya bergerak.

Muaz terus berperang sehingga syahid dalam peperangan. Syahid si kecil kedua yang gagah berani perang Badar.

Pergi si kecil tiada ganti,
Moga semangat besar berperang kerana Ilahi,
Mulai tersemai dalam hati muda mudi kini,
InsyaAllah.

Berita kecederaan Abu Jahal diketahui tentera Islam. Akhirnya, Abdullah bin Mas'ud menjumpai Abu Jahal dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Namun si Abu Jahal tetap membesarkan diri (besar yang ini yang perlu dijauhi) dengan berkata,

"Engkau (Abdullah, penjaga kambing-kambing di Mekah) sedang melakukan sesuatu yang bukan kedudukan kamu, wahai tukang jaga kambing." (kata-kata besar lagi sia-sia ini jangan kita contohi, tetapi pelajari untuk menjauhi) Pada masa itu, Abdullah bin Mas'ud memenggal kepala Abu Jahal dan membawa kepalanya kepada Muhammad.

Kemudian, setelah mengenalpasti tuan punya kepala itu, Nabi Muhammad berkata kepada para sahabat yang bermaksud, "Inilah dia Firaun umat Muhammad."

Tamatlah riwayat si pekata besar,
Besarnya hanya pada kata-kata yang tidak punya makna,
Yang diketahuinya adalah kejian dan kutukan,
Hayati pengajaran kisah,
Moga kita-kita tergolong dalam golongan yang beriman.

Waallahua'lam

Perkahwinan...

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace yee…
 (Isu panazzz…) hehe..

1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?  
 “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. Surah An-Nur: 32    "Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku i...tu”. Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas    “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar  

2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin….  Huhu  
 “Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.  Surah An-Nur : 33   Rasulullah S.A.W bersabda : “Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

 3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.… 
  Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."  Surah Al-A’raf : 128   “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” Surah Al-Hajj : 40   “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Surah Alam Nasyrah : 5-6   Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.   Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..    

4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..   
 “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.   Surah An-Nur : 30   “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.  Surah Al-Jatsiyah : 18    “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. Riwayat Bukhari  

5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…  
 “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. Surah Al-Isra : 32   “Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.                     Musnad Ahmad  
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.                                                          Riwayat Bukhari Muslim  

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..   
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. Surah Yasin : 36   “Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”. Surah Az-Zukhruf : 12   “Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”. Surah Ar-Rum : 21

 7.  Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!  
Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata : “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t.  (mati) dalam keadaan aku bujang”.   Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. Riwayat Ibnu Majah.   Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.                                                                                      Riwayat Abu Mansur Al-Dailami  

Kesimpulan : Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan.  Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!   Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!    Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah  jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?  

P / S : ala, penulis ni pun terasa gak sbb penulis pun ada minat kat seseorang. Hehe.. Apepun, penulis juga byk kekurangan. Note ini untuk peringatan terutama yang membuatnya.. selamat beramal. Lihat seterusnya..

Oleh: I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW