Isnin, 2 Mei 2011

Matrik vs Teman

Assalamualaikum wbt!

macam teman jugak dulu, teman pon selalu tanya abang teman dan mereka yg dah pernah masuk matrik yg betul ke matrik tu susah? susah nak skor? tough? dan sebagainya. dan kebanyakan jawapan diorang cakap matrik tu 'susah'!.

so bila teman masuk matrik teman macam culture shock. sebab ramai budak yg result SPM diorang power2. teman ni dah lah result SPM cukup2 makan je. so rasa down di situ. tapi bila kita go through pembelajaran kat sini, baru kita tau sebenarnya result SPM tu tak menjanjikan yang korang akan berjaya juga dekat matrik. sumpah teman tak tipu. ramai budak2 SBP, MRSM yg result SPM gempak2 kena tendang sebab dapat pointer kurang dari 1.50.

sebab apa jadi macam tu? sebab kat matrik life sangat berbeza dengan kat sekolah. kat sekolah dulu, semua cikgu suap 'spoon feeding'. kita tinggal nak nganga je lepas tu telan. tak yah kunyah. kadang2 cikgu pon ada bagi soalan bocor kan? tapi kat matrik ni lain. silibus pembelajaran dia laju gila. kalah ETS. satu minggu satu chapter. minggu depan dah tukar chapter lain pulak. yelah, nak kejar silibus dalam masa setahun kan. so, nak tak nak pensyarah terpaksa speed up lah.

bila dah jadi macam ni, student kena cepat cacth up. tak de masa nak main2 sangat. kalau boleh tiap2 hari kena buat revision. jumpa lecturer kalau tak faham. jangan tunggu dah nak final baru terhegeh2, terkedek2 nak jumpa lecturer. Nak minta doa restu, tips, serius, kalau korang ikut cara ni, insyaAllah matrik tak ada masalah bagi korang. sebab notes semua cikgu dah bagi. tapi tak sumer pensyarah. ada yang bagi handout dan mind map. Siap bagi trade mark  pun ada. contohnya 'kimi-'A'! itu M U D A H... Insya Allah A. Sapa pensyarah tu..? cari sendiri. Dengar nya dah tukar dari perak ke selangor..

Merapu lak. Sambung lagi. Studen tinggal nak baca dan paham je nota potostat.cam ne nak skor...? dah nota pun potosta punya... so potostat la yg pandai. tak pernah jumpa lecturer. suka main. suka tengok movie. report lab pon tiru budak cina punya. hahaha. seminggu nak final baru terhegeh2 nak revise semua benda. memang tak sempat! dan now menyesal pon dah tak guna.itu ciri pelajar 'istimewa'

so, kita sebenarnya kena ubah mentality kita. selagi kita tak cuba, selagi tu kita tak tau kan. jangan percaya sangat dengan cakap orang. kalau kita usaha betul2 insyaAllah berjaya. teman cakap berdasarkan pengalaman. kat matrik jangan malas. jangan banyak main. study hari2. sikit pon jadi,janji buat revision. ok?

teman harap entry ni dapat lah membantu menyelesaikan kemusykilan adik-adik yg confius nak masuk ke tak matrik ni. jangan takut. matrik bukan susah sangat sebenarnya. dan percayalah korang akan happy dengan life kat matrik nanti. bagi teman, matrik life yg paling memberi makna dalam hidup teman. cewah ;p. dah nama pun fast track ke degree

sumber asal: http://misznath.blogspot.com/2011/05/betul-ke-belajar-kat-matrik-tu-susah.html?spref=fb

Ahad, 1 Mei 2011

Rokok vs tembakau dan Iblis...!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir.

 Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12

Tips Perkahwinan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Bangkitlah....!!! Inilah masanya..!!!


Wahai Kaum Muslimin..
Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabda, dari Ibnu bbas ra, "Al-Liwa'uha baidho' wa ar-rayatuha sauda'!"
"Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam."
Inilah panji mulia yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, para Sahabat radhiallahu anhum dan para Khalifah yang berani menentang kebiadaban puak kuffar.
Inilah panji Rasulullah saw yang dipertahankan dengan darah dan nyawa sahabat terkenal, Ja'far bin Abi Thalib ketika perang Mu'tah dimana umat Islam yang hanya mempunyai kekuatan 3000 orang menentang kekuatan Rom dan seluruh penduduk jazirah Arab yang berjumlah 200,000. Suatu nisbah yang tidak masuk akal, 1 nisbah 6.
Seorang tentera kaum muslimin terpaksa berhadapan dengan 6 orang tentera kuffar! Di dalam peperangan ini, Ja'far bin Abi Thalib yang di amanahkan oleh Rasullah saw untuk menjadi Amirul Jihad mengepalai kaum muslimin telah ditebas tangan kirinya yang memegang teguh panji Ar-Royah! Langsung disambut oleh tangan kanan beliau!
Kemudian tangan kanannya pula dipotong tanpa belas kasihan, Ja'far bin Abi Thalib tidak mengalah, malah memeluknya dengan sisa tangan yang ada. MasyaALLAH, sahabat mulia ini akhirnya dilempar dengan lembing daripada belakang sehingga terbelah badan beliau syahid di medan peperangan! Rasulullah saw menganugerahkan gelaran Ja'far Al-Janahain kepada beliau, iaitu Ja'far yang mempunyai dua kepak yang kini sedang bebas berterbangan di jannatul Firdaus,
MashaAllah! Inilah hasilnya setelah bermati-matian memperjuangkan panji Rasulullah saw. Ganjaran ini tidak mungkin didapati oleh tentera-tentera Turki, Pakistan, dan Malaysia yang bermati-matian berperang di Afghanistan di bawah panji kotor Amerika!
Bendera Jalur Gemilang juga tidak layak untuk dimuliakan oleh kita sebagai umat Islam yang mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah, muhammdur Rasulullah. Bendera Jalur Gemilang ini adalah sebuah bendera yang dihasilkan melalui sebuah pertandingan yang telah mendapat kelulusan King George Vl pada tahun 1950! Maka tidak hairanlah kita kalau selama ini kita melihat bendera kita ini benar-benar mirip bendera Amerika.
Subhanallah!
Panji inilah juga yang diperjuangkan oleh Panglima Perang Thariq bin Ziyad di zaman Khilafah Umaiyah yang telah memimpin futuhat ke atas Sepanyol pada tahun 711M. Setelah mendarat di sebuah tempat yang kemudiannya di namakan Jabal Thariq, beliau memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di hadapan anak buahnya untuk membangkitkan semangat mereka:
"Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."
Pasukan Thariq yang hanya berjumlah 7000 orang, terus menyerbu ke benteng pertahanan puak kufar di wilayah Sepanyol yang mempunyai kekuatan berjumlah 25,000 orang tidak sekali-kali mematahkan semangat mereka kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, jika mereka memenangi pertarungan ini, kaum muslimin akan mendapatkan kemuliaan, dan sekiranya mereka mati, mereka akan dinobatkan oleh Allah sebagai syuhada' fi sabilillah. Dengan berkat keimanan dan semangat mereka mengibarkan panji Rasulullah saw, Umat Islam menyebarkan cahaya Islam ke seluruh Sepanyol selama lebih dari 700 tahun lamanya!
Panji inilah juga yang diangkat tinggi oleh Pahlawan Agung Shalahuddin Al-Ayyubi ketika menghadapi tentera Salib yang diketuai King Richard di dalam perang Hittin. Tentera Salib dengan sewenang-wenangnya menumpahkan darah kaum muslimin di Baitul Maqdis dan berpesta arak di atas mayat-mayat kaum muslimin yang darahnya mencecah sehingga ke lutut. Shalahuddin Al-Ayyubi yang merupakan seorang Muslim berbangsa Kurdish tidak berdiam diri bagi menyelamatkan kehormatan umat Islam yang berbangsa Arab di Baitul Maqdis! Bagi menghadapi kekuatan tentera salib, Shalahuddin Al-Ayyubi terlebih dahulu menyatukan kekuatan umat Islam di Syria, Mesir, Sudan, Yaman, dan Hijaz sehingga berupaya membalas kembali kebiadaban tentera salib yang mengakibatkan 30,000 tentera salib mati dengan hina di tangan tentera umat Islam!
Panji inilah juga yang di junjung tinggi oleh perwira umat Islam, Sultan Muhammad Al-Fatihketika membuka kota Konstantinople yang menjadi kubu kuat Rom Byzantium! Rasulullah saw pernah mengkhabarkan kepada kita di dalam hadithnya ketika sedang menggali Parit Khandaq;
"..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Amirnya adalah sebaik-baik Amir, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Panji inilah juga yang dibawa oleh Sultan Saifuddin Qutuz yang memerangi tentera Monggol di dalam peperangan Ain Jalut, dalam rangka membalas dendam darah 1.8 juta kaum muslimin yang ditumpahkan di Baghdad! Tentera Monggol yang tidak pernah kalah ketika itu yang menguasai jajahan seluas Poland sehingga Korea menjadi kegerunan manusia seluruh dunia memberikan pilihan kepada Qutuz samada berperang atau menyerah. Saifuddin Qutuz tidak melakukan hal yang menghinakan umat Islam sepertimana pemimpin umat Islam saat ini yang melakukan perjanjian damai dan bersalaman dengan musuh yang tangannya penuh dengan darah umat Islam. Namun Saifuddin Qutuz bangkit mengembalikan maruah umat Islam yang dicalar oleh puak kuffar monggol! Malah beliau menempelak pemimpin-pemimpin yang takut menghadapi musuh dengan berkata:
"Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad."
Wahai Kaum Muslimin!
Telah nyata keberanian nenek moyang kalian! Mereka merupakan para pahlawan yang sanggup berjuang dan siap mati demi Islam! Dan telah nyata pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin kalian yang ada pada hari ini! Mereka malah menjadi agen, menjadi hamba yang menuruti arahannya Amerika Syarikat. Mereka memberikan segala bahan galian kepunyaan umat iaitu minyak kepada Amerika dengan harga yang murah, mereka memberikan tanah-tanah umat kepada Amerika untuk membuat pangkalan tentera para syaitan yang memusuhi Allah, mereka memberikan ruang udara kita bagi mengebom saudara kita sendiri.  Mereka menghulurkan tangan berjabat mesra dengan tangan pemimpin nombor satu umat Islam yang penuh dengan darah anak-anak Palestin, Iraq, dan Afghanistan! Apakah ini pemimpin-pemimpin seperti ini kita inginkan? Ayuh bertindak melakukan perubahan

Amazing of Maths.... Subhanallah...!!

1 x 8 + 1 = 9   12 x 8 + 2 = 98   123 x 8 + 3 = 987   1234 x 8 + 4 = 9876   12345 x 8 + 5 = 98765 ...   123456 x 8 + 6 = 987654   1234567 x 8 + 7 = 9876543   12345678 x 8 + 8 = 98765432   123456789 x 8 + 9 = 987654321  


 1 x 9 + 2 = 11   12 x 9 + 3 = 111   123 x 9 + 4 = 1111   1234 x 9 + 5 = 11111   12345 x 9 + 6 = 111111   123456 x 9 + 7 = 1111111   1234567 x 9 + 8 = 11111111   12345678 x 9 + 9 = 111111111   123456789 x 9 +10= 1111111111  


 9 x 9 + 7 = 88   98 x 9 + 6 = 888   987 x 9 + 5 = 8888   9876 x 9 + 4 = 88888   98765 x 9 + 3 = 888888   987654 x 9 + 2 = 8888888   9876543 x 9 + 1 = 88888888   98765432 x 9 + 0 = 888888888   Hebatkan?  


 Dan cuba lihat simetri ini:   1 x 1 = 1   11 x 11 = 121   111 x 111 = 12321   1111 x 1111 = 1234321   11111 x 11111 = 123454321   111111 x 111111 = 12345654321   1111111 x 1111111 = 1234567654321   11111111 x 11111111 = 123456787654321   111111111 x 111111111 = 12345678987654321  


 Sekarang tengok ini   101%Dari sudut pandangan matematik :   Apakah ia sama dengan 100%?   Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?   Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?   Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%   Bagaimana nak MENCAPAI 101%?   Apakah nilai 100% dalam hidup?   Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.   


Jika:   ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ   Digambarkan sebagai:   1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.   Jika:   KERJA KERAS   11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%   H-A-R-D-W-O-R- K   8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%   Dan:   Knowledge   11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%   Serta   SIKAP   19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%   Dalam Bahasa Inggeris;   A-T-T-I-T-U-D-E   1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%  


 Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.   Tapi   LOVE OF GOD   12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%   atau   SAYANG ALLAH   19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%


renung2kan...dan selamat beramal... :)