Khamis, 5 Mei 2011

harga RON 97

Harga RON97 naik RM 0.20.Kalau ikut ilmu asas matematik aku,macam ada tak kena je.(PART 2)

Based on previous entry aku,sesetengah orang tak berapa nak faham mungkin sebab cara aku elaborate data tu macam serabut.So aku cuba ringkas kan dekat sini.Kalau korang nak faham apa aku sampaikan ni korang kena :

1.Ketepikan mana mana fahaman politik
2.Anggap perbandingan ini sebagai seorang pengguna
3.Jangan menggatal nak membebel pasal subsudi sebab RON97 tak ada subsidi


                                                                  Sumber : Wikipedia

Firstly,aku dapat table ni dari wikipedia.Dari sumber lain ada jugak tapi tak ada table macam ni.Untuk memudahkan korang untuk faham so aku letak gambar ni.Perhatikan pada 5 JUN 2008 , harga RON97 adalah RM 2.70.Pada waktu tu subsidi secara terus digantikan dengan rebate sebanyak RM625 untuk kenderaan 2000cc ke bawah.



Garis-garis merah tu adalah harga crude oil pada hari RON 97 dinaikkan kepada RM 2.70,5 Jun 2008
Dan garis putih tu adalah harga crude oil SEKARANG ni.


Apa yang kurang kena bagi aku sekarang ni adalah :

Dulu 121USD  per barrel = RM 2.70 satu liter  tapi rakyat dapat  subsidi minyak RM625

Sekarang 107USD per barrel  = RM2.70 satu liter tapi subsidi tak ada langsung.

INI ADALAH PERSOALAN UTAMA AKU.

dan aku harap jangan belit belit kepada cerita anwar gay atau kak mah gemuk


Jadi aku nak tepek sikit screenshot orang yang komen tak pakai otak ataupun duduk dalam gua tapi ada  wifi.Ni aku ambil dari blog milosuam.Macam aku cakap kat atas,RON 97 mana ada subsidi.So likely aku tak tahulah siapa yang sekolah setakat darjah berapa.Haha


Untuk screenshot yang ni pulak aku tak tahu siapa yang bingai atau jadi KATAK DIBAWAH TEMPURUNG dia tu.Aku rasa orang yang lagi bingai adalah orang yang jadi tukang angguk.Bos cakap jilat bontot pun jilatlah bontot.Apa yang aku buat ni aku hanya persoalan kenaikan minyak.Sebab apa aku persoalkan?Sebab aku rasa ada something yang TAK KENA.Bagaimana cara kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak.Macam mana perkiraannya.Adakah nilai tukaran USD juga diambil kira dan sebagainya.Kita kena ingat,wakil rakyat,menteri itu sepatutnya bekerja untuk rakyat.Bukan untuk mengumpul kekayaan peribadi dengan memanipulasi jawatan untuk mengambil keuntungan.



Untuk yang bawah ni pulak,aku respek sikit sebab at least dia cuba bagi fakta,tak macam 2 orang kurang pandai kat atas tu kan.Tapi aku percaya dia ni tengok kat TV3 sahaja lepas tu tak cari lagi maklumat lain.

Crude oil terbahagi kepada 2.Dan yang apa kita dengar dekat TV tu adalah harga 2 jenis minyak ni.Dan aku tak pernah dengar minyak american blend ke arabicblend ke malaysian blend ke indonesia blend ke.

Secara AMnya :

BRENT CRUDE OIL = Minyak mahal
LIGHT SWEET CRUDE OIL = Minyak murah

Berdasarkan data kat atas sekali tu,minyak dinilaikan kepada LIGHT SWEET crude oil.Boleh refer post sebelum ini kalau korang nak tengok graph tu.Aku dah mark siap siap dah tarikh dan harga dekat situ.

Masalahnya sekarang,bila aku dengar dekat TV3 tu,diorang keluarkan harga BRENT CRUDE OIL pulak dah untuk menyatakan yang harga minyak naik mendadak.Dan dengan kenaikkan harga BRENT CRUDE OIL ni lah yang kononnya menyebabkan harga RON97 naik dan bla bla bla.Sebab tu lah mamat kat bawah ni cakap harga crude oil sekarang adalah 116USD.Yang bawah ni pulak antara latest quote harga crude oil.Korang nampak ada 2 jenis tu.Lagi sekali kalau korang nak clear view graph oil yang aku persoalkan dan bandingkan,sila refer post sebelum ini.So aku harap korang dapat bandingkan beza 2 jenis minyak ni.Yang aku amat amat pelik adalah KENAPA TV3 keluarkan quote untuk BRENT CRUDE OIL.Adakah sebab nak kaburkan mata kita?Hehe,korang dah besar so fikir lah masak masak.Aku dah buat perbandingan so korang jawablah dengan berhemah.



So inilah dia komen MR Tanpa Nama yang kata orang yang persoalkan harga minyak mahal itu bangang.


Untuk screenshot yang bawah ni pulak,aku agak suka membaca penjelasan ni.Walaupun agak tak lengkap tapi at least dia ada bagi kita sedikit penjelasan.Macam yang kita dengar lah kan.Orang kata minyak kita mahal,so kita tak pakai dan jual to negara lain.Kita pulak pakai minyak murah.So contoh kiraan mudah lah aku,katakanlah kita ada minyak.Lepas tu kita minyak tu harga dia RM 10.Lepas tu kita beli balik minyak lain dengan harga RM 8.50.Adakah kita rugi atau untung?Kalau korang cakap kita rugi memang sahih lah korang buta hati.HAHA.



So kat sini dia kata kadar inflasi turut mempengaruhi dan aku sangat setuju dengan benda tersebut.and macam tu jugak dengan GDP dan sebagainya.Jadi aku letak lah lagi screenshot kadar inflasi,unemployment job dengan GDP Malaysia


Yang ni adalah Gross Domestic Product


Yang ni pulak kadar inflasi,terang-terangan bertambah baik compare to 2008.


Unemployment rate yang bagi aku tak teruk.Dan lebih baik dari tahun 2009.



So berdasarkan data ketiga tiga benda di atas,secara terang terangan semua data tu semakin bagus dan TAK TERUK.So kalau ketiga tiga data itu dikaitkan dengan penyebar kenaikan harga minyak juga,maka tak tepat BAGI aku.Aku tak tahulah macam mana fikiran korang kan.



Akhir sekali,aku nak sentuh mengenai tukaran wang USD/MYR disebabkan minyak didagangkan dengan USD.Seperti yang TV3 dok bangga bangga kan MYR semakin kuat berbanding USD.Dan perkara tersebut memang benar.


First screenshot kat bawah ni adalah tukaran pada tahun 2008



Screenshot bawah ni pulak adalah kadar tukaran untuk 2011


Jadi aku pun buat kiraan secara matematik mudah.KATAKANLAH dulu kita beli minyak harga dia RM320 satu tong,sekarang dah RM302 satu tong.Adakah harga itu makin mahal atau makin murah?Semestinya makin murah kan?


Jadi di sini aku gembira kalau ada sahabat handai yang ingin menerangkan perkara perkara di atas secara lebih terperinci.Tak ada kena mengena dengan kerajaan atau pembangkang,kita bincangkan secara berhemah dan berfakta dan anggap perkara ini sebagai pengguna.Kalau anda penyokong pembangkang,bila mengkritik mestilah ada isi atau fakta.Kalau anda penyokong kerajaan,tidak semestinya apa yang dibuat kerajaan mesti disokong 100%.Janganlah jadi lembu dicucuk hidungnya.


Bagi aku,sebagai pengguna ron97 yang tegar,kalau kerajaan betul betul telus,aku nak harga ron97 ini sentiasa disemak harganya setiap 30minit atau 1 jam sekali(contohnya).Sebab harga minyak bergerak 24jam sehari dan 5hari seminggu.Sebab apa?Sebab dekat situ baru kita dapat ketelusan KERAJAAN dalam menetapkan harga minyak.So kawan kawan.Please be smart.Isu video lucah ke gay ke tak menyusahkan hidup kita,dari korang bazir masa dengar benda tu baik korang buat benda lain yang lagi bagus.

Dan tolonglah jangan memalukan diri dengan mindset

'ORANG KAYA PAKAI RON97'
'Kita kena bersyukur harga minyak kita lagi murah bla bla bla'

We are talking about TRANPARENCY right now.


So fikir fikirkanlah sahabat

PErbaiki solatmu wahai seluruh MUSlimah..!!

*Artikel nie saya copy untuk dijadikan panduan bagi kita

semua...Semoga sama-sama kita memperbaiki diri...:)   Baiki cara solat khas utk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.   Kaum lelaki tlg fwdkan pd kawan2 perempuan anda dan isteri.    

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.   Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.   2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

 1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.  

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.   Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

 1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).   Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.  

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.  

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.  

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"  

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.  

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.  

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.  

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. ." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.  

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.  

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.  

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:  

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).   Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

 2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.  

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.  

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga.

Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.    

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..*

RON 97

Oleh: edyesdotcom

"Harga RON97 adalah RM1.80 seliter ketika mula-mula RON95 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Waktu itu rakyat telah dicemburui oleh kerajaan kerana memperolehi harga minyak yang RON97 yang sangat murah berbanding negara jiran.

Rakyat Malaysia yang sebelum itu berdepan kenaikkan 78sen sekaligus oleh kerajaan BN pimpinan Paklah, telah berasa lega kerana penurunan semula harga minyak hingga ke lantai harga lantai RON97 sekitar RM1.80 per liter. Penurunan harga minyak adalah berkadar terus dengan harga minyak dunia yang turun merundum setelah mencecah kemuncaknya pada Ogos 2008 (seperti jangkaan Anwar Ibrahim dalam debat bersama Shabery Cheek). Maka rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON97 yang cukup melegakan.

Di atas kelegaan rakyat, kerajaan pimpinan Najib pula yang tidak berasa senang. Bagi mereka, rakyat tidak boleh begitu bersenang lenang untuk ke mana sahaja yang mereka suka. Harga minyak yang murah akan menyebabkan rakyat tidak berjimat, selalu balik kampung dan akan kerap bercuti. Ini satu pembaziran pada pandangan pihak kerajaan pemerintah.

Tindakan menaikkan semua RON97 secara mendadak hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat. Maka hadirlah idea memperkenalkan minyak komersial RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai minyak premium negara.

RON95 adalah minyak komersial untuk negara-negara yang tidak mempunyai pengeluaran minyak. Minyak RON97 adalah terlalu bermutu untuk digunakan oleh rakyat kelas ketiga seperti rakyat kebanyakkan di Malaysia. RON97 hanya untuk golongan berada manakala RON95 pula untuk golongan biasa, Malaysia juga punya kasta dalam penentuan harga minyak dalam negara.

Kerajaan dengan sengaja meletakkan penetapan harga RON95 pada suatu harga mampu, supaya rakyat boleh berdiam diri apabila harga petrol RON97 naik sedikit demi sedikit. Sedar atau tidak sedar harga RON97 sekarang adalah RM2.90 seliter, menokok RM1.20 seliter daripada harga sebelum rakyat diperkenal petrol komersial RON95. Dengan idea RON95, kerajaan berjaya mengelak sebarang kebangkitan rakyat bagi memprotes kenaikkan harga minyak. Bijak bukan? Tidak sia-sia kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO.

Hari ini kerajaan telah berjaya menjadikan harga minyak RON97 setinggi RM2.90 seliter. Teringat suatu ketika dulu kita sering mendengar harga minyak dalam negara akan menokok sehingga RM3.60 seliter, dalam keadaan tiada lagi subsidi untuk RON97. Sekarang, ianya bakal menjadi kenyataan di mana minyak yang biasa kita gunakan sejak tahun 90an hingga tahun 2009, akan diharamkan untuk tangki enjin kita apabila ia akhirnya mempunyai perbezaan harga yang ketara dengan RON95. Petrol RON97 tidak lagi menjadi minyak rakyat negara Malaysia sedangkan bumi bertuah Malaysia ini sebenarnya mempunyai simpanan minyak yang paling berkualiti dalam dunia.

Inilah yang kerajaan mahukan, rakyat berhempas pulas untuk mendapatkan minyak yang berkualiti walaupun sebenarnya apa yang dihempas pulas oleh rakyat itu adalah hak milik sendiri. Tidakkah diri ini rasa dihina? Tidakkah rakyat kebanyakkan berasa dihina apabila membayangkan, kita semua tidak layak memiliki minyak yang lebih berkualiti? Bukan kita mahukan ia secara percuma, tetapi dengan harga yang berpatutan termasuklah dengan subsidi yang sebenarnya milik abadi rakyat Malaysia selagi minyak masih ada.

Beringatlah wahai rakyat Malaysia, hari ini kamu diperlekeh, hari ini kamu dihina, setiap kali harga minyak RON97 naik, setiap kali itulah kita dihina oleh kerajaan pemerintah.

Sudahlah sebelum ini kita dapat mengetahui Proton Waja dan Perodua Myvi keluaran Malaysia adalah jauh lebih murah apabila dijual di pasaran negara arab, Britain dan Australia. Kini kita mengetahui minyak keluaran Malaysia dijual di luar negara dan minyak arab yang kurang kualiti itu dijual pula dalam negara dengan harga yang cukup mahal.

Tidakkah anda rasa rakyat Malaysia umpama merempat di negara sendiri? Tidakkah anda rasa seperti dibangsatkan oleh kerajaan Malaysia

Lelaki yang kahwin lambat

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank. Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200. Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun. Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian. Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'. Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan. Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank. Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000. Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000. "Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda    : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda    : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah.
               Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda. "Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut. Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya.. Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai.. Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.

Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu. Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira. Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin. Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid. Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

Pesanan utk Daie2 MUDA

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam