Sabtu, 7 Mei 2011

5 Zaman...

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.
“Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi….”
lalu para malaikat menjawab….
“Adakah kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”
“….sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau…”
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.

Persoalannya, apakah perkara yang dimakusdkan oleh Allah yang tidak
diketahui oleh para malaikat? Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat
-ayat yang seterusnya iaitu; Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam “nama-nama” keseluruhannya. Setelah Nabi Adam mengetahui semua “nama-nama” tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia.
Kecuali Iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan  kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai “nama-nama” oleh Tuhannya. Aapakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut? Kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah
dijangka oleh para malaikat.
Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia…Biar aku tunjukkan kepada kamu semua garis masa iaitu zaman pra sejarah yang sering diajarkan kepada kita.
Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia.Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu. Kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap. Tidak ada bahasa, Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang.Itulah sejarah yang dipercayai oleh
majoriti manusia.
Tanyalah pada keseluruhan umat manusia di dunia, apabaila disebut zaman purba, mereka akan membanyangkan orang yang tinggal di dalam gua.Tetapi lupakah kamu bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasullullah? Dan ini menunujukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak tanduk seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.
Adakah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan hina oleh Allah tanpa sebarang ilmu? Nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera yang besar. Jadi, adakah dengan ini dapat disumpulakan bahawa zaman batu tidak pernah wujud! Zaman gangsa tidak pernah wujud! “Paleolitik” hanya satu istilah! Maseolitik hanya satu dongeng. Tahukah kamu siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah ini? Inilah orangnya, Charles Drawin!
Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah kita!Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah. Contohnya;
1-’…di masa kerajaan Sulaiman….” (Baqarah 102)
2-”…sesudah Musa…” (Baqarah 246)
3-”…Susdah Nuh…” (Isra’ 17)
Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu, Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan dan kamu akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut dan bagaima ketamaduanan mereka yang begitu canggih boleh hancur sekelip mata sehingga
kita menyangka mereka berada di zaman batu.
“Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kami, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”
Ali Imran ;137
Mereka bukanlah orang gua yang hanya tahu makan dan tidur, tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini.
Ilmu penegtahuan mereka begitu tinggi, sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit. Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah-sejarah berulang, tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran dan sejarah akanterus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir. Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang
diutuskan dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir. Fasa ini adalah
begitu penting bagi makhluk yang bernama IBLIS. Kerana iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.

Umat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada 5 kategori;

1- Mengikut Rasullulah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi Masih hidup.
2-Pada zaman ini kita dapat melihat umat Islam diperintah
oleh 4 Khulafa’ Rashidin
3- Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. Mengigit di dalam hadith tersebut
bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniyah
dengan menggunakan sistem monarki
4- Zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela, itulah zaman kini.
5- Dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam
Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Rasullulah diam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat” Rasullulah
pernah menginagtakan umatnya yang hidup pada fasa ke 4 ini akan kedatangan satu fitnah, itulah fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang sebelum munculnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mhadi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke 5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.
Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan moden ini. Ktika itu, Jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib. Pada 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templer telah dibentuk bagi mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri, tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Templer yang jarang kita dengar. Kumpulan itu telah menemui “harta” yang tidak ternilai di bawah masjid al-Aqsa ketika berada di Jurusalem. “Harta” tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Baginda telah merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah al-Aqsa. Knight Templer telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel. Sihir-sihir itu sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis. Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan
semua konspirasi agnungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.
“Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan
di zaman kerjaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat Harut dan Marut di negeri Babil”
Al-Baqarah 102
Tetapi Jurusalem berjaya dirampas oleh tentera Islam kembali, dan mereka telah dihalau dan terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja telah mengharamkan Knight Templer. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Tetapi kita di ajar di dalam sejarah kononya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil daripada mereka telah terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi “Freemason”. Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasi menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Demi menutup semua konspirasi jahat mereka, mereka telah memperkenalkan “renaissance” dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka
dilihat “mulia” dalam lipatan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Bermulalah era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya menguasai Jurursalem semula. Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk ketua mereka, iaitu Dajjal.
Langkah pertama, orang-orang Yahudi mesti ditindas supaya mereka dalam keadaan terdesak. Holocaust dirancang. Setelah yahudi dalam keadaan terdesak,
mereka memperkenalkan Zionis kepada yahudi kononya untuk menyelamatkan Yahudi. Orang yahudi dihasut untuk membina sebuah negara di Palestin bagi mengelakkan mereka ditindas. Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman. Walhal, di dalam Talmud sendiri terdapat larangan kepada mereka daripada membina sebuah negara sendiri. Orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal Sulaiman untuk menyambut kedatnagan semula Dajjal. Pertubuhan Zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh kaum yahudi yang dutindas oleh mereka sendiri.
Setelah seluruh dunia dikuasai mereka, Perang Dunia 1&2 dirancang. Watak PBB dicipta kononnya menjadi penyelamat. Kemudian perang dingin
pula dirancang dan watak Amerika pula diperkenalkan sebagai penyelamat. Nazi, Soviet dan lain-lain dicipta oleh para tentera Dajjal untuk mereka pamerkan Amerika sebagai penyelamat dunia. Merka juga ingin memanipulasi sejarah kononya merekalah pembawa keamanan kepada dunia selepas menamatkan Perang Dunia mengalahkan “Nazi dan Soviet” ciptaan mereka sendiri. Ramai pengkaji konspirasi “antichrist” telah buktikan bahawa perang dunia dan perang dingin hanyalah lakonan semata-mata. Pemimpin pakatan bersekutu, pemimpin aliran Fasis dan pemimpin aliran Soviet tidak pernah bergaduh. Hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untuk
menjayakan konspirasi agung Al-Masih Dajjal.

Apabila raksasa Soviet sudah dipadam, raksasa baru harus dicipta. Oleh itu, peristiwa 11 September telah dirancang. Banyak penyiasat persendirian juga telah menunjukkan bahawa peristiwa 11 September adalah kerja Amerika sendiri. Osama bin Laden pula tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. Al-Qaeda juga tidak pernah wujud. Seorang wartawan British telah mendedahkan bahawa rakyat Afghanistan sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama dan juga Al-Qaeda
. Kedua-dua nama tersebut adalah dongeng Amerika. Tururt menjayakan nama tersebut adalah Al-Jazeera yang disahkan mempunyai hubungan sulit dengan
Kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti pengganas.Yang wujud hanyalah Taliban sahaja. Al-Jazeeralah punca kita semua mempercayai bahawa Al-Qaeda dan Osama itu betul-betul wujud.
Konspirasi Dajjal hampir sampai ke kemucaknya. Mereka hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang tidak pernah wujud itu untuk menyambut kedatangan semula Dajjal. Selepasserangan 11 Spetember,. Amerika telah membina pengkalan tenteranya di 10 buah
negara sekitar Israel untuk menjaga bakal pusat pemerintahan Dajjal kelak. Setelah Afghanistan hancur, watak Saddam, Iran dan Hizbullah pula dinaikkan sehingga sekarang. Siapa tidak tahu bahawa Saddam Hussein adalah ahli 33 rd Degree Freemason? Iran pula kononnya menjadi penentang Amerika sedangkan Iran sendiri mempunyai hubungan sulit dengan Amerika ketika Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. Israel pula berpura-pura berperang dengan Hizbullah pada tahun 2008 kemudian berpura-pura kalah. Hakikatnya, yang menjadi korban dalam peperangan palsu tersebut hanyalah rakyat Sunni Lebanon dan pelarian Palestin.
Allah berfirman dalam surah Al-middah ayat 51
“Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu”
Persoalannya, adakah Allah bercakap mengenai semua Yahudi dan semua Kristian? Al-Quran sebenarnya telah menjawab persoalan ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan persaudaraan dengan Yahudi dan Kristian. Malah lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian…?? Yaaa…Al-Quran membenarkannya dan secara jelasnya, ayat Al-Quran yang dibacakan tadi bercakap mengenai sgelintir Yahudi dan Kristian dan bukan semua orang Yahudi dan Kristian. JIka begitu golongan  Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan yang mana umat Islam dilarang daripada meneruskan hubungan persahabatan dan untuk menjadi
sekutu mereka. Jawapannya terdapat dalam sambungan ayat Al-Quran tadi….
“Jangan jadikan orang Yahudi dan Kristian sebagai rakan atau sekutu, yang mana mereka itu adalah rakan dan sekutu sesama mereka”
Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama mereka pun. Tidak pernah dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang Yahudi  melakukan jenayah yang paling besar, yakni membunuh tuhan. Itu adalah jenayah terbesar. Membunuh tuhan. Mereka (orang Yahudi) menyalib Tuhan (orang Kristian).
Maka kesannya, telah selalu timbul kemarahan, kebencian dan permusuhan di antara orang Kristian dan Yahudi. Jadi ayat Al-uran ini telah membongkarkan sesuatu pada 1400 tahun dahulu di padang pasir Arab. Ayat Al-Quran ini telah meramalkan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah yang akan menyaksikan sesuatu yang aneh, membingungkan, pelik, misteri dan menjadi tanda tanya di atas tuduhan di antara orang Kristian dan Yahudi di atas kewujudan jalinan persahabatan dan pakatan Kristian-Yahudi akan wujud
1400 tahun dahulu Allah berfirman bahawa ini akan berlaku. Dan apabila ia berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka keISLAMan kamu akan hilang.
Sudah wujudkah pakatan ini???
Ya!!!
Ketika kita sedang minum teh tarik dan berborak-borak sebuah perikatan yang misteri antara Yahudi-Kristian telah muncul di Eropah. Semasa kita sedang belajar ekonomi dan politik di Universiti satu pakatan yang misteri antara Yahudi dan Kristian telah muncul yang dihantar ke dunia…
TAMADUN BARAT MODEN...
Sekarang kamu telah faham bahawa Yahudi dan Kristian tidak pernah bergabung
pun dalam sejarah. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah begitu pelik sekali. Dan kamu tahu kenapa? Kerana hakikatnya, mereka bukanlah Yahudi dan mereka juga bukan Kristian. Mereka adalah penyembah syaitan. Pengamal
Sihir-sihir kuno yang dijumpai dari peniggglan Bani Israel.
“Orang-orang yang beriman berperang dijalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di jalan Taghut. Maka oleh itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya (konspirasi) syaitan itu adalah lemah”
An-Nisa’ 76

Kisah makcik pakcik...

Minyak naik lagi… minyak naik rakyat didahulukan, terima kasih 1Malaysia.Sikit hari lagi, duit kita akan hilang kedaulatannya. Duit kalau tak dak nilai, orang pun tak mau tengok dah, contohnya macam duit cap pokok pisang zaman Jepun. La ni orang tak ambik peduli pun, hatta orang hat duk himpun duit2 lama pun tak mau… sebab apa? Sebab terlalu banyak sangat dah dan tak dak nilai.

Bila minyak naik, apa Kerajaan BN akan kata? 

1) Menteri Pengguna – Peniaga dilarang menaikkan harga barang
2) Menteri Pengguna – Kerajaan akan pastikan harga barang tidak naik
3) Menteri Perdagangan dalam negeri – Harga minyak kita masih murah berbanding negara-negara jiran lain seperti Singapore, Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar
4) PM – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang tinggi setiap tahun hanya untuk memberi subsidi harga minyak kepada rakyat.

Itu antara jawapan atau alasan yang selalu di beri kepada rakyat melalui media propaganda UMNO.

Bila keluaq saja alasan tu dalam TV, maka pakcik-pakcik di kampung pun mula sembang;


  • Pak Mud Gunting “nak susah apa, tak payah buh sepuluh, buh lima ringgit cukup la”
  • Pak Mid Duda “naik dua kupang saja, kerajaan tanggung banyak dah”
  • Bang Kob Pekak “aku tak dengaq pun minyak naik, kalau tuang minyak tumpah ada la….”
  • Said Lebai “kerajaan penaik tu sikit saja, nu, di sempadan nu, orang Siam duk mai beli minyak kita lagi pasai kita murah”

Tapi bagi kalangan makcik-makcik yang duk di kampung, lain pulak depa sembang.

  • Mak Bedah “huh, minyak naik dua kupang, lepas ni bawang naik, teloq naik, semua naik”
  • Kak Timah Lawa “Mat, hang pi beli ikan kering 2 ringgit, mak tak dak duit dah tadi beli barang sepuluh ringgit tapi tak nampak apa2 barang pun”
  • Kak Piah Bret “depa tau penaik saja, yang nak tanggung kita, hari ni kata tak naik, esok naik la, lebih baik tok sah duk bagi subsidi langsung, ikan sayuq ayam semua akan naik, apa yang kita boleh makan? Ikan kering saja la. Ikan bilis pun mahai lebih dari ikan hidup…. bla.. bla… bla…”

Itulah kata-kata rakyat di kampung yang antara kisah dengan tidak tentang kenaikan harga minyak. Mereka tidak peduli tentang hak mereka sebagai pembayar cukai. Mereka tidak kisah tentang rakyat yang tinggal di bandar. Apa yang mereka tau hanya benda-benda sekeliling mereka.

Bagi rakyat yang tinggal di bandar, keluhan semakin jelas… jika keluhan di kampung berskala 2, di bandar keluhan meningkat ke skala 6.

Rakyat sudah muak dengan janji kerajaan bahawa harga barang tidak akan naik. Sudah selalu sangat alasan tu keluaq setiap kali ada kenaikan harga minyak.

Pakar propaganda kerajaan BN berpendapat, sebarang tindakan yang dilakukan, pada mulanya pasti mendapat tentangan, tetapi setelah diulang-ulang tindakan yang sama, maka rakyat akan menerima tindakan tersebut tanpa soal kerana sudah ‘mangli’ dengan perkara tersebut.

Contohnya penderitaan rakyat Palestine, kita merasakan gerun dan takut bila terdengar bunyi bom, tapi bagi mereka, ianya sudah jadi biasa sebab dah selalu sangat kena bom.

Walau apapun yang berlaku, rakyat memang didahulukan. Apabila kerajaan perlukan duit untuk menampung perbelanjaan mereka, maka kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kenaikan cukai dan sebagianya, rakyatlah yang akan menanggung bebannya. Sedangkan pemimpin dari kalangan ideologi kerajaan Pusat menikmati hidup mewah tanpa merasa keperitan dari kenaikan yang berlaku....!!


sumber: Tranungkite

Luahan Guru...

BERITA HARIAN 7 MEI 2011

Tugas pentadbiran jejas fokus guru
HASIL kajian daripada jawatankuasa mengkaji beban tugas guru telah ditanya banyak pihak. Sudah siapkah laporannya dan bila mahu diumumkan?
Kementerian Pelajaran wajar memberi penjelasan supaya kedudukan yang sebenarnya difahami dan diharap rumusan kajian dapat diterima guru dengan hati terbuka dan penuh rasa tanggungjawab.

Jadi tidaklah guru ternanti-nanti. Ini disebabkan penubuhan jawatankuasa itu sudah diumumkan sejak setahun lalu. Ada pihak menganggap beban tugas ini seolah-olah memberi gambaran sikap guru yang kurang dedikasi menyebabkan tugas mereka dilihat begitu membebankan. Sebenarnya, kita perlu melihat perkara ini secara positif. Tidak wajar mengaitkan guru yang mempersoalkan beban tugas sebagai kurang komitmen. Malah, atas rasa tanggungjawab perkara ini dikemukakan agar tugas tambahan tidak terlalu banyak sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan tugas hakiki.

Kebanyakan guru mendakwa mereka tetap mengutamakan tugas asalkan dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Jika ini tugas guru, mereka rela berkhidmat dengan lapang dada dan tidaklah dianggap sebagai beban. Kita boleh berkata guru perlu dedikasi, serba boleh dan bijak mengurus masa agar dalam menjalankan tugas tambahan, tugas P&P tidak terabai. Adakah kita yakin seorang guru yang sibuk dan kepenatan menjalankan tugas pentadbiran, maka tugas P&P tidak terjejas?
Tugas hakiki bermaksud kemahiran mengurus kelas secara profesional agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. 

Tugas ini hendaklah dipastikan tidak terganggu dan dilaksanakan sepenuhnya mengikut perancangan kerana inilah faktor utama menentukan kualiti sesebuah sekolah. Jika guru terlalu sibuk dengan tugas pentadbiran, dikhuatiri fokus dan minat terhadap P&P semakin merosot. Kita tidak mahu ada guru yang tidak sempat membuat persediaan, menyediakan alat bantu mengajar, memeriksa buku latihan dan terlambat masuk kelas kerana terlalu sibuk dengan kerja pentadbiran. Yang pasti guru tidak dapat masuk kelas kerana bertugas di luar sekolah.

Ada masanya pihak pentadbir meminta guru menyiapkan laporan segera kerana ini arahan pihak atasan walaupun ketika itu guru ada tugas P&P. Pandai-pandailah guru bertindak menghadapi tugas yang semakin banyak asalkan semuanya beres. Mungkinkah dengan keadaan begini kita dapat mencapai pendidikan berkualiti?
Persoalannya sejauh mana seseorang guru itu mampu melaksanakan semua tugas dengan berkesan? Elok dibuat kajian untuk melihat hubungan antara tahap keupayaan guru dan keberkesanan hasil kerja. Kajian juga perlu menjurus ke arah mewujudkan garis panduan untuk pentadbir dalam pengagihan tugas tambahan kepada guru supaya tidak melampaui had maksimum yang boleh menjejaskan tugas hakiki.

ZIN MARKAM,
Pontian, Johor.


BERITA HARIAN 7 MEI 2011

Guru jalankan tugasan luar terpaksa tinggal di asrama

BARU-BARU ini, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) melalui unit sukan mengadakan pelbagai pertandingan sukan peringkat negeri di seluruh negeri ini dan ramai guru terbabit sama ada menjadi jurulatih, pengurus pasukan, pengadil dan pengiring kepada peserta atau pelajar yang mewakili daerah masing-masing. Malangnya, kami guru turut tinggal di asrama sekolah dengan tilam yang berkerak, tidak bercadar, berbantalkan lengan atau beg baju sendiri serta mandi di bilik mandi bersama pelajar.

Antara guru yang terbabit bersama peserta atau pelajar berada pada gred jawatan DG41, DG44, malah ada Guru Penolong Kanan DGA32 atau guru besar DGA34. Saya kira tiada pegawai atau penjawat awam yang berada di gred 41 atau 44 akan tinggal di asrama, malah kumpulan ini akan berada di hotel.
Malang sungguh nasib guru, malah orang awam tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Lebih mendukacitakan, kami guru yang menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa pelajar ke tempat kejohanan sama ada di dalam daerah atau luar daerah tidak dibenarkan membuat tuntutan perjalanan dengan menggunakan jarak perjalanan sebaliknya menuntut kadar satu tempat duduk teksi pergi dan balik saja, walhal kami mengangkut pelajar setiap hari pagi atau petang.
Kami juga dilarang menuntut sekurang-kurangnya lojing menggantikan tinggal di asrama sekolah, terdapat guru yang sudah tidak mahu tinggal di asrama kerana pada zaman persekolahan mereka sudah berlalu tetapi masih bersama pelajar tidur di tilam berkerak dan bantal busuk.

Baru-baru ini, sahabat saya yang mengiringi pelajar ke Karnival Muzik Sekolah Pahang turut mengalami perkara yang sama dan lebih malang bertugas mengawasi muridnya dalam tempoh yang panjang termasuk pada cuti umum sedangkan kakitangan awam lain seronok bersama keluarga masing-masing.
Diharap pihak Kementerian Pelajaran dan jabatan negeri masing-masing memikirkan bagaimana menjaga kebajikan guru yang menjalankan tugas di luar waktu pejabat dan di luar kawasan serta keselamatan mereka.

GURU SEDIH,
Temerloh, Pahang.


Naik Flight..?

Kepada yang selalu mengembara dan melancong menggunakan kapal terbang pasti pernah rasa bosan dalam flight tersebut. Mungkin ada penerbangan yang bagi tengok movie dalam flight tapi mungkin juga ada yang tiada. Kali ini kami ingin kongsikan tips untuk menghilangkan kebosanan dalam kapal terbang.
beach_ball_03-500x349
Main baling-baling bola haha
singalong
Nyanyi koir dalam kapal terbang.. haha
scavenger
Main pass-pass barang yang ada dalam poket. Siapa dapat lengkapkan senarai carian dia menang +.+"
meditation
Meditasi sementara tunggu kapal terbang mendarat
marco polo
Permainan ni nama dia Marco Polo. Sorang jerit Marco nanti akan ada penumpang lain yang balas Polo. Sila la cuba ye :)
light_wave
Main pop kuiz.. siapa paling banyak dapat jawab dia menang.. hahaha
lavatory
Pegang tangan sampai cecah pintu tandas sambil pakai seatbelt haha
college_lecture
Buat lecture dalam flight. Sangat sesuai bagi mereka yang mengikut rombongan kelas
barf_bag_puppet_theatre
Gunakan beg muntah tu jadi paper puppet hahaha
art_class
Sesi melukis beramai-ramai dalam flight. Lantik la sorang yang paling comel jadi model haha
Macam mana? dah ada idea nak buat apa bila dalam penerbangan yang sangat jauh? 
p/s- yang muslim mengaji berzikir berdoa agar perjalanan selamat sampai ke destinasi...

Khamis, 5 Mei 2011

Warkah buat Hawa

Hawa..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah engkau isteri yg meringankan beban suamimu, andai engkau seorg ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Islam tercinta…

Hawa..
Andai engkau belum bernikah, jgn kau risau jodohmu
Ingatlah Hawa janji Tuhan dgn kita
Wanita baik adalah utk lelaki yg baik
Jgn dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bkn muhrim
Kerana khuatir dari mata jatuhnya ke hati
Maka lahir sebuah senyuman, tercetusnya salam dan sekaligus disusuli pertemuan
Tidakkah kau risau lahirnya nafsu kejahatan yg boleh menguasai diri seandainya ia tidak dikendali?
Tidakkah kau risau lahirnya keturunan tanpa salasilah yg jelas lantaran silapmu?
Hawa..
Lelaki soleh tidak melihat paras rupa
Lelaki beriman tidak memilih wanita mmelalui keseksiannya
Lelaki wara’ tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki
Lelaki yg baik tidak sesekali akan merendahkan nilai wanita dgn mengajakmu pada kejahatan
Tetapi, mu’min itu akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan paling penting pegangan agamanya

Mujahid itu juga tidak menginginkan pertemuan dgn wanita bkn muhrimnya
Kerana dia sedar Allah melihatnya
Kerana dia tidak mahu memberi peluang pada jarum syaitan menusuk hatinya
Musleh itu juga tidah mahu bermain dgn cinta kerana dia tahu kasih hanya selepas pernikahan
Pernikahan juga kerana Allah

Oleh itu, Hawa..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendiriaanmu, dekatkan dirimu dgn Tuhan.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu di dunia ini
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu kerana DIA pemilik segala cinta
DicintaNYA lebih bermakna daripada dunia serta seluruh isinya
Biarlah hanya kasih daripada kedua ibu bapamu dan keluarga yg member hangat kebahagiaan buat dirimu

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
Kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yg juga mencintai Allah..
Namun, jgn kau jadikan itu sebagai tujuan penghambaanmu kepada Tuhan
Kasihilah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Rfiqul’ala
Sayangilah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yg bahagia selain dari kasih keluarga..
Jgn sesekali tgn yg menggoncang dunia juga yg menggoncang iman lelaki
Kerana kelak kau akan menyesal sendiri nanti..

“Perempuan yg suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah. Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya. Kerana Allah amat menjaganya dan mencintainya. Tetapi, andai kita bergelumang dgn kasih lelaki ajnabi @ kasih duniawi, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kpd seorg manusia yg lebih banyak mengecewakan kita..yg tak mampu menyelamatkan kita drpd azab kubur dan neraka..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorg lelaki asing @ meninggalkan sesuatu yg tidak bermanfaat, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA. Mengapa masih perlu ragu2? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari. Bila nak jumpa kalau asyik tunggu. Allah dah tegur..Allah dah sedarkan..Tapi jika tak diendahkan..bimbang Allah juga tak endahkan kita..TERUSLAH DGN MAKSIAT SEDANGKAN KAMU ORG YG FAHAM HUKUM..”

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya..” Imam Al-Ghazali