Isnin, 9 Mei 2011

Nikmat Iman dan Islam


"Hujan pagi hari, rintik-rintiknya halus dan jernih sejak kelmarin. Namun malang, sejuknya tidak sampai ke petang. Betapa pun, syukur Alhamdulillah. Itulah rahmat Tuhan. 
Terkadang, ingin rasanya hati ini turut disirami hujan. Biar dingin. Biar nyaman. Moga subur tanah hati dengan baik. Kadang kala, hati harus akur. Tidak selamanya hujan akan mencurah. Tetap ada kemaraunya. Hari ini hujan pagi. Esok, mungkinkah kemarau?" Getus hati Abdullah Soleh sebelum matanya tertutup.
Keesokannya, Abdullah Soleh dengan semangatnya mengharungi hari terakhir sebuah program kem motivasi untuk pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi di tempat mereka.
Slot terakhir motivasi bagi program tersebut bertajuk "Istimewanya Diri Kita".
"Baik, siapa boleh beritahu kita di sini keistimewaan dirinya?" Satu soalan dilontarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi oleh motivator tersebut.
"Saya nak jawab!" Sambut seorang mahasiswa yang bergaya dengan nada yakin.
" Assalamualaikum semua. Di sini saya nak beritahu apa keistimewaan saya, istimewanya saya ialah saya berkeyakinan tinggi, saya bijak berpidato, dan saya yakin bahawa saya mampu menjadi pemimpin negara suatu hari nanti." Kata mahasiswa tersebut dengan penuh keyakinan.
Siswa dan siswi lain juga memberi maklum balas terhadap soalan tadi. Ada yang beritahu keistimewaannya ialah menyanyi, bermain bola, pandai bergurau dan macam-macam lagi.
Hampir semua siswa dan siswi memberi maklum balas terhadap soalan tadi. Lalu, Abdullah Soleh bangkit berdiri untuk turut sama memberitahu keistimewaan sendiri.
"Saya mahu beritahu keistimewaan saya! Keistimewaan saya ialah saya seorang Muslim, mengapa saya berkata begitu? Biar saya jelaskan. Dengarlah sahabat-sahabatku terutamanya yang beragama Islam. Sedarlah! Diri kita tiada ertinya jika Islam bukan agama yang dianuti, tiada ertinya jika kita bukan seorang Muslim. 
Sedarlah! Betapa istimewanya kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam, betapa istimewanya kita dalam berbillion kalangan umat manusia di dunia ini kita yang terpilih merasai nikmat Iman dan Islam, tanpa nikmat Iman dan Islam mungkin kita boleh berjaya di dunia dengan kelebihan-kelebihan yang Allah anugerahkan, akan tetapi di akhirat sana kita pasti akan kecewa serta merana.
Sedarlah! Seorang Muslim itu sangat istimewa, kerana apa? Kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Kuasa. Waktu kita susah dan senang Dia sentiasa ada, malah ketika kita sakit, Dia menghapuskan dosa-dosa kecil kita serta ditambah lagi dengan ganjaran pahala jika kita bersabar menghadapi ujian dari-Nya.
Jika kita lihat, ujian yang hadir itu bukan untuk menghukum kita tetapi memberi peringatan kepada kita yang lalai. Umpama seorang ibu menegur anaknya dengan penuh kasih sayang agar anaknya sentiasa di jalan yang benar. Begitulah perumpamaannya.
Namun kasih sayang Allah lebih lagi daripada kasih sayang seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Tidakkah anda semua berasa istimewa dengan nikmat Iman dan Islam ini? Bukankah ini suatu keistimewaan yang terulung kepada diri anda? Maha Suci Allah yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi! Apa pun musibah yang menimpa seorang Mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadis:
"Amat menakjubkan sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan Mukmin. Jika dia mendapat kebaikan, dia bersyukur, jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya." (Riwayat Muslim)
Seorang Mukmin apabila ditimpa kesusahan, dan dia mengingati Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya dan pertolongan dari-Nya. Rasulullah S.A.W. pun bersabda: "Ingat akan Allah adalah penawar kalbu," Diriwayatkan oleh ad-Dailami oleh Anas.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah S.W.T:
"Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 216)
Maka setelah ini wahai jiwa pemuda, jangan biarkan kita hanyut dalam ilusi yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!
Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah seorang hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar- benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan 'kecantikan' Maha Pemurah.
Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah S.W.T., ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas dan berbanggalah kita seorang Muslim! Takbir!
"Allahuakbar!"sambut rakan siswa dan siswa yang lain.
Ingatlah sahabat sekalian.
Islam tidak pernah mengecewakan kita tetapi kita yang selalu mengecewakan Islam, kita yang membiarkan Islam terus layu. Kita tidak bangga dengan nikmat Iman dan Islam yang kita miliki. Kita lebih berbangga dengan hiasan-hiasan dunia yang tidak kekal lama. Peringatan ini juga buat diri saya yang kerdil dan hina ini. Sekian terima kasih."
Tepukan gemuruh mula memecah suasana di dalam dewan kem tersebut.
Hebatnya jiwa pemuda, hebatnya jiwa pemuda Islam. Allahuakbar!!

HURU HARA PADA 15 RAMADHAN

03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )   Cuba lihat kalendar  untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. 

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) 

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..   

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. 

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)   

L P

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.<< kdg2 je

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga  


Sekadar Berkongs

Ahad, 8 Mei 2011

Bedah diri sendiri

d180d0bed0b3d0bed0b7d0bed0b2-d0bed0bfd0b5d180d0b8d180d183d0b5d182-d181d0b5d0b1d18f-41

Pada bulan 29 April 1961 seorang doktor Rusia yang menyertai ekspedisi Antartika, Leonid Rogozov berumur 27 tahun merasa kesakitan di sebelah kanan perutnya dan demam. Keesokan harinya ia mula menjadi keradangan. Tidak mempunyai kelengkapan untk menghubungi pesawat dan hanya dirinyalah satu-satunya doktor di stesen “Novolazarevskaya” itu. Pada waktu malam, 30 April,pakar bedah itu telah melakukan satu pembedahan ke atas dirinya menggunakan pembiusan setempat. Dia telah dibantu oleh seorang jurutera dan stesen meteorologis.

Pada 1959 sebaik sahaja Leonid Rogozov mendapat ijazah daripada Institute, ia telah bekerja dengan klinik pembedahan tempatan. Bagaimanapun, kajian-kajiannya di klinik itu terhenti seketika kerana menyertai ekspedisi Leonid ke Antartik pada September, 1960 sebagai seorang doktor bagi ekspedisi Rusia kali keenam ke stesen Novolazarevskaya, Antartika.

Ekspedisi ini telah berlakunya satu peristiwa yang membuat pakar bedah berusia 27 tahun ini termasyhur.

Dalam bulan keempat musim sejuk, pada 29 April 1961, Leonid menunjukkan simtom-sintom: lemah tubuh badan, loya, demam dan kesakitan di sekitar ilium. Hari berikutnya suhu badannya menjadi lebih tinggi lagi. Kerana dirinya satu-satunya doktor dalam ekspedisi yang bersama 13 orang ini, Leonid mendiagnosis dirinya sendiri: apendisitis akut (acute appendicitis). Tidak terdapat kapal terbang di mana-mana stesen yang berdekatan. Keadaan cuaca yang buruk juga tidak akan mengizinkan mana-mana kapal terbang untuk ke Novolazarevskaya.

Demi untuk menyelamatkan seluruh anggota ekspedisi kutub yang sakit,satu pembedahan segera perlu dilakukan. Dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan melakukan pembedahan sendiri ke atas dirinya. 

Pada suatu malam, pada 30 April 1961, pakar bedah dibantu oleh jurutera mekanikal dan seorang ahli meteorologi ketika mengendalikan instrumen-instrumen perubatan dan memegang sebuah cermin kecil di sisi perutnya. Berbaring sambil sedikit membongkok ke sebelah kiri, doktor itu membuat pembiusan dengan novocaine dan dibuat satu torehan 12cm di sebelah kanan ilium menggunakan satu skalpel.


operation1


Samada memerhatikan daripada cermin atau dengan sentuhan dia berjaya membuang satu lapisan radang dan menyuntik antibiotik dalam abdomen. Selepas 30 atau 40 minit dari bermulanya operasi pembedahan, kesan bius mula terasa dan pakar bedah itu mula merasa pening. Pembedahan terpaksa ditangguh untuknya berehat.

Akhirnya pada tengah malam operasi pembedahan selamat dilakukan, iaitu selama 1 jam dan 45 minit. Dalam lima hari suhu badannya kembali normal, dalam dua hari - jahitannya sudah boleh dibuka.

Di Muzium St Petersburg Museum Artik dan Antartika terdapat pameran peralatan pembedahan yang digunakan oleh Leonid Rogozov semasa melakukan operasi itu.


rogozov1



Seorang juruterbang angkasawan KRSS, seorang idola di Soviet Union, Titov Jerman menulis dalam bukunya “My blue planet”:

“Di negara kita perbuatan paling hebat adalah mengeksploitasikan diri sendiri.

… Saya mengkagumi doktor Rusia, Boris Pastukhov, yang menyuntik dirinya dengan vaksin wabak sebelum digunakan kepada orang sakit: kami juga kagum dengan keberanian doktor Rusia, Leonid Rogozov yang membuat satu pembedahan ke atas dirinya dalam situasi yang sukar semasa ekspedisi Antartik.

Kadang-kadang saya memikirkan jika saya boleh berbuat perkara yang sama dan hanya satu jawapan datang di fikiran saya: “Saya akan melakukan yang terbaik…” 


kredit:http://pulakdah.blogspot.com
Sumber : englishrussia.co

Sakit jantung vs heparin

Situasi:
Semasa di wad, doktor bukan Islam jumpa abah, tanya samada abah hendak disuntik dengan hormon babi atau tidak. Kata doktor tadi hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung, ia dapat mencairkan darah dengan cepat. Abah kata dia tak nak disuntik dengan hormon babi, biarlah dia mati dari disuntik dengan hormon babi kata abah pada doktor tadi.

Doktor tadi kata, ada juga orang Islam yang hendak disuntik hormon babi ni. Abah kata itu biarkanlah dia.
Esoknya abah pun dibenarkan keluar wad, duduk dalam wad lagi penat abah, doktor hanya buat pemantauan saja.

pandangan kepada persoalan di atas..

hormon babi yang saudara maksudkan di atas ialah heparin. Isu ini sudah lama di bahaskan bukan sahaja di peringkat majlis ulama malaysia malah antarabangsa skalipun..heparin atau nama lain clexane di berikan kepada pesakit jantung untuk mencairkan darah supaya pengaliran darah berjalan lancar.. secara ethical nya semua pengamal perubatan perlu memberi tahu pesakit trlebih dahulu terutama pesakit beragama islam sebelum memberi suntikan tersebut dan pesakit perlu setuju sebelum diberi suntikan. Jadi kenyataan saudara " ni apa cerita ni hormon babi senang-senang diberi kepada pesakit Islam?"TIDAK TEPAT DI SINI.

isu kedua adakah heparin atau clexane ini haram?
jawapan nya YA.

ini petikan dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  Kali Ke-87
"berhubung dengan penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang dianggap darurat kepada para pesakit bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta merta ketika pesakit berada pada tahap kronik, Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan kedua-dua jenis ubat ini adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam, memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine."

TETAPI majlis juga mengatakan
"Islam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit, kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudharatan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat dari sumber yang halal ditemui"

maka jelas bahawa dalam keadaan ini konsep darurat boleh di guna pakai.

persoalan ke tiga..tiadakah alternatif selain clexane?Jawapan.. ADA '

Dalam isu ubat clexane dan Fraxiaprine ini, kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat sejenis ubat lain iaitu Arixtra Solution For Injection atau nama generiknya Fondaparinux Sodium mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam membantu mengelakkan masalah pembekuan darah. Ubat ini telah pun berdaftar dengan BPFK dengan nombor pendaftaran MAL 20034441A.

Fondaparinux merupakan ramuan aktif di dalam Arixtra yang terhasil secara sintetik di manapentasaccharide sintetik diambil dan ia tidak mengandungi sebarang bentuk heparin. Malah, tiada satu pun material dalam penghasilan ubat ini diambil daripada haiwan termasuklah biproduk babi. Arixtra bukan ubat yang baru ditemui, sebaliknya ia telah berada di pasaran lebih daripada 10 tahun. Namun kajiannya yang terbaru telah mendapati bahawa ubat ini mampu menggantikan kekuatan Clexane dan Fraxiaprine

TETAPI
kena tahu bahawa tidak semua hospital menyediakan ubat ini kerana kos yang agak mahal berbanding clexane. Jadi kebanyakan hospital malaysia hanya mempunyai heparin..harap tidak keliru dengan isu ini.