Bila ditanya antara SYURGA & NERAKA... pastilah SYURGA idaman semua.
Tak mahu NERAKA, krn semua tahu 'cerita' akan azabnya.
Tapi, sampai bila nk jdkn SYURGA idaman semata?
Dan berterus2an menempah 'tiket' ke NERAKA?
Solat sambil lewa.
Aurat masih terbuka.
Ilmu Allah dibiar berlalu begitu saja.
Al Quran tidak dibaca apalagi menghayatinya.
Dan terlalu byk lakukan dusta pd Pencipta tp masih jua mengidamkan SYURGA.
Berjayakah kita utk ke sana?
Astaghfirullah.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 18 Mei 2011
Wanita...III Tutuplah Auratmu...!
Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =
10 pemandangan yang menakjubkan..>! Subhanallah..:)
Kalau anda punya penyakit takut akan ketinggian, sebaiknya anda tidak mengunjungi tempat-tempat ini.

Disebut “Balkon pergunungan Alpina”, Dachstein Sky Walk berada pada ketinggian 2700 meter diatas permukaan laut dan di atas batuan vertikal Hunerkogel setinggi 250 m.
Pemandangan 360 darjah memperlihatkan pada para pengunjung pemandangan Slovenia di selatan Republik Czech di sebelah utara. Skywalk jauh lebih tinggi dari platform di air terjun Niagara ataupun yang berada di air terjun Iguazu, Brazil.

Arkitek Todd Saunders dan Tommie Wilhelmsen ditugaskan untuk membuat rekabentuk tempat perhentian yang indah di atas gunung Aurland di Norway dan menghasilkan si cantik ini yang mendapat tempat pertama tempat tarikan pelancung Norway.
Sisi paling luar platform – yang melengkung untuk membentuk fondasi struktur – ditutup oleh sebuah kaca, memberikan pemandangan luar biasa ke daratan di bawah untuk mereka yang berani berjalan sampai paling hujung.

Platform memanjang berbentuk ladam kuda ini bergantung tepat 4000 kaki di atas tanah dan memanjang 65 kaki dari hujung tebing Grand Canyon. Skywalk berbentuk ladam kuda ini dibangun dari tembok kaca setebal 4 inci dan pengunjung diharuskan memakai alas kaki anti guris bila ingin berjalan dan melihat pemandangan di sana.
Ciptaan ini adalah ciptaan arkitektur luar biasa yang sanggup menahan berat sehingga 70 tan (setara dengan 14 ekor gajah afrika) dan dapat menahan tiupan angin sehingga 100 meter per jam.

Selain dari air terjun yang memang menakjubkan, tempatnya yang berada di hutan simpan subtropika membuat pelancung di tempat ini semakin tertarik. Untuk menghargai kebesaran dan kemegahannya, baik sekali untuk melihat air terjun ini dari skywalk.
Platform pemandangan ini begitu dekat sehingga anda akan terkena percikan air dan dibuat kedap oleh bunyi air jatuh dari ketinggian 80 kaki yang memekakkan telinga.

Menara pencakar langit Auckland setinggi 328 m adalah bangunan tertinggi di belahan bumi bahagian selatan. Memerlukan 2000 ton besi, 660 ton baja kerangka bangunan dan 15000 meter kubik semen untuk membinanya.
Bangunan ini dapat menahan angin berkelajuan 200 km/jam, gempa pada kekuatan 8 skala richter dan di hari yang cerah, pemandangan boleh mencapai 82 km. Puncak dalam ruangan yang tertinggi adalah Sky deck dengan kaca tanpa sambungan yang memberikan pemandangan 360 darjah.

Tempat ini dibuka setelah 5 bulan dibina. Terletak di Knights Hill di atas tebing dekat Robertson di dataran tinggi selatan, Illawara Fly Tree Top Walk membolehkan pengunjung untuk berjalan-jalan di antara kanopi hutan hujan 25 meter di atas tanah di atas platform besi.
Lorong berjalan setinggi 500 m ini mempunyai tangan penyangga yang membawa pengunjung ke hujung tebing dan menawarkan pemandangan garis pantai dari Kiama sehingga Shellharbour.

Landscape Promontory adalah platform pemandangan gantung yang direkabentuk Paolo Burgi sebagai bahagian projek Cardada, sebuah revitalisasi gunung Cardada yang dapat selesai pada tahun 2010.
Lorong yang dibuat dari besi dan titanium berakhir pada platform pemandangan dengan pemandangan Lago Maggiore. Bukan hanya pemandangan yang dapat dinikmati para pengunjung. Simbol–simbol di ubin dan keterangan keterangan yang tertulis di susuran platform menawarkan rujukan tentang sejarah dan kesusasteraan.

House on the Rock, pertama kali dibuka pada tahun 1959, adalah kompleks ruangan, jalan, ladang, dan kedai dengan rekabentuk arkitektur unik oleh Alex Jordan, Jr. Letaknya di Spring Green, Wisconsin, dan merupakan tempat tarikan pelancung.
The Infinity Room di rumah itu memanjang beberapa ratus kaki dari lembah, tanpa penyangga di bawahnya, dengan lebih dari 3000 jendela buatan tangan di pinggirnya.

Di dalam ladang kastil Trauttmansdorff, Itali anda akan menemui platform besi yang memukau ini keluar dari antara pepohonan.
Namanya, yang bererti teropong, berasal dari bentuk atap kecil platform tersebut dan pemandangan sekitar. Di reka oleh arkitek Matteo Thun.

Top of Tyrol (Puncak Tyrol) yang direka oleh Astearchitecture adalah platform pemandangan setinggi 3000 m di atas permukaan laut di atas glesier Stubai di Tyrol, Austria.
Baja tahan cuaca digunakan dalam pembinaannya untuk menahan cuaca ekstrem sehingga anda dapat berdiri 9 meter dari puncak gunung untuk melihat pemandangan Glesier Stubai
Kisah Benar....
"Ya,lah nak tanya kepala otak macam mana sampai pusing 360 darjah.Pekara yang Kerajaan PR baik-baik belaka ditentang.Program Kerajaan PR yang membantu rakyat,menolong rakyat ditentang.Di katakan zalim. Didemontrasi.Tak ke pelik.Kepala otak mereka dah herot sakan la tu.Amal dikatakan mungkar.Baik dikatakan buruk.Wangi dikatakan busuk.Jelas kepala otak mereka dah lari dari norma-norma kewarasan.
Kronolojinya.Sejak awal Kerajaan PR dapat memerintah 5 negeri(termasuk Perak sebelum Kudeta).
1.Kerajaan Perak nak bagi tanah pada sebuah Madrasah,Kampung Baru dan Kampung Tersusun.Semua di beri hak sama adil untuk setiap bangsa ditentang.Jelas Kerajaan PR Perak waktu itu mahu menolong rakyat memperolehi hakmilik masing-masing ditentang.
2.Kerajaan Selangor berdailog dengan penduduk tentang masalah sebuah kuil.Dalam dailog pun berselerak dikerjakan puak-puak biul ini dan bila penduduk dah setuju kepala lembu diheret.Pada halnya penduduk dah pun puas hati dengan lokasi baru kuil.Orang luar pula sibuk.Kerajaan PR nak menyenangkan penduduk,mereka menentang.
3.Kerajan PR Kedah nak pindahkan lokasi pusat penyemelihan babi,tentang juga.Hasut penduduk Cina di Kampung Berjaya,Alor Setar Kedah menyuarakan rasa tak puas hati.Padahal majoriti penduduk di situ,Melayu ke,Cina ke,India ke yang dah tak tahan bau busuk.Tapi depa guna Cina parti depa tentang. Akhirnya pusat tu dipindahkan,isu ni pun senyap.Saja-saja menentang benda yang baik sampai rakyat naik heran.
4.Kerajaan PR Selangor nak bagi percuma air.Beberapa liter padu pertama.Tentang juga dengan dakwaan kerajaan Negeri boleh rugi.Biaq pi la,Kerajaan kami bukan kerajaan hang.Tentang juga benda baik.Untuk kebajikan rakyat.Menolong rakyat.Para pembaca faham tak kedudukan kepala otak mereka?
5.Kerajaan P.Pinang bagi RM100 setiap setahun sekali kepada warga emas P.Pinang.Warga emas seronok dan bersyukur.Tapi rasa iri dan dengki mereka pun timbul.Tentang juga.Kata duit tu duit judi.Tahun lepas.Tahun ni semua mai ambil.Tak kata apa pun.Warga emas yang ditipu tahun lepas oleh puak otak biul tu pun mai ambil juga.Jelas kerajaan PR P.Pinang nak tolong rakyat,nak buat kebajikan.Ditentang.Rakyat buka mata luas-luas dan tengok.
6.Kerajaan PR Kedah nak pungut cukai UUM.Nak agih kepada rakyat miskin.Duit tu hak Kerajaan Negeri Kedah.Ditentang juga.Kata tak perihatin kepada institusi pendidikan.Pulak dah.Bukan banyak pun.Padanla dengan kegunaan tanah yang ribuan ekar.Ciput pun tak boleh nak bayar.Tentang pula.
7.Kerajaan Kelantan buat dah Bazar Tok Guru.Peniaga dah setuju dengan saiznya dan rupa bentuk nya.Jadi peniaga pun setuju dan daftar masuk.Tunggu hari nak berniaga.Nyong-yong,puak tu pulak hasut Persatuan Peniaga Bazar kata macam-macam.Sempitlah,peniaga tak setuju nak pindah lah dan macam-macam lagi.Siap demo-demo.Tapi peniaga tak peduli.Peniaga masuk juga.Puak tu tersipu-sipu.Padan muka.Semua yang rakyat mahu dan suka ditentang.Kepala otak rakyat bukan sama dengan kepala otak hangpa yang suka tentang tak ketahuan punca.
8.Kerajaan PR P.Pinang buat jalan tanpa tol pun ditentang.Jalan free pun ditentang.Mereka suka jalan tol.Jalan kena bayar mereka suka.Jalan percuma tak suka.Adakah ini tanda-tanda kepala otak yang waras?Jelas itu adalah otak wayar putus.Macam langau suka hurung tahi.
9.Terbaru,penentangan mereka pada Kerajaan PR Kelantan.Tentang royalti minyak.Rakyat yang menuntut royalti minyak dipulangkan kepada Kerajaan Negeri dipukul.Rakyat yang pasang banner dipukul.Baru pasang banner dipukul.Bukan pulang lagi pun,dah ditentang.
10.Yang masih panas lagi,di Kelantan juga,demo menentang Ladang Rakyat.Mereka kata Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat.Isu ini ter baru.Ladang rakyat dah lama.Lebih 4000 orang peserta ladang rakyat menafikan tanah mereka dirampas.Padahal kerajaan Negeri dah urus ladang itu sebaiknya sehingga mampu memberi diveden lebih RM40 juta sehingga sekarang.Puak mereka saja yang menentang.Rakyat lega dan seronok,mereka tentang.
Kesimpulannya,rakyat yang suka kebajikan dan kebaikan.Ketelusan mentadbir jangan dah undi mereka pada PRU 13 nanti.Jika kita undi juga kita setuju dengan keburukan dan kemungkaran dan menolak kebaikan.Ada 2 demo mereka jika pembaca ingat yang menyokong kemungkaran.Pertama di Negeri Terengganu,mereka nyatakan sokongan kepada Judi Bolasepak.Kedua,dah lama dah,mereka kata SPRM jangan kacau parti kami.Para pembaca ingat???
Katakanlah sesuatu yang benar walaupun pahit...
Oleh adiib
Mati kerana Khalwat..:)
Soalan: Dr Asri
, semalam ada berita seorang telah terjatuh mati kerana lari dari intipan pihak pencegah maksiat sebuah jabatan agama. Bolehkah perkara macam ini berlaku? Bolehkah kita cegah maksiat sehingga menyebabkan orang mati? Minta tolonglah Dr Asri huraikan kes ini.
, semalam ada berita seorang telah terjatuh mati kerana lari dari intipan pihak pencegah maksiat sebuah jabatan agama. Bolehkah perkara macam ini berlaku? Bolehkah kita cegah maksiat sehingga menyebabkan orang mati? Minta tolonglah Dr Asri huraikan kes ini.Kenali mangsa, KL.
Jawapan: Ya, saya berdukacita dengan berita kematian seorang individu kerana lari daripada intipan pihak pencegah maksiat yang cuba menangkapnya kerana khalwat. Kes ini bukan yang pertama. Sudah berapa banyak kes yang sama berlaku dalam negara kita. Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia telah memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini, yang sememangnya telah lama salah faham disebabkan tindakan masyarakat muslim itu sendiri. Di sini saya suka menyebut beberapa perkara secara umum mengenai kes-kes yang telah berlaku;

- Gambar hiasan
1. Mana-mana pihak tidak boleh menuduh mangsa atau terlibat sebagai berzina, kerana tuduhan zina memerlukan empat orang saksi yang lihat secara jelas berlakunya zina, bukan sekadar berdua-duaan, atau berpelukan atau seumpamanya. Jika tidak, penuduh di bawah hukum qazaf. Jika tiada bukti jelas, paling tinggi yang boleh dituduh berkhalwat, bukan berzina.
2. Islam tidak cenderung menghukum dan membongkar maksiat peribadi sekalipun pelakunya mengaku. Islam cenderung agar pelakunya bertaubat dan menutup keaiban dirinya. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi.Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
3. Khalwat (bersendirian) dengan bukan mahram memang suatu kesalahan. Namun, ada beza antara mereka yang secara terang bermaksiat dengan yang cuba bersembunyi. Ini yang disebut oleh Rasulullah s.a.w: :
“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana yang cuba sembunyikan dosa –sekali sedang maksiat- masih lagi mempunyai nilai malu dan menjaga maruah diri dan keluarganya.
4. Apa yang peliknya dalam negara kita, maksiat yang jelas, berpelukan lelaki dan perempuan dalam filem, atas pentas lakonan, pentas seni dibiarkan oleh pihak berkuasa pencegah maksiat, sehingga ada isteri orang besar pun yang memeluk artis luar negara di hadapan umum, dibiarkan, yang sembunyi dicari dan diburu.
5. Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”
Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya:
wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang Allah tutup”. Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya.Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)
6. Justeru itu, para ulama sejak dahulu telah melarang mengintip untuk mencegah maksiat. Hal ini telah saya sebut berulang kali. Sikap suka mengintip inilah juga yang mencetuskan kontraversi ‘video seks’ yang jika dibenarkan akan menjadi trend yang digunakan oleh pelbagai untuk menjatuh pihak yang lain. Hal ini telah ditegaskan oleh al-Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulum al-Din:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini.Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”.Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
7. Dr Yusuf al-Qaradawi membuat tegasan yang sama:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
8. Maka, tindakan mana-mana pasukan pencegah maksiat peribadi seperti khalwat, minum arak dalam keadaan sembunyi sehingga menyebabkan kematian adalah satu dosa. Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian. Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu ‘khalwat’ dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip.
Langgan:
Ulasan (Atom)
