1. Wajibkan QIAMULAIL untuk dirimu kerana ianya adalah bekalan untuk mu dari sumber mata air yang tidak pernah kering
2. Bacalah AL-QUR'AN setiap hari kerana ia membuatkan hatimu sentiasa mekar, lunak dan hidup
3. Cubalah BERPUASA setiap hari Isnin dan Khamis kerana ianya membina suatu daya ketahanan yang kuat dalam melawan nafsumu
4. Bacalah BUKU ISLAM kerana ia akan membuatkan fikiranmu tajam, pandanganmu jauh dan fikrahmu mantap
5. BERMUZAKARAHLAH dengan sahabat-sahabatmu dalam perkara yang meningkatkan mutu 'amal dan da'wah; dan BERMESYUAWARAHLAH dengan mereka dalam tindakan-tindakanmu semoga setiap perkara yang dilakukan adalah di dalam lingkungan Amam Jama'i yang lebih luas dan lebih dicintai Allah dari Amal Fardi (perseorangan
6. REBUTLAH PELUANG untuk bertanya dan berbincang dengan saudara2 yang berfikiran luas, tajam dan kritikal; serta ustaz2 yang banyak pengalaman agar dirimu dapat menimba ilmu-ilmu dan pengalaman yang tidak dapat kamu perolehi dari pembacaanmu
7. Jagalah AMALAN SUNATMU agar kamu dicintai Allah--sunat Rawatib, Dhuha,Witir dll
8. PERBANYAKAN AMAL DARI BERCAKAP kerana bercakap tanpa amal adalah termasuk dalam hal-hal yang tidak bermanfaat lagi membuang masa
9. UTAMAKAN ORANG LAIN DARI DIRIMU walaupun dirimu dalam keadaan susah;kerana itu adalah hal-hal yang utama di sisi Allah yang akan melepaskan kamu dari kesusahan di Akhirat
10. Jagalah AKHLAKMU kerana manusia akan tertarik denganmu bukan kerana kepetahanmu bercakap atau ketinggian pangkatmu, tetapi kerana akhlak,kesungguhan dan pengorbananmu.
11. Jagalah MASAMU dengan baik, kerana MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN; ia ibarat PEDANG yang akan "memotongmu jika kamu tidak menjaganya" Janganlah kamu membuang masa dalam hal-hal yang tidak berfaedah Buatlah jadual harianmu semoga setiap urusanmu teratur dan terancang
12. Akhir kata, WAHAI DIRI, BACALAH TAZKIRAH ini setiap hari dan AMALKANLAH ianya di dalam kehidupanmu...Dengan itu agar kamu akan menjadi INSAN RABBANI
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 19 Mei 2011
A WA K...
Cantik baju awak malam ni..."
"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."
"Awak, malam ni malam apa ye ?"
"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"
"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."
"Oh,awak... Saya nak cakap sesuatu la malam ni."
"Apa dia? Cakap je la."
"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu ?"
"Dah lapuk cerita tu... Abaikan je la."
"Awak, kita orang Islam kan?"
"Yeah, for sure la..."
"Kita ni Islam atas nama je, kan?"
"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni?"
"Saya takut la awak... Malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. Awak tak takut mati ke?"
"Isy... stop talking nonsense la."
"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"
"So?"
"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."
"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"
"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni."
"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."
"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada specific hari. Awak, saya takut wak..."
"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."
"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."
"Awak ni dah mengarut ni..."
"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."
"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"
"Kita clash! Itu yang terbaik wak."
"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"
"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."
"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."
"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."
"Dah, jom balik."
"Takpela awak, saya balik sendiri."
"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."
Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Dia.
Malangnya, tidak lagi bernyawa.
Dijemput malaikat terlebih dahulu.
Maka, tiada lagi peluang baginya.
Tiada lagi sesalan baginya.
Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.
Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.
.......
"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."
"Awak..."
"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"
"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"
"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."
"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."
L Y N A S..: apa yang Rakyat Malaysia--->>> Kuantan Perlu T A H U..?
| Lynas: Apa yang perlu anda tahu |
| pemudatua.blogspot.com |
Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. SelagiNafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan. Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong ‘nadir bumi’ atau ‘rare earth’ khususnya di China. Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri. Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan manusia yang sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan datang. Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini.
10. Harga satu tan pada RM364, 800. 11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid. 12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. 13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
14. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. 15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan. 16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!. 17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
18. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. 19. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu. 20. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu. 21. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal. 22. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
Jika anda seorang ibu atau ayah, cuba renungi mata anak-anak anda dan katakan kepada diri anda, haruskah perkara ini diabai atau diendahkan?. Jika tidak, kehadiran kita di Stop Lynas Solidarity Walk dari KLCC ke Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng pada 20hb Mei ini jam 2 petang amat dituntut. Katakan Tidak Pada LYNAS!!! |
Rabu, 18 Mei 2011
Kodok yang pekak...???
Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.
Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.
Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.
Renungan :
Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.
Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.
Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.
Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.
Wanita Vs O
Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;
Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".
Langgan:
Ulasan (Atom)