Ahad, 29 Mei 2011

Campur tangan asing

Campur tangan asing bukanlah asing bagi sejarah ketamadunan Melayu. Kejatuhan  kerajaan Temasik (Singapura lama) adalah kerana kerajaan yang diperintah oleh Raja Iskandar Zulkarnain  melakukan  berbagai kezaliman terhadap rakyat. Raja Iskandar telah melanggari perjanjian di antara Raja dengan Demang Lebar Daun sehinggalah sampai ke satu tahap yang melampau batas-batas  agama, maruah,harga diri seseorang dan sudah hilang prinsip-prinsip keperimanusian.

Fitnah memfinah menjadi budaya. Golongan yang kuat dan berkuasa menekan golongan lemah dan tidak berkuasa. Anak gadis Sang  Rajuna Tapa difitnah berzina dan ianya disula dihadapan khalayak ramai.Hukuman dan tindakan Raja ini sangat menghina dan memalukan seluruh keluarga Sang Rajuna Tapa yang merupakan salah seorang pembesar Temasik.

Majapahit sebuah Negara yang bercita-cita besar untuk menguasai Temasik yang kaya-kaya telah mempergunakan Sang Rajuna Tapa (berpaling tadah kerana  tidak tahan lagi dengan kezaliman Raja yang menghukum anaknya (dan juga rakyat turut tersika) yang tidak berdosa bertindak  membuka pintu kota bagi membantu Majahit menyerang dan menawan Temasik. Akhirnya Temasik jatuh ke tangan Majapahit dan raja sempat menyelamatkan diri dan melarikan diri.

Wujudnya watak Hang Jebat dalam catatan sejarah Melayu adalah gambaran kerakusan dan kezaliman Sultan (pemerintahan) yang memeritah ikut nafsu setan yang bersarang di jiwa yang kotor yang tidak berpegang kepada ajaran agama dalam system bernegara. Percaturan politik dalaman (dendam kesumat dan semangat PHD) beransur-ansur melemahkan system pemerintah Kesultanan Melayu Melaka yang mashyor ke seluruh nusantara dan dunia.

Kemuncaknya, apabila datang fitnah terhadap Bendahara Tun Perak yang kononnya dikatakan Bendahara bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk merampas kuasa (mengulingkan pemerintahan Sultan). Sultan Mahmod yang mendengar berita itu terus mengeluarkan perintah (sultan memang menanti waktu dan ketika yang baik kerana baginda berdendam dengan Bendahara kerana tidak menyembahkan anak perempuan Bendahra, Tun Fatimah kepada Sultan untuk dijadikan isteri kerana kebetulan 

sultan ketika itu tidak ada isteri) menghapuskan seluruh keluarga Bendahara Tun Perak yang tidak berdosa dan tidak ada niat langsung untuk menderhaka kepada sultan, kecuali Tun Fatimah tidak dibunuh, malah diangkat sebagai permaisuri pula.

Akhirnya, system pentadbiran Melaka menjadi kucar-kacir  dan dengan mudah Portugis menyerang dan menawan Melaka serta menyahkan sultan dan kerabatnya keluar dari Melaka merantau di negeri orang sehingga kini Melaka tidak beraja.

Sejarah tidak pernah penipu manusia, tetapi manusia yang menipu dirinya sendiri. Banyak ayat-ayat dalam al-Quran mengkisahkan kezaliman pemerintah tamadun terdahulu supaya manusia hari ini mengambil aktibar,

Sabtu, 28 Mei 2011

petrol 60 sen...?? Murahnye,...

KOTA BHARU, 28 Mei: Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).
Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.
TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.
Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.
Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.
Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.
“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.
“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi.
Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PRK Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.
Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, belum pun kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara rasmi, bil terbaru yang diterima pengguna sudah tercatat kadar tarif baru.
Katanya, ramai terkejut menerima bil bulanan terbaru mereka apabila tercatat kenaikan tarif elektrik biar pun kerajaan belum mengumumkan secara rasmi.
Menurutnya juga mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga Petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.
Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.
”Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.
“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” ujarnya.

Citer jodoh :)


Ada satu perkara yang suka aku kongsikan bersama rakan-rakan. Tentu saja tentang cinta.. cinta yang perlu ada pada perkiraanku selepas aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Kasih yang aku kira perlu aku lempiaskan pada seseorang yang lain selepas ibubapa dan keluarga serta diriku sendiri...
Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan...
Umur yang semakin berinjak jauh meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan aku berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepadaku oleh teman-teman sekuliah dahulu.
"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam kau ni?"
"Kau ni jual mahal sangat kot?"
"Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat kau.."
"Aku sudah, kau bila lagi?"
Aduh... mahu melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawab. Paling mudah untuk kukatakan ketika itu,
"Belum jodoh lagi.."
atau aku katakan pada mereka,
"Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Titik.
Berbicara tentang cinta memang tidak akan pernah habis. Semasa di universiti dahulu seringkali aku melihat pasangan yang kononnya sedang 'hangat bercinta' bertengkar atas perkara-perkara yang kecil.
Kadang-kadang aku ketawa sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis lakonan di dalam filem Hindustan yang kutonton di televisyen. Bermacam-macam gaya yang ada apabila si lelaki cuba memujuk si wanita atau si wanita yang cuba memujuk si lelaki. Aku menggeleng-geleng kepala melihat gelagat mereka dalam tawa. Perkara yang padaku tidak wajar dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum punyai ikatan yang sah dan halal di sisi Islam sedangkan si wanita bertudung dan si lelaki bersongkok.
Aku pernah dilamar seorang lelaki pada perkiraanku dapat melengkapi kekurangan yang ada pada diriku. Tentu sahaja aku mencari seorang lelaki yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, lucu dan bisa membuatku gembira, dan yang paling penting dia seorang yang sangat menjaga solatnya dan ibadahnya. Cukup padaku itu dan aku telah bertemu dengannya. Tapi, seperti yang kukatakan sebelum ini, cerita ini tentang jodoh...
Arakian, aku dilamar aku menolak dengan lembut atas alasan kerana mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kuliah. Ini amanah yang kupegang sejak mula aku menjejakkan kaki ke menara gading. Aku tidak suka berpacaran kerana pada aku ianya tidak wajar.
Kukatakan pada lelaki itu, sekiranya benar dia menginginkan aku menjadi suri hatinya maka tunggulah sehingga aku dan dia selesai bergraduasi. Kukatakan juga bahawa aku tidak suka keluar berdua-duaan. Sekiranya seorang lelaki itu benar mahu memiliki hatiku maka dia perlu memahami bahawa dia perlu lebih serius untuk mengatur masa depannya berbanding berpeleseran tanpa hala tujuan yang jelas.
Hubungan yang dijalin tanpa ada matlamat yang jelas bukanlah satu perhubungan yang bersungguh-sungguh tetapi hubungan yang terang-terangan berlandaskan nafsu semata-mata.
Sekali lagi kukatakan di sini, ianya soal jodoh. Allah punya perancangan yang lebih menarik untukku, terserah padaku sahaja sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diriku sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya begini dan begitu...
Lelaki itu tidak sanggup menunggu lantas mengambil keputusan mencari yang lain...
Aku sedikit kecewa namun kubisikkan pada hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam melayari kehidupan dan mehnah, aku belajar pelbagai perkara. Setiap hari aku belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu kepada yang lain. Benar, usia yang semakin bertambah membuatkanku berasa gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh.
Hidupku banyak dihabiskan dengan bekerja sebaik sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Rakan-rakan lain ramai yang berlumba-lumba mendirikan rumahtangga dan aku masih lagi sendiri. Agak sunyi tapi kutabahkan hati supaya aku tidak menjadi seorang yang terlalu menurut nafsunya.
Tiba saat rezekiku dilebihkan Allah di mana aku diterima bekerja sebagai salah seorang pegawai psikologi. Tidak perlu aku ceritakan dengan tepat di mana aku ditempatkan. Sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di sini, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mencari pasangan hidup. Niatku hanya mahu bekerja kerana Allah, mencari rezeki untuk keluargaku agar kami dapat hidup dengan lebih selesa.
Sukacita sekali lagi aku maklumkan, bahawa ini semua urusan jodoh. Jodoh yang tertulis kemas di luh mahfuz, Salah satu rahsia agung yang tersembunyi dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Salah seorang daripada orang bawahanku yang usianya lima tahun lebih tua dariku dan tentunya seorang lelaki benar-benar membuatkan jiwaku bergetar. Entah kenapa, tapi aku takut ianya melalaikan dan bisa menghumban diriku ke lembah kehinaan. Takut untuk terjerumus di dalam zina hati.
Lelaki itu kerapkali mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Tingkahnya yang kadang-kadang membuatku tertanya-tanya kenapa dia perlu bersikap sedemikian denganku dan tidak dengan perempuan-perempuan yang lain di pejabat. Aku positifkan fikiran, mungkin juga kerana aku adalah orang atasannya dan wajar saja dia menghormatiku lebih daripada yang lain. Mungkin.
Satu hari, dengan izin Allah jua ianya terjadi, ketika sedang enak menjamu selera bersama rakan-rakan sepejabat pada waktu malam, satu rahsia tersingkap. Salah seorang rakan pejabatku bertanyakan sama ada aku sudah punya kekasih hati atau belum. Satu soalan yang kukira agak lucu untuk ditanya. Aku senyum dan menggeleng.
Dia kemudian berkata, ada seseorang yang dekat denganku ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan serius. Aku dapat mengagak tapi aku meminta kepastian darinya. Nah! Jelas bahawa lelaki di pejabat yang sama yang kuceritakan sebentar tadi. Tepat telahanku kali ini. Firasatku jarang tersasar apatah lagi jika aku mohon agar Allah membimbingku agar aku tidak menjadi orang yang berprasangka yang tidak baik kepada orang lain.
Hatiku menguntum senyum. Tentu saja rasa suka apabila diri disukai oleh orang lain yang bergelar lelaki. Aku senang sahaja bekerja dengannya. Selalu di dalam doaku di mana aku memohon agar aku dijodohkan dengan seseorang yang baik akhlak dan agamanya, bersederhana dalam segala urusan, dan bonus bagiku sekiranya lelaki itu seorang yang sedap mata memandang...
Lelaki itu juga hingga sekarang masih mengujiku dengan pelbagai pertanyaan. Aku cuma menjawab pertanyaannya sekadar yang kumampu dan hingga saat ini tidak pula dia menyatakan sendiri kepadaku bahawa dia punya 'perasaan' padaku. Aku juga begitu, walaupun setiap kali bertemu jiwaku rasa tenang dan gembira.
Namun cepat-cepat aku sedarkan diri, khuatir kerana dia bukan siapa-siapa denganku malah bukan mahramku yang layak untuk aku fikirkan tentangnya. Aku cuba tidak memandang tepat ke matanya kerana fitrah kewanitaan dan keperempuanan yang malu dan masih menebal dalam diri menjadi perisai iman yang aku takut makin terhakis.
Cuma satu yang ingin kupesan pada rakan-rakan di luar sana yang masih belum punya 'pacar'.
Usah gusar dan khuatir.
Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut.
Aku tidak menyatakan yang aku ini tidak pernah berbuat dosa tapi aku berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mengelakkan diriku daripada tergelincir ke arah itu.
Ingat, jika ada lelaki yang menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa yang dia mahukan daripadamu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan punya pacar persis seperti teman-teman yang lain maka jauhkanlah dirimu daripadanya.
Sekiranya dia benar-benar serius, mahu mengikat tali perkahwinan, punya kedudukan kewangan yang kukuh dan latar belakang keluarga yang menyamankan dan mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan dirimu itu sebagai suri hidupnya.
Sekadar bercerita tentang jodoh. Sungguh betul, ianya urusan rahsia antara yang tersulit sekali di dalam keterbatasan pengetahuan manusia melainkan dengan izin-Nya.
Harus diingatkan, walaupun ianya urusan Allah, namun kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti dan berpeluk tubuh. Proaktif itu perlu. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian nanti juga akan direhai Allah, Insya-Allah.
Sekadar perkongsian rasa dengan rakan-rakanku tentang urusan jodohku yang masih lagi samar. Moga sahaja Allah membantu di dalam urusan yang berkaitan dengannya dan menjauhkan aku daripada melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara sir (rahsia) mahupun secara jahr (terang-terangan).
Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar yakni cinta Ilahi maka aku redha.
Aku tidak mahu mengatakan bahawa aku ikhlas menerimanya kerana perkara ikhlas itu milik Allah yang tiada manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biar Allah sendiri yang menghukumkan tentang itu.
Buat rakan-rakanku yang mungkin sedang mencari jodoh atau telah bertemu jodoh, aku doakan agar kalian memperoleh jodoh sepertimana yang diinginkan olehmu.
Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan yang kita suka kerana mungkin saja sesuatu yang kita suka itu akan menjadi satu keburukan suatu hari nanti.
Pasangan kita moga terdiri daripada si dia yang 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya....
Menantikan kalimah cinta daripada insan yang dicinta... moga kami meraih cinta-Nya, amin.

Biodata Penulis

Jalwa Wafa merupakan seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini bertugas sebagai Pegawai Psikologi di IPD Batu Gajah, Perak.

Kamen rider Kabuto :)


"Hikmah ini ibarat cahaya lantera dalam hidup. Mengumpulkan cahaya itu ibarat mengumpul nasihat serta
pengajaran sebagai tauladan untuk menerangi jalan dalam mencapai redha-Nya di dunia dan di akhirat."
- Diubah daripada kata-kata Saudara Adnan-
Kehidupan akhir zaman penuh ranjau dan onak duri. Jika terleka sedikit, sesiapa sahaja boleh karam di lautan dalam. Kita semua sama, hanyalah musafir di muka bumi Allah ini. Walaupun duduk di tempat yang berlainan, jauh merentasi benua dan lautan. Tetapi kita masih berkongsi satu langit yang sama, bulan dan matahari yang sama.
Orang kata perbezaan pendapat itu adalah hikmah. Tetapi kita perlu ingat, perkara seumpama itu hanyalah boleh dicapai jika perbezaan pendapat itu berpaksikan Iman dan usaha untuk ilmu. Hikmah tidak akan tercapai oleh mereka yang hanya mementingkan menang kalah berhujah.
Mungkin pelbagai persoalan timbul di benak hati pembaca. Mengapa cerita seumpama ini menjadi pilihan penulis? Mengapa bukan cerita realiti yang berpijak di Bumi nyata?
Mereka jauh lebih bertapak-tapak maju daripada kita. Jauh dua tahun lagi maju daripada kita. Sedang negara kita popular dengan cerita-cerita karut dan tahyul yang hanya memundurkan pemikiran masyarakat, cerita mereka sudah jauh melangkau teknologi sains moden. Sedang masyarakat kita asyik dengan isu gosip artis dan konspirasi dunia, masyarakat mereka sibuk dengan penciptaan inovasi sains dan pembangunan.
Jadi, adakah anda semua masih hairan dengan pilihan saya? Mereka yang saya maksudkan adalah masyarakat Jepun. Mungkin bukanlah satu pilihan yang tepat untuk memilih cerita ini sebagai pembicara hikmah dunia. Tetapi pilihan yang sangat tepat!
Kamen Rider Kabuto mempunyai hikmah yang unik. Sememangnya ilham itu datang daripada Ilahi juga. Menyusuri jalan ceritanya yang membuka minda serta mengembalikan kita kepada budaya orang Timur yang sebenar.
Hikmah yang dicari dalam cerita ini semakin terpancar dengan kata-kata watak utama. Tendou Souji mengambil madah pujangga daripada neneknya dahulu. Bagi setiap episod akan dimuatkan dengan kata-kata hikmah neneknya, MasyaAllah...
Kepimpinan
*He who walks the path of heaven will rule over everything.
*Force the world to revolve around you. It's more fun to think that way.
Hikmah kepimpinan, hal ini mengajar kita untuk menjadi mereka yang hebat dalam apa jua bidang sekalipun seperti yang ditunjukkan oleh watak. Apa jua halangan, kitalah wira yang mampu mengatasinya. Seperti kata-kata neneknya, *memaksa dunia berputar sekeliling anda.
Ya, kita jangan kalah kepada dunia. Dunia hanyalah persinggahan bagi perjalanan kita menuju-Nya. Jadi jangan biarkan dunia itu yang memutarkan anda. Kita ini Khalifah, mereka yang memegang amanah Allah dan mewarisi dunia ini. Jadi kenapa pula kita perlu kalah kepada dunia yang penuh dengan tipu daya ini?
Perjuangan
*People become stronger through adventures.
*Life is a long path to a goal. Drop your heavy luggage and enjoy walking with your hands empty.
*Even in a world full only with enemies, there will always be someone you must protect.
Ya, seseorang itu akan menjadi lebih kuat dengan mengembara. Jika anda ingin tahu, kebanyakan permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Jepun memiliki watak yang perlu menjalani pengembaraan yang jauh. Watak itu ada level tertentu dan pengalaman berlawanlah yang menaikkan level watak itu.
Perkara ini sama seperti kita. Manusia itu semakin lama makan garam semakin matanglah dia. Semakin banyak perkara yang dipelajari, semakin hari semakin hebat. Jadi, kita sebagai pembela agama-Nya ini perlulah berani dalam menghadapi cabaran kerana cabaran itu yang akan menguatkan lagi diri kita.
Ingat, walaupun ketika permusafiran kita, dunia ini dipenuhi dengan musuh. Tiada siapa ingin membela. Kebatilan pula yang tertegak. Kita masih mempunyai mereka yang perlu dilindungi. Siapa? Semestinya umat Islam sedunia. Mengejar syahid itu lebih mulia.
Kebenaran
*One that drowns in oneself will eventually fall to darkness.
*Once you know the real thing... you won't be fooled by an imitation.
*Even the devil's whispers can sometimes sound like an angel's voice.
*Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves.
Apabila anda tahu perkara yang sebenar, anda tidak akan dipermainkan oleh sesiapa lagi. Kembara ilmu itu merupakan kunci kepada suatu kebenaran. Ilmu juga yang membezakan kita. Oleh sebab itu Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu.
Masalah pula yang timbul pada zaman kini apabila suatu ilmu itu diselewengkan. Ya, saya mengakui sendiri, begitu banyak percanggahan pendapat. Alhamdulillah, Imam Mazhab Fiqah yang empat itu telah memudahkan kita.
Tetapi masalah pula apabila ada yang mengatakan dengan mengikut mazhab Fiqah ini tanpa tariqat, hakikat dan makrifat adalah taqlid semata-mata. Pemikiran kita semakin ditindas, susah untuk mencari kebenaran. Di elam tak jejak ke dasar, ditimba tak luak setitis.
Benarlah hikmah yang dibawa dalam cerita ini. *Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves. Bertaqlid dengan ilmu yang sementara itu tidak mengapa kerana kita sedang mencari kebenarannya. Masa kecil dahulu pun kita bertaqlid sahaja apabila disuruh solat. Kemudiannya baru kita faham kenapa kita disuruh solat.
Kemanusiaan
*If you wish it to be so, luck will always be on your side.
*Flowers can make any girl glow.
*All girls are equally beautiful.
*If you receive a little kindness, give them a large serving.
*There are two things a man must never do. One is to not make girls cry...The other is to not handle food so crudely!
*Men must be cool. Boiling water is only vapourised.
Saya bersetuju, semua perempuan itu sama cantiknya jika kita pandang dengan pandangan Iman. Semuanya ciptaan Allah juga. Kunci hikmah dibuka apabila kita terima suatu kebaikan, maka kita perlu membalasnya dengan kebaikan yang berganda. Perkara ini perlu kepada manusia lagi-lagi Pencipta.
Kunci Hikmah juga terbuka apabila Tendou berkata, lelaki perlulah selalu tenang kerana air yang mendidih hanya akan tersejat. Sememangnya lelaki perlu menjadi seorang yang tenang. Jauhkan daripada sifat panas baran. Sifat suka marah ini tak membawa ke mana pun, lagi merugikan adalah. Orang pun benci.
Kasih Sayang
When people love others, they grow weaker, though it's nothing to be ashamed of. True weakness lies elsewhere.
When not close by, one is even closer.
Chase two birds, and you catch two birds.
People who steal things, lose something even more important.
Children are treasures. The greatest sin in this world is to damage those treasures.
The wishes of the children are the future's reality... Adults that laugh at such dreams are no longer human.
A bond is a deep connection that can never be broken. Even if apart, heart and heart are still connected.
Nilai kasih sayang? Terlalu banyak diceritakan dalam kisah ini. Kali ini hikmah itu tidak akan terkunci kerana nilai kasih sayang itulah menjadi tunjang cerita ini.
Masakan
It is enjoyable to eat something delicious, but the greatest joy comes from the time spent waiting for it.
Delicious cooking is alive,you must be nonchalant about it.
No matter what condiment, no matter what ingredient, there is something greater and that's love of the person creating the food.
There are no bad restaurants or bad experiments in this world.
Fancy food does not taste good. No matter what truth you try to hide, you cannot hide it.
A knife can only bring happiness when used in cooking.
Fancy flavors cannot hide poor cooking.
It is fun to add a secret flavor so that no one knows. But... it's more fun to find it.
Ya, bahagian inilah yang paling penulis suka. Hikmah masakan ini amat terserlah jika kita mengikuti cerita ini. Watak utama sememangnya individu yang hebat memasak malah sentiasa membuat sarapan buat adiknya. Saya juga terjumpa kunci kesenian masakan itu bermula dengan menonton cerita ini. Hikmah kesenian masakan itu diceritakan dengan begitu jelas.
Memberi inspirasi kepada sesiapa juga yang menontonnya. Semua orang boleh memasak, intipatinya adalah kegembiraan. Hanya dengan masakan, barulah seseorang itu berasa gembira apabila menggunakan pisau.
The Justice Is Myself
Kita semua adalah sama,
Hanyalah seorang musafir yang sedang mencari jalan pulang
yang selamat untuk ke negeri asal kita,
Sambil membawa peta panduan perjalanan al-Qur'an dan as-Sunnah
Bersama lentera hikmah sebagai penerang jalan,
Perjalanan menuju negeri yang jauh,
Negeri yang menjadi langkah terhenti kita untuk selamanya,
Negeri yang menjadi jawapan terakhir semua persoalan kehidupan,
Hikmahnya sebuah kembara itu....
Kembara Ilmu, mencari redha-Nya...