Ahad, 5 Jun 2011

Jangan bersedih :(

Jika dunia ini tiada keimanan di dalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semngat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yamg harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.


Petikan dari terjemahan buku 'La Tahzan' oleh Dr, 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

Pelajar ku...

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah. Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya. Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi. Apakah pandangan anda? Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak. Betul kan? Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah.

Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina. Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?   Biasanya, mereka dihina. Disisihkan. “Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau” “Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa” Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati. Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian? Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka. Saya suka bertanya. Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?   Tiada siapa menarik mereka Kita selalu kata begini: “Alah, pelajar agama, takkan tak tahu” “Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”

Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT. Sedangkan, mereka adalah MANUSIA. Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.

Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya. Kesilapan kita, adalah di sini. Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.   Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap.

Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi. Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati. Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya. Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.

Jadi, apakah sikap kita? Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?   Mereka butuh manusia yang memahami Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.

 Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional. Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa? “Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat? Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.

Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah. Ini masalah kita. Kemudian kita salahkan dia. Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah. Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul. Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?

Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka? Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa? Yakni tegur, dan pimpin mereka. Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.   Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja” Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka. Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna.

 Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga. Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja? “Dia kan budak agama, dia mesti faham” Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah. Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan? Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%? Kalau ada pun, sekelompok kecil aja. So, macam mana sekarang? Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini.

Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.   Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib. “Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan? Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu” Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada.

Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat. Kemudian, tegur bukan sekali. Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia? 1. Kamu mati. 2. Dia mati. 3. Matahari terbit dari barat. 4. Dia berubah. Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z.

Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita. “Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni. Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya. Ayuh, jangan cakap belakang sahaja. Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT. Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman. Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

Sabtu, 4 Jun 2011

bayi syurga...! Allah lebih menyayangimu..>!!!

Anak yang kena campak dari tingkat 5 pangsapuri Sentul Utara

baru-baru ini pada 1/6/2011




AlFatehah...



ِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ


صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

3 pertemuan

3 jenis jodoh pertemuan;

1. Jodoh berasaskan syaitan - Sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur. Setelah itu mereka pun kahwin sbb nak tanggung malu......

2. Jodoh berasaskan jin - Orang B suka orang A,tapi orang A tak suka orang B. Orang B pun carilah jin agar orang A suka kat dia. Bila dah start suka, dorang pun kawin.......

3. Jodoh Allah - Jodoh hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad perkahwinan berlangsung.Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta......<3<3<3

 p/s; Jodoh i2 mmng ketentuan Allah, namun kita diberi peluang untk memilih.
        Jadi, watlah pilihan yg tepat dn terbaek..hehe..=)

Gaji Penjawat Awam Bakal Naik?-Tapi Ada Syarat!

Sudah acapkali kita dengar tentang ura-ura kenaikan gaji penjawat atau kakitangan awam ini berlegar-legar di dalam blog-blog dan media massa.Namun sehingga hari ini, tiada kesahihan tentang khabar angin ini.Namun begitu, sumber-sumber dalaman telahpun memberitahu bahawa kenaikan gaji penjawat awam memang bakal dinaikkan.Namun dengan syarat.Apa syarat-syaratnya?
Tempohari, kami ada menulis mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam yang tidak akan lagi mengambil pekerja untuk bekerja sebagai kakitangan awam mulai 1 Jun 2011 sehinggalah 31 Ogos 2011. Rupa-rupanya, memang ada udang di sebalik batu mengenai perkara ini.
Dalam tempoh tersebut, diberitakan bahawa kerajaan sedang menilai para pegawai dan kakitangan awam kerajaan yang ada.Dengan kata lain, para penjawat awam yang tidak memberikan hasil prestasi kerja yang baik, serta mempunyai masalah disiplin, kakitangan awam ini bakal diberhentikan bagi mengecilkan jumlah penjawat awam sedia ada di mana, hanya yang terbaik sahaja yang akan dikekalkan.
Ini adalah bersesuaian dengan langkah kerajaan bagi memastikan pentadbiran kerajaan selepas ini lebih efisien dan juga lebih bermutu daripada sekarang.Biasalah, kalau sebut pasal kakitangan kerajaan, macam-macam berita tak baik yang kita dengar.Kaki ponteng, kaki ngulat, servis lembab dan sebagainya.
Jadi, kerajaan sekarang telah bersedia untuk memastikan bahawa segala permasalahan yang melibatkan kakitangan awam ini, akan cuba di atasi dengan baik, dimanakakitangan awam yang tidak “perform” semasa bertugas, bakal dikenakan tindakan dan juga dibuang dan memastikan hanya penjawat awam yang benar-benar berkualiti sahaja yang dikekalkan.
Kami sangat menyambut baik tentang perkara ini sebenarnya.Tidak kami nafikan, ada kebenaran tentang sikap dan masalah kakitangan awam ini.Tidak kiralah di jabatan mana mereka berkhidmat.Masalah ini memang ada.Tindakan ini sangat baik kalau difikirkan secara ilmiah dan ekonomi.
Mungkin ada yang akan berasa tidak puas hati, tapi bagi kami, tepuk dada, tanyalah hati.Sekiranya anda bekerja sebagai kakitangan awam, soal diri anda, adakah selama ini anda melakukan tugas dengan penuh integriti dan juga berkualiti?
Selepas pelaksanaan proses “pembersihan” ini, barulah kenaikan gaji kakitangan awamakan dibincangkan dengan lebih serius.Dan diberitakan juga, kenaikan tersebut bukan margin yang kecil.Tetapi besar! Jadi, kakitangan awam sepatutnya akan lebih produktif dan efisien selepas ini.
Kami berpendapat, sekiranya semua kakitangan awam berkhidmat dengan cemerlang dan jaya, berkemungkinan pekerja sektor swasta juga tidak akan merungut mengenai kenaikan gaji kakitangan awam ini.
Namun, adakah tindakan ini bakal dilaksanakan? Kita tunggu dan lihat….
P.S. Bekerjalah dengan penuh keikhlasan..