Selasa, 14 Jun 2011

Al Habib Zein

"

Al habib Zein memberi ucapan di masjid negeri shah alam pada 12 jun 2011 

BIODATA HABIB ZEIN BIN IBRAHIM BIN SUMAITH حبيب زين ابن ابراهيم ابن سميط 

Habib Zein lahir di ibukota Jakarta pada 1357/1936. Ayahnya, Habib Ibrahim adalah ulama besar di bumi Betawi kala itu. Selain keluarga, lingkungan tempat di mana mereka tinggal pun boleh dikatakan sangat beragama.



Guru-gurunya ialah Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz, Habib Umar bin Alwi al-Kaf, al-Allamah al-Sheikh Mahfuz bin Salim, Sheikh Salim Said Bukayyir Bagistan, Habib Salim bin Alwi al-Khird, Habib Ja’far bin Ahmad al-Aydrus, Habib Muhammad al-Haddar (mertuanya) dan ramai lagi. Selanjutnya, pada usia empat belas tahun (1950), ayahnya memberangkatkan Zain ke Hadramaut, tepatnya kota Tarim. Di bumi awliya’ itu beliau tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan.

Menyedari mahalnya waktu untuk disia-siakan,beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya mengkhususkan belajar di ribath Tarim. Di pesantren ini nampaknya Habib Zein merasa cocok dengan keinginannya. Di sana ia memperdalam ilmu agama, antara lain mengaji kitab ringkasan (mukhtashar) dalam bidang Fiqh kepada Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz. Di bawah asuhan Habib Muhammad pula, beliau berhasil menghafalkan kitab Fiqh buah karya Imam Ibn Ruslan, “Zubad”, dan “Al-Irsyad” karya Asy-Syarraf Ibn al-Muqri. Tak cukup di situ, Habib Zein belajar kitab “Al-Minhaj” yang disusun oleh Habib Muhammad sendiri, menghafal bait-bait (nazham) “Hadiyyahas-Shadiq” karya Habib Abdullah bin Husain bin Thahir dan lainnya. Dalam penyampaiannya, di Tarim beliau sempat berguru kepada sejumlah ulama besar. Seperti Habib Umar bin Alwi al-Kaf, Syekh Salim Sa’id Bukhayyir Bagitsan, Habib Salim bin Alwi al-Khird, Syekh Fadhl bin Muhammad Bafadhl, Habib Abdurrahman bin Hamid as-Sirri, Habib Ja’far bin Ahmad al-Aydrus, Habib Ibrahim bin Umar bin Agil dan Habib Abubakar al-Atthas bin Abdullah al-Habsyi.

Selain menimba ilmu, di sana Habib Zein banyak mendatangi majlis para ulama demi mendapat ijazah, semisal Habib Muhammad bin Hadi as-Seggaf, Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, Habib Alwi bin Abbas al-Maliki al-Makki, Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith, Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad, Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf dan Habib Muhammad bin Ahmad as-Syatiri. Melihat begitu banyaknya ulama yang didatangi, dapat disimpulkan, betapa besar semangat beliau dalam rangka merengkuh ilmu pengetahuan agama, apalagi melihat lama waktu beliau tinggal di sana, yaitu kurang lebih delapan tahun. Dirasa ilmu yang didapatkan cukup, salah seorang gurunya bernama Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz menyarankannya pindah ke kota Baidhah, salah satu wilayah pelosok bagian negeri Yaman, utuk mengajar di ribath di sana sekaligus berdakwah. Ini dilakukan menyusul permohonan mufti Baidhah, Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar.

Dalam perjalanan ke sana, Habib Zein singgah dulu di kediaman seorang teman dekatnya di wilayah Aden, Habib Salim bin Abdullah as-Syatiri, yang saat itu menjadi khatib dan imam di daerah Khaur Maksar. Di sana beliau tinggal beberapa saat. Selanjutnya, Habib Zein melanjutkan perjalanannya. Sesampai di Baidhah, Habib Zein pun mendapat sambutan yang mesra dari tuan rumah, Habib Muhammad al-Haddar. Di sanalah untuk pertama kali ia mengamalkan ilmunya lewat mengajar.

Habib Zein menetap lebih dari 20 tahun di Rubath Baidha’ menjadi khadam ilmu kepada para menuntutnya. Beliau juga menjadi mufti dalam Mazhab Syafi’e. Setelah itu beliau berpindah ke negeri Hijaz. Selama 12 tahun Habib Zein telah bersama-sama dengan Habib Salim al-Syatiri menguruskan Rubath di Madinah. Setelah itu Habib Salim telah berpindah ke Tarim, Hadhramaut untuk menguruskan Rubath Tarim. Habib Zein di Madinah diterima ramai. Keterampilan dan wibawanya terserlah. Muridnya banyak dan terus bertambah. Dalam kesibukan mengajar dan usianya yang juga semakin meningkat, keinginan untuk terus menuntut ilmu tidak pernah pudar.Beliau mendalami ilmu Usul daripada Sheikh Zaydan al-Syanqiti al-Maliki. Habib Zain terus menyibukkan diri menuntut dengan Al-Allamah Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani al-Syanqiti dalam ilmu bahasa dan Usuluddin.

Habib Zein seorang yang tinggi kurus. Lidahnya basah, tidak henti berzikrullah. Beliau sentiasa menghidupkan malamnya. Di waktu pagi Habib Zain keluar bersolat Subuh di Masjid Nabawi. Beliau beriktikaf di Masjid Nabawi sehingga matahari terbit, setelah itu beliau menuju ke Rubath untuk mengajar. Majlis Rauhah setelah asar sehingga maghrib

Beliau terkenal dengan gelaran "Syafie Soghir" kerana kefaqihannya dalam Fiqh Mazhab Syafie

PERKONGSIAN UTK SAHABAT2 (MAAF TAK SEMPAT SALIN KESEMUANYA, SEKADAR BEBERAPA ISI PENTING)

1. Majlis dimulakan dengan bacaan beberapa petikan ayat al-Quran oleh Imam Masjid. Antara yg saya ingat adalah
Firman Allah s.w.t bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan berserah diri (muslim)". (Surah Al-Imran:102).

Setelah pembacaan biodata al-Habib, majlis dimulakan.

2. al-Habib menegaskan kepada semua para hadirin utk mengambil iktibar dari Surah al-Asr terutamanya ayat kedua da ketiga

Firman Allah, "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Para sahabat tidak akan bersurai selagi tidak dibaca surah ini dan mereka sentiasa mengamalkan apa yg Allah khabarkan pada surah ini.

3. Menurut Abdullah Ibn Abbas, sabar itu ada 3 peringkat. Pertama, 300 darjat pahala (Sabar dalam ketaatan dan ibadah kepada Allah). Kedua, 600 darjat pahala (menahan dan mencegah diri dari melakukan maksiat baik maksiat mata, telinga, hati dan lain2). Ketiga, 900 darjat pahala (Sabar ditimpa musibah di saat pertama kali kena kepadanya. Samada musibah itu pada diri sendiri, keluarga ataupun sahabat2nya dan di saat itu dia mengucapkan Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun)

4. Hati menjadi keras kerana banyaknya dosa dan makan makanan haram.

5. Sentiasalah menderma ke jalan Allah dan berusaha utk menahan marah bg mendapat kasih sayang Allah. Firman Allah

الذين ينفقون في السراء والضراء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسني
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; "(Surah ali-Imran ayat 134)

6. Dalam satu hadis Nabi, mafhumnya (saya masih tercari2 matannya. Kalau ada yg tahu, harap dapat berkongsi) "Allah mempunyai anugerah yang diberikan setiap hari. Hendaklah kamu mencarinya"

7. Antara cara2 utk peroleh anugerah itu ialah sentiasa melazimi diri dgn berdoa, berzikir dan menghadiri majlis2 ilmu

8. Allah mempunyai malaikat khas utk mencatat pahala buat org2 yg menghadiri masjlis ilmu dan diampunkan dosanya. Malaikat bertanya kepada Allah, "Bagaimana pula dengan hamba Allah yg ke majlis ilmu itu tp dirinya seorang yg sentiasa melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa2?" Allah menjawab, itupun akan diampunkan olehNya.

9. Menjadi kewajipan bagi kita membersihkan dan menghilangkan segala perkara yg boleh menutup anugerah Allah itu dari sampai kepada kita. Antara perkara yg menghalang itu ialah derhaka kpada ibu bapa dan bermusuhan sesama saudara.

10. al-Habib menekankan juga akan kepentingan perpaduan sesama umat Islam. Sabda Nabi, " Seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

11. Perpaduan itu perlu dibina atas dasar ketakwaan. al-Habib memetik kata2 Abdullah Ibn Mas'ud, "Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, hendaklah Allah ditaati dan tidak diderhakai, diingat tidak dilupai, disyukuri tidak diingkari". Seterusnya Saidina Ali apabila ditanya tentang taqwa, kata Saidina Ali,

الخوف من الجليل, والعمل بالتنزيل, والرضا بالقليل, والاستعداد ليوم الرحيل
Maksudnya : Takut kepada Allah S.W.T., beramal dengan apa yang diturunkan, redha dengan sedikit, dan bersiap-sedia menghadapai kematian.

Di akhirat nanti, semua manusia akan dibangunkan di pergi ke padang Mahsyar. Allah akan bertanya, siapakah dikalangan hambanya yang bertaqwa? Maka sedikit sahaja yg bangun dan kemudiannya mereka diberi panji2 dan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab.

Al-Habib memberi amaran keras tentang perpecahan sesama Islam amat dinanti2kan oleh orang kafir. Tambahan pula dgn budaya kafir mengkafirkan yg wujud dalam masyarakat Islam kini.

12. Buah/hasil dari taqwa itu ada empat menurut al-Habib.

a) Ilmu Laduni ( ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah.) Firman Allah;

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu. Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat 282)

b) Rezeki yang tidak disangka-disangka. Firman Allah,
Makusdnya, "dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya(at-Talaq ayat 2-3)

c) Kemudahan dan ganjaran yg besar semasa hidup

d) al-Furqan (menurut penerangan al-Habib, al-Furqan di sini bererti cahaya di dalam hati utk membezakan antara yg hak dan yang batil)

WALLAHUALAM.

Bugati

Bugatti Veyron SuperSport: Di Sebalik Tabir Kereta Terpantas Di Dunia
Seperti yang diketahui, Bugatti Veyron SuperSport memegang takhta sebagai kereta terpantas di dunia setelah memecah rekod kereta terpantas pada 10 julai 2010 dengan kelajuan 431km/j oleh pemandu dari Bugatti iaitu Pierre-Henri Raphanel. Untuk membaca carta kereta terpantas, klik sini. Rekod ini dipecahkan di litar rahsia Volkswagen, Ehra-Lessien turut diketahui sebanyak 5 unit sahaja dikeluarkan bagi model ini.
Merekabentuk sebuah kereta bukanlah mudah, pelabagai faktor perlu diambil kira seperti struktur chasis, berat bersih, kuasa dihasilkan, kuasa diperlukan, daya seretan (drag), sistem penyejuk dan berbagai lagi. Tugas itu menjadi lebih mencabar lagi jika ingin merekabentuk sebuah kereta ‘hyper‘ yang mampu mencapai kelajuan 431km/j.
Sedikit spesifikasi tentang Bugatti Veyron SuperSport:
Kapasiti: 7993 cc
Kuasa keluaran: 882 KW (1200 hp) pada 6400 rpm
Tork maksimum: 1500 Nm pada 3000–5000 rpm
Transmisi: 7 kelajuan DSG
Pecutan: 2.5 saat (0-100km/j), 6.7 saat (0-200km/j), 14.6 saat (0-300km/j)
Bugatti Veyron SuperSport adalah suatu kejayaan yang sangat besar bagi Bugatti setelah mengalahkan musuh ketatnya SSC Ultimate Aero dan sehingga kini, tiada pengeluar kereta yang mampu mengalahkan kuasa pecutan Bugatti Veyron iaitu 2.5 saat. Apakah yang menjadikan Bugatti Veyron SuperSport kereta terpantas? Mari kita lihat di sebalik tabir gergasi ini…
1. Aerodinamik
Salah satu musuh utama bagi merekabentuk sesebuah kereta (terutama kereta yang pantas) adalah daya seretannya ataupun lebih dikenali sebagai drag. Sesebuah kereta haruslah mempunyai jumlah drag yang optimum untuk mencapai efficiency yang maksimum. Drag yang tinggi menyebabkan pembaziran kuasa terutama pada kelajuan yang tinggi.
SuperSport mempunyai drag coefficient sebanyak 0.4, dan jumlah drag boleh dikira dengan rumus tertentu (boleh rujuk buku dan sesiapa yang pernah mengambil subjek aerodinamik jika ingin tahu lebih lanjut ttg drag coefficient), dan pada kelajuan 400km/j sahaja ia memiliki 5600N daya yang menolaknya kebelakang.
Sesebuah kereta yang bergerak laju juga memerlukan sejenis daya yang dipanggil downforce untuk membantunya melekap pada permukaan jalan. Supersport mempunyai spoiler (atau flap) yang di kawal secara elektronik untuk memberikan downforce ketika ia sedang bergerak.
2. Enjin
Seperti yang kita ketahui, Veyron menggunakan susunan enjin yang sangat unik W16, iaitu 2 buah enjin V8 disambung pada satu crankshaft. Enjin sebegini adalah antara faktor utama ia boleh memecut dari statik hingga 100km/j dalam hanya 2.5 saat. Boleh layari Youtube untuk mendapatkan animasi bagaimana enjin W16 berfungsi.
Model ini juga dilengkapi dengan 4 buah turbo yang besar dan sebuah intercooler. Dengan enjin lagenda ini juga, ia menelan sebanyak hampir 6.5 liter bahan bakar seminit pada kelajuan maksimumnya dan mampu menghabiskan setangki bahan bakar dalam hanya 12 minit.
3. Sistem Penyejuk
Oleh kerana Veyron SS menghasilkan kuasa yang tinggi iaitu 1200hp, sistem penyejuk yang mantap juga diperlukan. Model ini mempunyai 10 buah radiator iaitu 4 buah untuk radiator enjin, 2 buah untuk aircon, sebuah untuk pelincir transmisi, sebuah untuk pelincir enjin, sebuah untuk intercooler, dan terakhir sebuah untuk minyak differential.
Model ini juga telah digubah dari segi lubang-lubang udara penyejuknya berbanding model terdahulu iaitu Veyron GrandSport. Lebih banyak lubang ditambah untuk membantu untuk kemasukan udara namun penambahan ini menyebabkan drag coefficient bertambah. Untuk mengelakkan penambahan drag ini, roof scoop di atas telah dihilangkan dan diratakan. Keseluruhan lubang udara ini menyedut sejumlah 4 tan udara dalam masa sejam.
4. Sistem Brek
Oleh kerana ia beroperasi pada kelajuan extreme, sistem brek yang baik juga perlu diambil kira. Model ini menggunakan carbon ceramic brek untuk menghentikan jentera ini pada kelajuan 400km/j ke statik dalam masa hanya 10 saat.
Spoiler yang dikawal secara elektronik itu juga bertindak sebagai flap apabila brek ditekan dan mampu membantunya untuk berhenti. Model terbaru ini juga telah menggunakan banyak bahan carbon untuk mengurangkan berat bersihnya sebanyak 50kg berbanding model terdahulu.
5. Tayar
Untuk mengelakkan suhu yang tinggi pada tayar, SuperSport telah menggunakan sistem kawalan kelajuan elektronik yang meletakkan had kelajuan sebanyak 411km/j sahaja dan pada kelajuan ini tayar tersebut hanya dapat bertahan sejauh 60km sahaja. Ketika rekod kelajuan dipecahkan pada 10 julai 2010, kawalan kelajuan ini telah dimatikan buat sementara.
Tayar yang berkualiti tinggi ini menjalankan tugas yang sangat baik untuk menanggung beban dan downforce pada kelajuan tinggi dan mempunyai corak istimewa supaya dapat mengeluarkan haba yang dihasilkan dari tayar ini. Maka tidak hairanlah jika dikatakan satu set tayarnya berharga lebih dari 32,000 USD.
sumber:selangor2u.com

Daulah Islam

NEGARA ISLAM: TAK PENTING JENAMA DAN SEBUAH UTOPIA?
[SN264] Ada sebahagian umat Islam, termasuklah mereka yang bergelar ulama, menyatakan bahawa jenama atau label ‘Negara Islam’ itu tidaklah penting kerana yang penting adalah pelaksanaan atau isinya. Jika dinamakan ‘Negara Islam’ sekalipun, tetapi tiada pelaksanaannya, maka tiada gunanya. Inilah kata mereka. Sesungguhnya kenyataan ini amat keliru dan mengelirukan. Pihak yang menyatakan hal ini tentunya memiliki maslahat (kepentingan) tersendiri yang ingin diraih darinya atau sememangnya seorang yang pragmatik atau meletakkan diri mereka sebagai orang yang ‘realistik’. Bagi mereka, konsep ‘Negara Islam’ yang ingin diperjuangkan kini sudah tidak lagi realistik dan perlu tunduk kepada realiti semasa berdasarkan kemaslahatan. Selain ingin mencari satu istilah yang boleh dipersetujui bersama dengan orang-orang kafir dan sekular, mereka juga ingin menghilangkan ketakutan atau kekhuatiran orang-orang kafir akan istilah ‘Negara Islam’. Maka, mereka mengatakan bahawa yang penting adalah pelaksanaan ‘nilai-nilai’ atau prinsip-prinsip Islam dalam Negara seperti persoalan kebajikan, keadilan, keamanan dan seumpamanya dan bukannya ‘Negara Islam’ itu sendiri. 

Bagi mereka yang tidak berfikir panjang dan tidak berfikir dengan jernih, kenyataan di atas semacam ada benarnya. Namun, jika mereka berfikir lebih sedikit, tentu mereka akan menemukan pertentangan dari kenyataan tersebut. Jika benar jenama ‘Islam’ tidak penting, maka seharusnya perkataan ‘Islam’ tidak perlu diidhafahkan (disandarkan) kepada setiap perkara, bukan hanya kepada Negara. Namun, kita lihat perkataan ‘Islam’ diidhafahkan kepada Kota Bharu sebagai ‘Bandaraya Islam’. Begitu juga kita lihat adanya jenama lain seperti ‘Universiti Islam’, ‘Bank Islam’, ‘Pajak Gadai Islam’ dan lain-lain. Jika benar aspek ‘pelaksanaan’ yang penting dan bukan ‘jenama’nya, maka tentu tidak perlu ada istilah Bandaraya ‘Islam’, Universiti ‘Islam’, Bank ‘Islam’ ‘Darul Sunnah’ dan sebagainya. Inilah kekeliruan mereka yang tidak berfikir dengan amiq (mendalam) dan mustanir (jernih) dalam masalah ini. Dalam satu masa mereka menyatakan jenama tidak penting, tetapi dalam masa yang lain, merekalah yang mencipta jenama tersebut atau bersetuju dengan penggunaannya. 

Hakikatnya, yang benar dalam masalah ini adalah, istilah/nama ‘Negara Islam’ adalah penting dan perlu, dan aspek ‘pelaksanaan’ juga perlu, malah aspek pelaksanaan itu akan menentukan sesebuah Negara itu sama ada ia layak disebut sebagai Negara Islam atau tidak. Perkataan ‘Islam’ perlu diidhafahkan (disandarkan) kepada ‘Negara’ kerana ia dapat membezakan aspek pelaksanaan dan jenama keduanya, sama ada Islam atau kufur. Apabila kita membincangkan aspek pelaksanaan, yang dimaksudkan dengan ‘pelaksanaan’ di sini adalah penerapan hukum-hukum Islam di dalamnya. Sesebuah negara boleh menjadi Negara Islam (Darul Islam) atau Negara kufur (Darul Kufr/Harb) bergantung kepada realiti penerapan hukum di negara tersebut. Perkataan ‘dar’ banyak sekali disebut di dalam hadis yang menunjukkan perbezaan di antara Dar al-Islam dengan Dar al-Kufur. Kaum Muslimin diperintahkan untuk memerangi Darul Harb sehingga penduduknya mengucapkan La ilaha illallah atau sehingga mereka tunduk kepada hukum-hukum Islam. Jika mereka mahu tunduk kepada hukum Islam, maka perang dihentikan meskipun mereka masih tetap kafir. Tetapi kalau mereka tidak mahu tunduk kepada hukum-hukum Islam, maka mereka akan diperangi sehingga mereka tunduk. Jadi faktor ‘diperangi’ mereka ini adalah kerana penerimaan (atau tidak) mereka terhadap hukum Islam. Semua ini adalah berdasarkan ketentuan Al-Quran dan Al-Hadis. Inilah bukti bahawa faktor pelaksanaan atau penerapan hukum Islam adalah faktor yang merubah status sesebuah negara itu sebagai Darul Kufur atau Darul Islam. 

Dengan mencermati nas secara benar dan adil, kita akan tahu dan kita dapat membezakan perkara yang perlu dan tidak perlu diidhafahkan dengan ‘Islam’. Jika kita membicarakan tentang ‘orang’ (manusia), maka ‘orang’ itu perlu diketahui ‘jenama’nya sama ada dia (orang) Islam atau (orang) kafir. Al-Quran dan Hadis banyak sekali membezakan dua kategori manusia ini dan menyebut istilah ‘Islam’ dan ‘kafir’ bagi membezakan keduanya. Malah dalam aspek ini, Allah SWT sememangnya membezakan manusia itu hanya kepada dua golongan sahaja, yakni Islam dan kafir. Terdapat perbezaan mendasar di antara keduanya iaitu masalah ‘akidah’ dan kita dituntut agar mengetahui ‘jenama’ seseorang itu kerana hukum-hukum yang berbeza berlaku ke atas keduanya. Begitu juga apabila kita membicarakan tentang persoalan ‘Negara’, maka berdasarkan nas yang jelas, kita juga perlu tahu dan bezakan ‘jenama’ sesebuah Negara di mana Negara Islam adalah negara yang dibina atas akidah Islam manakalah Negara kufur adalah negara yang dibina atas akidah selain Islam seperti dibina atas Perlembagaan yang bertentangan dengan Islam. 

Perbezaan jenama amat penting kerana adanya hukum syarak yang khusus dan berbeza di dalam menangani dua negara yang berbeza ini. Contohnya kewajipan jihad, ia adalah ketentuan yang diwajibkan oleh Allah untuk dilaksanakan oleh Darul Islam terhadap DarulHarb. Hukum jihad tidak akan berlaku di antara sesama Darul Islam. Begitu jugalah dengan hukum-hukum yang terkait dengan jihad seperti futuhat (pembukaan), ghanimah (harta rampasan perang), hudnah (gencatan senjata) dan banyak lagi, yang kesemuanya dilakukan oleh Darul Islam terhadap Darul Harb. Oleh itu, ‘status/jenama’ Negara itu hendaklah diketahui dengan jelas agar hukum Allah dapat diterapkan dengan betul. Kerana itulah, ramai ulama yang begitu teliti dalam membincang dan meletakkan status/jenama sesebuah negara itu sebagai Negara Islam atau Negara kufur. Jika hanya aspek pelaksanaan kebajikan yang diambil kira, lalu sesebuah negara tersebut terus menjadi ‘Negara Islam’ kerananya, maka hal ini amatlah keliru. Amerika Syarikat misalnya, jika ia memberi bantuan kepada fakir miskin dan memotong tangan si pencuri, hal ini tidak sama sekali menjadikan Amerika Syarikat sebagai sebuah Negara Islam, walaupun aspek ‘pelaksanaan’nya nampak Islamik. Begitu jugalah dengan Kuwait, Qatar, Brunei dan lain-lain yang, dari segi pelaksanaan, begitu menjaga kebajikan rakyatnya, walaupun mereka adalah Biladul Muslimin (negeri kaum Muslimin), namun kesemuanya bukanlah Darul Islam atau Islamic State.

Negara Islam Suatu Khayalan?

Apabila kita membincangkan tentang ‘Negara Islam’ yang wajib didirikan ini, maka kita sesungguhnya berbincang mengenai ‘Negara Khilafah’ kerana Negara Islam itu hakikatnya adalah Negara Khilafah dan bukannya Negara Republik, Negara Monarki, Negara Berkebajikan dan seumpamanya. Kewajipan menegakkan Khilafah adalah diambil dari Al-Quran, Al-Hadis dan juga Ijma’ Sahabat. Selain itu, kewajipannya juga ditarik dari kaedah syarak yang masyhur, malah jumhur ulama mengakui akan kewajipan dan kepentingan Khilafah. Malangnya, masih ada segelintir dari umat Islam, termasuklah mereka yang mendapat jolokan ulama, menyatakan bahawa usaha untuk menegakkan Khilafah ini hanyalah suatu yang utopia (khayalan). Alangkah beraninya mereka mengeluarkan pendapat begini, tanpa memikirkan tentang Allah dan Rasul dalam kenyataan mereka! Dalam rangka menegakkan Khilafah Islamiyyah sebagai kewajiban syariah, sikap seorang Mukmin sepatutnya tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul dan berusaha menunaikan kewajiban ini dengan bersungguh-sungguh. Tidak sayugia bagi seorang Mukmin untuk memperlekehkan, mempersoalkan, meragui, mengelak atau menghalang orang lain dari melakukan kewajiban agung ini, apatah lagi menganggapnya sebagai utopia. Sebaliknya, dia wajib menerimanya dengan sepenuh keimanan dan kepasrahan kepada Allah. Ini kerana, kewajiban menegakkan Khilafah Islamiyyah tidak ada bezanya dengan kewajipan-kewajipan lain yang difardhukan oleh Allah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Engkar terhadap kewajiban menegakkan Khilafah Islamiyyah, tidak ubahnya seperti engkar terhadap kewajipan solat, zakat dan kewajiban-kewajiban syariat lainnya. 

Bagi mereka yang menganggap usaha mendirikan Negara Islam ini sebagai sebuah utopia, hal ini tidak lain sama ada kerana kejahilan mereka, atau kerana adanya kedengkian dalam hati-hati mereka terhadap gerakan Islam yang berjuang ke arah tersebut atau kerana adanya sikap suka merendah-rendahkan sesama Muslim. Bagi mereka, usaha ini tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata, apatah lagi dalam konteks dunia sekarang. Kita akui bahawa usaha untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah adalah suatu usaha yang sangat sulit dan sukar, namun hal ini bukanlah khayalan atau mustahil. Ini kerana, Khilafah adalah kewajipan dan sekaligus merupakan janji Allah SWT ke atas mereka yang beriman dan beramal soleh. Justeru, mustahil Allah SWT memerintahkan kepada kita suatu kewajipan yang kita tidak boleh melaksanakannya atau yang bersifat khayalan! Sikap seorang Mukmin apabila diperintahkan Allah SWT dan RasulNya untuk menjalankan suatu kewajipan, adalah mereka berkata “kami dengar dan taat” bukannya mengengkari, meragui, mencemuh atau menganggapnya sebagai suatu utopia. Sikap merendah-rendahkan, mengejek atau mencemuh dan menganggap utopia usaha menegakkan Khilafah merupakan bentuk pelangggaran dan kemaksiatan terhadap perintah Allah SWT dan boleh merosakkan keimanan seseorang. Rasulullah SAW bersabda, “Dan barangsiapa yang mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’at (kepada Khalifah), maka ia mati (seperti) kematian jahiliyyah”, yang menunjukkan betapa besarnya dosa orang yang tidak berusaha menegakkan Khilafah.

Kepada mereka yang mengatakan bahawa usaha Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah adalah sebuah khayalan, maka jawapan kami kepada mereka adalah, merekalah yang sebenarnya sedang berkhayal! Mereka adalah orang yang tidak berusaha walaupun sedikit, dan tidak meyakini janji Allah bahawa kemenangan akan pasti datang. Mereka juga tidak mengikuti perkembangan politik dunia dari kacamata Islam, yang menyebabkan mereka ditimpa kejahilan dan keputus-asaan. Mereka merasakan bahawa mereka adalah realistik, walhal mereka sebenarnya sedang berkhayal kerana mereka sesungguhnya tidak dapat merasakan, apa yang dirasai oleh golongan yang sedang berjuang, berupa kemanisan iman dalam menghadapi ujian Allah dan bahawa janji Allah, Khilafah dan kemenangan itu, semakin hari semakin hampir. Wahai mereka yang mempunyai telinga! Dengarlah seruan dari kami, bahawa sesungguhnya tertegaknya Khilafah adalah hakikat yang pasti berlaku dengan izin Allah dan kami ingin mendasarkan hal ini kepada lima fakta berikut:-

Pertama: Janji dari Allah SWT kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa Dia pasti akan memberikan kekuasaan kepada mereka di muka bumi sebagaimana Dia telah memberikannya kepada orang-orang yang sebelum mereka. FirmanNya, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [TMQ An-Nur (24):55].

Kedua: Berita gembira dari Rasulullah SAW akan kembalinya Khilafah Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah selepas pemerintahan diktator/jahat yang kita berada di dalamnya sekarang. Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih yang dikeluarkan oleh Ahmad dari jalan Huzaifah Ibn al-Yaman, “Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada.  Lalu  Dia mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada zaman Khilafah Ala Minhaj Nubuwwah; ia tetap ada atas izin Allah.  Lalu Dia mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada zaman Mulkan Adhan (kerajaan yang menggigit); ia tetap ada atas izin Allah.  Lalu  Dia mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.  Kemudian akan ada Mulkan Jabariyah (pemerintahan diktator); ia tetap ada atas izin Allah. Lalu  Dia mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan kembali zaman Khilafah Ala Minhaj Nubuwwah. Kemudian baginda diam”.

Ketiga: Sesungguhnya umat ini hidup dan bergerak, mereka sedang melakukan usaha untuk mendirikan Khilafah dan semakin hari semakin ramai yang menyokong usaha ini dan dengan izin Allah mereka akan tetap begini sehinggalah janji Allah terealisasi. Selepas itu mereka akan bersama-sama menjaga Khilafah dan memeliharanya. Umat ini akan bersegera mengulangi sejarahnya yang pertama, iaitu tujuan yang Allah telah tetapkan semasa melahirkan mereka, sebagaimana FirmanNya, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” [TMQ Al-Imran(3):110]

Keempat: Ketakutan Barat (musuh Islam) akan tegaknya Khilafah dalam masa terdekat. Telah banyak analisis dan usaha yang berpanjangan dari Barat akan hal ini. Mereka bersungguh-sungguh menghalang kebangkitan umat Islam di seluruh dunia bagi menegakkan Khilafah. Para pemimpin dan politikus Barat sudah tidak dapat menahan diri mereka dari membicarakan tentang tegaknya institusi politik pemersatu umat ini. Bahkan mereka telah pun mengambil pelbagai langkah, bukan sahaja untuk membendung pergerakan umat Islam kepada Khilafah, malah langkah-langkah sekiranya Khilafah berdiri nanti!

Kelima: Wujudnya kelompok yang ikhlas kepada Allah SWT, membenarkan janji Allah dan RasulNya, yang telah lama memulakan perjalanan menuju Khilafah sehinggalah terealisasinya janji Allah dan berita gembira dari RasulNya ini. Mereka tidak takut, demi Allah, akan celaan orang-orang yang mencela, tidak lemah atas halangan-halangan yang melanda dengan izin Allah. Mereka tetap konsisten dengan perjuangannya sehingga tertunainya janji Allah atau sehingga mereka syahid di jalanNya. Mereka membenarkan sabda baginda SAW dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dari jalan Tsauban, bahawa “Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang sentiasa menyatakan kebenaran, orang yang memandang rendah terhadap mereka tidak mampu memudharatkan mereka sehingga datangnya perintah Allah dan mereka tetap dalam keadaan yang demikian itu”.

Sesungguhnya mana-mana satu dari lima perkara ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa usaha untuk mendirikan Khilafah bukanlah khayalan. Lalu bagaimana pula jika kelima-lima perkara tersebut sememangnya berlaku serentak?! Sesungguhnya janji bahawa Khilafah akan tertegak telah dinyatakan di dalam banyak hadis. Justeru, tidak mungkin (dan alangkah beraninya orang yang mengatakan) bahawa janji Rasulullah ini sebuah khayalan!!! Rasulullah SAW pernah menjanjikan bahawa kota Konstantinople akan dibuka dan selepas itu kota Rom akan dibuka. Sesungguhnya kota Konstantinople telah pun dibuka (selepas lebih 800 tahun janji Rasulullah) dan Insya Allah selepas ini akan pasti berlaku di mana kota Rom pula yang akan dibuka. Siapa dan bagaimana kota Rom akan dibuka jika bukan dengan Khilafah Islamiyyah yang akan melancarkan jihad ke sana?

Kepada mereka yang menuduh usaha menegakkan Khilafah sebagai utopia, tuduhlah apa sahaja yang anda mahukan dan bergembiralah dengan tuduhan anda itu kerana mungkin ramai yang mendengarnya. Namun sesungguhnya anda tidak akan memudharatkan Allah sedikitpun dan anda juga tidak akan dapat melenturkan para pejuang Khilafah sedikitpun dan anda tidak akan dapat menghalang tertegaknya Khilafah dengan tuduhan anda itu. Negara Khilafah akan pasti tertegak dengan izin Allah dan anda akan diresapi kehinaan dan kerugian di dunia dan akhirat sekiranya meninggalkan kewajipan agung ini atau memperlekehkannya. Kepada mereka yang telah meninggalkan kewajipan menegakkan Negara Islam dan menggantikannya dengan perjuangan dan istilah lain, sedarlah dan kembalilah kepada jalan yang benar. Sebutlah Negara Islam dengan lisan-lisan kalian dan tegakkanlah Negara Islam (Khilafah), walaupun orang-orang kafir membencinya. Sesungguhnya kita tidak mengharapkan keredhaan dan bantuan orang-orang kafir di dalam perjuangan ini dan tidak boleh bergabung dengan mereka. Sesungguhnya wali (teman/penolong) kita adalah sesama Mukmin dan kepada Allah jualah kita ingin meraih keredhaan. Dengarlah wahai Mukmin yang ikhlas, bahawa kami telah menyampaikan dan memberikan peringatan (melepaskan tanggungjawab kami) terhadap kalian dan seterusnya kami memohon ampun kepada Allah. “Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya” [TMQ Yusuf (12):21].

Isnin, 13 Jun 2011

10 wajib kawen...

…..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pernah kah anda berasa sunyi dihati walaupun dikellilingi ramai orang? hah itu dah ade tanda2 wajib kahwin tu. Jalan jalan ke blog kawan, baca tentang artikal 10 tanda wajib kahwin. Ceh kalau bab kahwin ni memang cepat je klik nak baca. oh tidak. Gatal eh. Mane ade mane ade.
Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..

10 tanda wajib kahwin
1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.
Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.
Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.
3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina
Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.
“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31
Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.
“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.
Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.
ALLAH berfirman:
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21
4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72
5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:
“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.
Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:
“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.
Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14
Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.


7. Jatuh cinta pada seseorang.
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:
“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189
8. Desakan hawa nafsu
Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:
“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.
Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.


9. Beronani.
Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7
“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.
Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.
ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.
Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

Ahad, 12 Jun 2011

Haiwan alam dan manusia


1. The Cone Snail
Bentuknya memang indah seperti tidak berbahaya. Tapi jangan silap kerana dengan racun dari sengatnya (hujung pangkal mulutnya) boleh dipanahkan seperti panah HARPOON, dapat membunuh hanya dalam masa 4 minit.

Betapa hebatnya, tembakan panahnya boleh menembusi baju selam yang tebal. Pada masa haiwan ini mengigit saraf-saraf akan menjadi tidak berfungsi, mangsa akan jatuh dalam keadaan "beku" dimana tak ada otot yang boleh digerakkan. Betapa dashyat nya, racun binatang ini di gunakan oleh CIA untuk senjata pelumpuh.

2. Poison Arrow Frog

Katak ini adalah satu-satunya haiwan yang dikenali boleh membunuh manusia hanya dengan "SENTUHAN" Racunnya bukan terletak di taring atau lidahnya, tetapi di kelenjar kulitnya. Katak ini boleh melompat sejauh 2 meter tingginya dan jika tersentuh maka nantikanlah kesannya.

3. The Lazy Clown


Hidup di hutan Amazon, di selatan Brazil .Anggota binatang serangga "LONOMIA" nama aslinya Taturana Tatarana. Binatang ini sejenis ulat-ulat pohon yang biasa kita lihat.Tetapi yang berbeza dari ulat pohon kebanyakan. Duri-durinya yang berjumlah ratusan tersebut menyimpan racun-racun yang membunuh dan sudah memakan belasan mangsa setiap tahunnya.

Racunnya adalah ANTICOAGULANT paling extreme yang pernah ada. ANTICOAGULANT boleh memecah belah dan menghancurkan susunan sel darah.

4. BEAKED SEA SNAKE

Kalau anda pergi ke kepulauan India dan Asia , pantai-pantai daerah India atau di sekitar Teluk Persia ,jangan hairan jika melihat binatang sejenis ular boleh berada di dalam laut lepas. Nama ilmiahnya Enhydrina Schistosa. 

Racun binatang ini terkenal akan kesannya. Tapi jumlah racun segitu sudah lebih dari cukup untuk membuat anda kehilangan nyawa. Orang-orang Singapura dan Hongkong sering menjadikan ular ini sebagai lauk makan malam.


5. STONE FISH

Binatang ini tidak seperti haiwan lain kebanyakan yang suka bersembunyi, bersiap sedia semasa mangsa mendekati dan menyerangnya. Cukup hanya terdiam tanpa kata dia sudah boleh membunuh mangsanya. Duri-duri yang terletak di hampir semua bahagian binatang ini bagaikan parade jarum racun HYPODERMIC.

Setiap duri cukup untuk membunuh para penyelam dalam hitungan beberapa minit. Tetapi yang mengerikan bukanlah kematiannya melainkan saat-sat menjelang kematian. Racun dari Ikan ini sangat berbisa hingga lebih baik menyerang bahagian tubuh yang terkena racun tersebut daripada hidup sesaat pun dengan racun itu.


6. BOX "COFFIN" JELLYFISH

Chironex fleckeri adalah ubur-ubur berukuran kecil. Besarnya hanya 16 inci. Binatang unik yang mempunyai 24 pasang mata dan tentaclenya yang membawa ribuan dosis nematocysts. Jarum-jarum Microscopisnya terangsang tidak hanya oleh keinginan "si empunya" tetapi juga oleh sentuhan lembut di kulit binatang ini. Elokah binatang ini dan anda akan merasakan racun Syaraf (NEUROTOXIN) paling kuat yang pernah ada.

Sengatannya disebut juga "THE SEA WASP" yang di deskripsikan oleh ahli sebagai siksaan yang mengerikan. Ratusan bahkan Ribuan sengatan akan dirasakan oleh korbannya. Hingga boleh menimbulkan efek SHOCK yang mengerikan dan merobek kulit-kulitnya.

Bayangkan ditusuk dengan ribuan jarum suntik yang berukuran kecil dan tipis dalam sekali waktu, kurang lebih itulah rasanya. Hal yang mengerikan tentang binatang iniadalah Racun dan sengatnya bisa membunuhmu bukan lagi dalam hitungan minit atau saat, tetapi murni dengan hitungan REFLEK.

Fakta tentang Ubur-ubur ini:
  • Tentacle beracunnya boleh disimpan untuk waktu yang cukup lama. bahkan tentacle yang dikeringkan boleh di aktifkan bila terkena air.
  • BoX Jellyfish sebenarnya bukan ubur-ubur, tetapi Cubozoans (binatang yang berbentuk kubus)
  • Boleh membesar sehingga seukuran kepala manusia dewasa dan tentacle nya boleh membesar sehingga 3 meter panjangnya.