Jumaat, 17 Jun 2011

Signboard Tumbang

Gambar-gambar ini telah diterima dari dari e-mail, kejadian dilaporkan berlaku pada 26 Mei 2011 yang lalu di jalan yang menuju ke KLIA menghala KL..





Rakyat memang didahulukan dalam hal ini.. kerana kereta Rakyat yang ditimpa Signboard itu..








Kawen

asriahnabil6 by agmnhob Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin
 aapabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan..
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?.
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang..
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21).
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim)..
6. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153) 
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah..
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6) 
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah..
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7) 
Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita. 
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40).
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214) 
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Khamis, 16 Jun 2011

Senarai laman sesawang kerajaan yang telah di godam


 Picture Credit : Senarai websites
  • Laman sesawang yang telah di hack oleh Anonymous Hackers
Picture Credit : Hacked!
  • Laman sesawang yang telah di hack oleh Dragon Force Malaysia
Picture Credit : Dragon Force Malaysia

Selasa, 14 Jun 2011

10 haiwan termahal



1. Anak Singa Putih (White Lion Cubs)
Harga : $138,000

Inilah binatang yang paling mahal. Singa putih yang aneh kerana genatiknya yang berlainan tetapi tidak termasuk dalam binatang albino. Warna matanya hampir sama dengan singa biasa, hanya lapisan pigmen dan kulitnya yang berbeza.

Memandangkan harganya yang mahal, permintaan yang tinggi, perawatan, dan keunikannya, singa putih ini termasuk sebagai salah satu jenis binatang di dunia yang paling sukar ditemui.
2. Chimpanzee
Harga : $60,000-$65,000

Cimpanze adalah binatang yang sangat pintar dan paling hampir menyerupai manusia. Beratnya kira-kira 52 kg, jenis jantannya lebih besar berbanding betina.

Habitat asalnya di Afrika Tengah dan Afrika Barat. Walaupun terancam pupus, binatang ini masih terdapat di beberapa negara tertentu.
3. Lavender Albino Python (Betina)
Harga : $20,000

Ular bermata merah ini berwarna lavender di sebalik tompok-tompok kuningnya yang mengkagumkan. Dipunyai oleh Bob Clark. Keanehannya menjadikan permintaan ular ini sangat tinggi.
4. Reticulated Albino Type II Tiger Python
Harga : $15,000

Bob Clark juga mempunyai spesies ular lain yang aneh. Ular ini dijual $15,000 per ekor. Sangat aneh. Dominasi tompok harimaunya yang membuat python ini sangat popular dalam dunia ular.

5. Hyacinth Macaw
Harga : $6,500-12,000

Semua jenis burung Macaws sangat mahal. Hyacinth Macaw menampilkan warna menarik yang begitu mengkagumkan. Biasanya dijual $20,000 sepasang.

Secara fizikalnya, burung-burung ini panjangnya kira-kira 1 meter dan mempunyai warna biru terang. Sayapnya mengembang sehingga 1,2 meter.
6. Striped Ball Python
Harga : $10,000

Master Python Breeder, Bob Clark menyatakan bahawa binatang ini mempunyai phyton bola-bergaris yang sangat eksklusif ini. Garis utamanya yang membuat binatang ini sangat unik.

Lebih jelas lagi, bola-bergaris ini menampilkan garis jalur warna kuning dengan tepi warna hitam. Sungguh, membezakannya dari ular-ular lain.

7. Monyet Debrazzas
Harga : $10,000

Monyet ini mudah dikenali melalui janggut putihnya yang khas dan bulu jambulnya yang kekuningan. Umurnya mencapai 22 tahun. Harganya yang mahal bagi sebahagian orang.

Banyak orang kecewa ketika bayi ,binatang ini jinak dan lembut tetapi berubah menjadi ganas dan tak terkawal ketika dewasa.
8. Mona Guenon
Harga : $6,000

Habitat asalnya di dalam hutan tropika Afrika Barat, meskipun binatang ini boleh menyesuaikan diri dengan keadaan hutan apapun.

Oleh karena itu, disamping keizinan dan lesen khusus untuk memilikinya, binatang ini tidak termasuk dalam kategori binatang terancam pupus.
9. Kucing Sabana
Harga : $4,000-$10,000

Dibiakkan dengan proses yang hampir sama dengan kucing Bengali, kucing Sabana adalah hasil campuran antara kucing liar (serval) Afrika dengan kucing rumah. Kucing Sabana lebih sukar dibiakkan.

Memandangkan kucing serval Afrika beratnya 18 kg, liar, dan dilepaskan bersama dengan kucing rumah yang lebih kecil adalah problem tersendiri. Masa hamil binatang ini pun berbeza. Inilah yang menyebabkan kucing Sabana lebih aneh dan mahal.
10. Chinese Crested Hairless Puppies
Harga : $4,000-$5,000

Anjing ini beratnya 2 sehingga 5.5 kg. Anjing ini sangat bersemangat dan boleh berkawan. Termasuk yang paling aneh, anjing ini mudah terkesan sinar matahari. Asalnya dari Afrika. 

Hidupnya berkisar antara 10 sehingga 12 tahun. Dan diberitakan sepanjang hidup, anjing ini boleh digunakan sebagai kawan yang sangat menyenangkan.

10 tercela

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. Nabi juga pernah marah, Ikutlah cara nabi, biarlah kemarahan itu kerana tidak redha dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syara’. Sifat marah itu amat penting untuk membetulkan perkara yang tidak betul… bukan marah akibat ditegur kerana melakukan perkara yang tidak betul.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Demikianlah sepuluh sifat tercela yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam bukunya Penawar Bagi Hati. Kebanyakan sifat-sifat ini merupakan perbuatan yang terklasifikasi sebagai ‘syirik khafi’ iaitu perkara syirik yang tersembunyi. Sesungguhnya perbuatan syirik boleh menyebabkan terbatalnya iman.. na’udhubillahi min dhalik..
والله اعلم