Jumaat, 8 Julai 2011

Hati

Kau mesti mulakan langkah bermujahadah ini sekali lagi.Berbekalkan kata pujangga,kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali tidak ada istilah PUTUS ASA dalam mengharapkan keredhaan ALLAH.Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur,tetapi itu bukan alasan untuk berhenti.BERHENTI ERTINYA MATI.Mati hati dalam mengharapkan cahaya illahi.Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.       
       Ya,kau perlu mulakan sekali lagi.Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu.SELALU.Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpha,jangan sekali-kali putus asa.Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara.ALLAH tidak akan menutup pintu keampunannya...kunci pintu itu adalah harapan.SELAGI ADA HARAPAN,SELAGI ITULAH ADA PERJUANGAN.Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan.Begitulah jua dalam peperangan hawa nafsu ini.
          Tidak ada jalan lain wahai diri,kecuali bangun dan terus bermujahadah.Hati itu boleh berkarat,pencucinya adalah Al-Quran dan ingatkan mati.Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan.Jua teringat pesanan Imam Ghazali; CARILAH HATIMU DI TIGA TEMPAT;Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran,tetapi jika tidak kau temui juga,kau cari hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.Jika kau tidak temui juga,maka berdoalah kepada ALLAH,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!..........semak-semak dalam kehidupan harianmu.Bagaimana awal pagimu...Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur?Telahkah kau ucapkan,segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepadaNyalah kami akan kembali?Kemudian mintalah berlindung darida sifat malas,takut,bakhil, dan penguasaan orang lain terhadapmu.SENYUM.Dan teruskan bersuci dan berwudu.Basuh wajahmu,fikiranmu,pendengaranmu dan penglihatanmu daridapa cela dosa dan PRASANGKA.kEmudian dirikan solat subuh,pinta hidayah,kekuatan,kesihatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.     
          Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh kerenah-kerenah manusia atau mainan rasa.Tetapi capai segera AL QURAN dan bacalah.BACALAH,itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.Jiwa yang tidak membaca AL QURAN umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri.Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya,tidak berguna..........Begitulah jiwa yang mati,betapa segak,cantik,bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran,tanpa AL QURAN tidak berguna.Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh.Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya.ingat wahai diri,sebaik-baik perlindungan adalah takwa.Sebaik-baik perlindungan adalah AL QURAN      
          Ingatlah wahai orang bermujahadah......tidak mengapa engkau tidak sampai di hujung jalan,cukup sekadar kau telah menenpuh jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya berada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.......Genggam al-quran,ingat mati dan berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tapi indah!(*_*)*biarpun setiap kali ia tergelincir daripada taubatnya,Allah akan tetap menerima selagi ia berusaha untuk kembali~

lelaki soleh

Sujud Syukur by zxara 1 Lelaki Yang Soleh
Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?

Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.
Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.
Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).

Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:
  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan  sumpah palsu.
  • Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.
Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri  suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh.  Namun percayalah,  lambat laun akan bermasalah jua.
Keluarga Bahagia by cyrusdavirus1 Lelaki Yang Soleh

  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.

  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.

  • Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.

Rasulullah bersabda“ Sesempurna-sempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi  pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh icon smile Lelaki Yang Soleh


Sumber: Lelaki Yang Soleh | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-yang-soleh/#ixzz1RVinorl7

Rabu, 6 Julai 2011

Cerdik

Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: “Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama”.
Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia.
Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya.
Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai. 
Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?
Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:
شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ
Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.
Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.
Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.
Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.
Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.
Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.
Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung.
Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional. 
Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.
Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya???
Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?
Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.
Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?
Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?
MASALAH SERATUS PERATUS
Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”.
Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”.
Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.
Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.
Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.
Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?
Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.
Contoh 1:
Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?
Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.
Contoh 2:
Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.
Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.
Contoh 3:
Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.
Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.
Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda.
Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:
“Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”.
Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…
 “Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali.  Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”.
Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.
 AKHIRNYA…
Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.
Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:
قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا".
Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah.
Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”.
Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer.
Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka……

istidraj


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah S.W.T kepada seseorang tetapi dengan tujuan Allah S.W.T ingin membinasakannya.
Istidraj adalah keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang mendapat keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah membinasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa. Bukan sahaja merekalupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah S.W.T menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah S.W.T membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.
Istidraj boleh dibahagikan kepada 4 bahagian.
 01. Istidraj belaku kepada seseorang yang menuntut ilmu hitam (sihir/ kedukunan/ ilmu batin/ ilmu sesat dan sebagainya).
Biasanya seseorang yang menuntut ilmu hitam adalah menggunakan khidmat jin kafir. Dia berpuasa untuk beberapa hari dengan tidak memakan daging haiwan bernyawa, menyediakan beberapa sajin (untuk makanan jin), bertapa (dengan meninggalkan solat fardu) dan ada jampi mentera (memuji dan memuja jin-jin) hingga menjadikan seseorang memiliki kelebihan luar biasa seperti kebal, pijak bara api kaki tidak terbakar, boleh ghaib, boleh mengeluarkan bola api dan sebagainya. Contoh sami hindu dalam perayaan Thaipusam, sami budha yang bertapa dikuil-kuil dan di dalam ilmu-ilmu kebatinan yang sesat.
Kelebihan itu semuanya hanyalah hayalan dan dia telah dikuasai oleh jin dan syaitan untuk mengelirukan manusia. Amalan tersebut adalah kurafat dan boleh mendatangkan syirik. Kelebihan ini adalah istidraj dan Allah S.W.T akan menimpakan bala kepadanya disebabkan dia beramal dengan amalan-amalan syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. (Surah Al-A'raaf : ayat 182)
02.Istidraj berlaku kepada pemimpin.
Para pemimpin yang berkuasa dan menzalimi rakyat. Tidak mahu menjalankan hukum-hukum Allah S.W.T dan menghidupkan undang-undang ciptaan manusia, menyekat kebebasan bersuara dan melakukan penipuan, rasuah, merampas hak-hak rakyat maka kekuasaan seperti ini adalah istidraj. Sebab apa dipanggil istidraj kerana walaupun melakukan kezaliman dan penyelewengan pemimpin seperti ini tetap mendapat sokongan, kuasa dan pengaruh dan tidak mudah untuk menggugat kedudukan kekuasaannya.
Perlu diingat bahawa  firaun adalah contoh pemimpin dunia  yang diberikan istidraj oleh Allah S.W.T, akhirnya Allah S.W.T rentap kekuasaannya dan menenggelamkan dia dan bala tenteranya diLaut Merah kerana kezalimannya sudah melampaui batas .
Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah: 'Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Surah Ali-Imran:ayat 26).
Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya. Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa,  namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu. Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat daripada kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala 'kemanisan' itu mungkin sekadar istidraj daripada Allah S.W.T untuk menyempurnakan kezaliman mereka. Agar bila sampai masa Allah S.W.T menghukum dan mengazab mereka, tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.
03.Istidraj berlaku kepada harta dan kekayaan.
Apabila seseorang ahli maksiat, suka minum arak, berzina, menipu, mengambil riba dan meninggalkan solat dan puasa tetapi diberikan oleh Allah S.W.T kemewahan, kekayaan, perniagaan maju dan tiada kerugiaan. Anak-anak berjaya dalam kerjaya masing-masing, rumah banglow, kereta mewah, media masa menyanjungnya sebenarnya ini semuanya adalah istidraj dari segi harta dan kekayaan. Apabila sampai masanya nanti akan datang musibah dan bala dan dalam sekelip mata harta yang dia miliki, perniagaan yang dianggap tak akan rugi dan rakan-rakan sekeliling yang memujinya semuanya akan hilang tanpa diduga. Baru dia sedar bahawa sifat manusia ini adalah lemah dan apa yang dimiliki bukan hak mutlaknya dan pemilik sebenar harta dan kekayaan adalah Allah S.W.T.
Al-Quran menceritakan istidraj berlaku kepada harta dan kekayaan yang paling besar adalah berlaku kepada Qarun. Qarun memiliki gedung-gedung menyimpan harta kekayaannya, anak kuncinya saja dipikul oleh 70 orang yang kuat dan gagah. Bayangkanlah jumlah hartanya bukan billion tetapi mungkin ribuan trillion (RM). Tetapi akhirnya Qarun pergi kemana? Dia dan hartanya ditelan bumi kerana enggan bayar zakat dan cuba memfitnah Nabi Musa A.S.
Perlu diingat orang-orang kaya dan ahli perniagaan yang suka membuat fitnah (sebarkan vedio lucah) mungkin mereka dan harta mereka akan mendapat nasib yang sama seperti Qarun, caranya Allah S.W.T sahaja Maha Mengetahui, yang pasti bala daripada Allah S.W.T akan mereka terima samaada cepat atau lambat.
Daripada Nabi SallaLlahu 'Alayhi Wa sallam bersabda, "Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj".
Lalu Rasulullah SallaLlahu 'Alayhi Wa sallam membaca (surah al-An'aam ayat 44): Maksudnya: "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)."(Hadis riwayat Ahmad)
04.Istidraj berlaku daripada kemajuan sains dan teknologi ciptaan manusia.
Islam menggalakan umatnya mempelajari ilmu sains dan teknologi untuk kemaslahatan manusia sendiri. Tetapi ramai mausia telah menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk memuaskan hawa nafsunya. Ada dikalangan manusia mempelajarinya dan menggunakannya untuk mendatangkan kerosakakn dimuka bumi. Mencipta bom atom dan nuklear untuk membunuh jiwa manusia yang tidak berdosa. Mencipta berbagai-bagai penyakit dan disebarkan kepada manusia lain dan mencari keuntungan dengan menjual ubat-ubat dan penawar ke atas penyakit yang diciptakannya.
Contoh Jepun adalah negara maju yang mampu mencipta alat pengesan sunami dan mempunyai simpanan senjata nuklear. Tetapi apabila berlaku sunami baru-baru ini alat yang paling cangih yang mereka miliki tidak dapat mengesan tentra Allah S.W.T berupa angit ribut, taufan dan ombak besar hinggakan mengalami bencana besar dan kematian yang tinggi dan berlaku kebocoran di rektor nuklearnya. Ini adalah tanda awal kemurkaan Allah S.W.T dan peringatan kepada warga Jepun dan manusia seluruh dunia bahawa kemajuan sains dan teknologi akan menjadi istidraj jika manusia tidak mahu kembali mentauhidkan Allah S.W.T. Allah SWT akan membinasakan manusia yang engkar melalui kemajuan sains dan teknologi yang mereka cipta sendiri
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita insaf dan sedar dan bermuhasabah diri adakah istidraj juga berlaku keatas diri kita? Tanda istidraj adalah apabila kita memiliki harta kita tidak mahu membayar zakat, tidak suka bersedekah dan banyak dihabiskan harta dalam perkara yang sia-sia, dan banyak masa berhibur. Kita ada masa tetapi tidak suka berjihad, berdakwah dan jalankan kerja-kerja amar makruf nahi mugkar dan tidak suka menuntut ilmu. Oleh itu pastikan segala amalan dan aktiviti harian kita menjurus kepada keredaan Allah S.W.T dan mendapat kasih sayang-Nya.

Biodata Penulis

Abu Basyer Berkongsi pengalaman dan pengetahuan di dalam penulisan blog, bekalan untuk para pendakwah. Link blog beliau adalah Cemerlang.