Ahad, 10 Julai 2011

1000x

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. 
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat  yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?” 
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk) 
“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya  lebih muda berbanding  murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?” 
Ternyata anak kecil itu  menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang. 
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?” 
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan  membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur. 
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah  hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang  ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”. 
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.  Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.” 
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”


Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. 
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang  yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain. 
Ibu si anak cerdas ini,  dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita. 
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).
Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah   ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.
Dalam keadaan kehamilannya yang berat,  ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.


Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan

tersepit

ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.


Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bus.

Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.
The best part… begitu bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit.
Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian…

Sabtu, 9 Julai 2011

SPR

spr tipu Bukti SPR Tipu Dan Juga Mengapa Demonstrasi Bersih 2.0 Adalah Perlu!Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), memang tidak pernah mengambil iktibar.Adakah mereka tidak tahu bahawa rakyat Malaysia sekarang  bukan dungu?
SPR banyak kali menafikan tuntutan Bersih 2.0 dengan mengatakan bahawa tidak wujud pengundi berdaftar lebih dari satu dan sentiasa mengatakan mereka telus.Ternyata cakap-cakap mereka itu adalah cakap-cakap kosong sahaja.Memang sudah menjadi kelaziman SPR memang suka menipu rakyat.
spr bersih Bukti SPR Tipu Dan Juga Mengapa Demonstrasi Bersih 2.0 Adalah Perlu!
spr bersih 2.0 Bukti SPR Tipu Dan Juga Mengapa Demonstrasi Bersih 2.0 Adalah Perlu!
Hasil semakan di website rasmi SPR telah menunjukkan seorang pengundi berdaftar bernama MOHD ISA BIN MAT RANIB ini, memegang kad pengenalan lama bernombor 4786412 namun memiliki dua kad pengenalan baru bernombor 530618106367 dan 330618105173. Beliau juga dilihat memiliki alamat tempat tinggal yang berbeza.
Jelas sekali ini membuktikan bahawa beliau boleh mengundi sebanyak dua kali di dalam pilihanraya. Kerana itulah tuntutan BERSIH 2.0 ketiga menuntut SPR “menggunakan dakwat kekal pada jari setiap pengundi yang sudah mengundi” bagi mengelakkan pengundi-pengundi seperti ini mengundi lebih dari sekali.
Kejadian seperti ini bukan baru dalam SPR.Memang sudah lama.SPR perlukan reformasi bagi mewujudkan demokrasi yang lebih baik.dan sebab itulah ada sebilangan rakyat yang ingin berada dalam demonstrasi aman Bersih 2.0 ini.
Apa pendapat anda mengenai isu ini?Anda boleh mengesahkan perkara ini dengan membuat sendiri semakan ke Laman Web SPR.

Jerarld


Jerald F. Dirks

Jerald F. Dirks , ialah seorang paderi yang pernah dinamakan sebagai Ketua Dewan Gereja Metodis. Kini pemegang Bachelor of Arts (BA) dan Master of Divinity (M Div) dari Universiti Harvard. Beliau juga berkelulusan Master of Arts (MA) dan Doctor of Psychology (Psy D) dari Universti Denver, Amerika Syarikat. Kini beliau menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.


Dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat beragama Kristian Metodis, membuatkan Jerald terbiasa dengan bunyi dentingan lonceng yang mengalun dari sebuah bangunan Gereja Kristian Metodis yang jaraknya hanya dua blok dari rumahnya. Bunyi lonceng yang bergema setiap pagi minggu ini menjadi tanda bagi seluruh anggota keluarganya agar segera menghadiri upacara keagamaan yang diadakan di gereja.

Tidak hanya dalam upacara ibadah sahaja, mereka juga terlibat aktif di dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh pihak Gereja. Jadi tidak menghairankan Jerald mengikut serta dalam kegiatan yang diadakan oleh pihak gereja sejak dari beliau kecil lagi. Beliau mengikuti pelajaran khusus selama dua minggu yang diadakan oleh pihak gereja setiap bulan Jun. Para peserta mendapat pengajaran mengenai Bible selama mengikuti pelajaran khusus ini.

''Saya mengikuti pelajaran khusus ini sehingga memasuki tahun kelapan, selain upacara keagamaan setiap pagi ahad dan belajar agama setiap hujung minggu,'' kata muallaf kelahiran Kansas pada tahun 1950 ini. Diantara pelajar yang belajar pengajian ini, Jerald adalah pelajar yang paling menonjol. Tidak pernah sekalipun dia tidak hadir ke kelas. Dan dalam menghafal ayat-ayat Bible, beliau sering mendapatkan penghargaan.

Tempat kelahiran Jerald, Kansas


Penglibatan Jerald dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh komuniti Gereja Metodis terus berlaku sehingga beliau memasuki Sekolah Menengah. Diantaranya beliau terlibat secara aktif di dalam organisasi pemuda Kristian Metodis. Beliau juga kerap memberi khutbah dalam upacara keagamaan setiap hujung minggu yang khusus diadakan untuk anak muda seusianya.

Khutbah yang beliau sampaikan telah menarik minat komuniti Kristian Metodis di tempat lain. Ramai gereja yang menjemput beliau untuk memberikan khutbah di gereja. Sejak itu, Jerald bercita-cita untuk menjadi seorang paderi.

Ketika melanjutkan pengajian di Universiti Harvard, Jerald tidak mensia-siakan kesempatan demi menjayakan cita-citanya itu. Beliau memasuki kelas perbandingan agama yang diajar oleh Wilfred Cantwell Smith untuk dua semester. Di dalam kelas perbandingan agama ini, Jerald mengambil bidang khusus dalam mempelajari dan mengkaji agama Islam.

Wilfred Cantwell Smith


Sebenarnya Jerald lebih tertarik untuk mempelajari agama Budha dan Hindu. Dibandingkan dengan Islam, menurut beliau, agama Kristian dan Islam ini tidak ada persamaan sama sekali.

Tetapi untuk memenuhi tuntutan piawaian kelulusan akademik, Jerald diwajibkan untuk membuat kajian mengenai konsep wahyu di dalam Al-Quran. Beliau mula membaca pelbagai buku dan sumber-sumber mengenai Islam, yang sebahagian besar pembacaanya ditulis oleh penulis bukan Islam. Beliau juga membaca dua Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dalam dua versi yang berbeza.

Pihak Harvard memberikan penghargaan Hollis Scholar kepada Jerald di atas kajiannya. Sebuah penghargaan tertinggi untuk para mahasiswa jurusan Teologi Universiti Harvard.

Untuk mencapai cita-citanya, Jerald rela mengisi musim cutinya dengan bekerja sebagai seorang paderi muda di sebuah Gereja Metodis terbesar di negara Uncle Sam tersebut. Pada waktu itulah beliau berjaya mendapat pengiktirafan dari pihak Gereja Metodis Amerika untuk menjadi seorang pengkhutbah .

Setelah lulus dari Harvard College pada tahun 1971, Jerald terus menyambung pelajarannya di Harvard Divinity School. Beliau mengambil jurusan teologi dan dibiayai oleh Gereja Metodis Amerika. Selama beliau disana dalam mempelajari bidang teologi, Jerald juga mengikuti program perintis di Hospital Peter Bent Brigham di Boston.

Harvard Divinity School


Beliau menamatkan pengajiannya di Harvard Divinity Schoolpada tahun 1974 dan memperoleh gelaran Master di bidang teologi. Selepas mendapat gelaran master teologi, beliau sempat menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi paderi di dua buah Gereja Metodis Amerika yang terletak di pinggir Kansas.
Aktivitinya sebagai seorang paderi tidak hanya terbatas di dalam gereja saja. Beliau mula bergerak ke skop yang lebih luas di dalam usaha dakwahnya, seperti sekolah, pejabat, dan lain-lain.

Meninggalkan Aktiviti Gereja

Pelbagai usaha dakwah yang dilakukannya tidak memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan masyarakat di sekelilingnya. Beliau menyaksikan bagaimana turunnya moral masyarakat di Amerika di tengah-tengah kehidupann beragama. Bahkan keadaan sama juga terjadi di dalam lingkungan gereja.

''Dua dari sepuluh pasangan di Amerika selalu berakhir dengan perceraian, masalah sosial di sekolah dan di jalanan semakin meningkat, tidak ada lagi rasa tanggungjawab dan disiplin di kalangan anak muda. Malah yang lebih mengejutkan ada diantara paderi Kristian yang terlibat di dalam skandal seks dan kewangan. Masyarakat Amerika sedang menuju kepada kehancuran moral,'' paparnya.

Melihat kenyataan ini, Jerald mengambil keputusan untuk menyendiri dan tidak lagi menjalankan aktivitinya memberikan khutbah kepada para jemaah. Beliau mula beralih untuk terlibat aktif di dalam kajian yang dilakukan oleh isterinya. Kajian mengenai sejarah kuda Arab ini membuatkan beliau dan isterinya mempunyai banyak hubungan dengan warga Amerika berketurunan Muslim Arab. Salah satunya adalah dengan Jamal.

Babak Pergaulan Dengan Arab Muslim

Pertemuan Jerald dengan lelaki Arab-Amerika ini berlaku pada musim panas pada tahun 1991. Pada awalnya sekadar berhubung melalui panggilan telepon, kemudian berterusan sehinggakan Jamal berkunjung ke rumah Jerald. Pada kunjungan kali pertama ini, Jamal menterjemahkan beberapa sumber dari bahasa Arab ke Inggeris. Jerald dan isterinya amat berterima kasih di atas pertolongan Jamal.

Ketika waktu solat asar tiba, Jamal meminta izin untuk menggunakan tandas dan meminjam surat khabar untuk digunakan sebagai alas solat. Apa yang diminta oleh Jamal itu diambilkan oleh Jerald. Ini pertama kalinya beliau melihat gerakan solat di dalam agama Islam.

Jamal dan isterinya berkunjung ke rumah mereka seminggu sekali. Jerald sebenarnya terkejut dengan keikhlasan Jamal dan isterinya untuk membantu beliau.


''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.

Dari perkenalannya dengan Jamal dan keluarganya, Jerald mendapat banyak pengetahuan baru. Jamal telah menunjukkan kepadanya disiplin melalui solat yang dilaksanakannya. Selain pelajaran moral dan etika yang diperlihatkan oleh Jamal dalam urusan perniagaan dan sosialnya serta cara Jamal berkomunikasi dengan kedua anaknya. ''Begitu juga apa yang dilakukan oleh isterinya telah menjadi contoh bagi isteriku.'' tambah Jerald.

Dari Jamal, beliau dapat mengetahui tentang sejarah Arab dan peradaban Islam, kisah-kisah dan perilaku Nabi Muhammad, serta ayat-ayat Al-Quran dan makna yang terkandung di dalamnya. Setidaknya Jerald meluangkan lebih kurang 30 minit setiap kali Jmal datang ke rumahnya untuk berbincang mengenai Islam. Dari situ Jerald mengakui dirinya mulai mengenali apa itu Islam.

Contoh yang baik membuatkan ramai tertarik dengan islam


Melalui Jamal, Jerald sekeluarga diperkenalkan kepada keluarga Arab lainnya. Diantaranya keluarga Wael dan keluarga Khalid. Jerald sentiasa berinteraksi dengan komuniti Arab Amerika ini. Dari interaksi tersebut, Jerald mendapat pengetahuan tentang ajaran Islam yang selama ini tidak diketahuinya semasa berinteraksi dengan komuniti masyarakat Kristian. Di dalam komoniti islam, Jerald dapat merasakan persaudaraan dan toleransi yang wujud di dalamnya.

Pada Disember 1992, Jerald menyoal dirinya sendiri, ''Aku adalah seorang penganut Kristian, tetapi kenapa Aku bergaul dan berinteraksi dengan komuniti masyarakat Muslim Arab?.'' Sebuah komuniti masyarakat yang menurutnya menyanjung tinggi nilai-nilai moral dan etika, serta menunjukkan sikap saling menghargai pasangan hidup masing-masing, anggota keluarga mahupun sesama masyarakat sekitarnya. Keadaan ini hampir tidak wujud di dalam masyarakat Amerika.

Kejadian Yang Tak Diduga

Untuk menjawab keraguannya itu, Jerald memutuskan untuk mempelajari lebih mendalam tentang ajaran Islam melalui kitab suci Al-Quran. Dalam perjalanannya mempelajari Al-Quran, Jerald menjumpai nilai-nilai yang sesuai dengan kata hati kecilnya yang selama ini tidak pernah dijumpainya di dalam ajaran Kristian yang dianutinya.

Walaupun demikian, perkara tersebut tidaklah membuatnya untuk terus memeluk Islam. Beliau merasa belum bersedia untuk meninggalakan identitinya sebagai seorang Kristian selama hampir 43 tahun lamanya dan bertukar kepada identiti baru sebagai seorang muslim.

Walaupun begitu, beliau memutuskan untuk berkunjung ke Timur Tengah bersama isterinya pada awal tahun 1993. Ditakdirkan, ketika jerald berseorangan menikmati makanan di sebuah restoran, Jerald melihat pemilik restoran, Mahmoud sedang membaca Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Tanpa berkata-kata, Mahmoud melontarkan senyum ke arah Jerald.

Selepas itu berlakulah kejadian yang tidak diduga olehnya. Isteri Mahmoud, Iman, iaitu seorang Muslim Amerika, datang ke arah mejanya sambil membawa makanan yang telah dipesan. Iman memberitahu kepada Jerald bahawa buku yang dibaca oleh suaminya adalah Al-Quran. Tidak berhenti itu, Iman juga bertanya adakah Jerald seorang muslim sama seperti dirinya. Pertanyaan tersebut di jawab dengan satu perkatan: Tidak.

Namun ketika Iman menghampiri mejanya untuk memberikan bil, tanpa disadari Jerald meminta maaf atas sikapnya tadi, beliau berkata: ''Saya takut untuk menjawab pertanyaan anda tadi. Namun jika anda bertanya kepada saya adakah saya percayakan Tuhan itu hanya satu, maka jawapan saya adalah ya. Jika anda bertanya adakah saya percaya bahawa Muhammad adalah salah satu utusan Tuhan, maka jawapan saya tetap sama, ya.'' Mendengar jawapan tersebut, Iman hanya berkata: ''Tidak apa, mungkin ia memakan masa yang lama untuk mebina kepercayaan yang benar-benar kuat.''

Ikut Berpuasa Dan Solat

Ketika memasuki minggu kelima pengembaraannya di Timur Tengah iaitu pada bulan Ramadhan yang jatuh pada bulan Mac tahun 1993, untuk kali pertamanya Jerald dan isterinya berpuasa untuk menghormati masyarakat di sekitarnya. Pada bulan Ramadhan itu juga, Jerald mula terikut-ikut melaksanakan solat lima waktu bersama-sama dengan temannya yang Muslim dan kenalan barunya yang berasal dari Timur Tengah.

Kunjungan ke Amman memberikan sejuta makna kepada Jerald


Ketika berakhirnya pengembaraan beliau menjelajah kawasan Timur Tengah, hidayah akhirnya datang. Peristiwa penting di dalam hidup Jerald ini berlaku ketika beliau diajak oleh seorang rakannya untuk mengunjungi Amman, ibukota Jordan.

Ketika Jerald sedang melintas jalan di pusat bandar Amman, tiba-tiba seseorag lelaki tua datang menghampirinya dan mengucapkan, Salam Alaikum dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman, serta melontarkan pertanyaan adakah Jerald seorang Muslim?. Sapaan salam dalam ajaran Islam itu membuatnya kaku. Jerald juga tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada orang tua tersebut bahawa dirinya bukanlah seorang Muslim. Lebih-lebih lagi rakan yang bersamanya juga tidak pandai berbahasa Arab.

Mengikrarkan Keislaman

Ketika itu Jerald merasa dirinya berada di tengah laluan yang sukar untuk diungkapkan. Beliau hanya mempunyai dua pilihan, iaitu berkata N'am yang bermaksud ya atau berkata La yang bermaksud tidak. Hanya Jerald yang mampu menentukan pilihan tersebut, sekarang atau tidak sama sekali.

Setelah berfikir agak lama dan memohon petunjuk dari Allah, Jerald menjawab dengan perkataan N'am. Sejak peristiwa tersebut, Jerald rasmi menyatakan dirinya telah memeluk Islam. Hidayah tersebut juga datang kepada isterinya.

Selepas kepulangannya ke Amerika, salah seorang saudaranya yang juga merupakan seorang paderi telah memberitahu jerald yang beliau begitu tertarik terhadap ajaran Islam. Dihadapan Jerald, saudaranyanya berhenti menjadi paderi Metodis dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Kini hari-hari Jerald dihabiskan di dalam bidang penulisan dan menjelajah keserata dunia untuk memberikan ceramah tentang Islam dan hubungan antara Islam dan Kristian. Beliau juga kerap diundang di dalam program Islam di kaca-kaca televisyen.

Salah satu hasil karyanya yang menjadi best seller adalah "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam".

Dr. Dirks is a former minister (deacon) of the United Methodist Church and revert to Islam.

He holds a Master's degree in Divinity from Harvard University and a Doctorate in Psychology from the University of Denver.

Author of "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam" (2001), and "Abraham: The Friend of God" (2002).

He has published over 60 articles in the field of clinical psychology, and over 150 articles on Arabian horses.


Sumber : Jerarld F. Dirks, Bekas Paderi Yang Menemui Keindahan Di Dalam Islam"
 

Lancang Kuning

 
 Kuning warna diraja, zaman dulu-dulu rakyat biasa dilarang pakai pakaian warna kuning


 
Pulut kuning makanan tradisi orang Melayu, nama pun pulut kuning macam mana nak ubah jadi pulut biru pekat

 
Nasi kuning masakan enak orang Melayu, dah nasi kuning mana boleh tukar jadi nasi merah perkasa

 
Ros kuning adalah ciptaan Allah, ada ka yang rasa hebat boleh tukar jadi Ros biru ?
Bunga Matahari banyak Malaysia, ini ciptaan Allah warnanya kuning bukan warna merah patriot

 
Rumah Kuning adalah rumah sukan di sekolah, selain merah, biru dan hijau. Tak kan kerana tak boleh warna kuning nak tukar jadi rumah hitam . Cikgu mana yang setuju ?

 
Kuning telur memang la kuning , mana ada kuning telur boleh tukar jadi merah telur. Telur tiruan pun dalamnya kuning bukan merah perkasa

Gulai kuning masak lemak ni memang sedap, boleh kah tukar jadi gulai biru masak lemak?

 

Yellow pages di mana-mana dalam dunia warna kuning, tak tahu lah kalau ada yang nak tukar kat Malaysia warna merah perkasa

 
Lampu isyarat warna kuning tandanya bersedia, lepas ni mungkin tukar jadi biru pekat tanda bersedia.

Pisang dah masak warna kuning la, tak kan nak biar pisang tu muda sentiasa. Pisang muda warna hijau, pun tak boleh juga. Agak - agak lepas ni , mereka yang tak suka warna kuning tukar pisang masak dari kuning jadi merah perkasa


 
Toy Rubber Duck ni dah dikenali anak-anak kecil, mak ayah beli kat anak sebab lembut sesuai untuk bayi . Kalau tukar warnanya jadi biru pekat, agak-agak anak-anak kecil ni nak main lagi ka dengan toy ni?

 
Jersey Harimau Malaya ni baju rasmi, main di venue sendiri pakai jersey ini. Setuju ka peminat bolasepak negara jika ada pihak nak tukar jadi jersey warna merah perkasa. Harimau pun tukar jadi Katak Malaya.

 Warna DIGI kuning semua dah tahu. DIGI mahu ka tukar jadi warna merah patriot.

Burung kunyit ini ciptaan Allah , warnanya kuning sebab tu dipanggil burung kunyit.
 
Spagebob kartun warna kuning. Kanak-kanak mesti terkejut jika warnanya bertukar jadi merah perkasa.

 
 Sesame Street diminati kanak-kanak kerana rancangan berunsur pengetahuan sesuai untuk kanak-kanak. Bayangkan kalau ditukar jadi Katak Perkasa tentu kanak-kanak tak mahu tengok dah.
Emas kuning sangat berharga dan dijadikan perhiasan wanita. Mahukah wanita memakai emas berwarna merah perkasa?
 
 
Kad Kuning sebagai tanda amaran dikeluarkan pengadil dalam permainan bolasepak. Dua kad kuning dikenakan , pemain akan kena keluar padang. Lepas ni mungkin ada pihak syor tukar kat Malaysia guna kad biru. Siapa setuju? Mungkin perlawanan antara Perkasa Vs Patriot kad biru boleh digunakan.

Kuning warna diraja, zaman dulu-dulu rakyat biasa dilarang pakai pakaian warna kuning. Sekarang sudah boleh tapi kebelakangan ini pakaian warna kuning dah dilarang pakai. Bukan sebab warna diraja tetapi warna rasmi untuk kempen bersihkan pilihanraya yang kotor.

Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan aman. Orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.