Ahad, 31 Julai 2011

MUslim dan kesilapan semasa puasa


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
 
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Ramadhan alMubarak 1432H

Esok 4.30 pagi di 
Di rumah sendiri,masjid,surau,dan di mana jua tempat yang sesuai untuk beribadah

Marhaban Ya Ramadhan Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh mulia, Bulan Ramadhan yang penuh dengan Rahmat serta mengandungi hikmahnya yang 
tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan " Marhaban Ya Ramadhan " 

Selamat datang Ramdhan mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramdhan dengan berlapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan. Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dengan gembira setiap kali ketibaan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda; " Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yang penuh keberkatan.

 Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. " HR Ahmad Marhaban

Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan agar jiwa dan raga kita diasah dan diasuh untuk melanjutkan perjalanan menuju ke pangkuan Allah SWT. Perjalanan kepada Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sebagai pengalaman yang penuh ujian dan rintangan. Ada gunung yang harus dihakis. Itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam dan ganas pula perjalanannya tetapi apabila tetap membaja sebentar lagi akan nampak cahaya terang-benderang dan saat itu akan nampak dengan jelas rambu-rambu jalan, nampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh serta telaga- telaga jernih untuk melepaskan dahaga.

 Apabila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman untuk membawa musafir bertemu dengan kekasihnya. Untuk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yang mencukupi. Bekalan itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan sholat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama. Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang untuk merenungkan dan latihan. 

Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita perlu menyiapkan diri serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan yang perlu disediakan ialah :

 * Mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan menjalani ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui dengan mempunyai pedoman yang baik dan petunjuk yang sempurna. 

* Memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa, sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. 

* Memperbanyakkan doa semuga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada perasaan ria, ujub, sumah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

 Kata Al Mualia ibn Fadlil; " Para sahabat membagi tahunnya kepada dua bahagian. Bahagian pertama, mereka menggunakannya untuk memohon kepada Allah agar menerima puasa yang dilaksanakan. Bahagian kedua, mereka menggunakannya untuk berdoa, memohon dan mengharap kepada Allah agar memberikan tenaga dan kekuatan untuk melaksanakan puasa yang akan datang itu." 

* Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan 
mpurna, agar kita memperolehi kesan-kesan yang diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak . Bulan puasa itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk AKHIRAT, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan mensucikan diri dari dosa serta menghias diri dengan budi pekerti yang tinggi. Oleh itu, kita perlu menyiapkan diri bagi menunaikan segala hak puasa. 

* Menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amalan yang kita tanam pada bulan Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang menanam benih, tidak menyiraminya dan tidak menjaganya dengan baik, akan mengeluh dan menggigit jari ketika menuai kelak iaitu ketika dihadapan ALLAH SWT 

* Membuang adat tradisi yang memberatkan. Kita dapati sebahagian besar umat Islam menanti kehadiran bulan puasa dengan memberatkan diri dalam urusan pembelanjaan dan macam-macam barangan dibeli untuk menyambut puasa. Seorang ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang saudagar hartawan, maka ketika jariah itu melihat betapa besar himmah tuannya yang kaya raya itu dalam menyediakan makanan puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; " Untuk apakah tuan menyediakan makanan ini, selama yang sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini mencari dan mengumpulkannya? " Saudagar hartawan itu menjawab, " Untuk bulan puasa yang sedikit hari lagi akan tiba ". Mendengar jawapan tuannya, jariah itu berkata, " Kiranya tuan tidak pernah berpuasa selain daripada puasa bulan Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan puasa Ramadhan itu untuk bersedap-sedapan dan membanyakkan makanan, saya tidak dapat bersama tuan, sudilah kiranya tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu.

 " Memberatkan diri dari boros berbelanja dan memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukan menyuruh kita membanyakkan makanan pada bulan puasa ini. Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi menyambut kehadiran Ramadhan. Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan ibadah puasa dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama Islam. Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika 
menyambut Ramadhan.

 Pertama : Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Ini dapat dilihat menerusi hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah yang bermaksud; " Adalah Rasulullah SAW kadangkala terus menerus berpuasa, hingga kami mengatakan bahawa Baginda tidak pernah berbuka dan kadangkala terus berbuka hingga kami mengatakan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Syaaban." 

Kedua : Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut Ramadhan. Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah di hadapan golongan sahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud; " Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah dihadapan kami. 

Maka baginda bersabda; ' Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasaNya . Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka " Selamat datanglah " kepadanya. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan sentiasa dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah menjadikan puasanya satu kewajiban dan qiam pada malam harinya suatu tatawwu. 

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu pada bulan lainnya. Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan yang memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang yang memberikan makanan itu akan memperolehi pahala seperti yang diperoleh oleh org yang berpuasa

Khamis, 28 Julai 2011

bangunan bawah pokok


Tanaman dan bunga ibarat aliran darah bagi bumi, menyediakan oksigen untuk manusia dan haiwan. Walaupun begitu tidak semua orang beruntung mempunyai ruang yang cukup untuk menwujudkan taman yang hijau, terutama penduduk di bandar. Tapi itu tidak menghalangi pereka bangunan dan perancang bandar untuk mencipta ruang hijau. Tidak ada tanah kosong, atap bangunan pun jadi.



1. Waldspirale

 
Waldspirale merupakan sebuah apartemen di Darmstadt, Jerman, dibina pada tahun 1990-an. Namanya bererti spiral berpokok,, mencerminkan plan dari bangunan itu dan juga mempunyai taman di atas atapnya. Arkiteknya ialah Heinz M. Springmann, bangunan ini selesai dibina pada tahun 2000.

2. California Academy of the Sciences
 
Rana Creek, nursery yang membina taman di atas atap Akademi, dengan inovatif membuat agar tanaman dan tanahnya tidak mengelongsor pada lerengnya. Dengan menggunakan getah pokok dan sekam dari kelapa, mereka menciptakan pori-pori serap, jalur-jalur hijau yang tidak menglongsor. Masing-masing tebalnya tiga inci dengan luas 17 inci persegi dan disusun seperti lantai keramik. Dalam beberapa minggu akar-akar tanaman akan bersatu menjadi tanah tanaman yang kukuh.

3. Roof Garden on Fifth Ave
 
Ini taman di sebuah bangunan di Fifth Ave, New York City. Khabarnya,Adegan filem spiderman bersama kekasihnya diambil di lokasi ini.

4. Taman di Atas Bangunan 40th Story HDB
 

5. Singapore School of Art and Design
 
Pereka bangunan sekolah seni dan rekabentuk di Singapora ini menciptakan ruang awam yang hijau pada lokasi-lokasi yang tidak diduga.
 
 
 
 
Terdapat pula kolam-kolam, pohon-pohon pelam, pulau-pulau kecil dan lain-lain yang sangat menarik dari segi estetika dan keindahan disamping kesegaran ruang hijau.

4. Ghibli Museum di Tokyo, Japan.
 

5. ACROS *****oka Building, Jepang
 
 
 

6. Taman di Atas Atap Lantai Enam St. Luke’s International Hospital di Akashi, Tokyo
 

7. Taman di Atap Penthouse di New York
 
Ini adalah salah satu contoh atap bangunan orang-orang kaya di New York.
 

8. Taman di Atas Atap Klub Spa
 
Lokasinya di atap bangunan klub spa di Embarcadero section di San Francisco.
 

9. Taman Atap di Battery Park City Solaire
 
The Solaire, salah satu blok petempatan di New York yang dibina dengan konsep yang fokus pada persekitaran mesra.
 

10. City Hall building di Chicago
 
Untuk menjimat tenaga dan wang untuk kos pendingin ruangan semasa musim panas, sebuat taman hijau dicptakan di atas bangunan City Hall Chicago tahun 2000.
 
 
 
 
 
 
Semasa ini ribuan jenis tenaman tumbuh di sini dengan lebih dari 150 species tanaman dan mampu menjimatkan kos utiliti hingga $5000 dollar per-tahun.
 

10. The Australian Parliament Building di Canberra
 
Baru-baru ini bangunan parlimen Australia ini di-reka dengan atapnya yang hijau.

11. Atap Hijau Terluas di Dunia di Pabrik Ford
 
The Ford Motors Rouge Factory, direka oleh Bill McDonough, merupakan atap hijau terluas di dunia yang luasnya mencapai 454 ribu kaki persegi.

Sepertinya apa sahaja boleh ditanam di atas atap bangunan, kalau tidak percaya lihat gambar bangunan tua di Itali di bawah ini. Tapi yang ini sedikit keterlaluan. Mungkin bangunannya sendiri boleh rosak oleh tanamannya.


tayamum

hukum tayamumSetiap orang Islam tiada pilihan selain bersuci untuk membolehkan mereka melakukan solat dan tawaf di Kaabah. Bersuci untuk solat dan tawaf ditentukan dengan berwuduk iaitu dengan membasuhkan beberapa anggota dengan air. Tetapi kalau tiada air atau seseorang yang anggota wuduknya tidak boleh kena air terdapat satu lagi pilihan yang disediakan iaitu tayamum.


Pada kali ini kita akan dalami bab tayamum di sudut faedah dan bagaimana digunakan dalam bersuci. Asas yang perlu difahami dalam tamamum ini ialah menyapu debu ke muka dan kedua-dua tangan sampai ke siku. Manakala fungsinya ialah sebagai ganti wuduk atau mandi.
 
Pemarduan tayamum ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, hinggalah kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedangkan kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) kecuali sekadar kamu hendak melintas hinggalah kamu bersuci. Namun jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang antara kamu datang dari tandas atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapati air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." (Surah al-Nisa: 43).
 
Dalam ayat lain Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang daripada kamu datang dari tandas atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapati air (untuk berwuduk atau mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (Surah al-Maaidah: 6)
 
Rasulullah s.a.w. juga turut menjelaskan faedah tanah atau debu buat umat Islam dengan sabdanya yang bermaksud: "Seluruh tanah di bumi dijadikan sebagai tempat sujud dan bersuci bagiku dan umatku. Maka, di mana saja waktu solat menghampiri seseorang daripada umatku, tanah dapat menyucikannya." (Riwayat Ahmad).
 
Syarat Tayamum
Berdasarkan ayat dan hadis di atas dapat kita rumaskan bahawa untuk melaksanakan tayamum ada syarat yang mesti dipatuhi.
1.   Sudah masuk waktu.
2.   Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.
3.   Dengan menggunakan debu yang suci.

Jelas daripada syarat ini, si Ahmad yang hendak melakukan solat zohor misalnya mestilah menggunakan tayamum selepas masuk waktu Zohor. Maknanya kalau dia mengambil tayamum selum masuk waktu Zohor, tayamum itu tidak sah untuk solat Zohor. Jika dia melakukan solat Zohor dengan tayamum itu, maka solatnya tidak sah kerana dia masih dianggap tidak suci daripada hadas.
Syarat kedua pula, dalam kes di atas si Ahmad sewaktu bersedia untuk solat Zohor dan sebelum bertayamum hendaklah dipastikan air untuk bersuci atau berwuduk memang tiada. Hal ini mungkin telah dicari sebelum masuk waktu lagi dan kekal sehingga masuk waktu. Kalau adapun air barangkali hanya cukup untuk minum dan masak pada waktu itu.
 
Setelah syarat pertama dan kedua dapat dipenuhi, maka dapatkan debu yang suci (mutlak). Inilah syarat ketiga. Debu ini boleh didapati pada tanah liat, tanah biasa dan paling tidak pasir halus yang diayak. Pada hari ini, debu tayamum ini boleh dibeli di kedai yang menjual peralatan bagi urusan jenazah.
 
Cuma di sini ingin saya ingatkan pembaca sekalian, ada pendapat yang menyatakan boleh ambil debu pada dinding rumah. Sebenarnya debu pada dinding itu boleh terjadi apabila dipukul angin lalu memasuki celah-celah tingkap. Tetapi perlu diingat, rumah yang berdinding simen tidak boleh dikira sebagai debu yang suci. Hal ini kerana dinding itu disapu dengan cat cair. Debu cat bukanlah debu tanah yang dimaksudkan.
 
Syarat yang dinyatakan di atas hanya terpakai untuk solat fardu, tetapi untuk melakukan solat atau ibadah sunat tidak disyaratkan masuk waktu. Begitu juga tayamum untuk melakukan tawaf di kaabah boleh dilakukan bila-bila masa asalkan untuk tujuan tawaf.
Walau bagaimanapun , mereka yang hendak bertayamum kerana penyakit yang tidak boleh kena air, terdapat syarat lain yang dikenakan termasuk:
  1. Sudah masuk waktu.
2.   Dengan menggunakan debu yang suci.
3.   Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.
4.   Anggota suci daripada najis.

Dalam kes orang yang sakit seperti demam yang tidak boleh kena air atau luka pada anggota wuduk yang dibalut, mereka boleh bertayamum. Seperti yang dijelaskan pada syarat di atas, si Ahmad boleh bertayamum walaupun ketika itu air banyak di rumahnya.
Syarat ketiga di sini adalah khusus untuk kes si Ahmad yang mengalami demam teruk yang kulitnya tidak boleh terkena air. Keadaan ini berdasarkan satu laporan doktor, “jika air terkena kulitnya maka demamnya akan lebih serius.” Ketika itu dia layak menggunakan tayamum. Tetapi kalau sekadar demam biasa sahaja tidak bolehlah dia bertayamum.
 
Manakala syarat keempat adalah khusus untuk mereka yang luka akibat kemalangan pada bahagian anggota wuduk. Dan kemudiannya bahagian itu dibalut dengan simen. Bahagian itu semestinya tidak boleh sampai air ke anggota wuduk itu. Untuk membolehkah dia solat, perlulah dia bertayamum bagi menggantikan wuduk untuk anggota itu. Walau bagaimanapun anggota wuduk itu hendaklah dibersihkan dahulu daripada najis sebelum dibalut.
 
Dalam keadaan itu, apabila hendak bertayamum, bahagian anggota itu tidak perlu dibuka lagi dan terus bertayamum bagi menggantikan wuduk untuk anggota tersebut. Ini bermakna wuduk perlu ambil seperti biasa, tetapi apabila sampai ke anggota yang berbalut itu, perlu ditayamumkan dahulu. Setelah itu sambung wuduk pada anggota yang seterusnya.
 
Anggota Tayamum
Anggota tayamum hanya ada dua sahaja iaitu muka dan tangan hingga ke siku. Cara mengambil tayamum sama seperti berwuduk pada dua anggota tersebut. Anggota muka perlu disapukan dahulu seperti mengambil wuduk, tetapi cukup dengan sekali sehaja. Begitu juga pada anggota tangan. Dahulukan tangan kanan dan kemudian anggota kiri, juga cukup sekali sapuan.
 
Berdasarkan itu tayamum ada empat rukun itu:
1.    Niat; Aku bertayamum bagi menggantikan wuduk untuk membolehkah solat.
2.    Sapu anggota muka
3.    Sapu anggota tangan hingga ke siku (tangan kanan dan kemudian kiri).
4.    Tertib.
Walau bagaimanapun bagi tayamum orang sakit perlu diniat tayamum kerana sakit bagi menggantikan wuduk. Dan untuk luka pula diniatkan tayamum untuk tangan (atau anggota wuduk yang dimaksudkan) kerana Allah taala.
Oleh sebab itu umat Islam tiada alasan lagi untuk tidak melakukan solat kalau sakit, hal ini kerana Islam telah menyediakan alternatif untuk umatnya menyucikan diri mereka. Malah mereka yang sakitpun kalau berhadas besar boleh menjadi bersih dengan tayamum. Semoga umat Islam sendiri berada dalam keadaan bersih dan beribadah