بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 10 Ogos 2011
Komuter ku yang laju
"Aduan Rakyat Online - 9 Ogos 2010 : Secara ringkasnya, aku merupakan pengguna KTM Komuter dari Senawang dan bekerja di Mid Valley waktu masuk office pukul 8:00.am. Waktu menggunakan: Isnin-Jumaat
Pergi:
1. Waktu naik komuter 6:39.am (ikut suka dia nak sampai bila tapi selalunya 8:15.am-kadang lebih)
2. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 15minit untuk train pukul 6:54.am (ikut suka dia jugak nak sampai bila)
3. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 30minit pukul 7:24.am (ikut suka dia nak sampai bila-tapi ikut suka bos aku la nak maki aku kalau aku pun ikut train yang lembab macam pengurusan KTM)
*Masalah pertama bermula di Bangi. Train dah penuh tapi aku selesa sebab dah dapat duduk dari stesyen Senawang tadi. Orang lain yang bermasalah tapi aku kesian sebab aku pun naik train.Menteri tak naik train ni, Pengarah-pengarah dan bos-bos KTM tak naik train ni so..takde hal la..air-cond dah mula takde rasa sebab dh ramai..lain kali buat seat kt bawah enjin..sama je rasa bahangnya..aku pun selalu je hangin-hangin.
*Masalah seterusnya bila sampai stesyen UKM-Kajang-Serdang-Bandar Tasik Selatan-Salak Selatan lagi la ramai orang..pastu pengurusan KTM pun nampak nya makin bengap..ingatkan manusia ni dari hari ke hari makin kurang kot kat dunia ni.bagus lg la LRT tu..ni pun ada lg nak tambah MRT pulak..orang dah sendat-sendat sampai yang gemuk dah jadi slim.Stesyen Seputeh pulak??ada apa ntah kat sana??kawasan perumahan kaya-kaya..diorang pakai kereta lah!!bape ramai sangat yang naik!!
Balik:
1. Waktu naik kadang-kadang 5:32.pm seperti dalam jadual tapi dalam pengurusan KTM ikut:suka.pm.
2. Kalau terlepas boleh la naik train seterusnya pukul 6:02.pm tapi ikut:suka.pm. jugak..kadang-kadang kena tunggu sampai pukul 6:30.pm..tapi nak masuk kirim salam jela..penuh mcm sardin!!!
3. Tapi kalau aku terlepas 5:32.pm aku try naik 5:47.pm train turun ke Bangi.tunggu next train ke Seremban sebab kt situ dah tak penuh.tapi selalu delay, train Bangi tak sampai.Syabas KTM!!!
Peringatan:
Tak perlu la nak tambah-tambah stesyen atau bagi promosi tambang bulanan la..student la..ape la..itu la..ini la..kalau sistem tuh hampeh..upgrade la dulu!!
Cadangan:
Rasanya sistem setiap 15 minit atau kekerapan tidak menyelesaikan banyak masalah tapi sebaliknya train perlu ditambah gerabak dari 3 gerabak menjadi 5 atau 6 gerabak.
Coach wanita jadikan 2 gerabak.sekurang-kurang nya mengurangkan masalah bukan menambah masalah. Bila orang yang tunggu train pukul 5:32.pm tak dapat naik sepenuhnya, orang yang tunggu train 6:02.pm pula datang..jadi bertambah ramai la pulak yang akan naik train seterusnya.
Perlu sentiasa servis train supaya tidak kerap berlakunya kerosakan. Mana sistem pengurusan oleh KTM menggaji juruteknik/penyelenggara train?Tidak dinafikan kerosakan pasti berlaku walaupun sudah cukup servis dilakukan tapi sekurang-kurangnya KTM sediakan train simpanan sekurang-kurangnya 1 setiap haluan ke Utara dan 1 ke haluan Selatan. Ini tidak, bila rosak kena tunggu train berikutnya, bertambah padat la train selepas tu..sediakan la train kosong..
Kami tidak perlukan train yang laju. Bagi kami train yang PERLAHAN masih sampai pada waktu yang di dalam jadual yang telah kami sedia maklum jika tidak ROSAK.
Kami tidak perlukan waktu train yang kerap.Kerana kami akan tuntut janji waktu train yang telah dijadualkan.Bila dah sampai waktu, train delay..yang ramai-ramai ni tunggu next train..lepas tu penuh tak boleh masuk..bila kami nk masuk???Bila sampai rumah?
KATA KERAJAAN NAK GALAKKAN PENGGUNAAN SISTEM KENDERAAN AWAM TAPI GAGAL!! Kami bukan mahu guna tapi kami TERPAKSA!!
Harap ada tindakan, jika tiada tindakan maka kami akan bertindak menghantar aduan ke pihak atasan..Menteri atau mana-mana agensi/Kementerian-kementerian yang lain..
Jika GAGAL maknanya TIADA USAHA. jika tiada usaha kami sebagai rakyat sendiri akan ubah…macam mana nak ubah?? UBAH KERAJAAN!!
By: Guardian
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/sistem-komuter-yang-hampeh
Luahan Pelajar UPSI
MALANG NASIB GRADUAN UPSI
Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.
Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.
Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.
Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.
Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab.
Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.
Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.
Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI?
Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu. Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.
Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI?
Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru. Kesal rasanya menjadi graduan UPSI.
Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.
Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin.
Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?
Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.
Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda. Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).
Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.
GRADUAN KECEWA
Tajung Malim, Perak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
Ramadhan di perantauan, suatu catatan
http://www.drazmanibrahim.com
Bagi Negara yang mempunyai empat musim, setiap Ramadhan ditempuh dalam suasana berbeza. Dalam konteks Negara teluk seperti Iraq, bulan Julai dan Ogos yang sedang kita lalui sekarang ini adalah kemuncak musim panas dengan suhu mampu mencecah antara 47° - 49°C, suatu keadaan yang tentunya agak asing untuk kita tempuhi. Siang hari akan menjadi lebih panjang dari malam dengan azan subuh akan berkumandang sekitar 4.40 pagi dan maghrib sekitar 8.20 malam. Kesabaran dan keimanan yang tinggi amat dituntut untuk berpuasa dalam keadaan cuaca sebegini.
Sepanjang 6 tahun di perantauan, Alhamdulillah, Ramadhan tiba pada musim sejuk yang tidak begitu mencabar untuk ditempuhi. Musim sejuk di Iraq yang menjelang sekitar Oktober akan berakhir pada penghujung Mac dengan kemuncaknya sekitar Januari dan Februari. Di Baghdad kemuncak musim sejuk dengan suhu sekitar 3°-4°C, tidak ada salji yang turun berbeza dengan bahagian utara Iraq seperti Wilayah Sulaimaniya yang didiami komuniti Kurdi akan dilitupi salji. Wilayah dengan bentuk geografi bergunung-ganang ini begitu indah dilitupi keputihan salji. Sayangnya, situasi politik dan keselamatan di wilayah autonomi Kurdi ini, tidak mengizinkan untuk kita menjelajah jauh menikmati keindahannya.
Berbanding suasana musim panas, siang hari akan menjadi pendek di musim sejuk dengan azan subuh berkumandang sekitar jam 6.30 pagi dan kami akan mengadap hidangan berbuka puasa sekitar jam 5.30 petang. Saudara mara di Malaysia baru siap sembahyang asar, kami sudah berbuka.
Tinggal di perantauan ditambah lagi berseorangan di University Of Baghdad, Ramadhan selalunya dimeriahkan dengan jiran-jiran dan kawan-kawan masyarakat setempat yang menerima saya seadanya sebagai sebahagian dari komuniti mereka. Walaupun diperingkat awal mereka selalu bertanya adakah saya berpuasa dan apa makna puasa bagi saya. Semuanya ini adalah kerana lemahnya pengetahuan mereka tentang Malaysia. Mereka tidak begitu memaklumi tentang adanya sebuah Negara umat Islam bernama Malaysia di sebelah selatan Thailand yang selalu dikunjungi oleh masyarakat Arab untuk bercuti ketika musim panas. Ramai yang saya temui menyatakan mereka pernah ke Bangkok tetapi tidak tahu di mana lokasi Malaysia. Astaghfirullah…
Alhamdulillah, lokasi tempat tinggal saya di Adhamiya sebuah Bandar kecil kira-kira 20 km dari pusat Bandar Baghdad, di pinggiran Sungai Dajlah dengan masyarakat di persekitaran Jamek Imam Al Adham (Masjid Imam Abu Hanifah) adalah masyarakat yang agak kuat berpegang dengan agama dan masih mengekalkan nilai hidup tradisi masyarakat Arab. Budaya mengajak kawan-kawan berbuka puasa di rumah walaupun dengan hidangan yang sangat sederhana masih menjadi amalan. Beberapa rumah kawan-kawan yang agak dhaif yang sempat saya kunjungi untuk memenuhi undangan, tuan rumah kelihatan teragak-agak untuk makan bersama bimbang kita tetamu tidak dapat menikmati makanan dengan sempurna. Hanya lebihan tetamu akan dijamah mereka.
Kawan-kawan yang bermazhab syiah tidak akan berbuka bersama kita kerana bagi mereka masuknya waktu maghrib, belum lagi dibolehkan berbuka sehinggalah hilang mega merah di kaki langit saat menghampiri waktu isyak barulah mereka menjamah makanan. Permulaan puasa pula bagi mereka pula ialah apabila terbit matahari bukannya menjelang masuk waktu fajar sebagaimana kita Ahlu Sunnah Wal jamaah. Jangan merasa pelik kalau melihat ada orang yang sedang mengadap hidangan selepas solat subuh kerana mereka adalah penganut mazhab syiah yang sedang bersahur! Walaupun begitu mereka meraikan apa yang menjadi amalan kita. Dalam bab-bab sebegini, kawan-kawan yang bermazhab syiah biasanya boleh bertolak ansur Cuma pantang teramat pantang! Sekiranya kita mengagungkan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w seperti Abu Bakar dan Umar r.a. di hadapan mereka. Jangan sekali-kali membuatkan wajah mereka menjadi merah padam dan mata bersinar kemarahan dengan mengiringi ucapan radiallahuanhu bila menyebut nama Muawiyyah bin Abu Sufian. Musuh nombor satu penganut syiah. Kita akan putus sahabat dengan mereka dunia dan akhirat! Awas! Saya pernah mengalaminya.
Ketika di perantauan menjadi kegemaran untuk kita mengunjungi masjid-masjid yang berbeza pada malam-malam Ramadhan, mungkin untuk memperkayakan lagi maklumat dan pengalaman. Tidak ada tempat yang indah dan mendamaikan di bulan yang mulia di Iraq pada pendapat saya lebih dari Ramadhan di Fallujah yang terletak kira-kira 200 km dari Baghdad. Mungkin Kelantan adalah bandingan kalau di Negara kita. Bandar dengan penduduknya begitu komited dengan Islam dan tidak menghairankan sama sekali apabila penentangan jihad paling hebat terhadap pencerobohan dan penjajahan US berlaku di sini dan di bandar inilah berlakunya kemusnahan paling dahsyat angkara tentera-tentera kuffar US.
Berkesempatan berkunjung ke sana bersama teman-teman sekuliah yang bermastautin di bandar ini, menikmati malam-malam Ramadhan yang sangat indah sebagaimana yang diistilahkan dalam syair-syair Arab, ‘Ramadhan ibarat musim bunga bagi manusia yang beriman’. Solat tarawih 20 rakaat dengan imam hafiz yang begitu indah lantunan ayat-ayat suci Al Quran, disambung dengan tadarrus sehingga menjelang tengah malam. Jiran-jiran sekampung berebut-rebut mengajak untuk bertamu ke rumah mereka, kalau tak sempat untuk iftar, bersahur pun tak apa. Begitulah mereka sangat memuliakan seorang anak rantau yang tak punya apa-apa, sekadar menghargai segala kebaikan saudara seagama. Menghidupkan malam dengan qiyamullail, linangan air mata mengiringi dan menghayati keindahan ayat-ayat suci yang memecah keheningan dinihari, sungguh suatu suasana yang sangat mengujakan. Seminggu menjadi tetamu di sana terasakan begitu singkat dan cepatnya ia berlalu. Saya selalu memasang impian, sekiranya berkesempatan kembali semula ke Iraq bersama isteri dan anak-anak, Fallujah adalah tempat wajib saya ingin mereka kunjungi. Sayangnya, Bandar yang sebegini indah telah hancur dek keganasan US.
Suatu yang menjadi tradisi tahunan, menarik dalam pengamatan saya, masyarakat Iraq selalunya berkampung di masjid-masjid menjelang hari 26 Ramadhan untuk beribadat semaksimun mungkin menjelang malam 27 Ramadhan yang kebanyakkannya meyakini itulah malam Lailatul Qadar. Habis dibawanya anak isteri, tikar bantal, periuk belanga untuk berkhemah dalam kawasan masjid. Berbagai ragam manusia terutamanya mereka yang datang sembahyang cuma semalam dalam setahun dengan harapan mendapat fadhilat beribadat seribu bulan.
Di Masjid Abu Hanifah, ada seorang penjual daging yang saban tahun saya perhatikan dengan jubah putihnya yang kotor dengan kesan darah dan pelbagai lagi kotoran menunaikan solat sambung-menyambung dengan penuh ‘kesungguhan’ sedangkan hari-hari yang lain bayangnya tak pernah kelihatan di masjid. Saya amat mengenalinya kerana pasar tempat beliau berniaga hanya kira-kira 200 meter dari rumah sewa. Apabila saya bertanya sambil bergurau kenapa sampai begitu bersungguh sekali beliau ‘beribadat’ semalam, jawabnya… “kamu tak tahukah semalam lailatul Qadar? Beribadat di dalamnya mendapat ganjaran seribu bulan…” Dengan penuh simpati atas kejahilannya, saya sekadar memberikan pandangan… “Ammu, (Pak Cik) kita wajib menunaikan perintah Allah sepanjang tahun, bukannya hanya semalam dalam setahun, insyaAllah, Allah akan menganugerahkan kita dengan lailatul Qadar.”
Sayangnya di sana, peraturan tidak membenarkan untuk para imam mengadakan ceramah atau tazkirah secara terbuka. Ramai di kalangan mereka yang berilmu dan boleh merubah masyarakat, tapi peranan dikecilkan dengan sistem yang ada walau tidak dinafikan sebagaimana di Negara kita ada imam yang dipilih di atas dasar fahaman politik parti Baath yang memerintah dengan mengenepikan orang lain yang lebih berilmu, berakhlak dan lebih baik ilmu Al Qurannya.
Di sana tidak ada bazaar Ramadhan. Restoran dan kedai-kedai makan dibuka seperti biasa Cuma dilingkungi dengan kain putih dan ditulis ‘Tidak dibenarkan muslim masuk’. Melihatnya, saya agak musykil, kalau tidak dibenarkan muslim masuk untuk tujuan apa ianya dibuka dan siapa lagi yang nak masuk, sedangkan Iraq adalah Negara lebih 90 % penduduknya muslim. Tentu sekali dalam sebuah Negara sosialis seperti Iraq, tiada penguatkuasaan undang-undang syar’ie. Di jalanan biasa kita jumpa kelompok manusia yang meremehkan perintah Allah dengan pelbagai alasan. Kesihatan selalunya dijadikan modal utama untuk tak berpuasa. Itu baru Ramadhan di musim sejuk, Ramadhan musim panas seperti sekarang, bagaimana?
Solat
Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat lah, tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.
Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.
Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.
Dinegara kita susah nak jumpa org solat di tempat2 terbuka...Nak cari masjid @ surau baru boleh solat...
sumber: isu hangat
Bonus: Isu ranting beri perhatian, akar pejam mata
Mahyudin Ahmad
Kerajaan akhirnya bersetuju meng'hadiah'kan bonus kepada 1.27 juta kakitangan awam yang bakal menikmati bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, manakala setiap pesara kerajaan pula mendapat RM500 yang akan dibayar pertengahan bulan ini. Jumlah pembayaran bonus tahun dianggarkan sebanyak RM2 billion.
Maka kerajaan pun dilihat begitu prihatin dengan beban ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan, lantaran Perdana Menteri sendiri menyebut pemberian bonus ini tidak lain adalah untuk meringankan beban perbelanjaan rakyat di musim perayaan ini.
Namun, dalam jangka pendek di mana kadar produktiviti pengeluaran adalah malar, maka kesan langsung dari lebihan wang dalam kitaran ekonomi ialah kenaikan harga barang yang berkali ganda mengikut hukum MV=PT dari teori Irving Fisher. Apatah lagi kes ketidakcukupan barang-barang keperluan untuk sambutan perayaan seringkali kita dengar yang sudah pasti mengakibatkan tingkat harga semakin melambung.
Jadi pemberian bonus yg diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan kakitangan awam itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat jika harga barang melambung tinggi dari kadar biasa. Logiknya, peningkatan nominal pendapatan kakitangan awam sebanyak 50% pada bulan ini tidak bermakna apa-apa apabila harga barang naik mendadak lebih dari kadar berkenaan hasil dari penguncupan kuasa beli mereka.
Kita juga ingin tahu dari sumber manakah kerajaan memperolehi dana berjumlah RM2 billion untuk pembayaran bonus berkenaan? Saya tidak fikir kerajaan sanggup mencetak wang semata-mata untuk tujuan ini. Jadi saya beranggapan ia hasil dari pinjaman kerajaan. Sudah tentu pemberian bonus ini bakal mengakibatkan jumlah pinjaman kerajaan meningkat sekaligus defisit kerajaan yang lebih tinggi.
Untuk tahun 2009 dan 2010, hutang kerajaan naik mendadak pada kadar lebih 50% dari KDNK (2009-55% dan 2010-54%), paling tinggi sejak krisis kewangan 1998. Malah melebihi purata pinjaman kerajaan sejak 1990 hingga 2010 iaitu pada 47%.
Bajet kerajaan juga masih terbelenggu masalah defisit sejak lebih sedekad lalu. Sejak dari krisis kewangan 1998 purata defisit kerajaan adalah 4-5% dari KDNK negara. Paling kritikal pada 2009 iaitu pada kadar lebih 7%. Walaupun tahun 2010 dapat dikurangkan ke 5.6%, namun pada 2011 ia dianggarkan dalam jajaran 5% juga. Tambah buruk lagi, peningkatan defisit adalah kerana bertambahnya perbelanjan pengurusan, bukannya perbelanjaan pembangunan.
Jika dana RM2 billion ini hasil pinjaman kerajaan, maka keputusan kerajaan memberikan bonus ini seolah-olah cuba menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan penguncupan kuasa beli rakyat sekadar melepaskan batuk di tangga, isu ranting yang diberi perhatian, akar permasalahannya dipejamkan mata. Yang nyata, kita berdepan dengan keadaan kewangan kerajaan yang cacamarba pengurusannya. Kita punya kerajaan yang tidak serius menangani kebajikan ekonomi rakyat.
Jika kerajaan benar-benar mahu mengurangkan beban rakyat, maka tunjukkan keseriusan dalam menangani maslah pembaziran, ketirisan, dan perbelanjaan melampau. Ingatkah anda lagi pada kos RM50 juta untuk melaksanakan program email 1Malaysia? Manakala RM1.8 juta pula disia-siakan untuk membayar kos penyelenggaraan laman Facebook Kementerian Pelancungan Malaysia oleh syarikat yang langsung tiada laman web! Jika anda teliti Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat, anda sudah pasti berjumpa dengan pelbagai senarai ketirisan dan salah urus harta Negara hingga mengakibatkan ketirisan lebih RM28 billion. Ini bukan cerita rekaan, semua maklumat ini juga boleh didapati dari Laporan Audit Negara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Rakyat sebenarnya berhak mendapat kualiti gaji yang memungkinkan kuasa beli yg lebih tinggi. Pemberian bonus secara one-off begini tidak membantu rakyat mencapai tahap itu. Kita perlukan pengurusan yang benar-benar berhemah, yang mahu meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama. Peningkatan ekonomi tidak sekadar pada peratus kenaikan KDNK semata, namun kebajikan dan taraf hidup rakyat patut turut meningkat.
Kalau kita teliti pemberian bonus ini pun, sepatutnya ia berbentuk piramid di mana untuk kakitangan awam di peringkat tertinggi seperti JUSA patut tiada bonus diberikan, bagi kumpulan professional dan kumpulan A mendapat setengah atau sebulan gaji, dan bagi kumpulan sokongan dan pentadbiran sekurang-kurangnya 2 bulan gaji. Ini baru dilihat benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat.
Tidak hairanlah ada pembaca akhbar yang meminta CUEPACS menolak pemberian bonus setengah bulan ini dan mengharap badan penjawat awam itu terus mendesak kerajaan memberikan sekurang-kurangnya bonus dua bulan gaji dan juga menyemak kembali tangga gaji mereka. Atau adakah ini langkah kerajaan mengabui mata penjawat awam memandangkan ura-ura pilihanraya umum yang makin dekat?
Langgan:
Catatan (Atom)