Ahad, 14 Ogos 2011

potong kuku sunnah Nabi


Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum.
Kat sini imi nak shared cara potong kuku yang ikut sunnah nabi yang imi tengok di Oh Islam tadi. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita bersama.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm ataupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan

Sabtu, 13 Ogos 2011

tetapi oh tetapi...


Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 – 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?
Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?
Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhirat lah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.
Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya.
Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.
Kahwin empat lebih baik dari kahwin tiga, kahwin tiga lebih baik dari kahwin dua, kahwin dua lebih baik dari kahwin
satu sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin satu lebih baik dua, kahwin dua lebih baik dari tiga, kahwin tiga lebih baik dari empat jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.
Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.
Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan

Bestnya doktor..


salam sayang kepada semua
abang merupakan seorang pelajar perubatan. Dahulu, abang jua sama macam anda semua. Ada ayah, ibu yang amat inginkan abang menjadi seorang doktor. Ada cikgu di sekolah yang amat berharap abang menjadi seorang doktor. Ada cita cita yang sememangnya mahu menjadi seorang doktor. Semangatnya kuat, tinggi. Mungkin  kerana ketika itu, pelajar pandai spm 13 A sudah tentu satu sahaja cita cita adalah menjadi doktor. Bak kata, doktor adalah kerjaya yang terhebat dibumi malaysia. Oh. Dr sudah tentu glamour kan. Banyak duit. Kawan kawan pula bercerita , menurut surat khabar the star, kerjaya yang paling rakyat malaysia percayai adalah doktor mengatasi ulamak, tokoh politik dan sebagainya. Nak jadi doktor sebab doktor banyak duit. Nak jadi doktor sebab nak tolong orang susah. Saya ada pengalaman keluarga sakit. Saya tak dapat nak tolong kemudian meninggal. Sedih. Dari situ saya impikan nak jadi doktor. Oh. Dan macam macam lagi alasan yang boleh diberi untuk menjadi doktor. Hakikatnya. Tidak sebegitu. Kalau menang anda mahu menjadi seorang doktor, dengarlah apa yang ingin abang kongsikan bersama adik adik semua
Hari ini, abang ada chat dengan seorang kawan. Dia bekas pelajar sains komputer. Sekarang bekerja disebuah bank terkemuka dengan gai sekitar 3 ribu. Alhamdulillah. Bagus. Dia bercita cita mahu menyambung sampai peringkat doktor falsafah. Bagus.Ada cita cita besar. Abang cakap bagus la dah kaya. Pastu dia kata , kamu lagi kaya jadi Dr.
Best ke jadi doktor? Kaya ke dengan jadi doktor? Seronok ke? Hebat ke ada title Doktor? Mari abang mahu bercerita. Mahu jadi doktor, anda kena korbankan masa anda yang cukup banyak. Nak kena ‘study’, belajar banyak benda. Tahun pertama : anatomi, physiology, biochemistry. Second year anda kena belajar microbiology, pathology, forensic medicine, pharmacology. Tahun ketiga, anda kena belajar medicine, surgery, pediatric,obg, psychiatric, community medicine. ok. Tahun 4 pun ada lagi , opthalmology, orthopedic, ear,nose and throat (ent). Tahun 5 pun sama. Tahun 5 habis degree. anda bergelar dr. oh! tak habis disitu. anda akan ada housemanship pula. masa inilah adik adik akan dilatih menjadi seorang doktor. Masa ni la kalau adik adik nak kena marah. Masa ni la kalau adik dibawah supervisor yang garang garang, Adik akan dimalukan dengan semahu mahunya oleh bos adik adik. Ok. Habis 2 tahun jadi HO. Adik dah jadi doktor sebenar. Tak habis lagi. Takkan adik adik nak jadi Dr biasa sampai tua. Rugi. Tak kemana. Adik adik akan jadi senior doktor yang gaji naik sikit sikit. Sudah tentu adik adik nak jadi kaya. Kena sambung belajar lagi. Buat master. Jadi doktor pakar. Berapa lama. Mungkin selama 4 tahun. jadi doktor pakar pulak. Emm. Bak kata belajar seumur hidup. Sanggupke? Kalau sanggup alhamdulillah. Kalau tak nak belajar dah, jadi senior doktor biasa. Jagnan marah kalau adik adik dihantar kehulu kampung ok. Kena redha.
Tak habis disitu. Belajar tahun satu, tahun kedua lupa. Belajar tahun ketiga, benda di tahun kedua lupa. Kena ‘revise’ semua. Sebanyak mana pelajaran yang abang kata tadi. buku huih kalau belajar kat India ni, balik Malaysia boleh buat library buku perubatan yer adik adik. Banyak. Pergi hospital, lecturer tanya, ni kalau patient macam macam ni, apa diagnosis dia. Oh tak tahu. Oh lupa. Oh cikgu tahun dua tak ajar. Oh saya tak baca lagi. Oh tak tahu. Nanti dr marah. Kenapa kamu tak belajar. semalam kamu gi shopping. saya nampak. Kalau patient ni mati sebab kamu macam mana. sebab kamu tak tahu macam mana nak diagnos. Apa rawatan dia kamu tak tahu. Sanggup ke kena marah macam tu depan kawan kawan. Depan patient. Kena halau kelas sebb tak mampu  jawab apa Dr tanya. Jangan datang kelas kalau malas membaca.  Oh ada lagi. Hari ini dapat sms. 5 minit lagi ada examination. Sila datang cepat cepat. Macamana kalau hari tu anda lupa nak bawa handphone? Gagal la exam hari itu.
Oh. Lupa nak kongsikan lagi. Sanggup ke tengok darah? Sanggup ke belajar anatomi dengan mayat yang dah 5 atau 6 tahun diawet. Sanggup ke bau formalin yang busuk. Sanggup ke belajar dengan mayat, kaki yang dipotong, badan yang dipotong, ada tulang kering kat rumah, pergi autopsy tengok mayat bersih yang baru mati dipotong dengan mechine, dengan playar. Organ organ dalaman yang dikeluarkan semacam nak kerat isi dan organ ayam. Kepala yang di kerat menggunakan gergaji macam nak kerat pokok. Oh macam macam adik adik akan rasai nanti
Apa nilai yang ada disebalik semua ini. Seronok ke nak jadi doktor. Seronok ke kena marah? Kena herdik tak pandai? Tak tahu nak jawab? Seronok ke terpaksa berada dihospital 72 jam tak balik? Seronok ke terpaksa tidur dihospital meninggalkan suami, isteri tercinta, anak anak kat rumah? Orang beraya, adik adik beraya dihospital. Seronok ke semua itu semata mata nak kejar glamour? Semata mata nak dapat duit banyak? Andai wang yang dicari silakan jangan lagi ingat untuk jadi seorang doktor. Andai glamour yang dicari, silakan lupakanlah title doktor. Tiada yang indah bukan.
Salah. Ada yang lebih indah bila anda mahu menjadi seorang doktor. Ada. Bukan tiada.Disebalik semua itu. Adik adik akan mengerti. Nyawa seorang manusia itu apa nilainya. Adik adik akan mengerti mengapa asyik kena marah. Mengapa kena baca buku. Mengapa kena tahu semua benda. Mengapa kena berkorban. Nilai satu nyawa itu. Apa perasaan andai ada patient didepan mata. Kita seorang dr, tak mampu buat apa apa hanya menanti malaikat sakaratul maut datang mencabut nyawa. Sedih sangat sangat. Penderitaan seorang ayah yang sedang terlantar. Ibu yang sedih melihat anak yang baru dilahirkan cacat. Sakit. Menyentuh perasaan. Nenek yang tahu bercerita kisah hidup, ditinggalkan anak2 kerana terlantar sakit.
Andai betul betul mahu menjadi doktor, silakan. Selamat berjaya dalam perjalanan yang cukup panjang. Pasti segala cubaan akan anda tempuhi. Usah risau. Anda pasti akan berjaya. Yang penting, kukuhkan kekuatan anda. Redha dengan apa yang akan anda lalui. Sukar mahupun senang. Selamat berjaya. Lupakan kemewahan. Pasti diakhirnya anda akan berjaya menjadi seorang doktor cemerlang. Kemewahan dan title  akan berkunjung tiba.
p/s : artikel ini diedit semula dari koleksi catatan lama penulis di http://akudramin.blogspot.com/ untuk perkongsian bersama (^_^)

Khamis, 11 Ogos 2011

Prestasi Ekonomi

Pendapat
oleh Rafizi Ramli

Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.

Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Najib Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.


Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan.  Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya.  Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.

Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.  Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret tiga ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain.  Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang.

Najib Razak (gambar kiri) juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia.  Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta.

Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia.  Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:
Projek terbesar ETPPELABURAN DIUMUMKAN (RM BILLION)GLC/BUKAN GLC
Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor60.0GLC (PETRONAS)
MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)36.6GLC (sebuah syarikat khas ditubuhkan)
Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)10.0GLC (PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan Karambunai Integrated Resort City9.6Bukan GLC
Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit5.43Tidak diketahui
Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)5.1   

GLC (PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor5.1Dialog Group

(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)
3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi4.0GLC

(TNB)
Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang3.0GLC (di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)
Pembangunan MINES Wellness City3.0 


Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion.  Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Najib Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.

Prestasi tiga penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Najib Razak.

Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia.  Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan.  Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh dua tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu.  Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006

ekonomi merudum

ramziredang

"Pada saat artikel ini ditulis, index dowjones jatuh 520,82 mata, nasdaq 103,56 mata dan S & P 500 52,21 mata. Bursa bursahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBKjo3JOUcMB1_n1pzzxrbdgt8NyXCrIGYTOJTC8el37n18g9kTMrrFPDxpDck3MqcGFE-WqnX1eLCqfT9cgpMdXofE6oMV8X0Fq4UqMA5eIguSOyghYrbopgyszXfwQHpNq5Lai_fl1M/s320/saham-jatuh.jpg utama eropah pula mengalami kejatuhan sehingga 6.65%. BOA(bank of amerika) pula mengalami kejatuhan saham sebanyak 20 peratus pada minggu lalu. Semua ini memberi tanda mimpi ngeri yang lebih buruk dari krisis ekonomi dunia 2008 akan berlaku.

Bank of amerika memerlukan sekurang kurangnya usd50 billion untuk disuntik sebagai modal baru bagi memulihkan kerugian yang sedia ada. Lantaran itu bank of amerika mula berunding dengan pihak berkuasa pelaburan Quwait dan pihak berkuasa pelaburan Qatar, untuk menjual segala pegangan 17 billion dalam bank pembinaan Cina(CCB).

Ini semua akan menyebabkan keadaan di cina dan hongkong pula akan mengalami krisis kebimbangan baru. Selanjutnya mungkin akan menimbulkan kepanikan pasaran dan rasa ketidakyakinan pelabur.

Pada saat ini ramai pemimpin pemimpin ekonomi syarikat gergasi dunia telah mula mengambil cuti dan tidak berada dalam institusi kewangan mereka. Menggambarkan sesuatu yang tersirat,buruk dan lebih parah bakal berlaku tetapi cuba disembunyikan.

Langkah bank of amerika dan pelabur pelabur dari amerika menjual semua kepentingan kepentingan mereka di seluruh dunia akan memberi kesan pula kepada negara yang dilabur.

Malaysia adalah sebuah negara yang bergantung hampir 70% kepada pelabur dari amerika berbanding pelaburdari negara lain.

Pada ketika pakar ekonomi amerika memanggil persidangan beribu ribu pelabur, Ketua Pegawai Kewangan, Bruce Thompson menyatakan panggilan jualan aset sedang di pertimbangkan untuk meningkatkan dan mendapatkan kembali modal.

Bagi pakar ekonomi dari seluruh dunia, panggilan balik modal ini adalah sama ketika berlaku krisis Lehman Brother, sebelum ianya mengistiharkan bangkrap. Secara ringkasnya perbuatan yang dilakukan oleh amerika sekarang adalah selangkah sebelum kebangkrapan sedang berlaku.

Kerana kepanikan dari para pemain ekonomi dunia ini menyebabkan harga emas melonjak naik kepada yang paling tinggi dalam sejarah(usd1800 pada saat artikel ini ditulis). Ini adalah gambaran para pemain kewangan mula membeli dan menyimpan emas dengan banyaknya bagi mengatasi krisis teruk yang bakal berlaku. Yang nyata, krisis ekonomi ini bakal meranapkan ekonomi seluruh dunia termasuk blok eropah dan britain.

Malangnya, malaysia mempunyai seorang badut ekonomi muncul membuat lawak di tv kononnya Malaysia akan selamat dari krisis ekonomi. Padahal indeks bursa telah mula jatuh sebanyak 5%. Padahal kalau tidak kerana krisis ekonomi duniapun, malaysia tetap akan bangkrap sebelum 2016. Ini kerana sumber ekonomi utama iaitu minyak telah mula surut dan kering.Sumber minyak bakal kering sebelum 2016 kerana pengeluaran yanng dilakukan secara bermaharajalela. Perancangan penjualan yang sepatutnya bertahan selama 20 tahun telah dihabiskan secara membuta tuli  oleh para pemimpin korup malaysia lantaran itu ia akan habis sebelum tempohnya. Pada saat ini minyak adalah 45% dari sumber negara dan sepertimana ucapan pengarah petronas di amerika baru baru ini, sumber ini akan kering sebelum 2016