بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 24 Ogos 2011
Hadapi masalah
Tips hadapi masalah biasanya diperlukan oleh mereka yang banyak masalah lah kan. Betul, masalah ni kita kena hadapi, bukan lari darinya. Kerana selagi tak selesai ia akan terus memburu kita. Namun bukan mudah untuk menghadapi satu-satu masalah, lebih2 lagi dengan jiwa yang goyah, semua benda pun boleh jadi masalah
Apakah tips menghadapi masalah versi Mommy Lyna? LOL
1. Masalah adalah lumrah hidup.
Tiada orang yang tiada masalah. Jika anda rasa anda tak ada masalah, mungkin itulah masalah anda sebenarnya. Orang yang tidak bermasalah ialah orang yang tak fikir langsung tentang hidup, mungkin baby, orang tua yang dah nyanyuk, atau orang gila.
Segala penciptaan berpunca dari masalah. Mentol lampu dicipta kerana bermasalah untuk melihat dalam gelap. Kereta dicipta kerana bermasalah nak jalan kaki jauh2. Kapal laut dicipta kerana masalah besar nak berenang dari satu benua ke satu benua. Kalau tak ada masalah, mungkin sekarang kita masih hidup dalam gua, zaman paleolitik belum berakhir agaknya.
2. Masalah adalah masalahnya hati.
Hati yang luas menerima masalah sebagai satu kelazatan. Hati yang kecil, masalah adalah bencana. Menganggap semua benda sebagai masalah adalah petanda hati yang bermasalah. Hati yang kuat dan bersih, memandang masalah sebagai satu tanda kebesaran Tuhannya. Bila hujan, hati yang kecil bermasalah kerana kain di jemurannya basah. Namun hati yang besar berasa beruntung kerana bumi mendapat bekalan air semula.
3. Kenapa aku? Bukan, kenapa bukan aku?
Biasanya bila terkena masalah, kita akan bertanya “Kenapa aku?”. Soalan yang sudah ada jawapan tapi tak dihiraukan “..Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” Surah 2 ayat 286. Tanyalah “Kenapa bukan aku?” Kerana aku memang layak untuk menerima ujian itu. Aku kuat, aku berdaya mendapat ujian2 Tuhan. Jika ujiannya berat, itu bermakna aku hebat. Jika ringan ujiannya, bermakna aku masih di tahap rendah. Jadi, kenapa bukan aku yang menerima ujian hebat itu? Aku ingin menjadi hamba Allah yang hebat.
4. Masalah adalah tanda kasih sayang-Nya.
Setiap kali menghadapi masalah, adalah masa2 Allah merindui suara rintihan kita. Berdoa, meminta dari-Nya, mengadu pada-Nya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suaranya. Tidakkah itu amat manis sekali? Bayangkan kekasih kita merindui untuk mendengar suara kita… ohh sungguh asyik kan. Inikan pula, Allah Yang Maha Besar yang merindui suara kita.
5. Tunduk pada masalah adalah tindakan kurang cerdik.
Masalah, atau apa saja, tidak mampu mengubah kita, tapi kita sendiri! Membiarkan diri kita dihanyutkan oleh masalah, adalah sebodoh-bodoh tindakan. Tiada siapa atau apa yang boleh membuatkan kita sedih, lemah, kuat atau berkuasa, melainkan diri kita sendiri. Jangan biarkan masalah membayangi hidup kita. Biarkan saja ia bermain2, seperti asap2 yang berlegar. Tidak memberi sebarang manfaat mahupun mudarat.
6. Masalah adalah trampoline
Masalah kepada sebiji bola ialah apabila ia dipukul dengan kuat ke arah dinding atau lantai. Tapi, ia melantun dengan lebih kuat lagi. Itulah fungsi masalah, untuk menjadikan kita lebih kuat, dan melompat lebih tinggi.
7. Masalah adalah cinta diri
Bila sering memikirkan kita asyik dilanda masalah, sebenarnya adalah tanda kita cinta pada diri kita. Jadi, untuk membuktikan kita mencintai diri kita dengan sebenar-benarnya, ubahlah benda yang menyedihkan dalam masalah itu sebagai perkara yang menggembirakan. Bila bermasalah dalam pelajaran, sebenarnya satu sebab kukuh untuk kita berbaik dengan guru, dengan selalu pergi bertanya soal pelajaran hingga kita dapat faham betul. Bila bermasalah dengan mencari pekerjaan, mungkin sebenarnya peluang untuk kita mengusahakan sesuatu yang lebih tinggi pulangannya dari kerja makan gaji.
Tidak perlu sedih bila dilanda masalah. Anggaplah masalah sebagai snek kehidupan. Hadapinya dengan penuh semangat, pasti masalah itu akhirnya menjadi batu loncatan untuk sebuah senyuman dan kebahagiaan yang pasti.
Semangat!
Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan daku masalah yang berbagai-bagai dan tak putus-putus, besar atau kecil. Kerana di setiap baris masalah itu ada tersimpan rahmat-Mu yang tak terhingga. Dari situlah kutemui cinta-Mu yang tak mungkin kuperolehi dari siapapun manusia di muka bumi ini.
sumber: http://mysuperkids.net/tips-hadapi-masalah/
7 SUNNAH PENTING
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme
Roh
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"
Roh di Bulan Ramadhan
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz
penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh
Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"
Roh di Bulan Ramadhan
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz
penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh
Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan
Turunlah Nabi Isa
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....
Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...
Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!
Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...
Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH & senibela diri
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...
Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.Untuk ingatan sesama Muslim
sumber: zameer fisabilillah
Hud ayat 6: Doa Murah Rezeki
"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah Hud:6
Surah Hud Ayat 6
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ {6}
Keterangan ayat:
Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W.
Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.
Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan.
Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya.
(Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)
Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.
Sumber rujukan: Buku 101 doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed
Langgan:
Catatan (Atom)