Jumaat, 26 Ogos 2011

Libya vs natoo

Oleh: MERONG

"LibyaSenario politik di Timur Tengah dan AFRIKA menarik untuk di fahami. Ianya melibatkan negara-negara yg dahulunya pro-USA seperti LIBYA/SYRIA/MESIR/TUNISIA/YAMAN. Paling mengejutkan kerana ianya berlaku serentak pada 2011.

Krisis Politik di Mesir dan Tunisia agak mudah difahami dgn presidennya yg pro-USA, karenah korupsi, kronism, ketidakseimbangan sosial ekonomi yg amat menyamai suasana politik di Malaysia. Akibatnya 90% rakyat dari pembangkang bangun menentang.
Krisis politik di Libya mempunyai penglibatan USA secara terus. Saya tidak menyatakan Gaddafi seorang pemimpin yg terlalu baik tetapi hairan bagaimana USA tiba2 memomokkan berita serangan NATO dgn pemberontak kerana Gaddafi seorang diktator yg kejam. Agak menghairankan kenapa tiba2 sahabat baik Gaddafi yakni USA tiba2 menikam beliau. Apakah senario LIBYA menyamai senario di-IRAQ?
Jawapannya terdapat di dalam berita GoldStockBull,
 “Invasion of Libya was About Gaddafi’s Plan to Introduce Gold Dinar-Gold For Oil”

Jika di tahun 2000 USA menyerang IRAQ kerana SADDAM HUSSIEN mahu menjual minyak didalam EURO Dan Gaddafi pula berniat mahu mewujudkan single-gold currency untuk AFRIKA dan menggunakan ia untuk sebarang bentuk dagangan.

Gaddafi mahu membentuk pakatan dgn negara2 pengeluar minyak Afrika DAN sesetengah negara Arab.Ini bakal mengukuhkan ekonomi Afrika dan meruntuhkah ekonomi kapitalis USA/EROPAH.

Libya adalah pengeluar minyak terbesar di AFRIKA. Dgn mengikat pembelian minyak dengan emas akan memeritkan lagi ekonomi USA yg selama ini hanya sesuka hati mencetak wang dollar USAnya untuk memilikki apa jua pun tanpa bersandarkan kpd emas.

OBAMA lebih cerdik dari Bush dalam melaksanakan misinya. Obama menggunakan sebahagian drpd rakyat negara itu sendiri yg terhasil dari pemisahan ideologi melalui sistem Demokrasi untuk menentang pemimpin yg tidak sebulu dgn USA, tetapi BUSH terpaksa mengerah tentera dan sekutunya untuk menentang pemimpin tersebut. Kaedah OBAMA lebih cost saving dan effective.. Yg penting adalah keberkesanan agen CIA Dan MOSSADnya menjalankan jarum..

Itulah yg berlaku di Mesir,Tunisia dan Libya. Dengan menguasai politik Tunisia/Libya/Syria/Mesir, USA sudah menguasai satu lagi sumber minyak dunia selain daripada negara2 arab lain yg berpaksikan USA. Kedudukkan geografi negara2 tersebut juga melindungi ISRAEL jika USA meletakkan kepentingan pengkalan tenteranya.

Silapnya negara Islam adalah kerana memilikki pemimpin yg tamak dan rasuah sejak mula. Di saat mereka mahu bertaubat, berapa ribu pemberontak sudah terhasil. Demokrasi berjaya memanfaatkan pemimpin yg tamak dan rasuah untuk memecah-belahkan rakyat didalam negara tersebut. Rakyat yg tertindas akhirnya memberontak tanpa mengira samaada mereka sudah dimanipulasi oleh kuasa besar yg berkepentingan.

Negara Islam sekarang berada didalam situasi serba salah, samada pihak pemerintah itu pro/anti-USA, mereka tetap akan di manipulasikan.




Penggali kubur


SEKARANG ini sesekali saya duduk-duduk bersama-sama orang tasawuf, orang tarikat. Suatu hari terkesan saya dengan pandangan ini: “Semakin meningkat usia kita (terutama yang sudah memasuki usia tua, mulai 50 tahun) kurangkan beban memburu dunia sebaliknya meningkatkan amalan untuk ke alam sana.”

Teringat saya kata-kata hikmat yang ditulis oleh seorang ahli pondok: “Walau banyak mana pun harta yang kamu kumpulkan di muka bumi ini, suatu hari nanti akan musnah jua hartamu itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi. Sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di muka bumi ini, maka suatu hari nanti kamu tetap akan diazab dalam perut bumi.”

Beliau melanjutkan dengan berkata: “Walau bagaimanpun kamu berlagak dan bertakabur di atas muka bumi ini, suatu hari nanti kamu tetap akan dihina dalam perut bumi. Sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan minum minuman haram, suatu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.”

Ya, sesungguhnya jarak masa kehidupan sekarang ini (berada di atas bumi) dengan berada di bawahnya (memasuki kubur) tersangat dekat, tetapi kebanyakan orang tidak mempedulikannya, mereka dibuai kelekaan untuk memperbanyak habuan dunia seperti harta benda, pangkat dan kuasa. Dalam mengejar impian ini, mereka tidak peduli sama ada perlu memijak kawan dan juga lawan malah sehingga sanggup menikam kawan dari belakang termasuklah melakukan fitnah. Hal inilah yang berleluasa sekarang ini.

Seorang bijak pandai pula mengandaikan perjalanan kehidupan ini bagaikan kembara ke puncak gunung. Di kaki gunung (sebelum memulakan pendakian), tentulah beban kita banyak (misalnya makanan, minuman dan pelbagai peralatan) tetapi semakin tinggi dakian kita, bebanan semakin berkurangan kerana sebahagian makanan sudah dihabiskan sehinggalah sampai ke puncak gunung beban dipikul hampir habis; tetapi hal sebaliknya berlaku kepada sebahagian besar manusia.

Selain memikul bebanan yang berat, mereka mengutip sisa-sisa di sepanjang laluan menjadikan perjalanan mereka semakin lama semakin sukar. Mereka sendiri menggalas beban yang tidak diperlukan malah ada yang memikul peti sejuk untuk ke puncak gunung yang bersalji. Cuba kita teliti kehidupan kita, apakah kita sudah rasa memadai dengan apa yang kita ada? Malah ada hadis yang menyebut jika kita ada dua buah lembah emas, kita rasa itu tidak memadai, kita mahu lembah ketiga dan seterusnya.

Demikianlah perjalanan kehidupan yang meletihkan. Peluang hidup disia-siakan, dihabiskan semata-mata bagi mengumpul harta, dinar dan emas perak yang semuanya tidak laku apabila sampai di puncak gunung nanti (matilah).

Apabila emas, perak, pangkat dan kuasa menjadi buruan, berleluasalah gejala sosial yang maha hebat sekarang ini. Masyarakat sudah teruk, bahana keruntuhan institusi keluarga sudah dirasai dengan meningkatnya kes bunuh, bunuh diri, penderaan, zina, pembuangan bayi dan aneka maksiat lain.

Itulah kawan fikir saya pada majlis tasawuf berkenaan berkata, semakin meningkatnya usia kita yang menghampiri kematian, kurangkanlah sedikit demi sedikit kelazatan dunia sebaliknya tingkatkan amalan ke alam sana sehingga apabila hampir ‘yakin’ (mati), dunia dapat kita tinggalkan dengan reda dengan keberuntungan akhirat seolah-olah sudah memanggil-manggil kita!

Sumber klik


http://penggalikubur96.blogspot.com

Pengorbanan Ramadhan

Oleh: lumina

"Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…


Dalam kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!
Sesungguhnya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...
Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang...

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Izinkan untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...
Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.
Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.
Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..
Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.
Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..
Memuji Nikmat Allah..
Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!
Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .
Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.
Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.
Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda mengusap rambut Basyir....
“Anak.., Ayah mu telah syahid.”
Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....
Lantas Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan Fatimah menjadi kakakmu?”...
Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Disini juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "
Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab...
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah


Marikh


MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu.”Sejuta” jawapnye “Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim.”

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. “Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment.”

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, “3 juta ringgit.”

“Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?” penemuduga bertanya.
Peguam itu menjawap, “Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh”

Khamis, 25 Ogos 2011

Jihad


Hadis Nabi saw: Dari Abu Hurairah ra berkata telah bersabda Rasulullah saw, " Barang siapa berpuasa Ramadhan dan berdiri pada malamnya dengan penuh iman dan ihtisab akan diampunkan oleh Allah swt segala dosa-dosanya yang lepas." ( Riwayat Bukhari / Muslim)

Diceritakan bahawa tiga bersaudara dari negeri Syam ikut berperang bersama tentera muslimin di dalam satu jihad menentang tentera Rom. Nasib tidak menyebelahi mereka, ketiga-tiga saudara berkenaan di tawan oleh pasukan musuh lalu dibawa sebagai tawanan perang mengadap Raja Rom ketika itu. Raja Rom meminta mereka murtad dan memeluk agama Kristian dengan ditawarkan jawatan tertinggi serta berkahwin dengan puteri baginda. Tawaran Raja Rom berkenaan mereka tolak dengan mentah-mentah.

Atas penolakkan tawaran berkenaan, Raja menjadi murka lalu memerintahkan agar api dinyalakan serta 3 kawah besar berisi minyak yang dipanaskan. Minyak yang dipanaskan itu dibiarkan mendidih selama tiga hari dan dalam waktu yang sama ketiga-tiga mereka masih lagi ditawarkan dengan tawaran berkenaan selama beberapa hari. Namun iman mereka begitu kukuh serta ketiga-tiga mereka menolak tawaran berkenaan. Raja bergitu murka lalu memerintahkan saudara tertua mereka dicampakkan ke dalam minyak panas berkenaan. Hancur luluh badannya dan gugur syahid di Jalan Allah. Kemudian diikuti pula dengan saudara yang kedua. Badannya juga hancur di dalam minyak panas berkenaan serta juga gugur syahid di Jalan Allah.

Ketika sampai pada giliran yang paling muda, dia dipujuk rayu agar meninggalkan agama Islam. Apabila dia menolak untuk berbuat demikian, Raja memerintahkan agar dia juga ditolak kedalam minyak yang panas berkenaan. Ketika itu salah seorang pegawai istana berkata, “ Tuanku, patik meminta pemuda ini diserahkan kepada patik agar patik perintahkan puteri patik merayu agar beliau meninggalkan agamanya. Semua rakyat di negeri ini mengetahui bahawa puteri patik adalah wanita tercantik di negeri ini. Patik juga memahami bahawa bangsa Arab mudah tergoda dengan wanita cantik. Raja bersetuju dengan cadangan pegawainya dan pemuda itu diserahkan kepadanya dengan diberi masa selama 40 hari.

Ketika pemuda itu berada di rumah pengawai istana berkenaan, beliau di tempatkan didalam satu bilik bersama puteri pegawai istana berkenaan. Namun selama berada di rumah pegawai istana berkenaan, pemuda berkenaan sentiasa berpuasa di siang hari, manakala pada malam hari beliau bangun menghabiskan masa bertahajud dan bermunajat kepada Allah swt. Kesan dari amalan puasa di siang hari dan bertahajud di malam hari, godaan puteri pegawai istana berkenaan tidak menggugat iman pemuda berkenaan.

Apabila hampir habis tempoh waktu yang telah diberikan, puteri berkenaan masih gagal menggoda pemuda Islam tersebut. Pegawai istana berkenaan bertanya kepada puterinya dengan katanya, “ Mengapa kamu masih gagal menukarkan agama pemuda Islam tersebut?”. Jawab puterinya memberi alasan, “ Mungkin pemuda Islam berkenaan terkenang-kenang tentang kematian kedua saudaranya. Alangkah baiknya jika ayah meminta kepada raja agar memberi tempoh masa tambahan. Dalam masa tersebut letakkan kami di satu bilik di tempat yang jauh dari sini. Di sana anakanda akan cuba menggodanya untuk kali yang terakhir.”

Pemintaan puteri pegawai istana itu dikabulkan dan kedua-dua mereka di tempatkan di satu tempat yang jauh dari istana di satu tempat yang terpencil. Namun pemuda berkenaan terus berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam. Namun puteri berkenaan gagal menggoda beliau. Di saat hampir habis tempoh tambahan waktu, bukan pemuda Islam yang tergoda dengan puteri berkenaan, sebaliknya puteri berkenaan pula yang terkesan dengan ibadat puasa dan amalan bungun malam pemuda Islam berkenaan. Akhir sekali puteri jelita itu mengakui bahawa beliau begitu kagum dengan amalan kesolehan pemuda Islam berkenaan dan kejituan iman yang ada pada pemuda tersebut . Akhirnya beliau ingin memeluk agama Islam. Bila didengari oleh pemuda Islam tersebut, maka beliau meminta agar puteri berkenaan berusaha agar mereka boleh melarikan diri dari negeri berkenaan ke negeri Syam.

Kedua-dua mereka berjaya melarikan diri dan puteri itu pun memeluk Islam serta berkahwin dengan pemuda Islam berkenaan. Pada malam perkahwinan mereka berdua, pemuda berkenaan bermimpi kedua-dua saudara lelaki beliau yang gugur syahid datang menziarahi perkahwinan beliau. Beliau bertanya kepada mereka bagaimana mereka rasai ketika diseksa oleh Raja Rom berkenaan. Mereka menjawab bahawa ianya hanya sebentar sahaja dan mereka mendapat nikmat yang besar dari Allah swt.

(Disusun semula dari kitab IrsyadulIbad)