Hei hei hei! , cukai GST bukan pendapatan ia "instant money", pendapatan negara ialah pelaburan dan eksport, apa punya bodoh artikel ni, untuk yang buta ekonomi bolehlah ditipu, wang segera yang diambil dari rakyat bukan penjana ekonomi ia perosak ekonomi, inflasi berganda, hutang meningkat, GST untuk negara maju seiring dengan GAJI MEREKA YANG TINGGI, bukan untk gaji rendah macam hamba dan terus memperbodohkan rakyat dengan artikel begini (ONLY IN MALAYSIA)
(KAU TAK BOLEH TERUS BEBANKAN RAKYAT DENGAN CUKAI - KU LI)
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Malaysia perlu segera melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menampung dana yang diperuntukkan di bawah Bajet 2012, kata firma percukaian dan audit, UHY Malaysia.
p/s : Inilah 'hadiah' kerajaan kpd rakyat iaitu cukai Baharu GST (Gasak Sampai Tertonggeng)..Sebelum ini beriya-iya mempertahankan bhawa kerajaan BN mampu utk melaksanakan Bajet Belajawan 2012 yg baru-baru shaja dibentangkan..alih2 GST pula diperlukan bg menampung dana dlm bajet 2012..tambah pula bahang PRU 13 smakin hangat shinggakan banyak bantuan2 diberikan yg dilihat sbgai gula-gula pilihanraya..Pada mereka yg tdk sedar, mreka akn gembira dgn 'durian runtuh' yg diberi..tp harus diingat!!
durian juga bermusim, tdk sntiasa berbuah..brapa lamakah pmberian & bantuan yg diumumkan akn bertahan?? Apa gunanya dgn mengumumkan kenaikan gaji tp dlm masa yg sama harga barang kian meningkat, cukai itu & ini & perlu diingat kita telah pun 'dihadiahkan' dgn cukai baru GST yg cuma ditangguh shaja dan kini GST semakin hampir bunyinya utk dilaksanakan..Akhirnya kita dipaksa membayar lebih, maka benefit & bantuan yg diberikan bakal hilang ikut jalan lain..Mungkin inilah 'kebajikan' yg mereka maksudkan..
Terima Kasih kpd B.Naik
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 13 Oktober 2011
hudud..
SubhanaAllah, Maha Suci Engkau Ya Allah yg telah menciptakan kami, dan Engkau sahaja yg Maha Mengetahui sgala jenis pencegahan dr keburukan yg teramat sesuai ntuk kami.. ^^
Inilah hasilnya bila kita yakin pd ketetapan Allah.
Inilah hasilnya bila kita yakin pd ketetapan Allah.
Rabu, 12 Oktober 2011
handphone
Sample Only |
1. Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).
2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ON’ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)
4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.
Allahuakbar..!
Kaum kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi muslim, salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.
Pada tahun 1877, pembangunan Menara Eiffel di perancis dimulakan dan memakan masa 26 tahun untuk mendirikannya. Sudah semestinya, sebelum membangunkan menara tersebut, diperlukan rancangan, plan, dan reka bentuk supaya bangunan dapat berdiri dengan baik, kuat, dan kukuh. Berat seluruh bangunan ini mencapai 9000 tan, sedangkan tinggi Menara Eiffel 321 meter dan merupakan bangunan tertinggi buatan manusia selama 40 tahun.
Rancangan, plan, dan reka bentuk menara eifel ini ditiru dan diilhamkan dari struktur reka bentuk tulang paha manusia yang kecil tapi mampu menampung berat tubuh manusia yang jauh lebih berat dari berat tulang paha.
Tidak mungkin Menara Eiffel ini berdiri sendiri atau tanpa perancangan yang rapi. Menara Eiffel sememangnya dirancang oleh seseorang sehingga hasilnya seimbang dan kukuh seperti yang kita lihat hari ini.
Kepelbagaian hidupan dari haiwan berorganisma monosel sehingga yang mempunyai trilion-trilion sel, pelbagai jenis tumbuhan, dan juga manusia. Jumlah haiwan jauh lebih banyak dari jumlah manusia, kesemua jenis haiwan dan tumbuhan ini memiliki struktur dan fungsi yang sangat rumit dan sama sekali berbeza antara satu dengan yang lainnya, sehingga manusia yang memiliki akal pun tidak dapat menirunya. Kembali pada menara, bangunan, kendaraan yang megah, semua ini pasti dirancang oleh manusia.
Manusia hanya dapat meniru hakikat alam yang telah sediaada. Ciptaan hasil manusia tidak dapat menandingi seperti hasil ciptaan Allah.
Manusia membuat helikopter dengan meniru struktur dan fungsi badan pepatung, akan tetapi kemampuan terbang helikopter jauh di bawah kemampuan pepatung.
Manusia mengambil contoh tangan manusia untuk membuat Robot Tangan, tapi kemampuan robot tangan masih jauh dibawah kemampuan tangan manusia itu sendiri.
Burung helang memiliki mata yang tajam tajam dengan sudut pandangannya 300° dan dapat memperbesarkan pandangannya sebanyak 6-8x lebih besar dari penglihatan normalnya. Ketika terbang pada ketinggian 4300 meter, helang dapat memantau 30,000 hektar kawasan disekelilingnya. Dari ketinggian 1500 meter, helang dapat melihat gerakan atau perbezaan warna dengan terperinci untuk menentukan lokasi mangsanya.
Daya penglihatan yang tajam ini disebabkankan banyaknya sel kerucut peka cahaya di retina matanya. Sel-sel tersebut menerima cahaya dan menghantarkan imej tersebut ke otak. Sementara sel kerucut pada manusia jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan helang. Tentunya semua ini telah dirancang oleh Allah Sang Pencipta.
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada satu binatang melatapun melainkan Allah lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(QS. 11 Huud:56)
Manusia dapat meniru ciptaan pada lumba-lumba dan kerang untuk dijadikankan asas idea pada kapal selam, dan meniru kerang laut untuk membuat porselin, atau meniru ciptaan Allah yang lainnya, tetapi rancangan Allah tetap jauh lebih baik dibandingkan dengan rancangan manusia.
Seramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.
Seramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.
Jika seramik porselin buatan manusia itu jatuh dan pecah, seramik porselin tersebut tidak akan dapat memperbaiki dirinya sendiri yang pecah, sedangkan kerang laut mempunyai sistem badan yang luar biasa sehingga mampu untuk memperbaiki bahagian kerang yang rosak.
Apakah seramik porselin wujud sendirinya tanpa direka dan dicipta oleh manusia? Bagaimana dengan ciptaan cemhkerang kerang laut yang dapat membaiki dirinya sendiri jika pecah serta jauh lebih kuat, lebih cantik warnanya, lebih indah bentuknya dibandingkan dengan buatan manusia? Siapa yang mencipta nya?
Manusia memang dapat mencipta komposit tiruan untuk bahan polimer yang dapat memperbarui diri jika rosak, tetapi komposit tiruan buatan manusia jauh lebih lemah dibandingkan dengan apa yang ada di alam ini. Kita ambil 1 contoh dari banyak contoh saja iaitu kulit buaya.
Ciptaan yang sempurna pada haiwan, manusia dan alam ini menunjukan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana diungkapkan di dalam Al-Qur’an:
Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini.
(QS. 45 Al-Jaatsiyah:4)
Bagaimana dengan ciptaan yang ada pada berjuta-juta haiwan yang lain diseluruh muka bumi ini yang memiliki fungsi dan rekabentuk yang berbeza antara haiwan yang sejenis dan dengan jenis haiwan lainnya?
Adakah ini semua tercipta dan terjadi dengan sendirinya tanpa disengajakan?
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya.
(QS.2: 164)
Otak manusia terdiri dan tersusun dari sekitar 10,000,000,000,000 saraf, saraf-saraf ini berhubung antara 1 sama lain melalui 100,000,000,000 sambungan. Jumlah 100,000,000,000 ini adalah jumlah yang jauh diluar pemahaman kita. Semua maklumat dan data ke otak dan dari otak bergerak dengan kelajuan yang sangat mengagumkan iaitu pada kelajuan 320 km/jam.
Sel-sel saraf penghubung otak dan bahagian tubuh lainnya menyerupai jalan lebuh raya yang membawa maklumat antara tubuh dan otak. Setiap saat, tubuh kita membawa lalu lintas yang sangat sibuk dan padat didalamnya. Ribuan aktiviti yang berbeza saling datang dan pergi dari otak hanya dalam tempoh masa satu saat sahaja. Antara 100,000 hingga 1,000,000 reaksi kimia terjadi didalam otak kita hanya dalam tempoh 1 minit sahaja.
Ketika saudara membaca tulisan ini, ratusan maklumat sedang keluar masuk antara otak dan otot saudara setiap 0.001 detik. Ratusan pesan ini meliputi informasi tentang apa yang saudara lihat, baca, memahami apa yang saudara baca, degupan jantung, bernafas, kedipan mata, pertumbuhan rambut kepala, menghidu persekitaran dan pendengaran telinga.
Untuk menjelaskan perincian 1 kegiatan yang dilakukan oleh otak, saudara memerlukan berjuta-juta halaman kertas untuk menerangkan tindak balas kimia ini. Bagaimana jika 100,000 kegiatan berlaku dalam 1 saat? Berapa juta helaian kertas yang saudara perlukan untuk menulis semuanya dalam 1 saat saja?
1 kesalahan di dalam tindak balas kimia ini mengakibatkan ketidak imbangan kegiatan tubuh saudara. Namun Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna, dan sebagai balasan hendaklah kita bersyukur pada Allah yang telah menciptakan dan memberi kita nikmat yang tak dapat dihitung oleh manusia.
10 trilion saraf otak
Dapatkah kita membuat susunan kabel elektrik yang berjumlah 10,000,000,000,000 kabel tanpa terdapat sedikitpun kesalahan selama bekerja 24 jam sehari tanpa henti sepanjang masa? Adakah ini semua tidak memerlukan perancangan?
Bagaimana pula dengan penciptaan anggota badan yang lainnya seperti mata, jantung, kulit, paru-paru, hati, telinga, lidah, saluran pencernaan, tulang, otot, sendi, saraf dan lain-lain anggota? Adakah ini juga tidak memerlukan perancangan? Siapa yang merangcang semua ini?
Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.
(QS.82: 6-8)
Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?
Demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala sesuatu.
(QS.6 Al-An’am:102)
Dalam Al-Qur’an, manusia diciptakan dengan sempurna termasuklah keseimbangan tubuhnya. Dengan akal kita, janganlah kita hendak disamakan dengan haiwan yang tidak memiliki akal. Manusia dahulunya tidak pandai membuat pesawat, tetapi sekarang mampu untuk mencipta pesawat yang merentasi antara benua dan bahkan mampu membuat pesawat yang bergerak ke luar angkasa dengan menggunakan kawalan jauh.
Sedangkan monyet, yang dikenali sebagai monyet sejak dari dulu lagi tetap tidak malu bertelanjang bulat tanpa baju, hanya bertepuk tangan dan diberi makan pisang atau kacang oleh manusia. Tidak pernah wujud monyet yang dapat mencipta mahupun meniru kapal terbang atau roket angkasa.
Oleh sebab itu, janganlah kita sebagai manusia disamakan dengan binatang.
Pengkhotbah 3:19 Kerana nasib manusia adalah sama dengan nasib binatang, nasib yang sama menimpa mereka; sebagaimana yang satu mati, demikian juga yang lain. Kedua-duanya mempunyai nafas yang sama, dan manusia tidak mempunyai kelebihan atas binatang, kerana segala sesuatu adalah sia-sia.
(Christian Bible, King James Version, Ecclesiastes 3:19)
Begitu pula dengan alam semesta termasuk dengan segala isinya, bumi, matahari, bulan, air, udara, tanah, atmosfera, manusia, haiwan, tumbuhan, dan seluruh alam semesta raya ini terdapat keseimbangan, kesempurnaan, saling melengkapi dan ketelitian di setiap sudut.
Tidak mungkin alam semesta dan segala isinya ini wujud secara tiba-tiba tanpa pencipta, padahal alam semesta, haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri memiliki struktur dan fungsi yang jauh lebih rumit dan jauh lebih sulit daripada struktur Menara Eiffel atau ciptaan lain buatan manusia.
Video di bawah menunjukkan betapa luasnya alam semesta ini. Manusia bagaikan debu malah lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan alam ciptaan tuhan.
Video di bawah menunjukkan betapa luasnya alam semesta ini. Manusia bagaikan debu malah lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan alam ciptaan tuhan.
Popout
Penciptaan alam ini memerlukan kekuatan yang Maha Kuasa untuk menciptakannya dan Yang Maha Kuasa itu haruslah terdiri daripada 1 tuhan sahaja kerana tidak mungkin wujudnya 2 Tuhan, apatah lagi 3 Tuhan bekerja sama dengan makhluk ciptaan-Nya dalam membangunkan alam semesta ini.
Semua ukuran di alam semesta ini telah dibuat dengan ukuran yang amat teliti dan tepat. Jika terdapat kekurangan atau kelebihan sedikit pun, ini akan mengakibatkan bencana yang luar biasa. Dapat dibayangkan jika terdapat 2 tuhan yang memiliki 2 perancangan yang berbeza? Tentu planet-planet, bintang-bintang dan segala isinya akan berlaga. Dengan akal yang kita miliki, kita dapat memastikan bahawa tuhan itu hanyalah satu.
Indah dan tersusun ciptaan Allah
Dan Allah telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Allah telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Allah tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.
(QS.15:19-21)
Yang kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi Allah dalam kekuasaan, dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan dai menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-serapinya.
(QS.25:2)
Allah berfirman: “janganlah kamu menyembah tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut”.
(QS.14 An-Nahl:51)
Jelas sekali bahawa Allah itu Maha Teliti dalam menghitung kesemua ciptaannya, tidak mungkin Allah tersalah hitungan dalam matematik atau yang lebih rumit seperti gabungan antara fizik, kimia, biologi bahkan dalam segalanya.
Berbalik kepada kata-kata “ukuran yang serapi-rapinya, ketelitian dan kesempurnaan”, bagaimana kesalahan bilangan dan matematik di dalam alkitab Kristian? Adakah beberapa kesalahan hitungan dari beribu-ribu kesalahan di dalam alkitab Kristian adalah dilakukan oleh Tuhan?
Fikirkanlah segala sesuatu yang telah diberikan oleh Allah kepada saudara. Saudara tinggal di bumi yang telah dirancang dan diciptakan khusus untuk kita. Kita tidak melakukan apapun untuk lahir ke dunia ini, dan kita tidak melakukan apapun diantara perjalanan alam semesta ini. Kita sekadar lahir, membuka mata dan mendapati kita berada ditengah-tengah segenap kenikmatan alam.
Kita dapat melihat, mendengar, merasa, mencium, mengecap rasa atas kehendak Allah yang menciptakan kita. Dan Allah tidak meminta wang untuk menyewa tubuh ini, meminta bayaran atas oksigen yang kita hirup, meminta bayaran di atas air, makanan dan tanah yang kita gunakan. Allah hanya meminta kita bersyukur, dan sebetulnya rasa syukur ini untuk kebaikan diri dan jiwa kita sendiri.
QS.16 An-Nahl:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
Rasa syukur kita kepada Allah ini untuk kebaikan kita sendiri, dan Allah tidaklah pernah menarik rasa terima kasih dari manusia kerana meskipun seluruh manusia ingkar dan derhaka kepada Allah.
Dengan akal, janganlah sampai kita keliru menyembah Tuhan. Jika kita keliru menyembah Tuhan tanpa berfikir menggunakan akal terlebih dahulu, ini bererti kita tidak tahu berterima kasih kerana kita telah diberikan akal namun tidak digunakan, kita telah diberi banyak sekali nikmat namun kita keliru dalam berterima kasih kepada yang bukan Tuhan.
Bersyukurlah atas segala nikmat yang tidak terhingga
Dan ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua orang tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hak-ku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.
(QS.5 Al-Maa’idah:116)
sumber: by Zharif Alimin
Membazir tahap gaban...!!!
Minggu ini kita akan lebih banyak didedahkan dengan angka RM1 juta, RM2 juta dan berjuta-juta. Terbaru, kerajaan Malaysia telah bayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media. Jawapan ini didedahkan dalam Dewan rakyat. Dalam pada masa yang sama, syarikat perunding ini sedang disiasat oleh pengawal media Britain. Kenapa syarikat ini disiasat?
Mengikut undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita yang mana telah melangar etika media. Sangat bagus undang-undang Britain ini dan paling penting pelaksanaannya. Manakala kita pula pergi membayar sejumlah wang negara kepada FBC Media untuk naikkan nama Malaysia.
- Tak cukup dengan khidmat syarikat perunding, APCO Worldwide
- Sekarang ini kita lantik pula lagi syarikat perunding seperti FBC Media
Pada asalnya, mengikut laporan Bernama & TheMalaysianInsider pada 18 Ogos 2011, Datuk Seri Najib enggan mengulas lanjut tentang pada masa itu masih lagi dakwaan mengatakan kerajaan ada membayar jutaan ringgit untuk mendapat khidmat FBC media bagi menaikkan nama Malaysia.
Tetapi akhirnya kerajaan Malaysia mengakui menggunakan khidmat syarikat perunding, FBC Media. Sekarang ini Kerajaan Malaysia dah tamatkan kontrak selepas mendapat publisiti meluas di Malaysia.
Kenapa kita bazirkan wang negara semata-mata untuk naikkan nama & mendapatkan publisiti Malaysia? Nak negara lain pandang Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu “dihormati” adalah dengan cara :
- Urus tadbir kerajaan dengan baik
- KHapuskan gejala rasuah
- Kurangkan monopoli dalam negara
- Media arus perdana mestilah seimbang, jangan berat sebelah
- Kurangkan pembaziran wang & dana negara
- Elak agihkan kekayaan negara kepada sekelompok golongan kaya di Malaysia sahaja
- Amalkan demokrasi yang sebenar, bukan
- Keputusan mahkamah jangan ada campurtangan politik
- Pihak berkuasa pula perlu berlaku adil mekasanakan tugas tanpa mengira latarbelakang tertuduh. Salah tetap salah
Kalau begini, jadinya. Barulah Malaysia ada “magnet”, pelabur sendiri akan lebih berminat untuk datang ke Malaysia dan kami beranggapan media asing akan membuat liputan lebih banyak mengenai Malaysia jika kita memberikan contoh terbaik kepada negara lain. Tak perlu nak bayar berjuta-juta. D
Berdasarkan rekod kerajaan Malaysia bayar RM57.7 juta untuk tempoh 2008, 2009 dan RM83.8 juta selama 3 tahun untuk pemimpin-pemimpin Malaysia kerap muncul di mana-mana siaran televisyen global untuk tujuan wawancara contohnya
Bayangkan dengan sejumlah wang yang sebegitu besar, sekitar RM80 kalau dibelanjakan untuk pembangunan negara:
- berapa banyak sekolah dapat dibina?
- berapa banyak klinik dapat didirikan?
Sebenarnya dalam hidup ini mudah sahaja. Kalau kita nak orang lain hormat prinsip kita, kita kena hormat prinsip orang lain juga. Sama juga dalam pemerintahan. Kalau kita tidak hormat undang-undang negara lain, macammana negara lain nak hormat undang-undang negara kita? Sudah terbukti kerajaan Britain tidak gemarkan budaya dan cara penyampaian media sebegini rupa, adakah kerajaan Malaysia tak buat semakan ketika menganugerahkan kontrak kepada syarikat perunding, FBC Media? Atau kerajaan Malaysia sebenarnya hanya ada sejumlah dana dan “campakkan” sahaja kepada FBC Media :
FBC Media, kami (kerajaan Malaysia) dah bayar. Kamu nak buat, kamu punya suka. Yang penting kami tahu imej kami sebagai pemimpin dan nama Malaysia naik
Adakah begitu caranya? Kami tidak buat laporan yang tidak bertanggungjawab, ia adalah jawapan hansard dalam parlimen :
“Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media,” katanya. Bagaimanapun menurut Najib kerajaan tidak mempunyai kawalan berhubung bila sesuatu rancangan itu disiarkan.“Ia merupakan tanggungjawap FBC Media mendapatkan masa penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini. “Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC,” kata Najib. (Malaysiakini)
P/S : Apa pendapat anda apabila sekali wang negara digunakan dan dibayar kepada syarikat perunding, FBC Media untuk tujuan menaikkan nama negara kita, Malaysia?
sumber: beritasemasa.com
Langgan:
Catatan (Atom)