Khamis, 13 Oktober 2011

potong kuku sunnah Nabi 2





barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

Alam

kredit to shahrul nizam KMPk





Nantikan kemunculannya..! GSTT? GST?

Hei hei hei! , cukai GST bukan pendapatan ia "instant money", pendapatan negara ialah pelaburan dan eksport, apa punya bodoh artikel ni, untuk yang buta ekonomi bolehlah ditipu, wang segera yang diambil dari rakyat bukan penjana ekonomi ia perosak ekonomi, inflasi berganda, hutang meningkat, GST untuk negara maju seiring dengan GAJI MEREKA YANG TINGGI, bukan untk gaji rendah macam hamba dan terus memperbodohkan rakyat dengan artikel begini (ONLY IN MALAYSIA)

(KAU TAK BOLEH TERUS BEBANKAN RAKYAT DENGAN CUKAI - KU LI)


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Malaysia perlu segera melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menampung dana yang diperuntukkan di bawah Bajet 2012, kata firma percukaian dan audit, UHY Malaysia.

p/s : Inilah 'hadiah' kerajaan kpd rakyat iaitu cukai Baharu GST (Gasak Sampai Tertonggeng)..Sebelum ini beriya-iya mempertahankan bhawa kerajaan BN mampu utk melaksanakan Bajet Belajawan 2012 yg baru-baru shaja dibentangkan..alih2 GST pula diperlukan bg menampung dana dlm bajet 2012..tambah pula bahang PRU 13 smakin hangat shinggakan banyak bantuan2 diberikan yg dilihat sbgai gula-gula pilihanraya..Pada mereka yg tdk sedar, mreka akn gembira dgn 'durian runtuh' yg diberi..tp harus diingat!! 



durian juga bermusim, tdk sntiasa berbuah..brapa lamakah pmberian & bantuan yg diumumkan akn bertahan?? Apa gunanya dgn mengumumkan kenaikan gaji tp dlm masa yg sama harga barang kian meningkat, cukai itu & ini & perlu diingat kita telah pun 'dihadiahkan' dgn cukai baru GST yg cuma ditangguh shaja dan kini GST semakin hampir bunyinya utk dilaksanakan..Akhirnya kita dipaksa membayar lebih, maka benefit & bantuan yg diberikan bakal hilang ikut jalan lain..Mungkin inilah 'kebajikan' yg mereka maksudkan..


Terima Kasih kpd B.Naik

hudud..

SubhanaAllah, Maha Suci Engkau Ya Allah yg telah menciptakan kami, dan Engkau sahaja yg Maha Mengetahui sgala jenis pencegahan dr keburukan yg teramat sesuai ntuk kami.. ^^

Inilah hasilnya bila kita yakin pd ketetapan Allah.




Rabu, 12 Oktober 2011

handphone


Sample Only
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya:

1. Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ON’ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.