Jumaat, 21 Oktober 2011

RIBA'-----> masuk NERAKA!!!! nauzubillah....!!!

Oleh: ismanusa

"Gerakan Occupy Wall Street semakin mendapat perhatian dan mungkin merebak keseluruh dunia. Krisis ekonomi global sekarang ini menonjolkan penindasan, kerapuhan dan ketaktentuan terhadap sistem ekonomi riba-kapitalis. Ketidakadilan terserlah apabila kerajaan-kerajaan bersedia menyelamatkan bank dan instituisi kewangan yang gagal dengan wang rakyat akibat kerakusan mereka sendiri, tetapi sebaliknya tiada yang berusaha menyelamatkan nasib beribu-ribu rakyat biasa yang kehilangan tempat tinggal dan wang simpanan mereka.

Golongan biasa rakyat Amerika sekarang memberontak meminta mereka diberi layanan yang sama seperti gergasi perbankan dalam kadar pinjaman mereka. Peminjam ini kebanyakannya pinjaman pendidikan tidak dapat pertimbangan pengurangan kadar interest pinjaman kolej mereka; tidak seperti dinikmati oleh syarikat koperat yang mendapat berbagai keistemewaan dan pengecualian.  Akhirnya ia membuahkan hutang yang diluar kemampuan mereka. Sesiapa yang tamat belajar dari kolej akan mempunyai hutang yang mengambil masa berdekad untuk dilunaskan. Purata USD23,000 seorang pelajar; sesiapa yang mengambil ijazah profesional mencecah bebanan enam angka! Inilah bebanan yang menimpa generasi muda Amerika akibat kezaliman sistem riba-kapitalis dan menyebabkan mereka bangkit memberontak dihadapan mercu tanda kapitalis dunia itu sendiri - wall street. Bencana seperti ini juga menimpa setiap generasi muda yang tamat pendidikan tinggi dinegara kita!

Walaupun negara kita mengembar-gemburkan mengamalkan kewangan Islam tapi hakikatnya ia adalah pembohongan atas nama Islam. Ia lebih kepada pelengkap kepada sistem Kapitalis; bahkan lebih menonjolkan ketidak adilan kepada rakyat yang terdesak. Baru-baru ini seorang rakan menceritakan kepada saya bahawa beliau membuat pinjaman peribadi secara islamik, pinjaman ekpress dengan kaedah syariah dinamakan Financing-i. Prosedurnya amat mudah, dalam masa 2 hari sahaja beliau mendapat pinjamannya sebanyak RM5,000. Tetapi amat mengejutkan kadar 'keuntungan' yang dikenakan adalah 25% setahun dan dalam masa 5 tahun pinjamannya jumlah penyelesaiannya mencecah RM11,250! Ini merupakan satu omokan terhadap keadilan Islam!

Padahal dalam al-Quran dengan jelas menyatakan, penambahan hutang akibat penambahan tempoh masa adalah jelas riba;

"Hai orang-orang yang beriman) janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." ( QS. Ali Imran:130)

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini berkata, Allah Ta'ala melarang hamba-hamba-Nya kaum mukminin dari praktik dan memakan riba yang senantiasa berlipat ganda. Dahulu orang-orang jahiliyyah bila hutang sudah lebih tempoh, mereka berkata kepada yang berhutang, 'Engkau menjelaskan hutangmu atau membayar riba.' Bila ia tidak menjelaskannya, maka pemberi hutangpun menundanya dan orang yang berhutang menambah jumlah pembayarannya. Demikianlah setiap tahun; sehingga hutang yang sedikit menjadi berlipat ganda besar jumlahnya. Dan pada ayat ini Allah Ta'ala memerintahkan hamba-Nya untuk senantiasa bertakwa agar mereka selamat di dunia dan di akhirat.

Baru-baru ini juga saya terdengar dalam radio Ikim tentang porak puranda menimpa masyarakat akibat penindasan bank kapitalis ini. Nasib seorang lelaki yang hidupnya bahagia tiba-tiba berubah selepas beliau mengalami kemalangan motorsikal dan terpaksa berehat dari bekerja dalam tempoh yang lama. Masalahnya bermula apabila beliau tidak mampu menjelaskan bayaran pinjaman perumahan akibat tidak bekerja dan di istiharkan bengkrap oleh mahkamah. Seterusnya beliau terpaksa juga dimasukan penjara kerana tidak mampu juga membayar jumlah yang ditetapkan mahkamah dan menyebabkan rumah tangganya porak peranda. Masalahnya mungkin beliau gagal menyelesaikan pinjaman mungkin hanya RM100,000 tapi kisahnya berlainan jika beliau membuat pinjaman hutang RM1 billion atau RM7 billion; maka pihak berkuasa sedaya upaya akan memberi bantuan, bahkan mungkin mahkamah sendiri akan mempertahankan beliau...

Pernah saya bertanya kepada seorang pengurus perbankan Islam terkemuka, bagaimanakah sistem perbankan Islam menetapkan kadar keuntungan? Beliau mengatakan tidak pasti, beliau hanya membuat pengiraan berdasarkan tetapan yang dibuat oleh perisian komputer dan kadarnya adalah selaras dengan jumlah pasaran semasa. Perbezaannya hanyalah dari segi terma-terma instrument kewangan. Sebenarnya setakat ini tidak adapun rumusan formula yang berdasarkan Syariah. Semua ekonomi berdasarkan sistem kapitalis, yang menetapkan kadar keuntungan akan bertambah apabila bertambahnya masa. Semuanya berdasarkan formulasi Time Value Money.

Krisis kapitalis dan kononnya perbankan syariah hari ini ialah kerana mereka tidak percaya bahawa riba itu bukan perniagaan, pinjaman ialah jumlah hutang yang tidak bertambah dengan masa dan sedekah lah yang sebenarnya mengembangkan ekonomi!

Perbankan Syariah cuba berselindung bahawa pinjaman itu adalah perniagaan, tetapi kalau perniagaan mereka mesti menanggung untung rugi bukan mengaut keuntungan semata-mata. Khilafah Islam telah membuktikan dan tersurat dalam sejarah apabila kewangan Islam dijalankan sepenuhnya; kemiskinan berjaya dihapuskan secara total. Kita cabar kapitalis ini tunjukkan modelnya yang kemiskinan boleh dihapuskan...hakikat sebenarnya kekayaan yang mereka maksudkan ialah hutang..debt based money system...hutang itu mereka cagarkan keatas kepala rakyat dan negara..NAH INILAH PEMBANGUNAN YANG KAMU MINTA!

Allah dan Rasulnya telah lama mengistiharkan perang terhadap Riba-Kapitalis, apakah yang menghalang kita untuk turun berjuang?

"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." (Al-Baqarah 2:279)

kaya vs miskin

Oleh: papabran

"Assalamualaikum, Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.

Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan keperluan asas atau kehendak lain, wajib diperoleh dengan cara halal. Kemiskinan bukan alasan untuk menghalalkan perbuatan yang salah.

Seperti selalu dengar dari ceramah seorang ustaz atau nama manja ayah ku, apa guna jika kaya bilik perkakasan mahal, bilik mandi cantik makanan sedap-sedap, tetapi apabila bangun malam hanya untuk kencing, tanpa melakukan sesuatu tanda bersyukur diatas pemberiaan-Nya ( Allah swt ).

Dari kisah nabi, ianya diceritakan oleh Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?” Nabi Ayub mejawab “Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut iaitu :

1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.

2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja.

3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat.

4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.

5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

Pesanan : Beringatlah kepada yang memberi rasuah atau pun menerima rasuah, jika anda ada anak bini dimanakah wang rasuah anda akan belanjakan? jangan nanti bila anda dah tua berkata, Mak kenapa anak kita jadi lalai or seangkatan, anda menyesal dengan apa yang pernah anda belanjakan pada keluarga anda adalah rezeki yang tidak halal dan tidak diberkati Allah swt.

Sama-samalah kita memperbetulkan apa yang tidak betul dan dilarang dalam agama islam sendiri biarlah orang atas nak makan rasuah. Kita sebagai orang bawah, jika berpegang pada agama islam selamat dunia and akhirat "
 

solat hajat

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya.

Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal.

Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah.

Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak.

Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan.

Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya.

Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.

Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan.

Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada sayarozex_3056@yahoo.com.my .

Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya. 

waktu koje guru

"Pengumuman kononnya ‘berita gembira’ PM dan TPM kepada guru pada 16hb Mei 2011 dahulu ini menzahirkan sifat  mereka yang tidak ‘apolitical’ dan mengelirukan orang ramai. Hanya 1.53% sahaja guru dari 520,000 orang guru seluruh negara yang menikmati berita gembira versi PM dan TPM ini.

98.5%  akan kekal sebagai golongan yang akan memijak kepala, menikam dari belakang dan menindas kawan rakan sendiri demi untuk menikmati peluang ‘tulang ikan’ yang dicampak oleh PM dan TPM kepada warga guru. Mereka pembohong – dulu,kini dan selamanya.

Di Malaysia, (Negara Boleh)  profesion perguruan adalah satu profesion yang paling unik. Guru  tidak mengetahui masa bekerja mereka. Mereka hanya maklum perlunya datang  sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula. Adapun waktu pulang/habis kerja, semua guru tidak berupaya memberikan jawapannya. Pihak kementerian pula hanya buat ‘tak tahu’sahaja.
Keluhan dan rintihan guru seringkali kedengaran sehingga ada pihak yang iri hati. Kepada mereka kerja guru adalah senang dan banyak cuti. Tetapi yang pelik dan ajaib kepada mereka yang berpendapat sebeginiialah mereka  tidak ingin untuk menjadi guru. Kami ingin mencadangkan tuan/puan menyelami dan membuat pemerhatian kerja kami dalam masa seminggu dan membuat rumusan sama ada  sibuk atau tidaknya kami dalam melaksanakan tugas yang sebahagian besar (bukan kecil) adalah bukan tugas asasi kami iaitu mengajar. Sudah beberapa kali dan di bawah beberapa orang menteri membuat kajian dan laporan kononnya mengkaji beban tugas guru tetapi sehingga kini tiada tindakan yang diambil untuk mengatasi beban guru. Malah pihak kementerian bukan meringan tetapi menambahkan lagi beban yang sudah sedia ada. Mutakhir ialah program memperkasakan ko kurikulum, satu pelajar satu sukan dan guru dipaksa menulis refleksi dengan pen merah atau pen hitan (arahan sentiasa bertukar warna pen).
Apakah kesudahan kajian beban tugas guru yang sudah tiga kali dibuat oleh para bijak pandai di atas sana? Isu ini akan di ‘play down’ lagi oleh mereka yang berkenaan apabila pihak kesatuan guru (yang hanya memperjuangkan kategori guru tertentu sahaja) bersuara. Seperti biasa, ia akan kecoh untuk beberapa jam dan selepas itu senyap di bawa angin dengan kelicikan minda pihak yang berkenaan. Para penguasa pun lega hati. Guru terus makan hati.
Benarkah guru kerja dari jam 7.30 hingga 1.00 petang. Mungkin ya bagi sekolah rendah tetapi bagi sekolah menengah kami bekerja dari seawal 7.20 am sehingga - kami pun tidak tahu jam berapa walaupun secara amnya kami balik jam 2.30 pm. Terdapat sekolah dimana Pengetuanya mengarahkan guru balik hanya selepas jam 3 petang. Kakitangan kerajaan yang lain bekerja dari 8.00am sehingga 5.00 pm iaitu Sembilan jam dan bersamaan dengan 45 jam seminggu. Adakah tuan/puan rasa kami bekerja kurang atau lebih dari 45 jam seminggu?  Jadual di bawah ini menerangkan dengan lebih jelas jangkamasa kerja guru di sekolah menengah (bulanan).


JADUAL JANGKAMASA KERJA GURU SEBULAN
Hari
Waktu
Perkara
Jumlah (Jam) x 4 minggu
Catatan
Isnin
7.20am – 2.30pm
Hari kerja biasa
7

Selasa
7.20am – 2.30pm
Hari kerja biasa
7

Rabu
7.20am – 4.30pm
Hari kerja biasa + aktiviti Ko kurikulum
9
Terdapat sekolah yang memperuntukkan 2 hari untuk aktiviti Koku.
Khamis
7.20am – 2.30pm
Hari kerja biasa

Jumaat
7.20am – 12.00pm
Hari kerja biasa
 5

Jumlah Sebulan


35jam x 4 minggu = 140

Sabtu ke 2 dan ke 4 sahaja
8.00am – 1.00pm

LADAP, Perkhemahan, Mesyuarat, Kursus, Kelas Tambahan, Gotong Royong, Program-program khas seperti Hari Pertemuan PIBG.

5 jam x 2 kali sabtu
=10 jam
Guru dipaksa merancang dan mengadakan program bukan dengan kehendak mereka!
Mingguan
Semasa, selepas waktu persekolahan
Memeriksa kerja/buku pelajar, persediaan soalan ujian/ peperiksaan, buku  rekod dan pesediaan kelas
5 jam seminggu x 4 minggu = 20 jam

Aktiviti lain sepanjang Isnin – Jumaat.
3.00pm – 5.00pm atau sehingga 6.00pm
Kelas tambahan dan berpuluh-puluh jenis mesyuarat seperti Mesyuarat Bidang, Panatia, HEM, KoKu, Disiplin, AJK2, latihan sukan dll.
4 jam  (atau lebih tetapi tidak kurang) x 4 minggu = 16 jam
Aktiviti ini bergantung kepada pihak pentadbir dan lazimnya wujud setiap minggu sekurang-kurangnya sekali
Aktiviti Tahunan
4 hari = 96 jam
Perkhemahan Koku, Kaunseling, lawatan dan aktiviti HEM di mana Guru dipaksa tidur di tapak perkhemahan
96 jam/12 bulan = 8 jam

Jumlah jam keseluruhan (Bulanan)


140 + 10 + 8 + 16+8 =182 jam
Jumlah ini bukan konklusif kerana waktu program adalah tidak tetap.


Purata Masa Bekerja Seminggu
178 /4 minggu= 45.5 jam


Dari jadual di atas, kita dapati guru bekerja lebih lama dari mereka yang bekerja waktu pejabat. Perlu difahami bahawa jangkamasa waktu yang dipaparkan di dalam jadual adalah anggaran sederhana sahaja. Realitinya guru memperuntukkan masa yang lebih lama dari yang dicatatkan di dalam jadual. Guru yang sejati akan membawa pulang kerja mereka ke rumah khususnya buku-buku latihan para pelajar untuk diperiksa. 

Pihak kementerian memberi kebenaran untuk pihak sekolah/pengetau mengarah guru bekerja pada dua kali sabtu dalam sebulan di atas rasional yang tidak kita ketahui dan fahami. Tetapi itu bukanlah satu kemestian. Malangnya pihak pengetua memaksimakan penggunaan kedua-dua sabtu (selah-olah ianya wajib) tersebut untuk memaksa guru hadir ke sekolah bagi melaksanakan tugas yang sebahagiannya bukan tugas guru seperti gotong-royong, melukis mural, mereka bentuk lanskap sekolah, mengecat kelas, kursus-kusus dalaman yang membosankan (termasuk LADAP) seperti  ‘team-building’ dan sebagainya. Tetapi mereka yang berkepentingan (pengampu)  akan berhujah bahwa guru  menikmati cuti penggal persekolahan sebagaimana pelajar sekolah.


Kita ingin maklumkan bahawa oleh kerana gaji guru sebagai ‘kuli berijazah’ adalah kecil, maka mereka terpaksa mencari duit lebih seperti menjadi pemeriksa dan ‘invigilator’ untuk peperiksaan awam seperti SPM atau STPM. Oleh itu mereka bekerja dalam cuti. Perlu difahami sifat kerja guru adalah berlainan khususnya  dari sudut psikologi. Setiap hari guru tidak melakukan kerja yang sama sepertimana profesion lain. Guru mengajar topic atau tajuk yang berlainan dengan pendekatan dan kaedah yang berlainan. Melayan karenan pelajar yang tidak boleh dipukul dan dimarahi sebarangan kerana kekangan peraturan dan undang-undang. 

Ini memberi kesan psikologi yang mendalam kepada minda mereka.  Guru bukan sahaja bekerja di dalam pejabat, kelas, padang malah juga dalam hutan seperti dalam kegiatan ko kurikulum yang melibatkan jungle trekking. Guru dipaksa menjadi ‘nanny’ atau penjaga budak kepada semua pelajar dibawah tanggungjawab pengajaran mereka. Setiap guru mesti mengetahui kepandaian,kelemahan, kecenderungan dan keistimewaan 130 -150 pelajar mereka. Ini semua adalah kerja yang amat rumit dan memerlukan masa tumpuan dan komitmen yang amat tinggi. 

Guru bertanggungjawab menyalur ilmu kepada para pelajar dan setiap hari tugas mereka adalah tidak sama dalam konteks penyaluran ilmu yang berbeza kepada pelajar??!  Oleh itu fenomena ‘stress’, ‘tension’ dan ‘burn out’ tidak dapat dielakkan. Kita amat yakin pihak kementerian maklum tentang perkara ini. Malah kita yakin  Menteri atau Ketua Pengarah Pelajaran pun tidak akan mampu melakukan perkara ini walaupun mereka dinobatkan kononnya sebagai orang yang hebat??!!!

sangat bahaya


Jika anda merancang untuk melancong bersendirian untuk menenangkan diri atau mengelakkan diri daripada masalah kerja dan sebagainya,pastikan anda tidak memilih destinasi-destinasi seperti dibawah ini kerana apabila anda sampai disana sahaja, anda bersedialah dengan bahaya yang bakal menimpa diri anda. Ini kerana bandar-bandar yang akan disebutkan ini merupakan sebuah tempat penuh bahaya kerana kadar jenayahnya adalah sangat tinggi dan cukup mengejutkan. Nak tahu bandar mana..


10. Bangkok, Thailand
Thailaand merupakan pengeluar candu serta heroin utama di dunia dan sebahagian besar perdagangan haram ini berlakuu di ibukota Bangkok. Statistik pada tahun 2009 sahaja menunjukkan sebanyak 20,000 serangan, 13,500 kes kecurian dan 5,000 kes pembunuhan telah berlaku disini. Dan mungkin disebabkan itu ia berada pada tangga teratas jenayah paling tinggi di Asia Tenggara sehingga membuatkan ia termasuk dalam senarai top10 ini.


bandar_paling_bahaya (8) 9. Guatemala City, Guatemala
Kerajaan disana tersangatlah keji kerana mereka juga mendapat bayaran atau sogokan daripada pengusaha/penjual dadah disana. Bandar Guatemala merupakan zon panas yang paling top di Amerika Selatan ini kerana ia merupakan sebuah tempat penuh dengan penyeludup dadah dan geng perusuh luar. Dengan kadar jenayah yang tinggi di ibukota ini membuatkan ramai pengujung/pelancong menjadi mangsa kepada rompakan, rogol serta pembunuhan. Jika anda berjalan-jalan disana pada waktu malam, janganlah cuba-cuba untuk membawa dompet ataupun barang kemas ..confirm anda akan balik dengan tangan kosong~

bandar_paling_bahaya (1) 8. Baghdad, Iraq
Tidak kisahlah anda siapa, sudah pasti anda tidak akan berasa selamat di Iraq. Ia adalah negara yang hancur sama sekali disebabkan kadar keganasan serta jenayah yang agak tinggi disana. Sejak perang pada 2003 meletus, AS telah menyebabkan perang saudara yang amat dasyat dikalangan mereka. Lebih daripada 650,000 telah terkorban dalam sengketa ini. Al-Qaeda serta puak Kurdish merupakan dalang pada segala kemusnahan serta keganasan yang berlaku disini. Bagi penduduk disini, bahan letupan serta periuk api daripada pengebom berani mati ini mungkin berada dimana-mana sahaja kerana beritanya pasti kendengaran hampir setiap hari disini. Penculikan serta pembunuhan rambang seringkali berlaku disni. Sejak AS menakluk negara ini, berjuta-juta penduduk Iraq menjadi pelarian dan berjuta-juta lagi telah kehilangan tempat tinggal. Kesemua ini membuatkan Baghdad sebagai sebuah tempat untuk menempah maut.

bandar_paling_bahaya (7)7. Grozny, Chechnya, Russia
Disini dikatakan tempat dimana Mafia lebih banyak daripada Polis. Ini kerana bandar ini bukanlah sepenuhnya dikawal oleh kerajaan, kebanyakannya dikawal oleh gangster-gangster serta mafia-mafia. Dianggarkan hampir 85 pembunuhan akan berlaku disini setiap hari. Pelacuran serta perdagangan dadah merupakan suatu perkara yang biasa disini dan tiada siapa yang dapat menghalang mereka. Sekiranya anda datang ke sini, ancaman-ancaman seperti rogol serta penculikan sudah tentu bakal mengundang anda. So, fikirlah 2 atau 3 kali sebelum datang ke sini.

bandar_paling_bahaya (10)6. Rio de Janeiro, Brazil
Jika anda merancang untuk ke Brazil, berfikirlah sebetul-betulnya kerana pelbagai bahaya bakal mengundang anda terutamanya di Rio. Sekiranya anda tiba sahaja disini, sudah pasti anda akan mendapat pelbagai risalah tentang amaran waspada ketika berjalan-jalan disini. Dengan kadar jenayah yang tinggi sejak 2 tahun yang lepas membuatkan tempat ini sebagai tempat paling bahaya sekali di dunia. Disini juga dimana kartel dadah yang dipanggil Piranhas tinggal dan mereka adalah antara yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan serta penculikan yang agak kerap disini. Mengikut statistik 2009, hampir 8000 kematian telah dicatatkan akibat daripada pembunuhan. Ini bermakna anggaran 20 pembunuhan berlaku setiap hari. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes ini kerap berlaku di daerah-daerah paling miskin di Rio.

bandar_paling_bahaya (3)5. Bogota, Colombia
Bogota merupakan pelabuhan utama pembekalan senjata serta dadah yang datang dari Colombia ke Panama. Disini juga, pembunuhan juga kerap berlaku tidak kira siang ataupun malam. Kalau anda berhajat untuk datang ke sini, jangalah lupa membawa pistol atau pisau rambo anda sekali bersama kerana mungkin anda dapat mengelakkan diri daripada penyamun/perompak yang sudah pasti menuggu kehadiran anda. Tapi kalau ada orang ajak anda pergi ke Amerika Latin, cuba tanya dimana destinasinya..kalau setakat pergi Bogota..cakap kat dia, hentikan sahaja niat suci itu~

bandar_paling_bahaya (4)4. Cape Town, South Africa
Hampir setiap tahun, pembunuhan serta rompakan merupakan statistik yang paling tinggi di Cape Town. Dalam satu tahun sahaja, hampir 71500 kesalahan yang membabitkan seksual telah dicatatkan, 13900 kecurian telah berlaku dan 18400 rompakan telah belaku di premis-premis perniagaan. Sekiranya dikira lagi, kira-kira 50 pembuhan akan berlaku setiap hari di Afrika Selatan dan 1/2 nya disumbangkan oleh bandar ini. Cape Town merupakan sebuah bandar yang pada dasarnya sangat miskin, mungkin disebabkan itu ia menyumbang pada kadar jenayah ini.

KakiHeboh.com: Yang pelik.. buat world cup banyak pulak duit ..Mungkin kerajaan jer kaya ..rakyat miskin ..kan?


bandar_paling_bahaya (9)3. Mogadishu, Somalia
Kami tidak dapat informasi penuh pasal statistik jenayah disini, tapi walaubagaimanapun kerajaan disini tetap memberi amaran keras kepada sesiapa yang hendak datang kesini. Mungkin disebabkan tempat ini merupakan tempat paling banyak pengganas di dunia. Dengan perang saudara yang sedang berlangsung di ibukota Somalia ini menjadikan tempat ini bukanlah tempat sesuai untuk pergi kerana ia mendatangkan risiko yang sangat besar kepada pelancong. Ada juga pernah mengatakan, hampir setiap hari ada sahaja yang cedera di lorong-lorong di bandar ini. Bunyi tembakan, penculikan, dan sebagainya membuatkan bandar ini mendapat 3 teratas sebagai bandar paling bahaya sekali di dunia.

bandar_paling_bahaya (6)
2. Ciudad Juarez, Mexico
Tempat ini antara tempat yang mempunyai jenayah paling serius di dunia antaranya seperti rompakan, penculikan, kekerasan seksual serta jenayah dadah. Statistik mengatakan 120 daripada 100000 penduduk terbunuh disini. Ciudad Juarez terletak betul-betul hampir dengan sempadan Amerika Syarikat. Baru-baru ini, kartel dadah disana telah memulakan suatu perang sesama mereka sehingga menjadikan tempat ini sangat berbahaya buat para pelancong. Ciudad Juarez merupakan bandar yang paling banyak pembunuhan berlaku dan mengikut statistik yang kami dapat, 50% bagi kesemua pembunuhan yan berlaku di Mexico berasal dari Ciudad Juarez.

bandar_paling_bahaya (5)
1. Caracas, Venezuela
Amerika Latin setakat ini merupakan antara tempat yang paling berbahaya di dunia. Jika anda search tempat-tempat berbahaya di internet (googling), sudah pasti sekurang-kurang 20 daripadanya anda akan dapati ia berada disini. Dengan kartel dadah yang banyak serta kadar kemiskinan yang tinggi membuatkan ibukota Venezuela berada dalam kedudukan tertinggi sebagai tempat paling banyak pembunuhan serta jenayah berlaku. Untuk pengetahuan anda semua, Venezuela merupakan kepala (ketua) kepada perdagangan dadah di dunia terutamanya kokain. Jadi, lupakanlah cita-cita indah anda untuk bertemu dengan pelakon amerika latin disini yer ^_^ kerana bahaya tengah menuggu anda disana.