Ahad, 23 Oktober 2011

sayang

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

... 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

gajet 2011


meletoppp…..tapi sayangnya iphone 4 kalah kepada Samsung Galaxy SII….
Anugerah T3 bagi tahun 2011 diumumkan minggu lalu dengan Microsoft Kinect diundi untuk menerima Anugerah Gadget Terbaik Tahunan. Manakala Samsung Galaxy SII dinobat telefon bimbit terbaik.


Berikut adalah senarai penuh pemenang;

Gadget Terbaik Tahun 2011: Microsoft Xbox Kinect
Ia adalah barangan pengguna tahan lama yang paling pantas dijual sepanjang zaman. Mengguna alat pengesan gerakan, Kinects menghubungkan anda ke dalam permainan komputer untuk membolehkan anda mengawal dan berinteraksi dengan permainan maya tanpa perlu menyentuh pengawal (controller) game.

Komputer Terbaik: Apple Macbook Air 11 Inci
Apple Macbook Air 11 Inci menewaskan pesaing daripada Samsung dan Sony untuk dinobatkan sebagai Komputer Terbaik 2011. Dengan RAM 4GB yang begitu mengagumkan dan alat penyimpanan SSD, MacBook Air bukan sahaja pantas tetapi menawan mata yang memandang.

Gadget Commuter: Amazon Kindle
Alat pembaca buku elektronik oleh Amazon, Kindle dinamakan gadget commuter (pengulang-alik) terbaik tahun ini menewaskan iPAD dan iPhone. Dengan berat yang kurang daripada kulit buku yang lembut, Kindle mampu memuatkan sehingga 3,500 buah e-buku, manakala fon halusnya membolehkan ia dibaca walaupun dalam persekitaran cahaya terang-benderang.

Tablet Terbaik: Apple iPad 2
Tidaklah memeranjatkan bahawa Apple iPad 2 memenangi anugerah Tablet Terbaik 2011. Ia telah menguasai pasaran walaupun bergelut dengan persaingan sengit daripada Samsung dan alatan berasaskan teknologi Android yang lain. Apple memperkukuhkan iPad2 dengan dual pemprosesan ARM A5 yang secara dramatik memperbaiki mutu tablet yang digerakkan dengan ios.

Senarai Gadget-gadget Terbaik 2011Telefon Bimbit Terbaik: Samsung Galaxy SII
Samsung Galaxy SII berjaya menewaskan iPhone 4 untuk merangkul gelaran yang diburu banyak pihak, Telefon Terbaik. Antara kelebihan telefon itu ialah ia dipacu dual-teras 1.5 GHz processor, paparan 4.3 inci, technology wave and pay dan kelajuan muat turun 4G.

Televisyen Terbaik: Samsung UE55D8000
Samsung sekali lagi membuktikan kemampuan mereka menghasilkan set televisyen yang terbaik. Samsung UE55D8000 memboleh penonton melayari Youtube, Facebook, Twitter menerusi pelbagai aplikasi televisyen. Bentuknya yang amat nipis dengan diskong ciri-ciri 3D dan HDMI secukupnya mampu memuaskan hati sesiapa sahaja.

Gadget Kerja Terbaik: RIM Blackberry Bold 9780
Berhadapan dengan persaingan yang begitu sengit daripada Apple, Samsung dan HTC, Blackberry Bold 9780 diundi sebagai Gadget Kerja Terbaik 2011. Telefon ini dengan sistem operasi Blackberry OS terbaru memiliki elemen multimedia dan multisentuhan yang lebih baik.

Anugerah RekabentukT3 : Apple MacBook 11 Inci
Apple MacBook 11 Inci menewaskan pesaing daripada notebook Samsung Series 9 untuk merangkul gelaran itu. Dengan RAM 4GB dan penyimpanan pacuan SSD, MacBook Air bukan sekadar pantas, tetapi amat menarik.

Kamera Digital Terbaik: Canon PowerShot G12
Ia menewaskan Fuji Finepix X100, Olympus E-PL2 dan Nikon D3100. Kamera ini dilengkapi dengan sensor 10 Megapiksel berserta perakam video 720HD.

Aksesori Gadget Terbaik: Kad Eyi-Fi Pro X2
Kad ini mampu menampung 4,000 gambar atau kandungan video selama 3 jam dan mampu sambung terus ke rangkaian Wi-Fi anda.

Gadget Permainan Komputer Terbaik:  Microsoft Xbox Kinect
Menggunakan alat pengesan pergerakan, Kinects menjadi anda sebahagian daripada game kerana membolehkan pemain mengawal dan berinteraksi dengan game tanpa memegang alat kawalan.

Gadget Musik Terbaik : Monster Beats oleh Dr. Dre Pro Studio
Diperbuat daripada rangka aluminium dan amat ringan, Monster Beats menerima anugerah gadget musik terbaik

Gadget Kegunaan Di Rumah Terbaik: Philips Airfryer
Daripada menggunakan lemak untuk memasak kentang goreng, alatan dapur berevolusi ini memasak dengan menghangatkan udara. Airfryer menggunakan teknologi Rapid Air yang membolehkan makanan-makanan dimasak tanpa menggunakan lemak.

Inovasi Terbaik:  Razer Switchblade
Revolusi seterusnya untuk permainan komputer sudah hampir.

Perkhidmatan Digital Media Terbaik : Twitter
Twitter muncul perkhidmatan terbaik menewaskan Facebook dan Youtube kerana aplikasinya yang digunakan secara meluas dalam iPhone, Android dan iPad.

Aplikasi Terbaik: Flipboard
Flipboard adalah aplikasi percuma yang merevolusikan cara pemilik iPads menggunakan bahan digital dengan menghasilkan majalah peribadi untuk para penggunanya dari pelbagai sumber feeds.

Personaliti Gadget Tahunan: Mark Zuckerberg
Dengan lebih 500 juta pengguna, pencipta Facebook ini dipilih sebagai personaliti tahun 2011.

Peruncit Tahunan: Amazon UK

Jenama Teknologi Tahunan: Google

Sumbangan Luar Biasa Kepada Bidang Teknologi: Sir David Attenborough

7


Dalam kehidupan ini ada tujuh hal yang  kita TIDAK BOLEH ubah iaitu :


1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.

2. Ibu Bapa
Mesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap  kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.

3. Tarikh Lahir
Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4. Bentuk Fizikal
Jika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap nampak aneh dan tidak semulajadi.

5. Masa Lalu
Past is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk masa depan.

6. Kedudukan Dalam Keluarga
Kedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.

7. Suku Bangsa
Jangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu sering di’cop’ sebagai pemalas,   berusahalah untuk mengubah tanggapan tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Sabtu, 22 Oktober 2011

bijih timah


Tidak mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka di Iraq. Itulah kebebasan dan  keindahan demokrasi yang diidam oleh rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama hikayat Melayu, "Lebai Malang".

Demokrasi adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman. Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di "dahi" Dajjal ini. InsyaAllah.

Kita bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat. Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera mematangkan kita bukan sebaliknya.

Memandangkan kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa yang mereka sarankan.

Malaysia juga diantara negara yang cuba popularkan "Dinar Emas" satu masa dahulu tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba bangunkan projek "Dinar Emas" ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.

Apa yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya sebagai jualan "koleksi" bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.

Rekod mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan "Dinar Emas" sebagai forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan "wang kertas" yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.

Untuk menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula sering terganggu.

Jika rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri. Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah dinasihatkan supaya segera mengumpul "dinar/dirham (emas dan perak) Malaysia" sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah British.

Kemerosotan nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan. Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya dilapurkan sangat tenat.

Emas akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas dunia bersandar kepada bon dan "debt" atau nama asalnya ialah RIBA. Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.

Tanah Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi ekonomi  penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..

Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu,  namun atas kehendak Allah mereka masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang. Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah bijeh timah.

Tumpuan mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari apa yang wujud sekarang.

Simpanan rezab emas "mentah" Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.

Kerajaan sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar strategik.

Sebab itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).

Allah masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka. Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari LIBRALISMA kecuali Acheh.

Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah "hak Mutlak" Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A'lam.

Jumaat, 21 Oktober 2011

kad utang

Oleh Ahmad Firdaus Bin Ali

Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG) berpandangan sangat serius terhadap kenyataan hasil kajian secara rambang daripadaoleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj dimana dalam tempoh 3 tahun yang lalu kira-kira 45,000 orang muda diisytiharkan muflis dengan nisbahnya dianggarkan 41 orang sehari.

Justeru itu, sedia maklum bahawa kegagalan membuat bayaran balik hutang, pemiutang akan memfailkan petisyen kepada Pihak Mahkamah dengan syarat hutang mestilah melebihi RM 30,000 keatas.



Persolannnya sekarang ialah mereka yang diisytiharkan muflis boleh dikatakan kesemuanya berada dibawah lingkungan umur bawah 40 an dan tinggal di bandar - bandar besar. Dan antara sebab mengapa sesetengah anak muda terlibat dengan pinjaman bank melalui pinjaman peribadi dan kepenggunaan kad kredit adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian mereka gara - gara kos sara hidup yang terlalu tinggi. Golongan anak muda yang berbelanja secara membazir bolehlah dianggap segelintir sahaja. Bukan semuanya 45,000 anak muda suka membazir.

Harus diingat, rata - rata yang membuat pinjaman bukan untuk keseronakan semata - mata, malahan ada juga sebilangan anak muda yang membuat pinjaman sekadar untuk meneruskan hidup di Bandar - Bandar Besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Dan Pulau Pinang dimana gaji terlalu rendah atau sederhana.

Sebilangan anak muda terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menamatkan zaman bujang mereka, dimana kita sedia maklum bahawa faedah (bunga) adalah terlalu tinggi didalam sistem sesetengah perbankan. Anak muda terpaksa berhutang untuk kahwin sebanyak RM 15,000 ke RM 20,000 . Ditambah dengan kos perkahwinan saban tahun semakin meningkat dan dengan hutang termasuk faedah (bunga) sekali. Ini bermakna mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah hutang.

Dan dalam masa yang sama juga, mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga. Bagi pasangan yang bekerja pula, mereka terpaksa menghantar anak mereka kepada pengasuh atau ke Pusat Asuhan Kanak - Kanak. Ini sudah tentu melibatkan penambahan kos.

Belum lagi menyentuh pinjaman pengajian di IPTA mahupun IPTS pada masa terdahulu daripada PTPTN. Tempoh bayaran semula pinjaman kepada PTPTN yang panjang ditambah dengan faedah yang tinggi.

Sepatutnya belanjawan 2012, Kerajaan UMNO/BN perlu menekan peruntukan kepada golongan - golongan asnaf bandar. Seperti mana pada thun 2010 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik pernah mengeluarkan kenyataan pada media - media bahawa masyarat di bandar - bandar pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan diisytiharkan sebagai Miskin Bandar.