Khamis, 10 November 2011

Dialog TPM & warga matrikulasi

link majlis dialog TPM dan warga matrikulasi di KMS 2011











KUALA LANGAT: Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta- merta.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi pelajar di Sabah dan Sarawak, bayaran dibuat selewat-lewatnya minggu depan.

Bagaimanapun, bantuan persekolahan itu disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.
Sementara pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

“Bila (pelajar tahun satu dan tingkatan satu) masuk sekolah, baru bayar. Kalau bayar awal, takut ada perubahan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Menteri Pelajaran bersama warga pensyarah dan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Selangor di kolej itu di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, pembayaran bantuan itu dibuat terus kepada akaun sekolah masing-masing melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), dan bagi sekolah yang tidak ada akaun BSN mereka bersetuju membuka akaun sementara.
Beliau berkata, sekolah akan menguruskan pengagihan wang itu kepada ibu bapa atau pelajar. Katanya, lebih lima juta pelajar menerima bantuan itu, termasuk 5,061,574 pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan dan 313,373 pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.

Seramai 125,465 pelajar sekolah persendirian dan 32,235 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) layak menerima bantuan itu.
Muhyiddin berkata, semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah.

Menyentuh mengenai elaun bulanan pelajar matrikulasi yang kini hanya RM250 sebulan, Muhyiddin berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan menaikkan elaun tersebut.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan, dan pada dasarnya dipersetujui selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

“Kalau kami hendak ikut bayaran yang dibayar di sesetengah pra-sekolah lain iaitu kira-kira RM400 (dan) kami perlukan peruntukan sebanyak RM50 juta. “Ini kita akan teliti kalaupun tidak naikkan ke kadar yang sama, tetapi kita akan tingkatkan (elaun) dan jumlahnya kita tetapkan tidak berapa lama lagi,” katanya.

Ditanya mengenai jaminan pelajar lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti berikutan universiti mempunyai program pra-universitinya sendiri, Muhyiddin mengakui wujudnya persaingan kerana kewujudan program pra-universiti tidak dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.

Beliau memberi jaminan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan perancangan lebih teliti dibuat dalam usaha memastikan lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti dan mendapat kursus yang diingini.

Muhyiddin dalam pada itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira yang maut akibat ditetak di luar rumah sewanya di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lepas.


Bantuan persekolahan RM100 sudah disalurkan
Oleh Khairul Azran Hussin

2011/11/11

Wang diagih secara tunai dalam 14 hari: Muhyiddin

BANTING: Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM550 juta itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkannya kepada pihak sekolah sebelum diagihkan.
“Bagi sekolah yang tiada akaun BSN, mereka bersetuju buka akaun sementara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Bersama Warga Pensyarah dan Pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Selangor di sini, semalam.

Bantuan berkenaan membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan 5,061,574 pelajar, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej Tentera (32,238).

Muhyiddin juga berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menaikkan elaun bulanan pelajar matrikulasi yang ketika ini RM250 dengan mengambil kira kenaikan kos hidup sekarang.

“Jika tidak sampai RM400, naik sedikit pun dikira bagus kerana jumlah yang diberikan sekarang dianggap tidak cukup,” katanya.
Ketika menjawab soalan seorang pelajar kolej matrikulasi yang bimbang kemungkinan mereka tidak diterima ke universiti, beliau berkata, kerajaan memberi jaminan ia tidak akan berlaku walaupun sesetengah universiti mempunyai kursus pra universiti sendiri.

“Matrikulasi diwujudkan untuk bantu Bumiputera dan kita sedar bila ada pra universiti, ada persaingan. Sekarang ada masalah penempatan sebab kursus yang mereka (pelajar kolej matrikulasi) minta mungkin tidak diterima universiti.

“Saya akan bincang dengan Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) kerana ada pelajar kolej matrikulasi yang tidak dapat kursus diminta dan masalah penempatan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sudah meminta wakil kedutaan dan penuntut di Indonesia mendesak pihak berkuasa menyiasat teliti pembunuhan pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Adrian Jay Pereira, 22, pada Isnin lalu bagi memastikan penjenayah ditangkap dan dihukum.

Katanya, beliau mengenali mendiang yang menjadi antara pemimpin pelajar yang menyambut kunjungannya ketika lawatan ke Surabaya baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Adrian dilaporkan mengejar seorang lelaki yang cuba melarikan motosikal di depan rumahnya, tetapi dipercayai ditetak suspek tidak jauh dari rumah sewanya dan mati di tempat kejadian.


Bantuan RM100 mula diagih

KUALA LANGAT 10 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar sekolah mula disalurkan hari ini melalui akaun sekolah masing-masing.
Katanya, bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima dan dari tingkatan satu hingga empat bagi sesi persekolahan 2011.
Bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran akan dibuat pada Januari tahun depan.
Sementara itu, pelajar di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan itu dalam tempoh seminggu.
‘‘Wang itu akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pihak sekolah dan bagi yang tidak mempunyai akaun BSN, mereka perlu membuka akaun sementara.
‘‘Ia akan diagihkan kepada 5,532,650 pelajar atau ibu bapa mereka yang terdiri daripada 5,061,574 pelajar sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) dan Maktab Sains Mara dan Maktab Tentera Diraja (32,238),” kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama lebih 1,000 orang terdiri daripada pensyarah dan pelajar matrikulasi seluruh negara di Kolej Matrikulasi Selangor, Jugra di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, wang bantuan tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar terlibat.
Katanya, ia diharap dapat meringankan beban keluarga terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan.
Sementara itu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan sedang mengkaji untuk menambah jumlah elaun bulanan pelajar matrikulasi di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyatakan, perkara itu sedang dibincangkan agar jumlah elaun RM250 yang diberikan sekarang dapat ditambah sedikit.
‘‘Kita tahu ada pelajar pra universiti lain yang mendapat elaun sehingga RM400. Jadi berdasarkan permintaan pelajar dan keadaan semasa sekarang kita akan kaji untuk menambah elaun pelajar matrikulasi.
‘‘Jika tidak dapat sama banyak (RM400) pun kita akan cuba tambah jumlahnya sedikit,” katanya

Rabu, 9 November 2011

celaka sungguh.... asyik menipu!

ipp1 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia….
Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Plant – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).
ipp 12 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.
  1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
  2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  3. Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  4. Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
  5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?
  • Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam
  • Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkanmonopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
  • Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara
Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :
  • Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
  • Ananda Krishnan (Maxis)
  • Lim Goh Tong (Genting)
  • Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)
Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :
  • Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
  • Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)
ipp 9 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :
  • TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya
  • Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah
  • Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik
Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.
Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.
ipp 2 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.
ipp 3 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas.  Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.
ipp 6 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada
  • RM16.974 billion (tahun 2009)
  • RM17.379 billion (tahun 2010)
Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.
ipp 7 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :
Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia?

JAHANNAM..!!!

israel malaysia (BONGKAR) Hubungan Malaysia Israel (Hubungan Dagang) Cukup ISTIMEWA Dalam DIAM?
Secara faktanya, kita semua sudah dimaklumkan tidak akan ada hubunganMalaysia Israel termasuklah juga hubungan dagang dengan Israel. Tetapi, jangan terkejut hubungan Malaysia Israel cukup istimewa selama ini. Mulut cakap lain, tapi buat benda lain…. 
Gambar lori di atas adalah dirakam di sekitar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Yang menariknya tentang latarbelakang kelibat lori di atas adalah kerana :
  • Lori kargo ZIM
  • Nama “Zim” ini merupakan cadangan Menteri Pengangkutan Israel yang pertama, David Remez yang merujuk petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew “Zim” merujuk kepada “kapal besar.”
  • Nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat: untuk membina sebuah armada dagang yang besar sehingga boleh sampai ke Malaysia.
  • Nak tahu lebih lajut mengenai syarikat ZIM  [Laman Web syarikat ZIM]
isrel malaysia (BONGKAR) Hubungan Malaysia Israel (Hubungan Dagang) Cukup ISTIMEWA Dalam DIAM?
Melihatkan kepada statistik di aats menujukkan bukan calang-calang hubunganMalaysia Israel selama ini. Malaysia berjaya menempatkan diri menjadi rakan dagang utama Israel yang ke 15. Hebat……
malaysia israel 3 (BONGKAR) Hubungan Malaysia Israel (Hubungan Dagang) Cukup ISTIMEWA Dalam DIAM?
Ini pula ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan Malaysia Israel daripada segi hubungan dagang
SUMBER: beritasemasa.com

Isnin, 7 November 2011

servis air cond

Sistem pendingin hawa kereta (air-cond) berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana pendingin hawa kereta berfungsi.

Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan air-cond.

1. Angin panas atau air-cond tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas air-cond kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas air-cond (tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan air-cond masuh tidak sejuk, biar air-cond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi air-cond masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service air-cond sekaligus.

2. Air-cond tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon di service. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu air-cond dikawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan air-cond kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya air-cond lebih lama 'on'.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, air-cond tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' air-cond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis air-cond anda perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

5. Angin air-cond berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin air-cond kerta anda atau air-cond anda telah terlalu lama tidak di service hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adalah seperti di '3'.

7. Corong keluar angin air-cond berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin air-cond akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan air-cond diservice setiap tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat air-cond anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.