Isnin, 14 November 2011

skandal sahrizat...???

kondo mewah RM9.8 juta1 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
Skandal pembelian kondo mewah RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar menjadikan episod pendedahan disebalik anugerah projek mega Pusat Fidlot Kebangsaan bernilai RM250 juta yang sudah terbukti milik keluarga Datuk Shahrizat Jalil (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) semakin berpanjangan.
Melihatkan lokasi kondo mewah tersebut sahaja, membuatkan kami menarik nafas panjang. Mana tidaknya, kalau anda “tiada kemampuan” untuk membeli kondo mewah ini sekitar RM2 juta sehinggalah harganya yang setinggi RM11 juta, janganlah bermimpi untuk memiliki mana-mana unit kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini.
Kami sertakan 2 keping gambar kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini di sini utnuk tatapan anda…
kondo mewah RM9.8 juta 4 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
kondo mewah RM9.8 juta 3 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
Dan paling pentingnya di sini, kaitan dengan kondo mewah tersebut dengananugerah projek Fidlot (Feedlot) Kebangsaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bernilai RM250,000,000,000 (RM 250 juta), sehingga dibongkarkan satu lagi skandal pembelian kondo mewah RM9.8 juta tersebut melalui 4 transaksi yang berjaya dikesan pada 2 Disember 2009.
kondo mewah RM9.8 juta 7 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
Di bawah ini adalah butiran bergambar yang dikesan menunjukkan transaksi yang berlaku pada tarikh yang dinyakan di atas bagi pembeli kondo mewah RM9.8 juta :
kondo mewah RM9.8 juta 2 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
National Feedlot Corporation (NFC) didakwa telah melakukan :
  • 4 transaksi dari akaun semasa NFC itu sendiri di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail
  • Traksaksi didakwa telah diberikan kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondo mewah RM9.8 Juta di One Menerung, Bangsa
Kemudian tak cukup dengan itu, kami akui Kementerian Pertanian & Asas Tani di bawah menteri, Datuk Seri Noh Omar telah menjawab isu projek Fidlot Kebangsaan ini. Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini terdapat percanggahan maklumat yang ada:
kondo mewah RM9.8 juta 6 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
1) Pertamanya, berdasarkan semakan hansard kenyataan Datuk Seri Noh Omar pada 31 Oktober  2011 bahawa hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Bermaknanya di sini berdasarkan kenyataan menteri, dana tersebut belum disalurkan sepenuhnya kepada NFC. OKEY.
projek lembu1 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini, melalui carian rasmi di SSM telah menunjukkan secara jelas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri daripada :
  • PINJAMAN DARI KERAJAAN RM 250,000,000 (RM250 Juta)
  • GERAN KERAJAAN RM 6,082,518
kondo mewah RM9.8 juta 8 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
2) Persoalannya yang seterusnya, juga sekali kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan projek ini telah pun tercapai sasarannya. Kalau begitu tahniah kami ucapkan kalau dah tercapai sasarannya.
Tetapi, persoalan keduanya di sini sasaran-sasaran rasmi yang ditetapkan sendiri oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sebelumnya adalah seperti berikut :
fidlot7 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
P/S : Tugas menteri dan pihak-pihak terlibat dalam isu ini mudah sahaja, perjelaskan isu pembelian kondo mewah RM9.8 juta ini dan juga penjelasan “setelus mungkin”  mengenai isu dan status projek mega fidlot kebangsaan ini.

tips studi pelajar muslim

Ni nak share 1 peringatan daripada ustazah kat sekolah dulu tentang tips2 belajar, mungkin sesuatu yang dianggap remeh, tapi besar impaknya. Semua tahu kan apa itu berkat? Sesuatu yang tak boleh dilihat, tapi dengan berkat tu, kita boleh rasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di pundak kita.

TIPS STUDY
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
 .............................................................

Jadi, selamat beramal. Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)

Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran. Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas. 

Jgn smpai kita berada di skala ke 2 ni..

http://najahamdan.blogspot.com/2011/10/all-about-life.html

~DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI~

Perasmian KAKOM KMS ke-11

link video perasmian
http://www.youtube.com/watch?v=gmB3VQSpfN8&feature=youtu.be

dari kiri: Pengarah BMKPM, KSU KPM dan Pengarah KMS

Persembahan taewando

Ayam jantan ---------> maskot kejohanan

pasukan gondang dari SMK Jugra

Lintas hormat peserta kejohanan

Antara tetamu yang hadir

Ucapan Perasmian KSU 

Bacaan Ikrar Kejohanan

KSU beramah mesra dengan wakil kontingen

koir KMS-hehdi

maskot kontingen

Keceriaan peserta KAKOM 

Pancaragam jemputan dari SMK Raja Hamzah, Pelabuhan Klang

Khamis, 10 November 2011

Dialog TPM & warga matrikulasi

link majlis dialog TPM dan warga matrikulasi di KMS 2011











KUALA LANGAT: Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta- merta.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi pelajar di Sabah dan Sarawak, bayaran dibuat selewat-lewatnya minggu depan.

Bagaimanapun, bantuan persekolahan itu disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.
Sementara pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

“Bila (pelajar tahun satu dan tingkatan satu) masuk sekolah, baru bayar. Kalau bayar awal, takut ada perubahan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Menteri Pelajaran bersama warga pensyarah dan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Selangor di kolej itu di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, pembayaran bantuan itu dibuat terus kepada akaun sekolah masing-masing melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), dan bagi sekolah yang tidak ada akaun BSN mereka bersetuju membuka akaun sementara.
Beliau berkata, sekolah akan menguruskan pengagihan wang itu kepada ibu bapa atau pelajar. Katanya, lebih lima juta pelajar menerima bantuan itu, termasuk 5,061,574 pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan dan 313,373 pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.

Seramai 125,465 pelajar sekolah persendirian dan 32,235 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) layak menerima bantuan itu.
Muhyiddin berkata, semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah.

Menyentuh mengenai elaun bulanan pelajar matrikulasi yang kini hanya RM250 sebulan, Muhyiddin berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan menaikkan elaun tersebut.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan, dan pada dasarnya dipersetujui selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

“Kalau kami hendak ikut bayaran yang dibayar di sesetengah pra-sekolah lain iaitu kira-kira RM400 (dan) kami perlukan peruntukan sebanyak RM50 juta. “Ini kita akan teliti kalaupun tidak naikkan ke kadar yang sama, tetapi kita akan tingkatkan (elaun) dan jumlahnya kita tetapkan tidak berapa lama lagi,” katanya.

Ditanya mengenai jaminan pelajar lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti berikutan universiti mempunyai program pra-universitinya sendiri, Muhyiddin mengakui wujudnya persaingan kerana kewujudan program pra-universiti tidak dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.

Beliau memberi jaminan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan perancangan lebih teliti dibuat dalam usaha memastikan lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti dan mendapat kursus yang diingini.

Muhyiddin dalam pada itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira yang maut akibat ditetak di luar rumah sewanya di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lepas.


Bantuan persekolahan RM100 sudah disalurkan
Oleh Khairul Azran Hussin

2011/11/11

Wang diagih secara tunai dalam 14 hari: Muhyiddin

BANTING: Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM550 juta itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkannya kepada pihak sekolah sebelum diagihkan.
“Bagi sekolah yang tiada akaun BSN, mereka bersetuju buka akaun sementara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Bersama Warga Pensyarah dan Pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Selangor di sini, semalam.

Bantuan berkenaan membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan 5,061,574 pelajar, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej Tentera (32,238).

Muhyiddin juga berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menaikkan elaun bulanan pelajar matrikulasi yang ketika ini RM250 dengan mengambil kira kenaikan kos hidup sekarang.

“Jika tidak sampai RM400, naik sedikit pun dikira bagus kerana jumlah yang diberikan sekarang dianggap tidak cukup,” katanya.
Ketika menjawab soalan seorang pelajar kolej matrikulasi yang bimbang kemungkinan mereka tidak diterima ke universiti, beliau berkata, kerajaan memberi jaminan ia tidak akan berlaku walaupun sesetengah universiti mempunyai kursus pra universiti sendiri.

“Matrikulasi diwujudkan untuk bantu Bumiputera dan kita sedar bila ada pra universiti, ada persaingan. Sekarang ada masalah penempatan sebab kursus yang mereka (pelajar kolej matrikulasi) minta mungkin tidak diterima universiti.

“Saya akan bincang dengan Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) kerana ada pelajar kolej matrikulasi yang tidak dapat kursus diminta dan masalah penempatan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sudah meminta wakil kedutaan dan penuntut di Indonesia mendesak pihak berkuasa menyiasat teliti pembunuhan pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Adrian Jay Pereira, 22, pada Isnin lalu bagi memastikan penjenayah ditangkap dan dihukum.

Katanya, beliau mengenali mendiang yang menjadi antara pemimpin pelajar yang menyambut kunjungannya ketika lawatan ke Surabaya baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Adrian dilaporkan mengejar seorang lelaki yang cuba melarikan motosikal di depan rumahnya, tetapi dipercayai ditetak suspek tidak jauh dari rumah sewanya dan mati di tempat kejadian.


Bantuan RM100 mula diagih

KUALA LANGAT 10 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar sekolah mula disalurkan hari ini melalui akaun sekolah masing-masing.
Katanya, bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima dan dari tingkatan satu hingga empat bagi sesi persekolahan 2011.
Bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran akan dibuat pada Januari tahun depan.
Sementara itu, pelajar di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan itu dalam tempoh seminggu.
‘‘Wang itu akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pihak sekolah dan bagi yang tidak mempunyai akaun BSN, mereka perlu membuka akaun sementara.
‘‘Ia akan diagihkan kepada 5,532,650 pelajar atau ibu bapa mereka yang terdiri daripada 5,061,574 pelajar sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) dan Maktab Sains Mara dan Maktab Tentera Diraja (32,238),” kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama lebih 1,000 orang terdiri daripada pensyarah dan pelajar matrikulasi seluruh negara di Kolej Matrikulasi Selangor, Jugra di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, wang bantuan tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar terlibat.
Katanya, ia diharap dapat meringankan beban keluarga terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan.
Sementara itu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan sedang mengkaji untuk menambah jumlah elaun bulanan pelajar matrikulasi di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyatakan, perkara itu sedang dibincangkan agar jumlah elaun RM250 yang diberikan sekarang dapat ditambah sedikit.
‘‘Kita tahu ada pelajar pra universiti lain yang mendapat elaun sehingga RM400. Jadi berdasarkan permintaan pelajar dan keadaan semasa sekarang kita akan kaji untuk menambah elaun pelajar matrikulasi.
‘‘Jika tidak dapat sama banyak (RM400) pun kita akan cuba tambah jumlahnya sedikit,” katanya

Rabu, 9 November 2011

celaka sungguh.... asyik menipu!

ipp1 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia….
Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Plant – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).
ipp 12 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.
  1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
  2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  3. Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  4. Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
  5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?
  • Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam
  • Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkanmonopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
  • Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara
Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :
  • Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
  • Ananda Krishnan (Maxis)
  • Lim Goh Tong (Genting)
  • Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)
Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :
  • Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
  • Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)
ipp 9 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :
  • TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya
  • Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah
  • Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik
Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.
Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.
ipp 2 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.
ipp 3 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas.  Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.
ipp 6 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada
  • RM16.974 billion (tahun 2009)
  • RM17.379 billion (tahun 2010)
Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.
ipp 7 (BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa
Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :
Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia?