بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 18 November 2011
tutup vs bungkus
Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?
Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.
Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.
Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.
Maka pilihlah TUTUP.... :-)
Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.
Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.
Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.
Maka pilihlah TUTUP.... :-)
Khamis, 17 November 2011
Ilmu atas amal
“Sebenarnya makcik, keadaan kulit makcik ni ialah atopic dermatitis”, kata Dr. Rizal kepada Hajah Jenab, salah seorang pesakit yang sedang dirawatnya.
“Apa benda tu, nak?”, tanya Hajah Jenab.
”Eczema”, jawab Dr. Rizal.
”Eczema? Apa tu?”, Hajah Jenab semakin bingung.
”Protin filaggrin dalam badan kita. Dia berinteraksi dengan keratin di kulit dan bila keadaan dah kronik, kulit kita mengalami penebalan dan jadi waterproof. Macam kulit makcik ini”, sambung Dr. Rizal.
Muka Hajah Jenab sudah merah padam. Nafasnya turun naik.
”Eh, makcik ada asthma ya? Eczema dengan asthma memang saling berkait rapat. Mekanisma dan gen kedua-duanya sama. Kenapa makcik tak beritahu saya yang makcik ada masalah pernafasan”, kata Dr. Rizal sambil mengeluarkan stethescope dari kot putihnya.
”Apa le kaitannya sesak nafas dengan gatal kulit ni? Maleh aku nak melayan kamu. Udah, bior aku balik sapu minyak gamat aje”, Hajah Jenap bangkit dan menepis tangan Dr. Rizal yang mahu memeriksa pernafasannya.
”Eh makcik, tunggu dulu!”, Dr. Rizal menjerit.
Dummm…
Pintu bilik dihempas oleh Makcik Jenap. Nafasnya sesak dan tangannya masih tidak jemu-jemu menggaru siku yang kegatalan.
Saya nukilkan kisah di atas kerana mahu menggambarkan tentang apa yang saya fikirkan, ketika artikel MENJAHILKAN DIRI TERHADAP MUSUH mendapat kritikan yang pelbagai dari pembaca.
Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang membantah. Namun ada juga yang kecewa kerana tidak dapat memahami apa sebenarnya yang sedang dibincangkan.
NASIHAT USTAZ HASAN
Situasi seperti ini, mengingatkan saya kepada perbualan lebih 10 tahun yang lalu di antara saya dengan Ustaz Hasan, seorang pelajar PhD dari Turki yang tinggal serumah dengan saya semasa kami belajar di Jordan.
Kenangan bersama Ustaz Hasan Tuncai di hadapan rumah sewa kami di Amman
”Saya tidak suka dengan ahli sejarah yang terlalu akademik”, saya mengeluh.
”Kenapa?”, tanya Ustaz Hasan.
”Tenggelam dalam dunia sendiri. Tidak mahu turun ke masyarakat. Apa faedahnya sejarah kepada orang ramai kalau begitu?”, saya melayan panas darah muda.
”Tidak semua orang tahu dan pandai turun ke masyarakat”, kata Ustaz Hasan.
”Hmm… kajian sesusah thesis PhD boleh difahami, takkanlah cara turun ke masyarakat tidak boleh dipelajari?”, saya terus merungut.
”Orang turun ke masyarakat, bukan dengan apa yang dia faham dari buku. Dia turun dengan pengalaman dan kemahuan. Yang itu tiada dalam thesis”, kata Ustaz Hasan.
Saya diam. Kepala ligat berfikir.
”Kalau kamu rasa kamu ada upaya untuk memindahkan kajian akademik kepada masyarakat, teruskan Hasrizal. Ia sumbangan yang besar”, nasihat Ustaz Hasan.
Saya terus termenung.
KENANGAN BERSAMA TUAN GURU
KENANGAN BERSAMA TUAN GURU
Beberapa tahun selepas itu, saya berpeluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di London.
”Tuan Guru tidak rindu kepada kajian ilmiah?”, saya memberanikan diri bertanya. Tuan Guru ketika itu berbual tentang institusi-institusi akademik di England yang mengkaji Islam.
”Di alam realiti, kita seperti kena pilih satu di antara dua. Kalau ikutkan keinginan ambo, memang bab mengaji ni yang ambo paling suka. Tetapi keadaan perlukan ambo jadi oghe politik”, kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz di hening pagi itu, masih segar di ingatan.
Ya, di alam realiti kita semacam perlu memilih satu antara dua.
Tidak mudah untuk menjadi seorang da’ie yang rancak turun ke medan, tetapi dalam masa yang sama, mahu mencari kepuasan fikiran dalam kajian ilmiah. Tidak mudah juga untuk khusyuk menelaah kajian akademik, tetapi dalam masa yang sama, masih ghairah untuk berkuliah di surau, dengan bahasa jemaah surau, jauh dari sentuhan bahasa akademik.
ILMU USTAZ, DOKTOR DAN JURUTERA
Ia bukan hanya dilema Ustaz Rizal. Malah Dr. Rizal juga begitu. Ilmu yang dicedok dengan begitu mendalam melalui sentuhan akademik ”Clinical Medicine” oleh Kumar & Clark, tidak mudah untuk diterjemahkan dalam bentuk penerangan yang boleh difahami oleh Hajah Jenap yang mengadu gatal kulit.
Kurap sahaja isunya.
Tetapi melarat sampai ke Protin Filaggrin, Keratin dan entah apa lagi.
Seorang ustaz, doktor, mahu pun jurutera ada tanggungjawab untuk menterjemahkan ilmunya kepada kegunaan masyarakat, seluas mungkin.
Seorang ustaz bertaraf PhD, jangan tersinggung jika ilmu yang mahu digunakan oleh orang kampung darinya, hanyalah doa penguat ingatan, agar tidak lupa kepada doa-doa yang pernah dihafal.
Seorang doktor bertaraf pakar di bidang radiasi leher, jangan tersinggung jika ada saudara maranya yang hanya bertanyakan soalan ubat demam.
Seorang jurutera elektrik bertaraf Ingenieur (Ir.), jangan tersinggung jika semasa kenduri kendara, ada ahli keluarga yang mahukan khidmat ilmu dan kemahirannya untuk memasang lampu khemah sahaja.
Itulah realiti kehidupan.
Kita perlu belajar sedalam mungkin, setinggi mungkin. Namun, kebijaksaan tetap terletak pada keupayaan kita menterjemahkan sesuatu yang complicated kepada yang ringkas dan boleh difahami.
Kata John C. Maxwell, “genius is about changing something complicated into simple!”
MENEPATI HIKMAH DAKWAH
Sebagai seorang pelajar pasca siswazah, dan dalam masa yang sama juga seorang ustaz, penceramah, dai’e dan sukarelawan yang turun ke masyarakat, saya perlu sentiasa mengimbang bahasa dan penampilan diri agar menepati hikmah dakwah. Hari ini saya bertemu top managementbadan korporat, esok pula pelajar sekolah rendah. Lusa bertemu dengan petani yang buta huruf, kemudian berjumpa pula dengan pelajar yang semua A di kolej se’elit’ Kolej Yayasan UEM.
Ada tempat saya perlu tampil dengan setinggi-tinggi bahasa dan minda. Ada masanya saya perlu segera turun berjabat faham dengan serendah-rendah bahasa manusia. Itulah cabaran dai’e. Sama ada ceramah atau tulisan, saya perlu mengimbangkannya.
MUSUH BERTINDAK BERASASKAN KAJIAN
Saya tidak boleh terus sceptic dengan dunia akademik. Susurilah sejarah perkembangan Orientalisma, kita akan dapat melihat dengan jelas, strategi kuasa penjajah seperti Britain, bukanlah datang semberono menguasai negara kita tanpa didahului oleh kajian.
Jangan lupa kepada Napoleon Bonaparte semasa datang ke Mesir di akhir kurun ke 18. Beliau tidak hanya datang untuk menawan Mesir dengan semangat tinggi semata-mata. Beliau membawa ahli akademik yang mengambil peluang untuk mengkaji serba serbi tentang tamadun Mesir. Hasil kajian itulah kemudiannya membolehkan Mesir jatuh dalam sejarah yang buruk ke tangan Perancis dan Britain.
Kebijaksanaan dan dalamnya kajian Snouck Hurgronje itulah yang menyumbang kepada jatuhnya Acheh ke sejarah penindasan ratusan tahun.
Kita mahu bertempur dengan Barat berbekalkan apa? Buluh runcing?
Jangan anti akademik, kajian ilmiah dan kuasa minda, kerana di situlah kita mulakan kerja dan perjuangan. Knowledge of Power, kata Edward Said.
Tetapi dalam masa yang sama, janganlah pula sibuk dengan kajian ilmiah, namun hasil kajiannya hanya berlegar di dalam pagar universiti dan lembaran jurnal.
Kebijaksaan itu perlu untuk menterjemahkan ketinggian akal dan minda, kepada sesuatu yang boleh dijamah oleh seluruh masyarakat.
Saya berusaha keras ke arah itu.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
56000 Kuala Lumpur
Rabu, 16 November 2011
untung...
Tahniah muda-muda lagi dah dapat jadi pengerusi syarikat dan berjaya memiliki saham berjuta-juta. Inilah kejayaan yang berjaya diperolehi oleh Mohd Nazifuddin Najib yang baru sahaja berumur sekitar 28 tahun telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
Sedikit sebanyak latar belakang Mohd Nazifuddin Najib :
- Ahli lembaga pengarah Harvest Court Industries Bhd pada 28 Oktober 2011
- Anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isteri pertamanya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan bercerai pada 1987
- Pengerusi Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu
Mohd Nazifuddin Najib membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu(sehingga 1.7 %) pada 4 November, manakala rakan baik beliau Raymond Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 % selepas dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (BOD) syarikat harvest Courst Industries Bhd. Yang untungnya, baru sahaja sebulan Mohd Nazifuddin Najib beli saham tersebut
- Harga saham RM0.08 (Bulan Oktober 2011)
- Harga saham RM2.14 (4 petang 14 November 2011)
- Kadar kenaikan = RM1.16 (2,575%)
Adakah selepas ini lebih banyak lagi kontrak balak yang akan diberikan kepada syarikat Harvest Court Industries Bhd. ini selepas “masuknya” ahli lembaga yang bernama Mohd. Nazifuddin Bin Datuk Seri Hj. Najib? Mungkin?
- Beli 3 juta saham dinilai pada 8 sen sesaham = RM240,000
- Sekarang…3 juta saham dinilai pada RM2.14 sesaham = RM6,420,000 (RM6.42 juta)
- Untung 6,420,000 – 240,000 = RM6,180,000 dalam masa 1 bulan
Mesti ada yang tepuk dahi tanda menyesal, tak beli beberapa lot saham Harvest Court Industries Bhd. sebelum ini?
Walaubagaimanapun, hakikatnya kenaikan saham tersebut yang melonjak tinggi bukan dinilai berdasarkan pencapaian syarikat tetapi lebih kepada spekulasi. Jadi apabila ianya melibatkan spekulasi, jadi hati-hatilah jika sesiapa yang teringin benar nak beli saham tersebut
Selasa, 15 November 2011
Langgan:
Catatan (Atom)