Ahad, 27 November 2011

Redha hatimu

Firman Allah yang bermaksud: "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.
Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.
Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.
Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :
Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) .
 
Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.
Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)
Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)
Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.
Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.
artikel: iluvislam.com

Jumaat, 25 November 2011

8G

1. Garang
garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas
kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan m enghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang ke ladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.


P/s : Sebagai renungan bersama
sumber: nizarazu :)

hensem


Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem
(maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati ya bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^
DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana tak hensem itu
keturunan.. iya kan??
LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau berasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat **** jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem
anda akan banyak dosa
JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu
benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)
THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, makanya pindah ke sana aja hehehehe
THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…
LOVE IS BLIND

~Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem..
~Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain melihat anda….
~Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile,
~percayalah..orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda
jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)…


P/s: Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem. maaf.. cuma bergurau. :p

Doa 1 Muharram

Doa akhir tahun di baca selepas waktu asar pada 30 Dzulhijah :



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun di baca selepas waktu maghrib pada 1 muharram :



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Rahsia duit..! 2

Apa itu wang? Satu soalan yang si bertanya akan dipandang sinis oleh yang ditanya. Walaupun manusia tahu apa itu wang tetapi boleh dikatakan majoriti tidak mengetahui apakah sebenarnya fungsi wang itu dan apakah ciri2 yang wajib ada pada wang tersebut untuk membolehkan ianya diterimapakai dengan tidak bercanggah baik dari segi moral mahupun dari segi keagamaan. Konsep wang itu sendiri disalah erti dan tidak diendahkan menyebabkan ianya menjadi "senjata" oleh mereka yang memahami dan mengawalnya untuk dimanipulasi lantas menghambakan manusia secara tanpa sedar, samada dengan cara membuatkan manusia itu cintakan wang (bertuankan wang) mahupun dengan menindas melalui aplikasi bunga/riba.
Manusia dahulu kala tidak tahu apa itu wang, ekonomi manusia dahulu kala berdasarkan konsep gotong royong yang mana mereka bekerjasama bertani atau memburu untuk mendapatkan makanan. Semuanya berjalan dengan konsep muhibah dan tolong menolong. "Stress" memikirkan wang atau duit tidak pada mereka seperti yang dialami oleh manusia zaman moden, mungkin sebab itu juga manusia dahulu boleh hidup beratus2 tahun lamanya seperti cerita didalam Al Quran (Al-Ankabut 29:14).

Apabila manusia semakin bertamadun, keperluan terhadap kepelbagaian keperluan dan kehendak, manusia berubah kepada sistem bertukar2 barang atau apa yang dipanggil sistem "barter", akan tetapi disebabkan terhad serta rumit untuk diaplikasikan didalam hidup yang semakin kompleks maka terciptalah wang atau duit yang mana ia digunakan untuk memudahkan pertukaran barang atau perkhidmatan. Pelbagai benda digunakan sebagai "medium of exchange" ini dari kulit siput, tamar, gandum dan beras hinggalah kepada logam bernilai seperti perak dan emas.

Fungsi Pertama Wang : Sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan

Apabila wang dicipta sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan, jika anda tidak punyai barangan atau perkhidmatan untuk diberikan kepada manusia lain, wajarkah wang boleh sampai ketangan anda? Ini satu hujah yang amat penting, saya akan kaitkan ianya selepas ini.

Apabila anda memohon pekerjaan, anda bertanya berapa gaji yang akan diberikan, apabila anda mahu membeli sesuatu barangan, anda bertanya berapa jumlah wang yang perlu dibayar untuk barangan tersebut. Jadi wang juga adalah unit ukuran untuk menilai sesuatu perkhidmatan atau barangan baik yang ingin diberikan atau diterima.

Fungsi Kedua Wang : Sebagai pengukur nilai barangan atau perkhidmatan

Anda bekerja penat lelah selama sebulan dan pada akhir bulan anda menerima gaji mengikut apa yang dijanjikan oleh majikan anda. Selepas tolak perbelanjaan hidup anda mempunyai lebihan wang untuk disimpan supaya wang tersebut boleh digunakan dikemudian hari. Jadi fungsi ketiga wang pula adalah sebagai penyimpan nilai. Bermakna penat lelah anda yang dibayar didalam bentuk wang kertas itu sepatutnya boleh menyimpan nilai penat lelah anda bekerja.

Fungsi Ketiga Wang : Sebagai penyimpan nilai.

Berdasarkan kepada ketiga2 fungsi wang diatas, adakah wang kertas yang kita gunakan selama ini menepati ciri2 tersebut? Jika kaji wang kertas dan juga sistem kewangan yang kita gunakan sekarang ini, untuk memenuhi fungsi pertama dan kedua tidak menjadi masaalah. Akan tetapi adakah fungsi yang ketiga iaitu sebagai penyimpan nilai dipenuhi oleh sistem wang sekarang?

Persoalan 1: Bolehkah wang kertas menyimpan nilai? (Zahir)

Wang yang disebut didalam Al Quran hanyalah dinar dan dirham, iaitu emas dan perak yang mana nilai wang itu sendiri ada pada wang itu sendiri. Ini menjamin akan kestabilan wang itu sendiri. Mengapa kita sering di”war-war” kan agar menyimpan wang di institusi yang menjamin pulangan lebih dari kadar inflasi? Jika tidak berbuat demikian wang kita akan lenyap dimakan oleh inflasi itu. Nampaknya wang pada zaman ini tidak lagi boleh menyimpan nilai. Adakah ini dibenarkan oleh Islam? Malah dari segi moral kemanusiaan itu sendiri ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan dibumi. Surah Ash-Shuara 26:183

Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru. Jika wang ringgit disandarkan kepada emas sekali pun, kita sebagai rakyat tidak boleh mengunjungi bank negara dan meminta diberi emas yang dikatakan sandaran kepada wang kertas tersebut.

Sebelum 1933, wang kertas Amerika masih boleh ditukarkan dengan emas seperti yang tertera pada muka depan wang tersebut, selepas dari itu wang kertas Amerika hanyalah dilabelkan sebagai “legal tender” yang mana jika dilihat pada wang ringgit tertera “sah diperlakukan”. Sistem kewangan kita ciptaan barat juga mengikut konsep wang kertas barat yang mana sebenarnya tidak mempunyai nilai tersimpan didalam nya. Inilah yang dikatakan oleh Nabi didalam hadisnya;

Abu Sa'id Al Khudri melapurkan Pesuruh Allah bersabda: Kamu akan melangkah mengikut laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah hinggakan jika mereka masuk kelubang cicak sekalipun, kamu akan tetap mengikut mereka. Kami bertanya: Pesuruh Allah, adakah kamu bermaksud Yahudi dan Kristian bagi "mereka yang terdahulu" itu? Baginda bersabda: Siapa lagi selain dari mereka? Sahih Muslim

Sistem kewangan moden ciptaan barat menggunakan wang kertas ini sebenarnya adalah satu bentuk ‘riba” halus yang terselindung dan tidak boleh dilihat baik oleh kebanyakan pemimpin apatah lagi rakyat, ia sudah menjadi suatu norma kehidupan bagi semua golongan manusia bak sabda Nabi

Diceritakan oleh Abu Hurairah: Nabi (SAW) bersabda: Akan datang suatu ketika kepada umat manusia bilamana hanya penerima riba sahaja yang tinggal, dan jika manusia itu berkata dia tidak menerimanya, debu riba tetap akan mencapainya. Sunan Abu Dawood

Dan jika saban hari kita menggunakan sistem yang berlandaskan riba ini, maka ketahuilah akan adanya peperangan dari Allah SW dan rasul terhadap kita semua, akan tetapi amaran2 sebegini tidak lagi memberi kesan apa2 terhadap hati kebanyakan umat Islam sekarang ini. Hanya yang mendapat “nur” dari Allah dan yang berusaha mencari ilmu2 untuk membuka minda, dengan tangisan dimata mahupun dihati akan berusaha sedaya upaya lari dari riba walau apa jua harga yang terpaksa dibayar.

Apa yang boleh kita lakukan untuk lari dari riba ini?

Didalam institusi kekeluargaan, jika ada masalah didalam rumah seperti kehabisan barang makanan, dengan siapa akan siibu mahupun sianak2 mengadu? Sudah tentu dengan ayah sebagai ketua keluarga. Jika didalam institusi negara, kepada siapa lagi jika bukan kepada pemimpin2 yang kita pilih. Didalam institusi keluarga jika ayah tidak mampu memperbetulkan keadaan, ahli keluarga yg lain terpaksa akur dan bersabar kerana ayah tidak boleh dipecat atau dibuang, akan tetapi didalam sistem negara, kita boleh pilih pemimpin yang berada pada landasan yang betul, landasan yang berlandaskan Al Quran dan sunnah.

Kita harus ajukan kepada pemimpin agar sedar akan dasyatnya kesan sistem kewangan moden yang mana melalui sistem inilah kekayaan rakyat secara halus dan senyap beralih kepada golongan tertentu dan rakyat terutamanya yang miskin akan menjadi semakin miskin kerana terpaksa membayar lebih untuk membeli barang keperluan. Dan jika pemimpin2 yang sedia ada tidak mahu mengubahnya maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang mampu berbuat demikian kerana didalam institusi negara, pemimpin boleh diubah bukan seperti institusi keluarga.

Adakah kita juga harus berduyun2 membeli emas kerana khuatirkan wang kertas akan lenyap atau kerana ingin mengikut sunah? Malah ada juga syarikat yang menjual dinar emas membolehkan pembeli membeli dinar tersebut dengan kad kredit. Bagi saya niat untuk menjual dinar itu bukan untuk menggalakkan sunah, tetapi semata2 ingin mengaut keuntungan tanpa memahami konsep wang dinar itu sendiri. Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Kumpul wang baru beli, kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri. Selepas habis membayar hutang, barulah beli emas untuk simpanan masa depan. Tidak perlu risau perlu menyimpan sekarang untuk masa depan walau hutang rumah dan kereta masih ada kerana kita juga bersubahat membiarkan bank memberi pinjaman kepada manusia lain dengan wang simpanan kita tadi. Ingatlah, jika kita bertindak untuk mendapatkan keredhaan Allah, Allah akan mempermudahkan ianya untuk kita, inilah ujian keimanan.

Moga satu hari nanti kita dapat beralih semula kepada sistem kewangan apa yang dipanggil wang sunnah iaitu wang yang mempunyai nilai sebenar didalamnya dan bukanlah hanya kertas yang sah diperlakukan sahaja.

Persoalan 2: Adakah wang ditangan anda itu benar2 milik anda? (Batin)

Jika kita rujuk pada fungsi pertama wang, untuk menjadi bahan perantaraan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan,maknanya wang hanya wujud jika ada barang atau perkhidmatan jadi jika kita tidak punyai barang atau khidmat untuk diberikan, layakkah wang itu berada ditangan kita?

Katalah tiba suatu masa Allah mem”fizikal”pahala yang mana pahala boleh kelihatan dan wujud nyata. Bolehkah kita mengambil pahala orang lain? Bolehkah kita mengambil hasil usaha orang lain? Inilah sebenarnya rahsia disebalik larangan riba kerana jika kita mengambil wang orang lain dengan cara yang tidak adil, itu adalah penindasan dan wang (pahala melakukan sesuatu) itu bukan milik kita. Pengasihnya Allah itu melarang kita mengambil riba kerana kita akan menderita kerananya dan adilnya Allah itu akan mengembalikan wang itu semula kepada yang hak.

Jika kita memberi pinjaman atau menyimpan wang didalam bank, faedah yang kita terima itu sebenarnya adalah pahala orang lain yang kita ambil, umpama lintah menghisap darah manusia. Wang datang dari usaha, dan usaha adalah tenaga, maka wang itu adalah tenaga dan tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, disebabkan Maha Adilnya Allah itu maka wang (tenaga) yang kita dapat secara haram itu akan mengalir keluar dari diri kita tetapi tidak semestinya dalam bentuk wang itu sendiri, mungkin dalam bentuk lain seperti kesihatan, terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga, masalah kerja yang mana ianya juga memerlukan tenaga kita untuk menghadapainya.

Wang yang kita dapati dengan cara yang tidak wajar contohnya bekerja tidak ikhlas, ponteng, menaikkan harga barang, rasuah, mencuri dan sebagainya, wang itu akan “lari” dari kita, satu konsep yang agak sukar untuk diterima akan tetapi itulah hakikatnya kerana kita semua adalah tenaga, jika tak masakan formula Einstein diterima pakai oleh seluruh masyarakat sains. (E=mc2 E= tenaga, m=jisim). Begitu jugalah wang yang didapati seperti hasil dari perniagaan internet yang mana melabur sekian banyak dan kemudiannya cari orang bawah, malah mlm, saham dan forex juga termasuk didalam golongan yang sama. Wang yang didapati itu bukan milik anda kan ianya akan lari, jadi pilih antara dua, wang mudah atau kesusahan pun mudah.

Mungkin ada yang berkata, ”aku tengak simamat tu kaya dengan main saham, main forex tapi hidup happy je”, jawapan saya; mungkin kita boleh mengelak dari tenaga (wang) itu untuk lari dari kita semasa hidup, akan tetapi apabila mati, tenaga negatif ini lah yang akan menjadi siksaan dikubur mahupun dineraka. Dan ingatlah Allah itu maha adil. Perasan tak mengapa apabila negara bertambah moden, semua rumah terpaksa bergrill, dengan sistem penggera malah akhir2 ini satu taman sudah berpagar dan mempunyai sekuriti? Ramai yang berkata manusia semakin jahat, perompak semakin banyak, pernahkah terfikir siapa yang mencipta perompak tersebut? Tidak lain dari sistem kewangan riba itu sendiri, baik dari anak2 yang semakin liar kerana tidak mendapat perhatian dari ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja untuk membayar hutang rumah selama 20-30 tahun ataupun mereka yang bermain forex bersubahat menjatuhkan matawang negara lain yang menyebabkan rakyat negara tersebut hidup didalam kemiskinan dan datang kenegara kita menjadi perompak.

Kita semua berkait dengan satu jaringan tenaga yang kita tidak sedar dan nampak, ini yang dibuktikan oleh quantum fizik (nonlocality), apa yang kita lakukan mempengaruhi semua insan2 lain didunia ini, tekanan hidup menyebabkan manusia hidup didalam situasi “fight or flight” yang mana kepentingan diri sendiri lebih utama berbanding kepentingan sejagat. Hanya dengan solat yang ikhlas dan khusyuk sahajalah yang boleh mengurangkan kesan tekanan tersebut dan mengembalikan darah kefrontal lobe iaitu otak yang berfikir.

Larangan riba itu sendiri untuk kebaikan manusia itu sendiri, dengan hidup yang diperangi oleh Allah saban hari (akibat hidup dengan riba), tidak hairanlah mengapa hidup kita semakin hari semakin tersiksa, mungkin bagi individu tidak terasa akan tetapi dari segi masyarakat, surat khabar harian sudah jelas menceritakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Berusahalah kita agar dapat melihat pembohongan2 didunia ini baik dari sistem kewangan olahan barat ini mahupun juga keadaan dunia yang penuh tipu daya, tipu daya hasil inspirasi dari Dajjal bak sabda Nabi;

Diceritakan oleh Hudaifa: Nabi bersabda mengenai Dajjal yang mana dia akan mempunyai air dan api dengannya: apa yang kelihatan seperti api, adalah air yang sejuk dan apa yang kelihatan seperti air pula adalah api. Sahih Bukhari

Jadi berhati2lah dalam membuat keputusan didalam hidup kerana apa yang kita nampak itu baik (air) mungkin suatu yang akan membakar diri kita dikemudian hari. Nauzubillah