Ahad, 27 November 2011

Chewing gum


Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand untuk majlis makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam

PM Singapore : lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?
Raja Siam : kami tak buat apa.kami buang aje.
PM Singapore : ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi

PM Singapore : Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?
Raja Siam : kami tak buat apa,kami buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya

PM Singapore : Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?
Raja Siam : Kami tak buat apa, kami buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadi kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand.
Raja Siam : apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?
PM Singapore : kami tak buat apa, kami buang aje.
Raja Siam : ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore.

Erk! muka PM Singapore jadik merah padam dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus haramkan chewing gum di Singapore, sampai sekarang!


P/s: Hanya gurauan semata-mata ..tiada kene mengena antara yang hidup dan mati..sekian :)

Redha hatimu

Firman Allah yang bermaksud: "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.
Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.
Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.
Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :
Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) .
 
Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.
Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)
Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)
Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.
Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.
artikel: iluvislam.com

Jumaat, 25 November 2011

8G

1. Garang
garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas
kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan m enghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang ke ladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.


P/s : Sebagai renungan bersama
sumber: nizarazu :)

hensem


Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem
(maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati ya bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^
DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana tak hensem itu
keturunan.. iya kan??
LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau berasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat **** jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem
anda akan banyak dosa
JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu
benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)
THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, makanya pindah ke sana aja hehehehe
THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…
LOVE IS BLIND

~Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem..
~Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain melihat anda….
~Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile,
~percayalah..orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda
jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)…


P/s: Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem. maaf.. cuma bergurau. :p

Doa 1 Muharram

Doa akhir tahun di baca selepas waktu asar pada 30 Dzulhijah :



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun di baca selepas waktu maghrib pada 1 muharram :



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka