Sabtu, 10 Disember 2011

dosa dengan Allah-------------> nauzubillah..!!

Saudara Pengarang,

DI AMBANG penganut agama Kristian bersiap sedia untuk menyambut Perayaan Krismas, saya rasa kesal dan terkilan di atas sikap tidak peduli pihak berkuasa jabatan agama dan institusi tertentu yang telah gagal menunaikan tanggungjawab dan amanah; menjaga kesucian Islam serta memelihara akidah umat Islam, khususnya remaja Islam yang bekerja di supermarket dan hypermarket di seluruh Sabah.

Isu memaksa setiap pekerja, tidak kira Muslim atau non-Muslim, untuk mengenakan pakaian topi ala Santa Claus pada ketika menjelangnya perayaan Krismas adalah jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta menghina institusi Raja selaku Penaung ke atas Agama Islam.


Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, telah meletakkan Islam sebagai agama negara dan memberi kebebasan kepada setiap penganut yang berlainan agama untuk mengamalkan budaya serta cara hidup agama masing-masing.

Tetapi dalam isu memaksa pekerja Islam mengenakan topi ala Santa Claus adalah suatu kesalahan kerana terdapat unsur-unsur pemaksaan serta tiadanya kebebasan ke atas pekerja Islam untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka.

Dalam Islam, jika kita cenderung meniru cara berpakaian sesuatu kaum itu, maka kita tergolong sebagai sebahagian kaum tersebut. Apakah kita sanggup melihat anak remaja Islam kita tergolong sebagai sebahagian daripada kaum yang merayakan Krismas?

Mana perginya pemimpin yang mempunyai kuasa? Kenapa tidak gunakan kuasa yang merupakan amanah yang diminta pertanggung jawaban di akhirat nanti dengan mengadakan 'engagement' terhadap pihak pengurusan supermarket supaya pekerja Muslim dikecualikan daripada mengenakan topi ala Santa Claus?

Janganlah hanya sibuk dan menghabiskan masa mengadakan sekatan di masjid-masjid ke atas penceramah yang ikhlas mahu menyampaikan mesej Islam, tetapi membiarkan remaja Islam di luar sana terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan hidup cara Islam.

Salam Hormat,

BAPA KECEWA

Stat di mesia

Statistik berkenaan umat islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan



4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

kaya vs miskin 2

"Pada suatu hari, seorang ayah memanggil isteri dan tiga orang anak-anaknya berkumpul dan menceritakan masalah kewangan keluarga yang melanda keluarga mereka.

Ayah: Anak-anak sekalian, mulai esok ayah terpaksa memotong duit belanja sekolah harian kamu, keadaan ekonomi sekarang teruk jadi kita harus berjimat cermat kerana jika tidak ayah mungkin tak boleh nak bayar duit ansuran rumah dan kereta, keluarga kita akan jatuh bankrap. Rumah dan kereta kita akan ditarik oleh bank jika ayah tidak melakukan "tindakan tidak popular ini".

Anak bongsu: Ok ayah, rumah kita besar... cantik... tak nak pindah rumah flat dulu, kereta import yang ayah baru beli tu pun sayang jugak tapi sempit sikit la dari wira lama ayah dulu tapi ayah cakap kan biar sempit asal ada gaya.

Anak no 2: Tapi minggu lepas ayah baru beli set golf baru, camna lak kami kena jimat tapi ayah tak payah?

Ayah: Ayah kan main golf untuk bisnes jadi kenalah pastikan ayah "up to date" dengan peralatan baru, barulah ayah boleh setaraf dangan kenalan bisnes ayah.

Anak sulong: Tapi Ah Kau cakap ayah selalu kalah dengan ayahnya masa main golf, pastu kalah ribu-ribu ringgit pulak tu, dia dengar ayah dia kata ayah bukannya pandai main, tukar set golf pun sama je, mengapa ayah bertaruh dipadang golf? Bukankah itu judi?

Ayah: Hish, banyak soallah kamu ni....
Si ayah naik berang dengan kata-kata dari anak sulong yang sudah matang dan boleh berfikir.
Ayah: Kamu budak mana tau hal orang dewasa, ayah bertaruh tu dah jadi "trend" golfer masa kini, baru lah ada semangat nak main. Dah jangan banyak cakap. Milah... esok potong duit sekolah budak ni separuh.

Isteri: Abang, takkanlah sampai begitu sekali, kalau teruk sangat bisnes abang tu eloklah kita pindah balik rumah flat lama kita, lagi pun rumah tu dah habis bayar, ni kita berhutang balik dengan bank, saya terbaca didalam internet bila pinjam dengan bank ni kita jadi hamba bank, mungkin elok abang jual rumah dua tingkat kita ni je.

Suami: Ish, jangan keliru dengan apa orang kata dalam internet tu, kan kita guna pembiayaan islamik, mana pulak jadi hamba, kita setuju dengan harga jualan. Dah jangan banyak soal.


Kisah diatas mungkin suatu yang agak bodoh dan terlampau untuk diberikan contoh akan tetapi itulah lebih kurang gambarannya keadaan negara kita sekarang ini yang mana kesenangan sedikit yang dinikmati oleh rakyat akan ditarik balik dengan ugutan negara akan jatuh bankrap. Adakah itu suatu yang logik? Cuba tukarkan watak dan situasi diatas dengan situasi negara kita sekarang.

Ayah = kerajaan
Anak-anak dan isteri = rakyat dan pembangkang
Set golf = projek mewah
Bertaruh dipadang golf = pemerintahan yang korup
Pinjaman rumah/kereta = Hutang luar negara dari bank dunia, bank jepun dan sebagainya untuk menjalankan projek mewah

Pada skala kecil, inilah keadaan keluarga dengan ayah yang tidak bertanggungjawab, pada skala besar pula inilah sikap pemimpin yang mementingkan diri sediri dan juga kroni, mengenepikan kepentingan rakyat jelata walaupun acapkali mereka mendabik dada sebagai pimpinan berjiwa rakyat. Agak hairan juga mengapa pengumuman ini dilakukan oleh "machai" kepada "ayah" dan bukannya "ayah" sendiri. Ohh... "ayah" pemimpin berjiwa rakyat jadi tak boleh berbuat demikian, nanti tak popular pulak.
Saya berpeluang kembali ketanah air dua minggu lepas kerana tugas dan semasa menginap di hotel, akhbar The Star telah di sediakan untuk saya di bilik. Amat terkejut apabila membaca berita muka depan bagaimana rakyat diugut oleh kerajaan bahawa negara akan bankrap jika tindakan tidak popular iaitu pemberian subsidi terpaksa di berhentikan secara berperingkat-peringkat. Alasannya adalah kerana negara menanggung hutang yang banyak disebabkan pemberian subsidi jadi jika subsidi tidak diberhentikan maka negara akan bankrap.

Timbul persoalan di minda saya, angkara siapakah yang menyebabkan lebihan hutang ini terjadi jika bukan tindakan mereka sendiri iaitu pemimpin negara yang memerintah? Jika mereka memimpin menggunakan akal berdasarkan hukum Allah dan bukan menggunakan nafsu iaitu meminjam dari negara luar (yang pastinya berlandaskan riba') dan kemudiannya berjoli sakan dengan projek mewah, maka perkara ini tidak akan terjadi dan rakyat masih boleh menikmati kesenangan tempias dari hasil negara seperti minyak dan eskport utama yang lain seperti kelapa sawit. Inilah balasannya apabila kita mengingkari larangan Allah terhadap riba'. Riba' bukan hanya rakyat meminjam dari bank, kerajaan meminjam dari bank luar baik barat atau jepun, semua itu berlandaskan riba'.

Akan tetapi disebabkan pemimpin kita lebih mengutamakan kemajuan yang nampak iaitu bangunan tinggi pencakar langit dan sebagainya sedangkan kemajuan yang didalam iaitu iman makin tenggelam, maka kebinasaan lah nampak gayanya jalan yang sedang ditujui, baik binasa moral, sosial mahupun binasa ekonomi.
Yang lebih membuat saya bertambah sedih, sedang dimuka depan akhbar memaparkan rakyat biasa terpaksa mengikat perut, dalam muka 6 dalam akhbar yang sama didalam ruangan StarBiz, terdapat lapuran menyatakan bahawa kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia naik sebanyak 42% berbanding setahun yang lalu. Jadi logik kah bahawa negara akan bankrap sedangkan mereka yang kaya semakin kaya, bukannya sejuta dua, lapuran dari Forbes Asia ini menunjukkan kenaikan jumlah keseluruhan kekayaan golongan ini adalah dari 36 billion USD kepada 51 billion USD. Mengapakah ini terjadi?

Jawapannya adalah kerana ekonomi kita, malah ekonomi serata dunia adalah berdasarkan ekonomi riba' yang mana kekayaan tidak lagi berkitar didalam masyarakat dan hanya tertumpu kepada golongan tertentu iaitu golongan kaya sahaja, buktinya sudah cukup jelas dengan lapuran Forbes Asia tersebut umpama gajah didepan mata maka sebab itulah terjadinya keadaan golongan miskin semakin miskin dan terpaksa mengikat perut sedangkan golongan kaya semakin kaya.

Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa lagi jika bukan kita sendiri, pertama kerana memilih pemimpin yang memimpin dengan niat bukan "Lillahitaa'la", niat memimpin hanyalah "lilla fulus" atau "lilla kuasa dan kroni". Dan kedua kerana kita memberi kuasa kepada mereka yang berada di "tingkat atas" dan dengan kuasa tersebut jugalah mereka gunakan untuk memastikan pemimpin yang korup sentiasa menang didalam pilihanraya dengan memancing undi dengan wang, gasakan dari media massa dan banyak lagi cara untuk memastikan pemimpin korup terus kekal agar kepentingan bisnes mereka senantiasa terjamin. Mengapa saya kata kita memberi kuasa kepada mereka yang kaya ini? Bagaimana pula caranya kita menyokong mereka?

Apabila kita membeli barang dengan riba' baik konvensional atau pun riba' islamik, apa yang terjadi kita memberi tenaga kita kepada mereka dalam bentuk wang ringgit iaitu lebihan dari wang yang dipinjam. Hasilnya makin terkumpullah kekayaan mereka kerana yang memberi "tenaga" dan "kuasa" kepada mereka ini bukanlah seorang dua, malah kesemua umat masyarakat baik menyumbang kepada golongan "teratas" ini dari pembelian rumah, kereta, kad kredit dan apa sahaja pembelian ansuran yang menyebabkan kita terpaksa membayar lebih.

Sebab itulah Allah amat melarang riba malah mengistiharkan perang dengan mereka yang terlibat dengan riba', kerana apa? Kerana kita akan menyebabkan mereka yang tamak akan menjadi semakin kaya dan mereka akan gunakan kekayaan mereka itu untuk kembali menindas rakyat kebanyakan. Jadi janganlah ingat apabila kita meminjam, apabila kita rela membayar lebih, kita hanya melibatkan diri kita sahaja, sebenarnya konsep riba' ini harus dilihat dari sudut keseluruhan (wholism).

Akan tetapi melihat dari sudut keseluruhan itu juga belum cukup untuk membolehkan kita nampak kesannya pada diri sendiri ataupun pada insan-insan yang lain, perlu ada "nur" kurniaan Allah agar dapat ianya menerangi penglihatan supayakita dapat kita melihatnya dengan mata hati dan bukan hanya dengan mata fizikal sahaja. Dajjal bermata satu bukan bermaksud bukan sahaja bermaksud dia buta sebelah mata, mengikut kuliah Sheikh Imran Hossein ianya adalah sebagai simbolik agama yang bermaksud dajjal buta mata hati. Jika manusia hari ini hanya melihat dunia dengan mata fizikal iaitu apa yang jelas kelihatan dan tidak lagi dapat melihat dengan mata hati, maka manusia itu juga sudah tergolong menjadi pengikut dajjal tanpa mereka sedari.

Ramai pemimpin semasa berkempen dipilihanraya menyatakan mereka pemimpin berjiwa rakyat dan akan menjaga kebajikan rakyat. Melihat pada lapuran Forbes Asia sudah terbuktilah mereka ini memang pemimpin berjiwa rakyat, bukan rakyat miskin tetapi berjiwa rakyat yang kaya. Buktinya sudah cukup jelas yang mana rakyat kaya semakin kaya dan rakyat miskin harus mengikat perut.

Jika mereka membesar dengan makanan disuap dengan sudu garpu emas dan perak, kesekolah dengan berjemput pemandu dan pengawal peribadi, hidup rumah besar dan mewah dengan hawa dingin sepanjang masa, makan makanan paling enak yang boleh dibeli dengan wang, adakah apabila mereka dewasa dan menjadi pemimpin, golongan sebegini akan kenal erti keperitan hidup yang ditanggung oleh rakyat miskin? Makan nasi dengan ikan masin, kesekolah berjalan kaki sahaja dengan kadangkala tidak punya wang saku, rumah atap nipah yang bocor ketika hujan. Tidak pernah wujud sebarang cantuman neuron didalam otak mereka ini (orang kaya) yang merakam dan mengaitkan erti sebenarnya kepayahan dan penderitaan sebenar menjadi orang miskin maka apabila mereka mereka berkuasa dan menyatakan mereka pemimpin berjiwa rakyat, semasa memikirkan untuk membuat keputusan, jaringan neuron diotak mereka hanya lebih mengaitkan pengalaman rakyat kaya. Rakyat miskin hanyalah untuk memancing undi sahaja. Hampir kesemua tindakan mereka secara tanpa sedar (melalui minda separa sedar) akan lebih memilih untuk menjaga kepentingan golongan seperti mereka sahaja.

Jadi adakah maksud saya mereka dari golongan berada tidak boleh menjadi pemimpin atau mereka yang miskin apabila menjadi pemimpin itu tidak akan korup? Tidak, bak saya katakandalam artikel sebelum ini, hidup ini penuh kebarangkalian dan kemungkinan sahaja. Untuk memastikan kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat, wajiblah kita memilih pemimpin yang niat memimpin hanyalah kerana Allah. Dan apabila memimpin kerana Allah maka, undang-undang Allah akan ditegakkan, dan apabila undang-undang Allah ditegakkan maka baru ketika itulah kebajikan semua golongan manusia baik yang islam atau tidak akan terjamin sepenuhnya.

Undang-undang Allah itu untuk kebaikan semua umat manusia, hanya minda manusia sahaja yang terpedaya dengan "basuhan" dari barat melalui media seperti TV dan filem malah menerusi sistem pendidikan itu sendiri yang menyebabkan manusia menjadi jauh dari Islam, sedangkan yang mengaku Islam itu sendiri menolak hukum Allah, apatah lagi yang bukan Islam.
Klip diatas adalah sedutan dari *filem Zeitgeist Addendum yang menceritakan rahsia sebenar disebalik kehidupan didunia ini baik dari segi kewangan, politik, kerakusan korporat barat, terrorist dan beberapa isu lain lagi. John Perkins adalah bekas penjenayah ekonomi yang bekerja bagi pihak CIA untuk menjaga kepentingan korporat Amerika, antara tugas beliau adalah memujuk pemimpin dunia dari negara yang banyak sumber asli agar mengambil pinjaman dari bank dunia atau menerima bantuan dari badan kewangan antarabangsa untuk membuat projek besar yang kononnya membantu menaikkan ekonomi negara tersebut akan tetapi pada masa yang sama akan menyebabkan negara tersebut dibebani dengan hutang luar yang teruk. Walaupun projek yang dibiayai kononnya untuk rakyat, kebanyakan yang mendapat manafaat besar adalah syarikat Amerika dan juga segelintir pihak dinegara tersebut sahaja.

Mendengar penjelasan beliau mengenai bagaimana penjenayah ekonomi ini bekerja, mungkinkah pemimpin negara kita juga telah termakan pujuk rayu penjenayah ekonomi ini? Maka tak hairanlah  jika negara kita dibebani hutang luar yang banyak dan akan bankrap tidak lama lagi. Dari klip diatas, agaknya ada tak dikalangan tokoh pemimpin kita yang sanggup mati hanya kerana tidak mahu korup? Bekas Presiden Panama Omar Torijos tetap tidak mahu korup walaupun tahu beliau akan mati disebabkan kejujuran beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat miskin. Golongan yang di"atas" tidak mahu pemimpin yang jujur dari berkuasa membela nasib rakyat miskin, mereka hanya mahukan golongan terbawah ini iaitu rakyat miskin terus menjadi hamba kepada rakyat kaya. Perhambaan fizikal sudah lama berlalu, perhambaan kewangan sedang rancak berlaku baik konvensional mahupun islamik dan rata-rata kebanyakan kita masih lena dibuai mimpi materialistik.

Dengan melihat pada situasi sekarang ini, Berkesempatankah agaknya kita menikmati kehidupan dengan berlandaskan Islam sepenuhnya? Mungkin sempat, mungkin tidak. Akan tetapi kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh dan mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh pemimpin korup yang membawa negara kemajuan dunia tetapi kehancuran masaalah sosial, moral apatahlagi akhirat. Khilafah harus dikembalikan agar kegemilangan Islam itu kembali bersinar dibumi Allah ini, dan jika tidak berkesempatan untuk kita melihatnya semasa hayat, sekurang-kurangnya didepan Allah nanti kita boleh menyatakan bahawa kita telah pun mencuba melakukannya.

Bangun dan sedarlah rakan-rakan sekalian, dunia ini akan menjadi "syurga" jika semua manusia dapat melihat dunia ini dari sudut yang berbeza, dari sudut hati yang penuh dengan keimanan takutkan Allah dan sayangkan semua manusia sejagat. Kita dahagakan insan-insan yang boleh dengan jujur mengungkapkan "I love you so much all the people", kita bukanlah berasingan, kita semua berkait, kita telah ditipu dengan menganggap ruang yang wujud antara kita sebagai ruang pemisah sedangkan dari sudut paling halus iaitu dunia subatomik, kita semua berkait, kita semua saling "bersentuhan". Sayangilah diri insan lain sepertimana anda ingin disayangi, apa yang anda mahukan untuk diri anda, itu juga sepatutnya di berikan kepada insan lain dan bukan mengambil kesempatan, menghambakan dan mengaut keuntungan maksimum, menjadi kaya dan senang tanpa mempedulikan penderitaan insan lain. Insyaallah moga kita semua akan berusaha untuk menjadi umat yang lebih penyayang. Amin.

Jihad Kapitalis


"Tuan yang saya muliakan,

Ini adalah surat akhir dari saya. Saya berharap dua surat awal dahulu telah membuka mata hati tuan. Saya juga berharap surat awal itu telah memberi sedikit latar untuk kita sama-sama memahami bahawa apa yang kita baca dan apa yang didedahkan di hadapan mata kita sebenarnya hanyalah untuk mengula-gulakan kita semua.

Saya telah menerima banyak kritikan, malah ada juga tempelakan yang menuduh saya cuba melupakan jenayah dan kejahatan Muammar Gadaffi terhadap warga Libya.

Tuan yang saya muliakan,

saya tidak menafikan adanya kezaliman yang memusnahkan hak asasi warga Libya. Saya juga tidak menafikan adanya tahanan politik di Libya. Ada juga suara yang menimbulkan bagaimana Gadaffi telah menindas kumpulan Islam atau memenjarakan ‘jihadis'. Tetapi bukan ini intipati yang ingin saya paparkan.
Dalam hal jihadis Islam, saya agak berhati-hati kerana saya amat sedar peranan Agensi Risikan Pusat (CIA) yang dikatakan turut membina dan menganjurkan jaringan kumpulan Islam. Sejarah politik telah membuktikan bagaimana CIA telah bekerjasama dengan kumpulan yang memanggil diri mereka Muslim.

Dari Indonesia, ke Pakistan, ke Iraq, ke Mesir hinggalah ke Afghanistan, kita bertemu dengan kumpulan ini. Hari ini telah terbukti bahawa Al-Qaeda dan Osama sendiri telah dieram dan dinetaskan oleh CIA. Ini fakta sejarah. Jadi, kita tidak perlu berbuih mulut menelan Viagra untuk menegakkan benang basah ini.

Dalam surat akhir ini saya ingin menyatakan secara terbuka bahawa pendemokrasian Libya bukan tugas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Amerika atau tugas negara Eropah. Mendemokrasikan Libya adalah tugas warga Libya sendiri. Ini sama seperti tugas menumbangkan kerajaan yang dikepalai oleh gerombolan United Malay National Organisation.

Ini kerja politik dalaman warga Malaysia sendiri. Menumbangkan gerombolan United Malay National Organisation bukan kerja Amerika, China, Singapura atau Arab Saudi. Menjatuhkan United Malay National Organisation bukan tugas Nato, Obama atau Sarkozy. Ini tugas anak semua bangsa warga yang cintakan negara kita ini. Saya harap pekara ini jelas.

Untuk sedar apa yang wajib kita lakukan hari ini, maka biar saya surahkan sadikit latar sejarah politik dunia agar kita sama dapat menerima pencerahan - memahami yang dulu agar kita dapat melihat apa yang akan datang.

Dakyah di universiti

Pada tahun 1945, perang dunia kedua tamat. Benua Eropah telah terbahagi kepada dua blok yang mengamalkan dua sistem ekonomi yang berlawanan. Eropah Barat dengan sisetm ekonomi kapitalis manakala Eropah Timur dengan sistem ekonomi sosialis. Sistem ekonomi kapitalis dipimpin oleh Amerika Syarikat manakala sistem ekonomi sosialis dipimpin oleh Rusia yang telah mendirikan Soviet Russia sejak berjayanya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.

Sistem ekonomi kapitalis berkiblatkan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam saku kaum pemodal. Manakala sistem ekonomi sosialis berkemudikan kebajikan umum untuk orang ramai. Kesejahteraan ummah menjadi panduan sistem ekonomi sosialis. Dua perbezaan yang amat jelas.

Negara Eropah pengamal sistem kapitalis menganggap negara sosialis sebagai musuh. Perlawaanan dua sistem ekonomi ini dipanggil Perang Dingin. Perlawanan ini cukup sengit dan mengancam dunia. Contohnya pada tahun 1962, peluru berpandu nuklear hampir meledakkan dunia apabila Rusia memasang senjata ini di Cuba yang hanya 200 batu dari pantai Amerika.

Dalam kancah Perang Dingin, kaum pemodal merasa mereka terancam. Mereka tidak dapat mengembangkan modal mereka untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara-negara bekas tanah jajahan di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Kaum kapitalis melihat sistem ekonomi sosialis menjadi halangan untuk mereka mengaut keuntungan maksima.

Untuk memastikan keuntungan terus berlipat ganda dan segala rintangan dihapuskan, kaum pemodal telah menggunakan universiti sebagai kubu. Kaum kapitalis telah mengeluarkan dana yang lumayan untuk mengupah pemikir di universiti dan di lembaga-lembaga keilmuan. Para ilmuan dan ahli akademik ini dibayar untuk mengeluarkan buku, kertas kerja atau berkonferensi dengan tujuan mengeluarkan dakyah dan tohmah yang licik dan teratur.

Semua ini dilakukan untuk memastikan sistem ekonomi sosialis ini tidak dapat mengampuh dunia. Radio dan televisyen diwujudkan untuk memastikan kefahaman orang ramai terhadap apa itu sosialisme terus songsang dan tunggang terbalik.

Kempen dan dakyah kaum kapitalis antarabangsa ketika Perang Dingin tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh United Malay Nationaal Organisation terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Tipu, bohong, tangkap, beli dan bunuh menjadi garis perjuangan kaum kapitalis. Kalau boleh tipu, maka orang ramai akan ditipu. Kalau bohong boleh menyelamatkan keadaan maka bohong akan sampai. Jika keadaan terus tegang maka penjara akan digunakan. Dalam keadaan selesa, harta, duit dan pangkat boleh digunakan untuk membeli sokongan. Jika semua ini gagal, letupan C4 akan digunakan untuk menenangkan keadaan.
Perang Dingin
Hasil dari kempen yang licik lagi teratur ini, ramai warga dunia telah diperangkap untuk diternak dan diasuh untuk melihat sosialisme sebagai musuh. Dalam reban CIA ini, ternakan yang paling setia datang dari kumpulan-kumpulan yang mengaku memperjuangkan Islam.

Kumpulan ini terpengaruh dengan dakyah CIA yang mengatakan sosialisme tidak percaya kepada Tuhan. Kumpulan ini telah tidak mendapat penerangan secara tuntas tentang sosialisme sebagai satu sistem ekonomi, bukannya agama atau sistem kepercayaan. Sama seperti sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi sosialisme juga tidak beragama dan tidak bertuhan.

Di negara-negara yang majoriti penduduknya menganut Islam, kumpulan Islam ini telah digunakan untuk menentang parti sosialis, parti komunis atau parti yang menentang kapitalis. Dengan bijaknya, kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya menetaskan budak-budak suruhan mereka untuk mempertahan sistem ekonomi kapitalis. Usama bin Laden dikatakan termasuk dalam bakul ini.

Tuan yang saya hormati,
Surah diatas telah berlaku di zaman Perang Dingin. Serangan dan kepungan kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya meruntuhkan sistem ekonomi kapitalis. Pada tahun 1989, Tembok Berlin runtuh dan negara Eropah Timur kembali menjadi pengamal sistem ekonomi kapitalis.

Sekali lagi kaum pemodal antarabangsa telah mengupah para pemikir dan ilmuan untuk merencana satu strategi baru - strategi pasca Tembok Berlin. Para pemikir kanan yang telah lama bersarang di Rumah Putih telah menetaskan apa yang dipanggil Project for the New American Century (PNAC).

Para pemikir yang menelurkan PNAC ini adalah ahli falsafah kanan dan saki baki wira-wira dan 'penjihad' Perang Dingin. Kekalahan Rusia dalam Perang Dingin telah meyakinkan mereka bahawa anak semua bangsa dalam dunia tidak ada lagi pilihan melainkan menghambakan diri bawah telunjuk empayar Amerika.

Falsafah PNAC inilah yang telah dan sedang digunapakai oleh pentabiran Rumah Putih semenjak George W Bush menjadi presiden. Falsafah PNAC ini bukan susah untuk difahami. Asas utamanya: Amerika menang dalam Perang Dingin, maka Amerika tidak akan membenarkan negara mana pun berpeluang untuk menandingi kekuatan mereka, seperti di zaman bertelagah dengan Rusia dahulu.

4 rukun PNAC

Amerika akan memastikan tidak ada negara baru akan muncul dengan berani, bersaing atau menandingi kekuatan bala tentera Amerika.

PNAC memiliki empat rukun fahamannya:
  • Amerika perlu meneruskan perbelajaan persenjataan.
  • Amerika wajib menyokong kawan dan menibai musuh yang bertentangan dengan budaya dan sistem Amerika.
  • Kebebasan politik dan ekonomi kapitalis wajib diluaskan ke seluruh dunia.
  • Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk menjaga dan mengawal dunia agar dunia ini aman untuk keselamatan, kekayaan dan dapat ditegakkan prinsip yang dipegang Amerika.
Tuan yang saya muliakan,
Apa yang ingin saya terangkan dalam surat akhir ini, kita semua pada ketika ini dalam kongkongan empayar Amerika. Dari laporan tahun 2003 untuk Jabatan Pertahahan Amerika, kita diberitahu bahawa pada ketika ini Amerika memiliki 6,000 buah pengkalan tentera dalam negara.

Amerika juga memiliki 702 pengkalan tentera laut, darat dan udara di 130 buah negara dalam dunia ini. Ada yang disewa dan ada yang diikat dengan penjanjian persenjataan. Seramai 253,288 soldadu Amerika bertugas dipengkalan luar negara ini. Seramai 44,446 anak tempatan bekerja di pengkalan-pengkalan Amerika ini.

Apakah maknanya semua ini?

Apa yang ingin saya terangkan di sini, pembunuhan Saddam Hussein, pembunuhan Gadaffi, kacau di Iran, kacau di Pakistan, kacau di Syria, semua ini hanyalah babak-babak penlaksanaan rukun PNAC.

Apakah tuan tidak sedar bahawa rancangan untuk menyerang Iraq telah wujud lebih awal lagi, iaitu pada bulan September 2000 lagi. Menyerang Iraq dan mengubah sistem politik Iraq adalah sebahagian dari rancangan PNAC. Rancangan ini telah ditelurkan oleh para pemikir kanan PNAC satu tahun sebelum Bush menjadi presiden.

Tuan yang saya muliakan,
Sebelum saya akhiri surat ini, ingin saya nyatakan bahawa ledakan dua pesawat udara ke bangunan WTC di New York pada 9 September 2001 itu juga adalah sebahagian dari perancangan dan strategi yang telah ditelurkan oleh PNAC.

Ledakan itu telah terbukti sebagai ‘kerja orang dalam' sebagai strategi untuk memastikan falsafah PNAC diterima oleh warga Amerika. Warga Amerika perlu dikejutkan dahulu dan kemudian dilalikan dengan falsafah PNAC. Pasti ramai yang akan menangkis apa yang saya tulis ini sebagai fakta sasau dan hujah dari perawi gila. Tidak mungkin Amerika membunuh 3,000 warganya sendiri?

Untuk ini, jawapan saya hanya berdasarkan angka dan jumlah. Ketika saya menulis artikel ini, 1,455,590 warga Iraq telah gugur. Angka kedua, seramai 4,801 soldadu Amerika telah juga tewas di Iraq dan 2,794 lagi di Afghanistan. Pada hemat saya, kaum kapitalis yang berkiblatkan keuntungan tidak mempedulikan nilai nyawa manusia - sama ada manusia warga negara atau warga luar negara.

Tuan yang saya muliakan,
rasa saya tugas kita pada ketika ini untuk melihat babak babak yang terbuka di hadapan mata kita dengan kaca mata yang tajam, dengan hati yang jujur. Saya berharap tuan dapat menganalisa satu perisiwa dari dalam atau dari luar negara dengan tepat.

Hendaknya janganlah tuan cepat meloncat apabila mendengar laugan jihad. Bukalah mata dan pasang telinga untuk berhati-hati kerana CIA dan para sekutunya juga pandai melaungkan slogan jihad.

Tuan juga boleh mendengar slogan ini dilaungkan di mana-mana. Malah tidak lama lagi, tuan akan mendengar laungan berjihad yang kuat dari Rosmah dan Najib. Mereka baru sahaja pulang dari Mekah dan telah meminum air dari telaga Zamzam.

Amanat

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca dan memahami mengapa kita perlu bersungguh-sungguh menawan Putrajaya.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. 

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini.

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong.  Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda  ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?

Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta  Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
  • Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
  • Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
  • Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
  • Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
  • Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
  • Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
  • Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
  • Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.
  • Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
  • Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya: 
  • Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
  • Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
  • Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
  • Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA  hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka.  Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua.  Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
  1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
  2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
  3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
  4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah Saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!