Ahad, 11 Disember 2011

Rantai burung hantu

[maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekongkol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab kaum Adam untuk memimpin kaum Hawa ini]


Makin jauh aku teroka dunia ni makin takut dan amat merisaukan aku . Aku risau bagaimana negara aku , bangsa aku , yang paling penting agama aku iaitu ISLAM!! , Aku risau umat islam kini keliru dengan dunia mereka sendiri , mereka seolah seolah seperti lembu dicucuk tanduk , 


orang kata -
-"kau pakai ni , fesyen baru rugi kalau tak pakai"
-"tengok ni loket gamba 'BURUNG HANTU' ni , aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat sangat jom kita beli"


Inilah masalah orang kita , lawa sikit je baru puji sikit dah cair terus beli , tanpa fikir panjang . Tahukah anda , apa maksud burung hantu tu ? memang lawa , memang comel , memang bergaya kalau pakai , memang mudah untuk kita dapat perhatian loket ni tapi sedar tak kita , loket yang kita pakai tu loket siapa?siapa buat ? siapa yang promosi? . Maka , hari ni aku akan tunjuk kan pada kalian apa yang ada disebalik loket ini .







Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang islam .
















[KALAU ANDA PERNAH LIHAT SIMBOL ATAU APA JUA BERKAITAN DENGAN INI , DIHARAP ANDA DAPAT JAUHKAN DIRI DARI MEREKA ]

Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita? apa kita buat? menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama.

tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka , 

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM , 

Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak , kita kena halang semua ini.

Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli , Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.




Maka aku sebagai wakil seluruh umah yang ingin menegur tapi takut ada yang kecil hati , kepada semua kaum Hawa atau Adam , berhentilah dari membeli , memakai loket ini , HARAM bagi kita umat islam memakai barangan dari mereka(pemuja dajal,zionis) . Kaum Adam , kita ni lelaki , tak perlu kita pakai rantai rantai ni , bukan cara kita , agama kita tak suruh pun ..

ANTARA sebab lain :

Membuat atau mengukir patung bagi objek  yang bernyawa secara lengkap segala anggota tubuh badan dan jisim dan bayang , sama ada  ia di alam bentuk manusia atau haiwan adalah berdosa besar.

Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis sahih Rasulullah S.A.W  yang memberi amaran  tentang azab seksa  yang akan ditimpakan kepada mereka  yang mengukir patung pada hari kiamat  kelak.

Apabila patung-patung tersebut di jadi kan perhiasan , maknya ia di jadi kan sebagai sesuatu  yang dimuliakan atau  ada unsur-unsur  penghormatan. Oleh itu , meletakkanya  dengan tujuan perhiasan  adalah perbuatan yang haram (berdosa). manakala malaikat tidak akan  memasuki rumah  yang terdapat patung.

SABDA RASULULLAH .

maksudnya : "Malaikat tidak  akan memasuki  rumah yang terdapat  di dalamnya  patung-patung  atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa"


KESIMPULANNYA:
-KITA BOLEH BERGAYA TAPI MESTI KENA GAYA , JANGAN SAMPAI KERANA BERGAYA ,AKIDAH KITA RUNTUH , MARUAH AGAMA TERCEMAR , KENANG LAH USAHA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENEGAKKAN SYIAH ISLAM DAN JANGANLAH KITA TERGOLONG DI DALAM KALANGAN PERUNTUH INSTITUSI ISLAM DAN PEROSAK AGAMA.

[maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekongkol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab kaum Adam untuk memimpin kaum Hawa ini]

Minum berdiri


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan 
keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku 
perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).

Damai taqdir

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”



Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. 

Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya. Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

Jambatan kg Sawah

latar belakang adalah pulau carey

latar belakang adalah bukit jugra

4 sekawan

udin

Nusa Mahsuri Misbun Sidek KMS-hehdi

link video
http://www.youtube.com/watch?v=BTWSZVsoevI&feature=youtu.be


Gambar kenangan dengan peserta 

gambar teman dengan Dato' Misbun

sesi latihan

teka umur budak nie berapa tahun...?

memang rupa jawa Banting... :)

Bukak sekolah kang... nak kabo kat member teman jumpa misbun... hehehhe

sesi gulung net..?? upsss...

penutup latihan

sapa menang dapat hadiah

penaja rancangan... dulu dan kini...

backdrop kem bakat

plak kenang-kenangan

contoh sijil

pendent.... betul ke teman eja nie...??

amanat untuk...? bakal choon Wei?

teka yang mana satu jelani sidek??

orang kuat nusa mahsuri

yang menang aje dapat tau...

Leh cari kat kedai ... tanya berapa harga