Ahad, 18 Disember 2011

balasan,.>!


"Hari ini, setelah hampir 9 tahun menjajah Iraq akhirnya Amerika Syarikat mengundurkan diri dari bumi Iraq.

Fakta :
Tahun mula menjajah : 2002.
Tempoh masa jajahan : 9 tahun
Tentera mati : 4,487 orang
Tentera cedera : 32,000 orang.
Belanjawan semasa menjajah : US 800 bilion ( RM 2.8 trilion)

Walaupun Amerika menyatakan dengan bangga penjajahannya berbaloi dengan kematian tenteranya dan duit yang dikeluarkan semasa menjajah Iraq tetapi itu sekadar untuk menutup malu sebagai Kuasa Besar Dunia.

Upacara pengundurannya juga singkat. Memakan masa sekadar 45 minit dalam keadaan berjaga-jaga dan tergesa-gesa . Tiada perarakan pembarisan tentera. Diadakan di Lapangan Terbang Baghdad agar Setiausaha Pertahanannya sedang diangkut lari jika berlaku serangan dari Mujahidin Iraq.

Berbeza ketika Soviet  tinggalkan bumi Afghanistan 1989. Berlaku perarakan konvoi dan taburan bunga.

Amerika lebih penakut berbanding Soviet!

Amerika bukan sahaja bakal menghadapi krisis kewangannya malah akan menghadapi suatu penyakit sosial akibat penghantaran ratusan ribu tenteranya di bumi Iraq dan Afghanistan. Penyakit itu adalah "sindrom gila mental" di kalangan tenteranya yang kembali ke Amerika.

Bayangkan jika dalam Perang Oktober 1971 antara Arab-Israel selama 14 hari, hampir 1,000 tentera Israel menghadapi penyakit gila mental, bagaimana pula dengan perang yang dilancarkan oleh Amerika ke atas bumi Iraq selama 9 tahun ?

Amerika bakal mengalami tragedi demi tragedi pembunuhan rambang oleh bekas tenteranya. Begitu juga hospital di Amerika bakal menambah bilangan wad-wad gila di seluruh negara.

FBI dan SWAT tidak sahaja menghadapi " pengganas" bahkan akan menghadapi ancaman orang-orang gila ciptaan White House sendiri! Rasakan.

duit bank

Bagaimana Bank Mencipta Wang?

Debt Slave

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.
Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.


Peringkat 1: Wang permulaan “$0″
Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?


Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?
Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.
Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.
Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.


Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara
Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.
Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.
Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda
Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagairizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.
Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?
Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).
Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).
It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.
Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin
Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.
Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.
Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”
Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.
Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.
Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin
Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.
Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.
Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.
Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.
Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!
Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.
Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.
Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?
Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.
Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.
Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.
Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.
Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?

Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasionalkerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?
Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang?
Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutang RM16,000 memandangkan hutang negara mencecah RM4 billiondengan populasi 28 juta penduduk. Mengikut Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun menjadi bankrup?
…Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!…

Rahsia fatehah


Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

wanita paling kerdil


NAGPUR – Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.

Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

“Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini,” katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.

Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. – Agensi

DOTA

Adakah anda masih single(lelaki) sehingga sekarang?? kalau ya ini mungkin entri untuk anda.. Jadi single lama sangat pun pening juga..hehe, nak tahu lebih lanjut jom usha entri ni..admin jumpe kat facebook..ekeke check it out~ 5 Tanda Akibat Terlalu Lama ‘Single’.

Pada mulanya menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Anda bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan anda akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal anda. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua awek suka pada kau
– Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari.

2. Membina tabiat makan yang tidak elok 
– Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.

3. Banyak sangat main games
– Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha gal?

4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan
– Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

5. Kau mula stalk awek lama kau
– Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey dahlahh, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain. ye dak?

thanks nizarazu