Jumaat, 30 Disember 2011

sorotan 2011----> 5 menteri paling top..

http://amenoworld.blogspot.com---> tq vvmuch bro.>!


Baru tulis tajuk aku dah tergelak. Belum lagi tulis point kenapa aku kata menteri2 neh tidak cerdik [ganti nama untuk bangang]. Minta maaf pak menteri. Minta maaf banyak2 kerana aku menjadi rakyat yang sangat jujur bila mengkritik kepimpinan korang. Aku dah berusaha sehabis baik mahu mengrespect korang tetapi tak kira sehebat mana pun aku mencuba, ia tetap gagal. Sebab?

Sebab korang sebagai menteri langsung tidak bekerjasama dengan aku dan rakyat dalam menjaga imej diri sendiri. Bila korang sendiri dah memilih untuk tidak direspect, maka siapalah aku yang beria2 nak respect korang, betul? 

Kah kah kah

Di mulai dengan tempat kelima.

5. Hishamuddin Hussein.


BERSIH. Isu bersih membuktikan bahawa dia layak mendapat title neh. Lupakan kekantoian dia dalam isu yang lain2. Isu bersih neh lah yang menyebabkan dia dilihat sebagai menteri yang bangang yang mana dia sendiri pun sedar akan hal tersebut. 

Siapa dia menteri yang menangkap orang semata2 pakai baju bersih dan edar risalah? Siapa dia menteri yang tahan orang jual baju bersih? Siapa dia menteri yang tutup seluruh kl tetapi menyaksikan berpuluh2 ribu rakyat yang berazam akhirnya berjaya menembusi kl? 

Siapa dia? Ya, anda lah orang nya Hishammudin. Menteri propa. Konon nya menteri menjaga keselamatan dan mementingkan rakyat. Tapi ban buku kartun? Kartun boleh membunuh meh? Kartun tidak, tapi gas beracun boleh. 

Apa yang dah jadi pada kes hospital tung sin? Apa yang dah jadi dengan kes kertas siasatan lengkap pasal bersih? Itu pun belum masuk isu kematian di bangunan sprm. Itupun tak sentuh lagi bab salah laku polis yang menceroboh ceramah2 pr.  Itupun tak kira lagi kes ugutan bunuh kepada pr. 

Kes serang markas pkr di tropicana even dengan bukti kita bagi. Apa dah jadi? Zero. Apa pun takde. Kejayaan bersih 2 menyebabkan kerajaan akur dengan kemahuan rakyat malaysia apabila mereka akhirnya menubuhkan PSC. 

Siapa cakap bersih 2 tiada effect? Siapa yang menerima faedah RM500? RM100? Siapa, ya koranglah rakyat yang bersenang lenang goyang kaki di atas perjuangan kami. Di sebabkan kami berani menentang kezaliman, disebabkan kami berani melawan kemungkaran, maka akhirnya kerajaan terpaksa kendurkan kekerasan demi meraih undi. Semua itu atas usaha kami, rakyat yang bukan sekadar goyang kaki di rumah dan mengeji semua pejuang bersih.

Anda patut berbangga kerana rakyat macam kami wujud di malaysia neh. Orang yang sayangkan malaysia dia tahu mana satu betul dan salah. Orang yang pentingkan diri sendiri hanya pandai mengambil kesempatan di atas usaha orang lain. Berapa ramai yang pentingkan diri sendiri? Lue fikirlah sendiri.

4. Ismail Sabri.


Kenapa dia tidak cerdik? Adakah disebabkan dia bapak kepada dafi? Tidak sama sekali. Dua isu neh langsung tidak berkaitan pun. Dia tidak cerdik disebabkan dia gagal menangani krisis kenaikan harga barang dengan berkesan. Sedangkan dia ialah menteri yang sepatutnya memikirkan permasalahan neh.

Fenomena kenaikan harga barangan makanan di malaysia neh semakin melampaui batas. Tapi apa yang menteri kita jawab? Harga barang di malaysia lebih rendah berbanding negara jiran. Bila dia gagal atasi penyeludupan, tahu dia cakap apa? Jumlah penguatkuasa terhad, dah tue dia nak rakyat pula atasi penyeludupan?

Inilah antara menteri yang buat kenyataan tah hapa2 sepanjang tahun 2011. Isu kenaikan cukai yang membebankan dia buat derk. Isu yang tah hapa2 dia pergi meroyan sana sini. Lepas tue tah hapa2 pongpnag marah pembangkang depan tv.
Rakyat peduli meh lue nak hentam pembangkang? Lue punya pasal tapi utamakan lah kerja dulu. Setiap satu bulan 1 barang sekurang2nya naik harga. Itu paling kurang bhai. Bayangkan kalau 10 barang naik harga? Kalau 20? 

Tak ke mamposnya nama tue? Itulah yang dialami oleh rakyat malaysia sekarang neh. Di alam kemamposan. Sana sini orang mengeluh barang naik harga. Mengeluh harga barang yang naik dengan mendadak bukan bererti mereka2 itu pro pembangkang beb.

Sialan.. itu hari harga dia baru rm2.50 apahal sekarang jadi rm3? Marah pakmat.  <-- Pakmat neh mesti pembangkang. Bila check2 dia ialah pro umno. Hidup mampos untuk umno.

Celaka punya kedai. Makan tah pape pun rm27? Gila betul. Marah yusri. <-- Yusri neh mesti pembangkang. Bila check2 rupanya dia apa pun tak minat pasal politik.

Tapi ismail sabri dia tak nampak semua tue. Mentaliti dia dah jitu. Complaint harga barang naik lue confirm pembangkang. So apa sahaja kenaikan harga barang yang dibangkitkan oleh rakyat adalah boleh pergi straight masuk bakul sampah.

Dan dia pula boleh pergi straight bagi idea2 bahlol. Seperti portal pengguna 1malaysia rm1.5juta yang satu sen pun takde effect pada aku dan ko. Walhal sebelum tue portal yang lebih kurang sama telah dibuat setahun sebelumnya. Tukar nama dan format sudahlah. Benda percuma tapi bayar kepada kroni. Last2 benda ditinggalkan dan diabaikan macam portal yang lama. Useless.

Seperti kedai2 rakyat 1malaysia yang kita tahu sah2 ia adalah projek kroni. Seperti restoran 1malaysia[hasil tarik subsidi bahan mentah] dan kedai ikan 1malaysia [hasil tarik subsidi nelayan dalam] dan terbaru burger 1malaysia [hasil NFC?]. Ini semua apa? Apa? Apa benda yang mahu disampaikan? Lue punya otak kasi luas sikit lah. 

Daripada beberapa peniaga yang mendapat kebaikan, kan elok lue kasi kembangkan ia kepada semua peniaga2 di malaysia dan automatik semua rakyat malaysia boleh dapat kebaikan? Lue tarik subsidi dari majoriti yang memerlukan, tapi lue beri susbsidi pada minoriti yang tidak memerlukan, ini adil meh? Ini adil kah?

Apa salahnya kalau konsep kedai rakyat neh ditekankan dari segi sistem. Bukan dari segi projek. Maksudnya cari satu sistem yang boleh dilaksanakan oleh pekedai2 malaysia sehingga membolehkan mereka menjual dengan harga yang berpatutan kepada rakyat malaysia. Harus diingat, rakyat bukan nak harap dan hadap barang percuma dan subsidi dari kerajaan. Tetapi rakyat mahukan kualiti yang bersesuaian apabila mereka dah bersusah payah membayar cukai dan sebagainya.

Ini konsep yang kerajaan kena faham dan gunapakai. Jangan ingat dengan lambakkan barang murah lagi beracun lepas tue nak suruh rakyat berlutut owhh.. syukurlah aku.. syukurlah aku.. bien memang ko lah raja paling agung. Gila ka ko bien? Ko fikir aku cukup bodoh nak berbuat demikian? Pergi mampos.

Penafian Ismail sabri pasal barang makanan KR1M yang beracun dan dibuktikan dengan fakta langsung tidak menghilangkan rasa ego menteri neh. Dia malahan tidak tahu pasal pengenappan. Sila rujuk posting lama di amenoworld dan fb dia sendiri. Ini lawak beb.

Dan yang lebih sadis, walaupun dengan berani aku menjemput dia masuk ke fb saya benci harga barang naik menerusi mesej private dengan menjanji 3 syarat bahawa 

1. tiada provokasi kepada dia.

2. Bahasa yang sopan.

3. Hujah yang relevant [tidak lari topic]

agar dia boleh memahami keluhan ahti rakyat terbanyak macam aku yang menderita sakit jiwa fikir kenaikan harga barang setiap hari dengan jumlah pendapatan yang masih sama, dia langsung tidak endahkan. Fikirlah, aku dah bagi dia ruang dan peluang untuk mengenalpasti apa masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat tapi ada dia kesah? Ada dia kesah? Haram.

Walhal sehari sebelum itu di berita dia cakap, dia dengar suara ahti rakyat. Neh rakyat datang jemput dia sungguh2, time seme dia tetapkan, aku dan fans momantai, ada dia peduli? Haram. Berlakon depan tv mesti mao. Belakang2 Allah swt lebih tahu ma. Simple. Itu sebab aku berani cakap dia neh memang langsung tak cerdik.

Yang cerdik hanyalah buang duit. Sikap terlatih pemimpin2 bn dari dulu sampai sekarang.

3. Jamil Khir.


Inilah menteri yang sangat2 memalukan umat islam di malaysia. Engkauuu tibaaa bilaa politik bien di ancam.. ko blahh bilaa akidah umat islam jadi taruhan. Benda yang dia patut focus dan atasi dia boh layan. Jakim takde kuasa. Had kuasa jakim terhad. Kalau dah tahu kuasa ko terhad, pergi tambah. Pergi cari jalan, usaha untuk tambah kuasa ko. 

Tak dapat dengan tangan, lawan dengan mulut. Hentikan penerbitan majalah lucah malaysia seperti mangga dan dll yang sama seumpamanya. Ia diterbitkan oleh orang islam dan dibeli pula oleh orang islam dan ko sebagai ketua yang menjaga akidah umat islam mesti tentang benda neh habis-habisan. Takde kompromi.

Pelbagai filem yang melampaui batas, pelbagai drama yang menyeleweng, ko patut banteras. Ko patut tahu bila dan di mana peranan ko perlu dimainkan. Bukan guna wang zakat. Bukan pergi sound umat islam jangan suka meminta. Bukan bina rumah besar2. Bukan beli buku kutuk pas. Bukan hina pr dalam ceramah dan khutbah jumaat. Bukan, bukan, bukan. 

Ini bukan kerja ko. Kerja ko jaga akidah kami. Halal haram bukan dalam bab pemakanan je. Itu pun ko tak pass. Syarikat besar2 yang sah2 jual dna babi disembunyikan. Macam mana orang islam nak tahu benda apa yang halal dan apa yang tidak? Nama baik syarikat lebih penting dari pemakanan umat islam. Adakah umat islam ialah testimoni kepada pemangkinan kekayaan yang boleh jamil khir raih di dunia neh?

Jadi orang jangan kejam sangat jamil, jangan. Bukan bermaksud kejam sikit2 boleh. Jangan salah faham. Tapi fikirlah. Bila ia melibatkan akidah umat islam, utamakanlah kami neh. Kami neh amanah buat ko. Setiap satu langkah salah yang kami buat yang mana ia didorong oleh pentadbiran yang salah oleh ko, bukan kami je kena di akhirat, ko pun kena. Malahan lebih teruk.  Ini melibatkan dari generasi kepada generasi. Kalaupun generasi sekarang neh dah rosak, janganlah bawa ia kepada generasi akan datang jamil. Jangan. Kita mampu mengubahnya.

2. Najib Razak.


Tidak lagi perlu diterangkan kenapa dia masuk ke dalam carta. Mungkin orang sedikit confuse kerana dia sepatutnya juara taktha. Tapi apahal dia no 2 pula. Siapa lagi yang paling tak cerdik berbanding dia? Ada meh? Ada. Memang ada. Malahan terlampau banyak saingan sehingga susah nak cari pemenang beb.
 
kah kah kah

Isu yang paling menampakkan Najib razak tidak cerdik pada tahun 2011 ada pada 3 perkara neh. Sebenarnya ada banyak, tapi 3 isu di bawah neh mencetuskan momentun respon yang luar biasa rakyat malaysia terbanyak ;

1. Isu menara warisan.

Isu yang jelas lagi terang terbukti dia tak pakai otak ketika announce menda neh. Awal tahun announce [sekarang sedang finalising] buat menara warisan. Akhir tahun malaysia takde duit pun nak bayar kos selenggara pesawat yang baru dibeli. Ini cara pm tadbir negara. Dipenuhi dengan hutang kiri kanan atas bawah. Pun ada ahti bazir duit lagi dengan berubat luar negara walhal sendiri nasihat hargailah kepakaran tempatan.

Lagi bising suruh rakyat jimat cermat tapi sendiri yang perkenalkan pula pelbagai cukai2 yang baru, malahan bil elektrik juga sudah bercukai yang dijenamakan dengan gelaran baru iaitu LEVI. Ini apa? Lue suruh wa jimat, wa hormat. Tapi lue jangan melampau ma. Jimat wa kena, cukai pun wa kena, lue mao wa buat apa? Sampai wa mampos baru lue syok meh?

Kemon larh piem, kemon larh. Nak suruh rakyat berjimat momantai. Tapi jangan ditekan lagi. Dan sendiri pun kena belajar amalan jimat cermat. Jangan pandai nasihat rakyat je. Bil elektrik + air beriban2 dan sewa rumah rasmi tue apa citer? 

Sendiri amalkan dulu, then rakyat pun ikut. Kalau sungguh nak selamatkan negara, kena sama2 bergabung. Ko tak boleh nak kerah rakyat sedangkan dalam waktu yang sama ko sendiri yang habiskan boreh. Ini salah. Sendiri pandai buat hutang, sendiri bayar hutang. Jangan lambakkan pada rakyat sebab beban kita orang neh pun dah banyak.

2. Isu email 1malaysia.

Isu yang tak perlu diperjelaskan lagi. Jelas, inilah projek kroni. Syarikat neh juga telah mendapat tender sebagai pengutip saman traffic. Macam lah susah sangat nak bayar saman traffic. Bersepah cara ada di malaysia neh. Email free pun bila jadi satu malaysia kena bayar 50sen. Ini yang penyokong umno soh wa respect? Memang wa gelak besar bhai.

Kah kah kah

3. Isu imej islamik.

Orang pergi haji, dia pun pergi haji. Orang guna duit sendiri, dia guna wang rakyat dengan naik kapal terbang yang mana kos tambang sewa nya rakyat yang kena bayar.  Orang pergi haji happy2, dia pun happy2 sampai masuk tv hari2. 

Orang belum balik haji tapi dia dah selesai haji. Bila orang bagi persepsi dia marah bertubi2. Sedangkan sendiri yang tayang amal diri sendiri. Orang pun tak hingin nak menyemak kalau bukan dia yang tayang diri. 

Jangan lah ingat semua orang buta ahti terpengaruh dengan amalan yang sengaja disensasi. So akhirnya berbalik kepada diri sendiri. Siapa lagi yang salah kalau bukan diri sendiri yang sengaja berlagak demi meraih undi? Itu pun tak masuk lagi isu lue perleceh hudud depan tv. Berkerjasama dengan totok yahudi? Lue fikirlah sendiri.

1. Shahrizat Abdul Jalil.

Ya. Inilah juara. Dia berada di tempat yang betul. Dia ialah menteri paling tak cerdik sekali dalam tahun 2011. Isu NFC mencalarkan semua rekod baik dia. Isu NFC menghilang dan melenyapkan semua jasa dia pada negara. Siapa yang salah kalau bukan diri sendiri?

Pada awalnya dia dah kalah secara bermaruah dengan nurul izzah di lembah pantai. Dia patut sedar ketika itu bahawa dia dah ditolak. Kenapa lah nak tunggu sampai orang2 betul2 menyampah dekat dia ? Itupun dia tak blah lagi. Dia duduk lagi dalam kerusi menteri. Boleh nampak tak betapa tak cerdiknya dia neh?

Bagitau saya mana satu pemimpin umno yang tidak bermasalah? Ini dia jawab bila orang suruh dia blah. Woitt.. pasal pemimpin umno bermasalah lah orang makin benci pada umno. Sekarang tak payah heret pemimpin lain, sekarang focus isu ko jek. Saya hanya isteri, saya buat kerja saya dan dia buat kerja dia.. nak selak kain ke sinsing baju ke apa ke itu semua tidak lagi berguna.

Jadilah ibu yang bermaruah at least kepada anak sendiri. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak2 sendiri. Isu NFC neh tak kira nak lari kot mana pun memang ko dah tersepit. Dari salahguna wang beli kondo di malaysia dan singapore sampailah kepada isu gaji yang melampau2 banyaknya semua nya dah terbongkar. Semua nya. Dibuktikan dengan fakta yang kuat lagi, jelas lagi konkrit.

Ko dah tak boleh nak buat apa. Ada kuasa memang aku dakwa ko. Aku seriyes neh. Tapi aku fikir kalau ko boleh pulangkan balik rm250j dan berundur cara baik pun okey dah. Lepas neh apa ko nak buat dengan hidup ko punya pasal. Jangan lagi susahkan rakyat hanya semata2 nak hidup mewah. Please shahrizat. Berundurlah selagi ada ruang untuk berundur.

Ameno : Ulang kata2 shahrizat.. siapa menteri umno yang tidak bermasalah.. siapa?


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/top-5-lima-menteri-paling-tidak-cerdik.html#ixzz1i4gNLMvw

Hafaz Quran


Saya bukanlah di kalangan orang yang bagus hafalannya.  Namun di dalam hati tidak pernah lekang rasa ingin menghafal banyak ayat-ayat al-Quran.  Supaya apabila dapat menghafal ayat-ayat al-Quran yang banyak, maka dapatlah mencontohi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, para sahabat Baginda, tabi`in, tabi`ut tabi`in dan orang-orang yang soleh selepas mereka yang berdiri lama tatkala mereka mendirikan solat malam seorang diri kerana membaca kalam-kalam mulia dari ALLAH Jalla wa A`la.

Semoga saya dan kalian semua dikurniakan keazaman, kesungguhan dan dijauhkan dari sifat malas dan putus asa selepas mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Sheikh Wahid Abdus-Salam Bali (semoga beliau dipelihara ALLAH) berikut:

 
Daripada penerangan Sheikh, dapat saya fahami bahawa cara untuk menghafal al-Quran untuk jangka masa panjang adalah seperti berikut:

1)  Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.

(Mesti 10 kali.  Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang.  Cara ini salah.  Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)

Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.

2)  Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.

3)  Setelah ayat dalam baris pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali.  Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.

4)  Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.

Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek.  Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.

Bagaimana untuk menukar penghafalan jangka pendek ini kepada penghafalan jangka panjang?

1)  Ambil mushaf dan buka muka surat yang sudah dihafal itu.  Baca muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf.  Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris berkenaan.

Perbuatan begini, insyaALLAH akan melekatkan apa yang dihafal kuat di dalam minda.  Anda tidak akan lupa, insyaALLAH.  Segala puji bagi ALLAH.  Kenapa?

Kerana apabila anda membacanya sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf, mata anda akan merakam muka surat tersebut dalam bentuk foto ke dalam minda.  InsyaALLAH ia akan melekat kuat di dalam ingatan anda dan takkan melupakannya.

Berikut adalah satu lagi video penerangan oleh Sheikh Abdus-Salam Bali: 
 
 
Tentu ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menghafal al-Quran.  Cara di atas hanyalah salah satu daripadanya.  Semoga ALLAH Ta`ala memberkati Sheikh atas ilmu yang dikongsikan.  Juga buat insan yang sudi berkongsi video ini kepada umum melalui youtube, semoga ALLAH Ta`ala memberkati mereka juga, amin…

Semoga ALLAH memuliakan saya dan tuan/puan dengan al-Quran yang mulia, amin.

Bahtera Nabi NUh AS


Korang pernah dengar cerita penemuan bahtera Nabi Nuh tak? Dah banyak keluar cerita penemuan bahtera tu tapi secara saintifiknya masih lagi tak dapat dibuktikan kebenaran cerita-cerita tu semua..Kalau korang berminat nak tau cerita ni boleh baca kat bawah..

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar.

Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu. Gambar-gambar itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan ‘rahsia-rahsia' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mount Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang ‘maha berharga’ itu.

Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa-kuasa besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mahu mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar-benar ada di puncak Mount Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark!


Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark . Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja, para pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang.

Mengikut para pendaki yang pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mount Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

The Great Noah Ark ini berada di Mount Ararat, tapi dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu.

Mount Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mount Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat

Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia, Iran,Turkey”. Kedudukan Mount Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.

Kalau kita tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar Mount Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-kutulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mount Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yang didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mount Lebanon di Syria.

Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mount Ararat itu.

Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]. Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.

Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan…


Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/08/misteri-penemuan-bahtera-nabi-nuh-as.html#ixzz1i1bLo759

Pegar

Salam Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  

Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?
Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa matrik, barulah pengarah saya En Ismail Kalam cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:
clip_image006
“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”

Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.
clip_image008
Namaku Si Pegar, bukan Pagar!

Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.
So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)

Gage vs frontal lobe

by 

Phineas Gage adalah seorang penyelia bekerja dgn Rutland Burlington Railroad di Vermont, USA. Kisah yg berlaku pada tahun 1848 ini membuka mata kebanyakan pakar otak mengenai fungsi frontal lobe yang sebelum ini dianggap tidak penting untuk kehidupan manusia.

Gage yang berusia 26 tahun mempunyai ciri fizikal yang hebat, seorang yang cerdik, pantas membuat keputusan, punyai personaliti yang menarik, disenangi ramai dan berkebolehan untuk memimpin membolehkan dirinya menjadi penyelia pada usia muda. Ini menjadikan dirinya sesuai dgn kerjanya mengetuai pasukan peledak meruntuhkan tanah bukit bukau agar landasan keretapi dapat dibina, suatu kerja yang merbahaya dan memerlukan fokus yang tinggi.

Kejadian malang menimpa Gage bilamana pada suatu hari ketika sedang memasukkan bahan peledak kedalam lubang dan menolaknya dengan sebatang besi, tiba2 ianya ianya meletup. Batang besi yg panjangnya lebih kurang 3 kaki itu memasuki pipi kirinya dan tembus dari bahagian atas kepalanya. Saksi melapurkan yang Gage kemudiannya terhumban dan kekejangan buat seketika. Semua orang terperanjat melihat Gage masih bernyawa selepas itu dan lebih aneh lagi dia sedar dan masih waras walaupun mengalami kecederaan yang teruk, bahagian depan otaknya yang hilang (frontal lobe) tidak sedikitpun mengubah keupayaan untuk bercakap, bergerak dan berjalan. Beliau kemudiannya dibawa ke hotel yang berdekatan dan dirawat oleh Dr William.

Gage kemudiannya dirujuk kepada Dr Harlow. Gage sedar semasa beliau diperiksa dan mampu menjawab soalan2 berkenaan kemalangan yang terjadi. Doktor seolah2 tidak percaya yang dia boleh terselamat dari kejadian tersebut. Mungkin disebabkan dirinya yang muda bertenaga dan sihat membolehkan beliau sembuh tanpa sebarang komplikasi. Keupayaan fizikal beliau seperti biasa malah ingatannya tidak sedikitpun terjejas. Dr Harlow menyatakan yang Gage amat bernasih baik kerana bahagian otaknya yang rosak itu adalah bahagian depan (frontal lobe) yang pada ketika itu tidak dianggap penting untuk manusia.

Kesan yang amat besar pada diri Gage mula kelihatan selepas beliau beransur2 sembuh. Personaliti beliau berubah 180 darjah dan rakan2 menyatakan Gage yang mereka kenali dulu sudah berubaha perangainya menjadi orang lain. Dr Harlow menyatakan yang Gage sudah kehilangan sifat2 baik dan cerdik pada dirinya malah lebih bersifat kehaiwanan.

Daripada seorang yang jujur dan berperangai sopan, beliau mejadi seorang yang tidak boleh dikawal dan menyusahkan orang lain. Beliau menjadi serorang yang pentingkan diri sendiri dan selalu membuat keputusan dan pilihan hanya berpihak untuk diri sendiri. Beliau tidak suka bergaul dan bersosial dan selalu menggunakan perkataan2 yang biadap malah selalu mabuk. Beliau sukar untuk mengikut apa yang dirancang dan tidak boleh berfikir sebelum membuat keputusan. 

Dr Harlow menasihati Gage dan cuba mengubah sikapnya kerana beliau tahu Gage akan kehilangan kerjanya jika beliau terus menerus bersikat demikian tetapi tidak sedikitpun diendahkan oleh Gage. Tidak menghairankan beliau kemudiannya dipecat dan tidak dapat kekal lama didlm pekerjaan lain yg diceburinya.

Gage meninggal dunia pada 21 May 1860 tetapi hanya selepas 7 tahun kemudian kuburnya digali semula dan tengkorak kepalanya diambil untuk kajian. Batang besi yang menembusi kepala Gage dan juga tengkorak kepalanya sekarang disimpan di Harvard Countway Library of Medicine.

Pada tahun 1994, seorang saintis Hanna Damissio telah membina kembali secara simulasi kerosakan yg dialami oleh Gage. Walaupun tidak semua frontal lobenya hilang tetapi hanya sebahagian darinya, Gage seolah2 sudah menjalani lobotomy (pembuangan frontal lobe untuk tujuan menyembuhkan penyakit tertentu, kerap dilakukan sekitar tahun 1930an tetapi tidak lagi setelah ahli perubatan sedar akan kesannya terhadap manusia).

Ketahuikah anda manusia dizaman moden ramai yang seolah2 sudah menjalani "lobotomy"? Perbezaan sikap dan tngkah laku manusia dulu dan sekarang sama seperti apa yang berlaku kepada Gage sebelum dan selepas kejadian. Pentingnya frontal lobe dipelihara agar manusia kekal bersifat manusia, jika tidak boleh menjadi lebih teruk dari haiwan. Pentingkan diri sendiri, biadap, kurang sopan, pemarah dan semua sifat2 negatif lebih menonjol lagi dizaman sekarang ini.
Frontal lobe yg tidak dijaga, ditambah dgn kehidupan yang semakin hari semakin tertekan (stress) dan penuh kerisauan menyebabkan frontal lobe tidak mendapat bekalan darah dan bahagian ini akan menjadi lemah dan lama kelamaan mati. Lihat SPECT scan otak seorang yang ganas, walaupun tiada kecederaan fizikal, otak depannya seolah2 sudah tiada, bukan bahagian tersebut kosong tiada jisim tetapi tiada darah yg pergi kearah itu. Ibarat pokok yang tidak disirami air, lama kelamaan akan layu dan mati.
Manusia masih tetap hidup seperti biasa dan normal dalam keadaan begini, boleh bekerja, bersukan, berkeluarga dan bermacam2 lagi, kesan yang utama adalah sikap, perangai, emosi dan tingkahlaku yang mana akan menonjolkan sifat2 buruk jika tidak dijaga. Sikap mementingkan diri sendiri, tidak kisah kesan pada orang lain, kesan pada diri sendiri pada masa depan inilah sebenarnya yang membawa manusia itu sendiri menuju kehancuran. Bila bekerja tikam belakang untuk naik pangkat, bila berpangkat makan rasuah mengumpul harta, bila berkuasa guna taktik kotor untuk jatuhkan lawan, bila berniaga mengaut untung berlebih-lebihan, bila membeli guna hutang hingga tidak mampu membayar. Semua ini ciri2 mereka yg sudah mati frontal lobenya.
Indahnya solat perintah Allah itu membolehkan frontal lobe sentiasa "disirami" dgn bekalan darah ketika sujud dan fokus didlm sembahyang itu melatih frontal lobe kerana fokus adalah antara fungsi utama bahagian tersebut. Sebab itu solat yang diterima solat yg khusyuk dan paling hampir diri kita dgn Allah ketika kita sujud didlm solat. (Al-Alaq 96:16). Bukankah frontal lobe yang sempurna membolehkan manusia lebih bersikap dan bersifat "manusia", hidup berharmoni tidak mementingkan diri sendiri dan boleh mencegah kemungkaran?