Isnin, 9 Januari 2012

Moh ler skor kimi-'A'!

Description: cop kimi-'A'!  Moh Ler Skor A kimi-‘A’!
UPS II PDT KMS


Name        : __________________________
Matrix no : __________________________
Tutor       : DM  P

CHAPTER 5 : STATES OF MATTER

1.         A vessel of fixed volume 2.0 dm3 contains 0.2 mol of calcium carbonate.  After heating, it was found
            that the pressure of the gas formed at 30 ºC is 44.08 kPa.

            (a)  Write an equation for the decomposition of calcium carbonate.
            (b)  Calculate the number of moles of gas formed from the decomposition of  calcium carbonate.
            (c)  Determine the mass of calcium carbonate left in the vessel.

2.         1.490 g of zinc reacted with excess hydrochloric acid and the hydrogen gas evolved  was collected using the water displacement method at a temperature of   30 ºC and a pressure of 100.6 kNm2 .  The vapour pressure of water at this temperature is 5.81 kNm-2.  Calculate the volume of dry hydrogen gas collected.
            [Ar of Zn = 65, H = 1, Cl = 35.5 ]

3.         (a) Explain why real gases do not obey the ideal gas equation.
      (b) Under what conditions does the behaviour of real gases approach ideality?
            Explain your answer.

4.         (a) Define the boiling point of a liquid.
            (b) Discuss the factors that affect the boiling point of pure liquids.


CHAPTER 6: CHEMICAL EQUILIBRIUM

1. (a)  The Kc value at 300oC for the reaction
                  A(g)       +     2B(g)  <----->  AB2(g)
           is  0.90. A mixture of these gases was analysed and found to contain 0.04 M of A, 0.50 M of B and 
           0.04 M of AB2 Has the system reached equilibrium ?  In which direction must the reaction proceed to 
           achieve equilibrium ?

     (b)  A system was charged with 0.400M of ammonia gase, NH3 and was allowed to attain equilibrium at
            472oC. The equilibrium mixture of gases was analysed at the same temperature and the
           concentration of N2 found was 0.025 M. Calculate the
i.                    Kc
ii.                  Kp
iii.                Percent dissociation of NH3

2. Ammonia hydrogen sulfide decomposes according to the following reaction:
NH4HS(s) <----->   H2S(g)  +  NH3(g)
    The equilibrium constant, Kp for the reaction is 0.11 atm2 at 250oC. If 10.0 g of NH4HS(s) is placed in a
     sealed 4.0 dm3 container at 250oC, determine
a)      The partial pressure of each gas at equilibrium.
b)      The degree of dissociation of NH4HS.

3. Consider the following equilibrium:
4NH3(g)  +  3O2(g) <-----> 2N2(g)  +  6H2O(g)                ΔH = -1531 kJ
     Predict the effect on the equilibrium position when the following changes are made to system. Explain.
a)      Some of the ammonia is removed from the system.
b)      The pressure of the system is increased.
c)      The temperature of the system is raised.
d)     Helium is added at a constant volume.
e)      Helium is added at a constant pressure.
f)       A catalyst is added to the reaction mixture. .

4. At 448 oC, the Kc for the reaction H2(g) + I2(g) <-----> 2HI(g) is 51. Predict how the reaction will 
    proceed to reach equilibrium if starting with 1.0 x 10-2 M HI, 5.0 x 10-3 M H2 and 1.5 x 10-2 M I2.

5. Consider the following exothermic gas phase reaction at equilibrium
           4HCl (g)   +   O2 (g) <----> 2Cl2 (g)   +   2H2O (g) 

  If the concentration of HCl(g) were suddenly increased, describe what would happen to:
a)      the concentration of O2(g)
b)      the concentration of Cl2(g)
c)      the concentration of H2O(g)
d)     the value of the equilibrium constant, Kc

   Good Luck in your UPS II Chem Thursday 2.2.12 9-10 am

Ahad, 8 Januari 2012

Umar

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah   Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.



                    Keluasan pemerintahan bani Umayyah

Biodata Ringkas
Nama                  : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam
Nama Ibu            : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
Gelaran                : Asyajj Bani Marwan
T/Lahir                : 61H di Madinah.
Umur                  : 39 tahun
Tarikh M/Dunia    : 101H
Jawatan              : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan    : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
 
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
 
Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
 3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
 4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan    beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah Umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa'  Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....
Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada  pemerintahan  zaman moden ini....hanya   852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas.....!!!

                                                 Makam Khalifah Umar Abd Aziz
 
http://silverheritage.blogspot.com/

Ceri..


"chery_cross-eastar-ext-5 Ini adalah Chery Eastar, model dari negara China. Namun, di China, tiada istilah “kereta nasional” bagi mereka. Hal ini kerana mereka turut mengambil teknologi dari luar negara, sama seperti Proton dan Perodua.

Saya harap tiada siapa yang memandang remeh, kerana Chery mengeksport sejumlah 120,000 kereta setahun, dan mensasarkan jumlah eksport mencecah 400,000 pada tahun 2010. Mereka juga mempunyai 7 kilang pengeluaran di luar negara China, iaitu di Rusia, Iran, Mesir dan Argentina. Ini menunjukkan kepercayaan yang telah diberi oleh banyak negara kepada kenderaan buatan China.
Jika anda rajin menaiki bas RapidKL, anda akan perasan tulisan Cina di cermin kebanyakan bas, dengan tulisan rumi “HIGER”. Bas tersebut kebanyakannya diimport dari China olehKumpulan Scomi- Tentu ramai mengenali Scomi kan? Scomi tidak banyak mengeluarkan bas dari kilang Rawangnya, kerana kapasiti pengeluaran yang rendah.
Sebagai jalan pintas untuk memenuhi permintaan, mereka mengimport bas-bas dari China ini. Untung atas angin. Yang menghairankan, bas dari China ini mempunyai ketahanan yang jauh lebih baik dari bas keluaran Rawang yang selalu bocor bumbungnya (bas T623 dari LRT Kelana Jaya), dan selalu mengalami kerosakan yang akhirnya menyebabkan kelewatan dan kesusahan kepada pengguna.
Poin saya: Jangan pandang remeh keluaran negara China.
Berbalik ke isu kereta. Menurut laman PaulTan.org, enjin 2.4 liter SOHC Mitsubishi yang diletakkan di dalam bonet Chery Eastar mengeluarkan 127 kuasa kuda pada  5,500rpm and tork 198Nm pada 3,000rpm.
(Menurut laman rasmi Proton Edar, Enjin Campro CPS mempunyai 125 kuasa kuda pada 6,500rpm dan tork 150Nm pada 4,500rpm.)
Enjin Chery Eastar tidak terlalu berkuasa, namun mudah untuk diselenggara. Ianya mempunyai 4-kelajuan transmisi automatik dengan kebolehan untuk menukar kepada manual. MPV ini berukuran 4662mm panjang, 1820mm lebar dan 1590mm tinggi with dengan “wheelbase” sepanjang 2800mm.
Harganya? Hanya RM79,888 untuk versi standard dan RM86,888 untuk versi spesifikasi tinggi. Berbaloi untuk sebuah kereta yang lebih berkuasa lebih tinggi, berenjin lebih besar. Bayangkan harganya tanpa cukai kerajaan.
Chery Eastar tergolong dalam kelompok CKD, dipasang di kilang milik Oriental Assemblers Sdn Bhd di Johor. Namun, harganya berpotensi untuk turun sedikit lagi, apabila kilang CKD mereka sendiri akan mula dibuka di Pekan, Pahang pada penghujung tahun ini. 30% daripada hasil pengeluaran kilang itu nanti akan dieksport ke seluruh zon ASEAN dan juga Australia.
Jangan risau, saya bukan jurujual Chery, saya hanya pelajar kejuruteraan yang memiliki minat kepada kereta. Pastinya akan wujud persaingan yang amat hebat antara Chery Eastar dan model terbaru Proton dan Perodua dalam segmen MPV.
Pesan saya kepada Proton dan Perodua, laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai pengeluar kereta “nasional” untuk mengeluarkan kenderaan berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.
Jika tidak, kami akan pilih alternatif lain, Chery Eastar. Rakyat Malaysia kini sudah celik, ingat itu!

http://firdausrosli.wordpress.com/tag/mpv-malaysia/" 

Jumaat, 6 Januari 2012

kerusi kami mana..?

"SAYA amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan murid-murid di sekolah. 

Bagi persediaan Penggal Persekolahan 2012 ini, 'Touch Point' beliau ialah 1 Murid 1 Meja 1 Kerusi 1 set Buku Teks.


Saya amat gembira dengan adanya 'touch point' tersebut di mana saya menganggarkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun membuat pengagihan secukupnya bagi meja, kerusi dan buku-buku teks kepada setiap sekolah untuk setiap murid.  


Namun begitu saya difahamkan hanya murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 sahaja diberi keutamaan untuk mendapat kelengkapan tersebut. Jadi bagaimanakah nasib murid-murid lain di sekolah?  
Saya seorang warga pendidik yang agak keliru dengan apa yang berlaku sekarang.


Saya telah menghadiri Mesyuarat Guru Kali Pertama Bagi Tahun 2012 di sekolah saya di Dengkil.  
Pihak pentadbir sekolah telah membuat keputusan untuk meminta guru-guru menyumbangkan RM50.00 seorang bagi menampung kos pembelian meja dan kerusi murid bagi sesi persekolahan 2012. Manakala murid pula akan diminta untuk membayar RM10.00 seorang bagi tujuan tersebut.  
Menurut pihak pentadbir, keputusan ini terpaksa dibuat kerana sekolah berada dalam keadaan kritikal untuk menyediakan meja dan kerusi bagi murid.  


Justeru saya masih lagi terfikir-fikir akan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menyediakan kelengkapan murid tersebut? Saya bukan mahu berkira tetapi saya berpendapat ada pihak yang lebih bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini.  


Walaupun RM50.00 itu nampak kecil jumlahnya, janganlah kos penyediaan meja dan kerusi murid diletakkan di bahu guru kerana guru juga mempunyai tanggungan lain yang perlu diselesaikan. 



GURU KELIRU
Dengkil, Selangor
Utusan Malaysia, 4 Jan 2012
 
"
 

3war

HARI PERTAMA SEPERTI SETAHUN(1000TAHUN) 920-1920 – KEHANCURAN TAMADDUN ISLAM
(DIMULAKAN DGN PERANG MENJATUHKAN KERAJAAN KHALIFAH SELURUH DUNIA) 
KRONOLOGI 
2.PEN JAJAHAN KERAJAAN KHALIFAH
3.PENGHAPUSAN SEJARAH PENINGGALAN  KERAJAAN KHALIFAH
4.PENULISAN SEMULA SEJARAH KHALIFAH DGN MEMPERBESARKAN KELEMAHAN KHALIFAH YG BUKAN MAKSUM
5.PENULISAN SEMULA TEKNOLOGI ILMUAN ISLAM DGN MENYALAHI AQIDAH YG TERTERA DIDLM AL QURAN 

HARI KEDUA SEPERTI SEBULAN(83 TAHUN)1920-2000 – KEBANGKITAN IMPERIALISME
(DIMULAKAN DGN PERANG DUNIA 1 DAN 2) 
KRONOLOGI 
1.PENUBUHAN PBB - ONE WORLD ONE GOVERNMENT -DUNIA DIPERINTAH DARI USA
2.KEADILAN SOSIAL – MENGHAPUSKAN SISTEM KHALIFAH KEPADA SISTEM DEMOKRASI DIDLM KEPIMPINAN
3.SISTEM EKONOMI BARU – KAPITALIS (PENGHAPUSAN DINAR EMAS KPD WANG KERTAS)
4.SISTEM PENDIDIKAN BARU  

HARI KETIGA SEPERTI SEMINGGU(20 TAHUN)2001-2020 – ORDE DUNIA BARU(NWO)
(DIMULAKAN DGN PERANG MENAWAN IRAQ DAN AFGHANISTAN)
KRONOLOGI 
1.ISLAM AND TERRORISM
2.WAR AGAINST TERRORISM
3.WORLDWIDE COMMUNICATION
4.ONE COUNTRY ONE NATION – KEMPEN PENGHAPUSAN BANGSA/ETNIK
5.PLURISM/LIBERALISME – HAK ASASI MANUSIA DLM AGAMA 

HARI KEEMPAT SEPERTI HARI YG DILALUI 2021 ABOVE – ONE WORLD ONE GOVERNMENT
(DIMULAKAN DGN PERANG DUNIA 3)
DUNIA DIPERINTAH DARI ISRAEL. 
APAKAH SEBENARNYA WAWASAN 2020 ? EKONOMI ATAU MENYAMBUT SESEORANG ? 
PENAMAT - KEMBALI KEPADA KERAJAAN KHALIFAH(DIMULAKAN DGN PERANG ARMAGEDDON)