بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Ahad, 8 Januari 2012
Ceri..
" Ini adalah Chery Eastar, model dari negara China. Namun, di China, tiada istilah “kereta nasional” bagi mereka. Hal ini kerana mereka turut mengambil teknologi dari luar negara, sama seperti Proton dan Perodua.
Saya harap tiada siapa yang memandang remeh, kerana Chery mengeksport sejumlah 120,000 kereta setahun, dan mensasarkan jumlah eksport mencecah 400,000 pada tahun 2010. Mereka juga mempunyai 7 kilang pengeluaran di luar negara China, iaitu di Rusia, Iran, Mesir dan Argentina. Ini menunjukkan kepercayaan yang telah diberi oleh banyak negara kepada kenderaan buatan China.
Jika anda rajin menaiki bas RapidKL, anda akan perasan tulisan Cina di cermin kebanyakan bas, dengan tulisan rumi “HIGER”. Bas tersebut kebanyakannya diimport dari China olehKumpulan Scomi- Tentu ramai mengenali Scomi kan? Scomi tidak banyak mengeluarkan bas dari kilang Rawangnya, kerana kapasiti pengeluaran yang rendah.
Sebagai jalan pintas untuk memenuhi permintaan, mereka mengimport bas-bas dari China ini. Untung atas angin. Yang menghairankan, bas dari China ini mempunyai ketahanan yang jauh lebih baik dari bas keluaran Rawang yang selalu bocor bumbungnya (bas T623 dari LRT Kelana Jaya), dan selalu mengalami kerosakan yang akhirnya menyebabkan kelewatan dan kesusahan kepada pengguna.
Poin saya: Jangan pandang remeh keluaran negara China.
Berbalik ke isu kereta. Menurut laman PaulTan.org, enjin 2.4 liter SOHC Mitsubishi yang diletakkan di dalam bonet Chery Eastar mengeluarkan 127 kuasa kuda pada 5,500rpm and tork 198Nm pada 3,000rpm.
(Menurut laman rasmi Proton Edar, Enjin Campro CPS mempunyai 125 kuasa kuda pada 6,500rpm dan tork 150Nm pada 4,500rpm.)
Enjin Chery Eastar tidak terlalu berkuasa, namun mudah untuk diselenggara. Ianya mempunyai 4-kelajuan transmisi automatik dengan kebolehan untuk menukar kepada manual. MPV ini berukuran 4662mm panjang, 1820mm lebar dan 1590mm tinggi with dengan “wheelbase” sepanjang 2800mm.
Harganya? Hanya RM79,888 untuk versi standard dan RM86,888 untuk versi spesifikasi tinggi. Berbaloi untuk sebuah kereta yang lebih berkuasa lebih tinggi, berenjin lebih besar. Bayangkan harganya tanpa cukai kerajaan.
Chery Eastar tergolong dalam kelompok CKD, dipasang di kilang milik Oriental Assemblers Sdn Bhd di Johor. Namun, harganya berpotensi untuk turun sedikit lagi, apabila kilang CKD mereka sendiri akan mula dibuka di Pekan, Pahang pada penghujung tahun ini. 30% daripada hasil pengeluaran kilang itu nanti akan dieksport ke seluruh zon ASEAN dan juga Australia.
Jangan risau, saya bukan jurujual Chery, saya hanya pelajar kejuruteraan yang memiliki minat kepada kereta. Pastinya akan wujud persaingan yang amat hebat antara Chery Eastar dan model terbaru Proton dan Perodua dalam segmen MPV.
Pesan saya kepada Proton dan Perodua, laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai pengeluar kereta “nasional” untuk mengeluarkan kenderaan berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.
Jika tidak, kami akan pilih alternatif lain, Chery Eastar. Rakyat Malaysia kini sudah celik, ingat itu!
http://firdausrosli.wordpress.com/tag/mpv-malaysia/"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan