. Walaupun orang itu berusaha mengusirnya berkali-kali, anjing itu tetap mengikutnya.
Selang beberapa ketika, orang itu pun melemparkan tulang-tulang yang dibawanya. Anjing itu terus memakannya dengan rakus. Apabila anjing itu sedang lalai memakan tulang, orang itu berjaya memasuki pintu dengan mudah dan dapat menghadap raja. Demikian cerdas orang itu.
Kisah ini menggambarkan orang yang zuhud. Dia mengosongkan hatinya daripada segala perkara selain daripada Allah. Tulang-tulang yang dibawanya itu adalah seumpama DUNIA dan anjing itu pula adalah ibarat SYAITAN. Dia mencampakkan DUNIA dan memberikannya kepada SYAITAN, sehingga akhirnya dia dapat bertemu Allah yang dilambangkan sebagai raja.
Sebaliknya, sekiranya dia terus mempertahankan tulang-belulang yang dibawanya, pasti dia terus dikejar oleh anjing. Demikian manusia yang cintakan dunia dan tidak mahu melepaskannya, mereka pasti terus digoda syaitan. Justeru, dalam usaha menghindarkan diri daripada pujuk rayu dan tipu daya syaitan, usah hiraukan perihal dunia. Pasti terbuka jalan bertemu Allah, tanpa halangan.
Al-Ghazali berpesan,
“Apabila engkau menjamah makanan, kelazatannya hanya bersifat sementara. Makanan yang berada di dalam perutmu, seterusnya menjadi busuk dan perlu dikeluarkan dalam bentuk kotoran. Oleh yang demikian, dalam mengharapkan keredhaan Allah, usah engkau berlebihan dalam urusan makan dan minum, perkahwinan, tempat tinggal dan segala keperluan, kecuali sekadar yang engkau perlukan demi menegakkan badan dan menjaga dirimu. Itu adalah zuhud yang hakiki.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan