Sekarang ini di Malaysia ada perbankan Islam dan perbankan konvensional. Tetapi selepas ramai yang menggunapakai produk perbankan Islam, ada yang mula sangsi & mempertikaikan kredibiliti perbankan Islam menawarkan pinjaman yang “bertopengkan Islam”. Benarkah begitu? Adakah Islam hanya pada nama? Pelaksanaan yang sebenarnya ditolak ketepi?
Kalau dah nama pinjaman Islam sepatutnya tidak membebankan, tetapi malangnya lain pula jadinya. Corak perniagaan perbankan Islam masih ditakuk lama cuma terdapat beberapa terma yang telah ditukar untuk dijadikan daya penarik kepada pelanggan mereka. Adakah anda orangnya?
Walaupun ada usaha mewujudkan perbankan Islam yang sebenar-benarnya tetapi masih “belum mampu” dan dilihat masih lagi gagal. Sebab apa? Sebenarnya selagi di Malaysia ada 2 jenis perbankan iaitu :
- Perbankan Konvensional
- Perbankan Islam
Sampai bila-bila pun, Perbankan Islam yang sebenarnya tidak mampu dilaksanakan dengan baik. Di mana boleh diistilahkan sebagai “cannibalize conventional banking”. Lihatlah apa yang berlaku sekarang ini, seawal dahulu rancanganya cawangan Perbankan Islam, kebanyakan adalah bank komersial sepatut beroperasi di bawah autonomi mereka sendiri. Tetapi malangnya, lama-kelamaan perbankan konvensional mula terasa “hangat” dan “bisa” kehadiran perbankan Islam. Akhirnya apa jadi? Sudahnya bahagian Perbankan Islam diserapkan ada perbankan konvensional juga.
Perbankan Islam VS Perbankan Konvensional : Apa Yang Membezakan Sebenarnya?
- Kalau dahulu, ada Islamic Loan Fixed Profit Rate sahaja, tetapi sekarang ini “profit” rate dah boleh ubah seperti interest rate. Dah boleh pula profit rate -2.0, -1.0. Jadi apa bezanya perbankan konvensional vs perbankan Islam?
- Adakah dengan mengadakan akad sahaja sudah cukup membuatkan pinjaman tersebut menjadi “Islamic loan”?
- Hakikatnya kadar faedah pinjaman Islam lebih tinggi daripada pinjaman konvensional
- Apabila ditanya, pinjaman Islam dikatakan adil kepada peminjamannya. Adilkah?
Hakikatnya sebahagian besar yang melakukan pinjaman ini adalah orang yang kekurangan wang, apatah lagi dengan pinjaman rumah yang sekarang bolehdiikat sehingga 30-40 tahun lamanya manakala kereta boleh diikat sehingga 9 tahun. Jadi apa pilihan mereka? Buat pinjaman dengan bank.
Walaupun pinjaman dah bertukar menjadi jual beli, tetapi tak sepatutnya kontrak jual beli tu mahal sekali ganda daripada harga asal sehingga membebankan peminjamnya. Contoh?
- Beli rumah, apatah lagi inilah rumah pertama mereka (peminjam) ini beli rumah manakala kereta adalah keperluan kepada manusia sekarang ini, jadi pembelian harta-harta seperti inilah yang sepatutnya dipermudahkan dan janganlah sehingga menyulitkan peminjamnya
- Ya…benar, walaupun Islam menghalalkan jual beli dengan harga mahal, tetapi seeloknya tawaran harga yang diletakkan itu samada “keperluan ataupun kehendak” dan dinilaikan pada kadar yang munasabah
- Akhirnya matlamat menolong umat Islam tidak dapat diselesaikan, hakikatnya lebih kepada menindas
Sepatutnya, perbankan Islam tidak sepatutnya menginaya peminjam, perlu ada perbezaan yang ketara dengan perbankan konvensional. Sebagai contohnya:
- Beli kereta menggunakan pinjaman Islam (Islamic loan)
- Pinjaman Peribadi (Personal loan) juga menggunakan pinjaman Islam (Islamic loan)
- Tetapi akhirnya apabila membayar pinjaman tersebut faedahnya menampakkan tiada tiada beza dengan pinjaman konvensional yang lain. Bezanya hanya ada pada akad sahaja.
Ada satu kes melibatkan kaunter “Islam” bank konvesional tak lama dulu.
- Ada hamba Allah ini buat pinjaman perumahan “Islam” untuk rumah beliau yang berharga RM400,000 ++
- Tempoh pinjaman 20 tahun. Pinjaman kena bayar ikut aqad lebih kurang RM900,000 pada akhirnya tempoh perjanjian itu. Pertengahan jalan (sekitar 10 tahun selepas beliau membuat pinjaman), akhirnya peminjam tersebut ada masalah kewangan, tak mampu bayar. Bank akhirnya mengambil tindakan dan lelong rumah tersebut
- Secara teknikalnya bank tersebut dah dapat lebih daripada apa yang dipinjamkan iaitu bayaran ansuran 10 tahun dan kemudian lelong rumah lagi
- Tetapi peminjam tersebut masih lagi berhutang dengan bank mengikut akad lebih kurang RM500,000 tetapi dalam pada masa yang sama “rumah dah tergadai”. Kononnya sudah ada akad. Inikah yang dinamakan perbankan Islam?
Perbankan Islam VS Perbankan Konvensional : Adakah Cukup Dengan Menukarkan Beberapa Terma Perbankan Konvesional Daripada :
- pemberi pinjaman =pembiaya
- peminjam” kepada pelanggan
- faedah = keuntungan/caj pengurusan
- faedah lewat bayar = gantirugi lewat bayar (Takwih)
- faedah = upah simpan (pajak)
- buat akad
Akhirnya apabila dilancarkan, nah siap sudah satu produk pembankan yang kononnya berlandaskan Islam. Cukupkah? Bila agaknya Perbankan Islam yang benar-benar ikut syariah Islam nak diwujudkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan