Selasa, 3 Januari 2012

Allah bersamamu..!!! yakinlah..

Salam
aku tahu, sangat sukar berada di tempat kamu tika ini.
Teramat sukar.
Bagaikan seluruh bumi menghempap diri kamu.

Bagaikan dunia terasa sempit bagimu kerana kau seolah-olah terpenjaradengan apa yang kau sedang perjuangkan kini.
Dan  kau berasa gelisah dan resah,
dan terus bertanya dan bertanya dan bertanya pada dirimu sendiri…..
‘Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?’
Lantas di kala kau memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan tawakal dan rahmat Allah, beserta secebis usahamu itu, hatimu mula bergetar, dan dahimu mula beraliran peluh yang lebat.

Di saat satu soalan demi satu soalan dihadapkan.
Setiap kali itu kertas soalan cepat sahaja di selak..
ada tak soalan mudah – ada tak soalan mudah?

arrhhhhhhh!! nape apa yang study semua tak keluar ini?????

Dan hati kecilmu mula menangis.
deras sekali
Dan jiwamu mula bergetar..
bergoncang sekali.
Ya Allah! Mampukah aku lulus dalam exam ini?

Mampukah aku untuk grad tahun?

Mampukah ya Allah??

Dan hatimu mula berombak, namun kau gagahkan dirimu untuk menjawap dan terus menjawap.
Namun dirimu sudah tidak lagi tenang, hatimu sudah tidak lagi mantap untuk melangkah, meraih sebuah kejayaan.
Lantas kau merasai dunia ini kelam buat dirimu.
Lantas kau merasai harapan sudah semakin suram
Dan akhirnya air mata menjadi peneman. Deras menderu. Membasuh kekecewaan hatimu.
Doa-doa syahdu yang dihadapkan pada Allah penuh penyesalan.
Namun, kau tak dapat menipu dirimu sendiri, dan terus bertanya dan bertanya:
‘ Mengapa jadi begini padaku?’
‘ Ya Allah, mampukah aku lulus ini?’
Dan gambaran kegagalan sangat menakutkan dirimu.
Teramat takut.
Dan kau tak mampu membayangkan majlis graduasi tanpa adanya kamu di atas pentas itu. .
Dan kau teramat takut ditimpa bala yang teramat berat. Malu yang bertimpa-timpa. Rasa hina lagi rendah.
Dan teramat takut akan sebuah hakikat ini:
KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN
Dan hatimu mula rapuh akan janji Allah padamu.
Kamu sudah mula ragu-ragu akan takdir dan ketetapan Allah buat kamu.
Dan kamu berkira-kira selama ini, usaha kamulah yang memberikan kejayaan buat kamu.
Dan kerana itu, kamu berasa cuak dan teramat takut kegagalan itu akan menghantui diri kamu.
Sehingga kamu sendiri menyalahi apa yang dahulu kamu sorakkan pada semua adik-adikmu:
USAHA TAKKAN MENATIJAHKAN KEPUTUSAN.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)
Dan sungguh, satu masa dahulu, kita benar-benar yakin akan ayat Allah ini.
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Inilah dia kata-kata kalamullah. Dan sungguh ini adalah kata-kata yang amat benar.


Exam, benar-benar menjadikan kita demam :(
Namun, di saat ujian ini menimpa diri kita, kita mula goyah dan lari dari kenyataan ini, dan kembali kepada keadaan asal ,seolah-olah kamu tak pernah mendengar ayat ini.
Bukankah Allah akan uji kamu, sampai kamu benar-benar-benar-benar yakin akan janji dan ayat-ayatNya?
Bukankah ALlah akan uji kamu, sampailah kamu benar-benar -benar-benar laksanakan apa yang kamu katakan?
Masih ingatkah kita akan kalam yang dinukilkan Syed Qutb dalam kitab muqaddimah Zilalnya:
Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak, kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri:
Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana dia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.Keyakinankepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan:
ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
268. “Syaitan menakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh
kamu melakukan ke jahatan. sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah)
Begitulah sayangku, dan aku amat memahami getaran dan kerisauan yang bertujah di lubuk jantungmu.
Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah.
Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya kerana kamu gagal menjawap pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti.
Kerana :
أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢)ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak   bersedih hati. (62) ] orang-orang yang beriman dan mereka bertakwa.  (Yunus: 62-63)
Orang beriman tidak akan takut dan tidak akan sedih.
Kerana dia YAKIN, segalanya telah ditetapkan oleh Allah.
CUMA:
Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.
Untuk mendapat pahala jihad.
Bukan untuk mendapatkan keputusan.
Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.
Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.
Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangat Allah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan ijazah ini dapat melajukan kita dalam dakwah.
Makanya, study itu menjadi ibadah teragung dan termulia, kerana kita benar-benar berharap Allah menangkan dan mudahkan dakwah ini, bila kita dapat kejayaan dalam study kita ini.
Dan kerana itu , doa kita sendiri dihalakan kepada itu: Berdoa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam ijazah, agar Allah dapat menangkan dakwah melalui ijazah itu.
Dan di situlah, kamu akan rasai kekuatan yang luar biasa dan motivasi imaniyah yang sangat membakar jiwa kamu.
Dan kamu akan benar-benar faham, bahawa, kita study ini adalah benar-benar jihad di jalan Allah.
Kerana itu kita takkan aim hanya lulus ( walaupun medik mmg sangat susah nak luluskan pun!) tapi kita nak menjadi sangat terbaik dalam peperiksaan kita.
Namun, jika Allah berkehendakkan sebaliknya, berupa kegagagalan, yakinlah,itulah yang terbaik buat kamu. Dan bukanlah hukuman Allah buat kamu.
Yakinlah perkara itu, walaupun dirimu sangat hiba dan tertekan saat itu berlaku, kerana Allah takkan meninggalkan hambaNya sendirian,
.
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
216. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia ba ik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah)
Namun, mungkin ada yang mahu berkata padaku:
‘ Senanglah awak tu dah doktor, dah pass! Aku ni yang sedang merana ni nak exam. Kau apa tahuuuuu??????
Aku pernah gagal dalam peperiksaan.
Banyak kali.
Banyak kali.
Sehingga mengulang tahun.
Sehingga ujian teramat besar dalam dakwah menimpa aku. Tentangan demi tentangan. Hanya kerana saya gagal dalam peperiksaan saya.
Sehingga aku berpuasa dan berehat dari dakwah, kerana aku merasai bahawa usaha dan masa perlu lebih digunakan untuk study.
Namun jiwa aku mati, hati aku kosong, dan aku sesat dalam kerabaan. Mencari makna kepada kekosongan hidup.
Di tika itu, hati aku amat goyah dan tak yakin dapat menjadi seorang doktor pun satu hari nanti.
Sehinggalah Allah menunjukkan padaku; subjek yang aku pulun untuk belajar dan confident untuk lepas, akhirnya bertemu kegagalan juga.
Dan subjek yang aku risau sangat dan banyak bergantung pada Allah, Allah mudahkan untuk lulus.
Dan aku benar-benar tak faham dan tak nampak, kenapa kegagalan itu perlu ada dalam kamus hidup aku. Kenapa Allah takdirkan saya aku sehingga, mengulang tahun? Kemudian menanggung malu dengan keluarga dan rakan-rakan lain.
Dan terlalu ramai ketika itu mahu aku berhenti dalam dakwah. Berhenti dan sejuk sebentar (cool down) dalam dakwah? Termasuk rakan seperjuanganku?
Apatah lagi rasa hina dan teramat rendah diri di saat adik-adik tahu aku tahu aku mengulang tahun.
Tentu mana muka mahu disorokkan ketika bertemu teman-teman sekelas lama yang berjaya naik tahun seterusnya, dan aku masih di bangku yang sama.
Namun, benarlah kata-kata Allah:
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Syed Qutb mengatakan:
Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah 
suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak
kepada pandangan manusia yang singkat.
Kita takkan nampak hikmah itu di tika ini.Takkan nampaknya sekarang.
Mungkin setahun dua selepas itu.
Pada aku, aku melihat hikmahnya 5 tahun selepas peristiwa itu berlaku.
Dan benarlah, Allah taala sebut, inilah yang terbaik buat kita, walaupun di satu saat dahulu, kita amat benci akan keadaan itu.
Yakinlah, apa yang Allah dah takdirkan, itulah yang terbaik. Apa keadaan sekalipun.,Yakinlah.
Apa yang Allah taala minta kita buat sekarang, adalah terus menerus berusaha. Usaha kerana Dia suruh usaha. Dan doa minta Allah bantu kita dalam ijazah untuk menjayakan dakwah kita.
Dengan itu, sebaik sahaja kamu selesai jihad dalam medan pena, kamu akan terus sahaja berlari di dalam medan jihad sebenarnya; itulah dia dakwah.
Moga antum semua diberikan kekuatan untuk menghadapi imtihan yang tidak mudah dan teramat sukar ini.
Allah ada, trust me.
And I believe insyaallah, kamu akan pasti bertemu kejayaan di medan ini. =)
Ukhtikum
Aisyahz
Foundation Year 2 Doctor
Glasgow

Tiada ulasan:

Catat Ulasan