بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 18 Januari 2012
Selasa, 17 Januari 2012
Kisah benar
JURUWANG TERANIAYA
Taiping, Perak
Taiping, Perak
SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.
Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."
Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.
Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.
Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.
Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.
Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?
Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.
Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
Asingkan kaunter bayaran barangan ‘tidak halal’
| S. M. Mohamed Idris, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat aduan salah seorang pekerja di sebuah pasar raya seperti mana yang disiarkan di dalam ruangan Surat Pembaca, akhbar Utusan Malaysia, 18 Januari 2012.
Berdasarkan kepada aduan itu, juruwang yang bekerja di pasar raya itu telah diarahkan oleh pihak pengurusannya supaya memegang daging babi tanpa berlapik. Perkara ini adalah sesuatu yang amat sensitif bagi setiap umat Islam.
Kebanyakan pasar raya di negara ini mempunyai ruangan khas untuk meletakkan barangan jualan yang ‘Tidak Halal’ bagi memisahkannya dengan barangan lain tetapi mungkin tidak mempunyai kaunter bayaran yang memisahkan khusus untuk menerima bayaran bagi barangan ‘Tidak Halal’ seperti yang dinyatakan di dalam surat pengadu.
Semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini perlulah lebih sensitif kepada agama dan budaya rakyat di negara ini dan mereka perlu menghormati agama dan budaya pekerja mereka dengan mengambilkira setiap perkara yang sensitif serta mengelakkan daripada melakukan tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya orang lain.
Sehubungan itu, CAP mencadangkan kepada semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini agar mengadakan lorong kaunter bayaran khusus untuk membuat bayaran barangan ‘Tidak Halal’ semoga perkara yang sensitif seperti ini dapat dielakkan.
CAP turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) agar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurus dan pasar raya itu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja ini.
Semua pihak perlu peka dan sensitif dalam menjaga keharmonian hubungan di antara semua bangsa dan agama memandangkan kita semua berada di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.
Tindakan yang awal segera perlu diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan agar tidak timbul sebarang konflik yang lebih buruk pada masa hadapan.
S. M. Mohamed Idris
Presiden

kami ditindas January 18, 2012 at 9:18 am
SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.
Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, “Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain.”
Komik najib

Kalau sebelum ini komik “Transformasi Najib” ini boleh didapati di pasaran pada harga RM13.90 senaskhah termasuklah kedai buku utama seperti MPH Bookstore. Walaubagaimanapun, terdapat dakwaan terbaru yang mengatakan komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah.
Komik Transformasi Najib : Sudah 8 Kali Ulang Cetak
Ada kalangan ibubapa telah memperolehi “komik Najib” semasa menghadiri mesyuarat PIBG. Setakat ini dikatakan Komik Najib ini telah diulang cetak sebanyak 8 kali sejak mula diterbitkan pada tahun 2011. Adakah kerana komik Najib ini telah mula diedarkan di sekolah-sekolah, menybabkan ia terpaksa diulang cetak sehingga beberapa kali?
Kalau diikutkan sebenarnya Komik Najib ini ada dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Nak tahu apa yang terkandung dalam komik Transformasi Najib ini yang mempunyai sebanyak 109 mukasurat?
Di bawah ini kami sertakan antara isi kandungan berserta gambar komik Transformasi Najib ini :
Komik Transformasi Najib : Rosmah Mansor Sebagai “Tulang Belakang”
Komik Transformasi Najib : Sila Sokong Kerajaan Bukannya Pembangkang

Komik Transformasi Najib : Ketika Detik-detik Pengunduran Tun Mahathir Sebagai Presiden UMNO Semasa Perhimpunan UMNO

Komik Transformasi Najib : Rakyat Dinasihat Supaya Jangan Jadi “Musuh Dalam Selimut”

P/S : Cikgu-cikgu ada yang dah dapat komik ini? Ada kalangan anak-anak anda di sekolah sudah menerima komik Transformasi Najib ini?
sumber: beritasemasa.com
Isnin, 16 Januari 2012
Berkat niaga
Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:
1. Sikit, tapi untung
Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.
Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).
Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham
2. Banyakkan sedekah atau infak
Berapa ramai antara kita yang selalu bersedekah apabila mendapat kesenangan? Bilasudah mahu miskin, baru terlintas ingin bersedekah? Itu adalah konsep yang salah, seharusnya kita bersedekah ketika senang dan sihat!
3. Usaha secara berterusan
Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.
4. Keyakinan yang jitu kepada Allah
Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.
Semoga kita beroleh manfaat.. Amin
rakam lahan
Dengan pencahayaan yang baik dan sedikit nasib, videographer amatur boleh menggunakan kamera digital murah untuk mengubah penerbangan yang kabur ke dalam imbasan yang memukau tingkah laku haiwan.
Dengan semangat ini, program Belanda yang dipanggil Vilegkunstenaars, atau Flight Artists (Artis Penerbangan), telah menghantar alat video kelajuan tinggi untuk amatur di seluruh dunia. Cabaran: Tangkap alam dalam penerbangan.
Sepanjang tahun, peraduan itu menarik 460 amatur yang telah memuat naik lebih daripada 2,400 klip video gerak perlahan yang ditembak dengan kamera percuma mereka. Juri saintis, ahli-ahli falsafah dan pakar-pakar video kemudian memilih kegemaran mereka. [Wired]
Fly making somersault
Bee clashes with bumblebee
Clumsy longhorn beetle
Great tit as the artist
Whiffling goose
7 video high speed haiwan terbang
Langgan:
Ulasan (Atom)