Isnin, 23 Januari 2012

hero xonline


Dari kecil korang mesti korang pernah tengok cerita pasal spiderman, batman, ultraman, keluang man, gaban, X-men dan ramai- ramai lagi..

Mereka yang lahir dalam tahun 80/90 an terutamanya mesti dibesarkan dengan cerita kartun ni.. haa, berbalik kepada tajuk asal, nak tahu kenapa diorang dah jarang atau tak pernah nak online lagi buat masa sekarang? tengok gambar ni.. gambar menceritakan segalanya..



Kesian, sebab itulah mereka tak dapat nak online.. :p


P/s: hahah, hanya gurauan semata-mata.. ekeke, santai mood ^^v

1hari


Nak dijadikan cerita.. satu hari di dalam kelas agama terjadilah peristiwa ini.. cerita bermula dengan seorang budak bernama Aminah, seorang pelajar yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian di dalam kelas.

Pada suatu hari ketika dalam kelas agama, Ustazah ada buat sesi soal jawab dan bertanyakan beberapa soalan kepada pelajarnya.. Ustazah pun bertanya..

“Siapa orang yang patut kita hormati dan sayangi?”.

Takde siapa jawab. Selang beberapa minit, ada seorang pelajar lelaki yang agak nakal telah mencucuk bontot Aminah dengan jarum yang ketika sedang tidur, dan akibat terperanjat ..Aminah pun menjerit “MAK!!”

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betul.

Aminah sambung tidur balik.

Ustazah tanya lagi soalan.

“Siapa pencipta alam dan segalanya?”

Budak lelaki di belakang Aminah tu cocok lagi dengan jarum, Aminah pun menjerit “YA ALLAH!!”

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betul.

Aminah sambung tidur balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

“Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?”

Budak lelaki tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata “Kau cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!”

Ustazah tu terus pengsan..

P/s: hahaha, moral of the story, jangan tidur dalam kelas :p

kredit 2: nizarazu

Sabtu, 21 Januari 2012

COsta




KAPTEN kapal persiaran mewah Costa Concordia, Francesco Schettino, 52 tahun, dianggap bertindak lambat dan cuai untuk melaporkan insiden perlanggaran kapal itu dengan terumbu batu berhampiran Pulau Giglio di Tuscany, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali pada malam Sabtu minggu lalu.
Dia juga berlengah-lengah membunyikan tanda amaran sedangkan kapal sudah semakin senget. Malah, ada penumpang yang lebih awal menghubungi polis dengan telefon bimbit untuk meminta bantuan dan memaklumkan keadaan kapal yang kelam-kabut.
Bahkan ketika pengawal pantai menghubungi Schettino melalui radio untuk bertanya apa yang tidak kena dengan Costa Concordia, lelaki itu hanya menjawab, terdapat sedikit gangguan bekalan elektrik pada kapal berkenaan.
Hanya pada pukul 10.30 malam waktu tempatan atau satu jam selepas kapal tersebut melanggar terumbu batu, barulah Schettino meminta bantuan.
Kelewatan tersebut sebenarnya menyukarkan keseluruhan operasi menyelamat terutamanya memindahkan ribuan penumpang dan anak kapal memandangkan kapal sudah semakin menyenget ke sebelah kanan.
Lewat

ROBEKAN sepanjang 50 meter pada badan kapal menghasilkan bunyi yang disifatkan penumpang sebagai 'mengerikan'.


Pendakwa raya di Itali kini sedang menyiasat adakah tindakan Schettino yang sengaja melewatkan proses pemindahan itu ada kaitan dengan keengganannya untuk mengakui keputusan yang dia ambil untuk bergerak lebih hampir dengan pantai.
Selain itu, Schettino juga berdepan dengan tuduhan mengingkari arahan pegawai Pengawal Pantai bertugas, Gregorio de Falco, untuk kembali ke kapal dan mengawasi operasi menyelamat. Dia sebaliknya menyelamatkan diri dengan menaiki bot penyelamat.
Rakaman perbualan di antara Schettino dengan de Falco pada malam kejadian seperti yang dilaporkan akhbar Corriera della Sera memperlihatkan Schettino seperti tidak prihatin dengan apa yang berlaku pada penumpang, kru dan juga kapal mewah bernilai RM1.5 bilion itu.

COSTA Concordia adalah dua kali ganda lebih besar daripada kapal Titanic yang tenggelam pada tahun 1912.


"Dia mengelak apabila diarahkan supaya kembali ke kapal. Dia juga kata mahu memantau operasi menyelamat sedangkan dia berada di atas bot penyelamat," ujarnya.
Menurut rekod sama, Schettino didapati langsung tidak kembali ke kapal walaupun operasi menyelamat berjalan sehingga pukul 6 pagi.
Schettino memberitahu stesen televisyen Itali, TGCOM, kapalnya melanggar batu yang tidak tercatat dalam carta dan dia telah cuba menyelamatkan seberapa ramai orang yang boleh.
Dalam satu temu bual selama tiga jam bersama The Independent pula, Schettino yang sekarang merupakan orang paling dibenci di Itali mendakwa dia ada sebab untuk meninggalkan kapal itu.
"Sewaktu kapal mula menyenget, penumpang berasak-asak ke ruang dek untuk menaiki bot penyelamat.
Sejuk

SEBAHAGIAN daripada 4,000 penumpang Costa Concordia yang berjaya diselamatkan.


"Saya turut berada di sana untuk membantu penumpang turun ke bot. Malah, saya menyerahkan jaket keselamatan saya kepada seorang penumpang.
"Malangnya, ketika sibuk membantu, tiba-tiba kaki saya tersadung dan terjatuh memasuki sebuah bot penyelamat memandangkan kapal sudah senget pada kedudukan 60 hingga 70 darjah.
"Saya bukan sengaja mahu meninggalkan kapal. Lagipun masih ada banyak bot penyelamat untuk memindahkan penumpang," kata Schettino.
Dia yang kini menjalani tahanan rumah berdepan kemungkinan hukuman penjara selama 15 tahun atas dakwaan membunuh secara beramai-ramai. Sehingga kini, 11 mangsa disahkan mati dan 21 lagi masih hilang.
Schettino turut mendakwa dia telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa dengan membawa kapal menghampiri pantai.
Bagaimanapun, alasannya itu tidak diterima Pengarah Industri Costa Cruises, Pier Luigi Foschi. Dia tetap dipersalahkan atas tragedi hujung minggu lalu itu.
Menurut Foschi, Schettino telah menyimpang dari laluan yang ditetapkan.
Dia juga dituduh membawa kapal itu belayar di dalam radius 137 meter dari garisan pantai untuk memberi penghormatan kepada ketua pelayan Costa Concordia, Antonello Tievoli yang keluarganya menetap di Pulau Giglio.

KOLAM renang dan gelongsor air sudah cukup untuk menggambarkan betapa mewahnya kapal ini.


Padahal, kapal itu sepatutnya berada pada jarak 10 kali ganda dari jarak tersebut.
"Antonello menelefon dan berkata kami harus melihat dari jendela sekitar pukul 9.30 malam kerana dia akan berada di kapal yang akan lalu sangat dekat ibarat di sebelah Pulau Giglio dan kami harus melihatnya.
"Semua kapal pernah mendekati pulau tetapi bukan seperti Costa Concordia, ia terlalu hampir," ujar bapa Antonello, Giuseppe.
Malam sebelum tragedi itu, Antonello telah diundang ke anjungan ketika kapal melintasi pulau itu.
"Ke mari dan lihatlah, Antonello. Kita seperti berada di depan Giglio," kata Schettino.
Antonello menyedari kapal itu bergerak terlalu dekat dengan batu karang. Dia berkata kepada Schettino, 'awas, kita terlalu dekat dengan pantai!'
Namun peringatan itu sudah terlambat. Sekitar pukul 9.40 malam, para penumpang mendengar 'rintihan mengerikan' ketika kapal sepanjang 304 meter itu dirobek batu karang dan kabinnya menjadi gelap akibat bekalan elektrik terputus.
"Bunyi itu cukup mengerikan. Saya rasa rintihan adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkannya.
"Ia membawa aura panik yang luar biasa," kata seorang anak kapal, Rose Metcalf, 23, yang berasal dari Dorset, Britain.
Ketika kejadian, Costa Concordia yang membawa 4,000 penumpang dan anak kapal baru dua jam berlepas dan dalam perjalanan ke Laut Mediterranean.
Pada masa itu, kebanyakan penumpang sedang menikmati hidangan makan malam dan Schettino berada di anjungan kapal seberat 112,000 tan itu.
Lokasi kemalangan yang tidak terlalu jauh dengan pulau membuatkan ramai penumpang berasa yakin untuk terjun dan berenang ke pantai.
Keadaan air laut yang sejuk menyebabkan beberapa penumpang mati walaupun masing-masing mengenakan jaket keselamatan. - SITI NOR AFZAN KASIMAN

Iraq

Cara mereka dapatkan pasangan hidup

Iraq bukanlah satu negara yang kecil, kerana Iraq merupakan negara ketiga pengeluar minyak terbesar dunia. Hasil daripada rakyatnya yang inginkan perubahan dan dalam masa yang sama mendapat bantuan dari Amerika dan negara-negara yahudi maka kini Iraq bukan lagi sebuah negara Islam. Ramai umat Islam di Iraq kini menyesal dengan apa yang berlaku kerana maksiat kini sudah bebas dilakukan dimerata tempat seluruh Iraq.

98% penduduk Iraq beragama Islam


Dengan menggunakan hak kebebasan, yahudi berjaya memperdayakan umat Islam di Iraq. Kini Yahudi menggunakan modus Operandi yang sama juga seperti di negara Islam yang lain dan Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman ini. Berikut adalah gambar terkini yang berlaku di Iraq

Iraq bukan lagi negara umat Islam.

Tawaran percutian untuk mereka yang masuk kristian.

Kanak-kanak iraq Islam yang telah masuk kristian tersenyum riang.




Lelaki Islam yang bakal DiKristiankan

Upacara Kristian merupakan upacara rasmi negara



Warga Iraq ini dulunya Islam sekarang telah Kristian

Mencari Jodoh cara Kristian

Inilah yang dikehendaki oleh pihak Barat


Kanak-kanak Iraq dibaptiskan

Khamis, 19 Januari 2012

Pemikiran punca & gagal

UPS II bakal menjelma. Ramai daripada pelajar matrik semalaysia dari KMP ke KML buat-buat sibuk studi. Saban hari, pensyarah mengharapkan kejayaan anak-anak didik matrikualsi, baik dalam bidang akademik atau sahsiah diri.

Bagaimanapun, harapan semata-mata tidak memadai untuk membuahkan kejayaan kepada mereka. Ada isu psikologi yang sesekali menyebabkan impian kita tergendala. Ia boleh berpunca daripada ibu bapa, pensyarah atau diri pelajar itu sendiri. Namun, hal ini jarang kita sedari. Termasuklah makcik klener, pak gad, makcik café hatta pembantu makmal. Dalam kehidupan seharian, ada satu simptom yang selalu berlaku, walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.Ia berlaku dalam kognitif pemikiran kita. Simptom ini yang dinamakan sebagai nujuman penyempurnaan kendiri atau dalam istilah bahasa Inggeris, self fulfilling prophecy.

Simptom ini berlaku apabila kita meramalkan sesuatu tingkah laku terlebih dahulu. Kemudiannya, ia disusuli dengan tindakan-tindakan kita bagi membolehkan tingkah laku yang kita andaikan itu benar-benar berlaku. Misalnya, Ali mengandaikan bahawa Abu ialah seorang yang tak pandai dalam subjek kimi-‘A’!. Andaian tersebut menyebabkan setiap kali Ali terserempak dengan Abu, dia tidak akan bertegur sapa atau menghulurkan senyuman. Tentulah, Abu juga tidak akan menegur Ali juga kerana tidak ada wajah mesra daripada Ali. Hasilnya, Abu yang mungkin bukan seorang yang tak pandai, kemudiannya benar-benar menjadi individu yang tak pandai. Pernahkah ini berlaku dalam hidup anda sebagai pelajar terutama di sekolah dahulu? Ia selalu berlaku tetapi kita tidak menyedarinya. Ia selalu terjadi, tetapi kita tidak mengetahuinya.

Bagaimana pula dalam konteks mengajar pelajar matrik? Di kolej matrikulasi, biasanya terdapat kecenderungan pensyarah mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang di dewan kuliah sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran. Sesekali mereka juga diandaikan sebagai pelajar yang nakal dan ponteng tegar. Natijahnya pensyarah tersebut akan melabel golongan pelajar ini sebagai malas tidak memberi perhatian kepada pelajar di barisan belakang. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar di barisan hadapan. Disebabkan kurang perhatian, pelajar di barisan belakang kemudiannya benar-benar gagal dalam program matrikulasi dan menjadi pelajar bermasalah di matrikualsi padahal di sekolah mereka adalah pelajar cemerlang.

Dalam keadaan bagaimanakah simptom ini berlaku? Kita juga sering melihat pelajar metrikulasi yang ponteng dan melepak di koperasi dan café asrama. Sesekali kita juga melihat mereka merokok di bilik asrama atau asyik bermain game seperti DOTA atau NFSMW. Walaupun kita sebagai pensyarah sangat-sangat tahu bahawa pelajar ini berkemungkinan ponteng kuliah, tutor dan kelas amali tetapi kita sebagai pensyarah ---------à langsung atau tidak pernah menegurnya. Minda psikologi kita telah terlebih awal memberikan isyarat bahawa mereka ini pelajar yang tidak menyumbang kepada min subjek dan tidak berminat dengan pelajaran. Masa depan mereka bakal binasa kerana kedegilan dan sikap bodoh sombong selain perasan dah sangat-sangat pandai.

Para pensyarah seharusnya memberi perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kuliah. Justeru tidak ada ahli komuniti di dalam kolej matrikulasi  yang mengambil tahu, walaupun gejala ponteng ini hanya berlaku di dalam kawasan kolej, hasilnya pelajar tersebut benar-benar menjadi pelajar yang bermasalah. Mereka ini asalnya mungkin hanya sekadar suka-suka ponteng. Natijah daripada pemikiran kita tadi, mereka juga mungkin bermasalah pada kemudian hari. Semua ini sebenarnya ialah reaksi psikologi yang selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa sedari.

Mata pelajaran kimi’A’!, fizik, biologi dan Matematik telah dianggap sebagai subjek yang sangat-sangat sukar. Bahkan, kita sebagai pensyarah selalu menyebutnya. Selain pensyarah Sains dan Matematik, pensyarah unit lain juga ada menyebutnya.

Pelajar-pelajar matrikulasi yang pernah kecundang juga selalu menyebutnya. Terpedaya dengan mitos yang dikembangkan dalam masyarakat, pelajar matrikulasi juga menyangka bahawa Sains dan Matematik ialah subjek yang sukar. Kesannya, mereka tidak berminat untuk mengulangkaji mata pelajaran tersebut. Hanya berserah pada taqdir. Dialog paling popular ----à “dah ditaqdirkan aku gagal… nak wat cam ne lagi kan…??”
Pelajar matrik ini juga YAKIN GAGAL dalam UPS dan PSPM. Lama-kelamaan, akibat kurang berminat dan tidak mengulangkaji, Sains dan Matematik yang asalnya mungkin sekadar subjek seperti subjek yang lain, menjadi mata pelajaran yang benar-benar susah. Mereka pula gagal. Inilah sebenarnya kekangan minda yang selalu membantutkan kejayaan pelajar matrikulasi. Pensyarah mengandaikan bahawa dengan mengajar penuh semangat di dewan kuliah setiap hari, pelajar akan skor A untuk subjek sains dan matematik..???.

Namun, pensyarah selalu sangat terlupa dan akan selalu kelupaan adakalanya kita sendirilah sebagai pensyarah yang meramal kegagalan pelajar-pelajar ini dalam UPS dan PSPM. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada simptom pemikiran yang ntah apa-apa nie…

Pemikiran punca kita gagal


ANAK-ANAK juga sering disogok dengan pemikiran kononnya subjek Sains dan Matematik adalah subjek yang sukar. - Gambar hiasan



SESI persekolahan sudah pun bermula. Ramai daripada kita kembali sibuk menghantar dan mengambil anak ke dan dari sekolah. Saban hari, kita juga mengharapkan kejayaan anak-anak, baik dalam bidang akademik atau sahsiah diri.
Bagaimanapun, harapan semata-mata tidak memadai untuk membuahkan kejayaan kepada mereka. Ada isu psikologi yang sesekali menyebabkan impian kita tergendala. Ia boleh berpunca daripada ibu bapa, guru-guru atau ahli masyarakat. Namun, hal ini jarang kita sedari.
Dalam kehidupan seharian, ada satu simptom yang selalu berlaku, walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.
Ia berlaku dalam kognitif pemikiran kita. Simptom ini yang dinamakan sebagai nujuman penyempurnaan kendiri atau dalam istilah bahasa Inggeris, self fulfilling prophecy.
Simptom ini berlaku apabila kita meramalkan sesuatu tingkah laku terlebih dahulu. Kemudiannya, ia disusuli dengan tindakan-tindakan kita bagi membolehkan tingkah laku yang kita andaikan itu benar-benar berlaku.
Misalnya, Ali mengandaikan bahawa Abu ialah seorang yang sombong. Andaian tersebut menyebabkan setiap kali Ali terserempak dengan Abu, dia tidak akan bertegur sapa atau menghulurkan senyuman.
Pendidikan
Tentulah, Abu juga tidak akan menegur Ali juga kerana tidak ada wajah mesra daripada Ali. Hasilnya, Abu yang mungkin bukan seorang yang sombong, kemudiannya benar-benar menjadi individu yang sombong.
Pernahkah ini berlaku dalam hidup anda? Ia selalu berlaku tetapi kita tidak menyedarinya. Ia selalu terjadi, tetapi kita tidak mengetahuinya.
Bagaimana pula dalam konteks pendidikan anak-anak? Di sekolah, biasanya terdapat kecenderungan guru mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran. Sesekali mereka juga diandaikan sebagai pelajar yang nakal. Hasilnya, guru tersebut tidak memberi perhatian kepada pelajar di barisan belakang. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar di barisan hadapan. Disebabkan kurang perhatian, pelajar di barisan belakang kemudiannya benar-benar gagal dan menjadi mereka yang nakal.
Dalam keadaan bagaimanakah simptom ini berlaku?
Kita juga sering melihat anak-anak sekolah yang ponteng dan melepak di belakang bangunan atau kaki lima pusat beli-belah. Sesekali kita juga melihat mereka merokok atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Walaupun kita tahu bahawa anak-anak ini berkemungkinan ponteng sekolah, tetapi kita tidak menegurnya. Minda psikologi kita telah terlebih awal memberikan isyarat bahawa mereka ini anak-anak nakal dan tidak berminat dengan pelajaran. Masa depan mereka bakal binasa kerana kedegilan mereka.


GURU-GURU seharusnya memberi perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kelas.- Gambar hiasan



Justeru tidak ada ahli masyarakat yang mengambil tahu, walaupun gejala ponteng ini hanya berlaku di belakang kawasan perumahan mereka, hasilnya pelajar tersebut benar-benar menjadi pelajar yang bermasalah. Mereka ini asalnya mungkin hanya sekadar suka-suka. Natijah daripada pemikiran kita tadi, mereka juga mungkin bermasalah pada kemudian hari.
Semua ini sebenarnya ialah reaksi psikologi yang selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.
Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dianggap sebagai subjek yang sukar. Bahkan, kita selalu menyebutnya. Selain guru Sains dan Matematik, guru-guru lain juga menyebutnya.
Kurang minat
Pelajar-pelajar yang pernah gagal dalam Matematik dan Sains juga selalu menyebutnya. Terpedaya dengan mitos yang dikembangkan dalam masyarakat, anak-anak kita juga menyangka bahawa Sains dan Matematik ialah subjek yang sukar. Kesannya, mereka tidak berminat untuk mengulangkaji mata pelajaran tersebut.
Mereka juga yakin gagal dalam subjek tersebut. Lama-kelamaan, akibat kurang berminat dan tidak mengulangkaji, Sains dan Matematik yang asalnya mungkin sekadar subjek seperti subjek yang lain, menjadi mata pelajaran yang benar-benar susah. Mereka pula gagal.
Inilah sebenarnya kekangan minda yang selalu membantutkan kejayaan anak-anak kita di sekolah. Kita mengandaikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari, mereka akan membawa pulang sesuatu yang membahagiakan.
Namun, kita terlupa, adakalanya kita sendirilah yang meramal kegagalan mereka. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada simptom ini.