Rabu, 29 Februari 2012

RM50...

Tinjauan barang-barang dapur sama ada di pasar tani, pasaraya dan pasar besar didapati harga ikan dan makanan laut yang lain naik begitu mendadak sekali yang kadangkala boleh membuatkan kita pening kepala mana satu hendak diutamakan kerana harganya melambung-lambung dari hari ke sehari.

Mana tidaknya harga ikan cencaru yang dahulu boleh kita dapat RM4 sekilogram tetapi kini mencecah RM10 dan begitu juga ikan kembung dahulu boleh dibeli dengan harga RM6 tetapi kini sudah mencecah RM20. Harga sotong basah kini RM24 dan udang juga RM24 dan ketam kini RM28 sekilogram.

Serai tidak ada lagi harga 20 sen tetapi kini RM1 seikat, harga cili merah hanyalah 3 atau 4 biji  RM1 dan begitu juga dengan sayuran yang lain agak mahal harganya berbanding dengan harga 2 tahun yang lalu.

Nampaknya kita sudah kembali di zaman 60-an atau 70-an di mana walaupun harga ikan hanya di bawah RM1 sekilogram di masa itu tetapi masih tidak mampu membelinya sekati atau sekilogram dan hanya mampu membeli seekor atau 2 ekor ikan kembung untuk sarapan sekeluarga tengah hari dan malam.

Dengan membawa RM50 ke pasar hanyalah dapat membawa balik sekilo ikan kembong dan sekilo udang serta 2 atau 3 jenis sayur sahaja. Ada juga di antara pelanggan membeli ikan-ikan yang separuh busuk dijualkan di sana yang mana kadang kala kucing pun 'reject' untuk menjamahnya menjadi menu sekeluarga di rumah nanti.

Ini adalah realiti kehidupan sekeliling kita di mana tiada kaitannya sama ada yang hidup ataupun yang mati dan ianya adalah sebagai renungan sahaja.

Syed Abdullah Osman Jamalullail,
Seremban

Mungkir janji...

Sebelum kapal mewah Titanic karam, arkitek kapal tersebut pernah berkata bahawa ianya sangat teguh sehinggakan Tuhan pun tidak dapat menenggelamkannya. Demikanlah kata-kata terakhir yang tercatat dalam sejarah sebagai ungkapan yang penuh ironi.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi jaminan bahawa dari segi fakta saintifik, projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan di Pahang itu selamat. Malah, lebih daripada itu, beliau dengan berani mengatakan nadir bumi itu tidak berbahaya kerana bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, mereka terdedah kepada nadir bumi setiap hari.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama Najib memberikan jaminan beliau terhadap sesuatu hal. Dalam tahun 2011 sahaja, pelbagai jaminan telah diberikan apabila orang ramai bangkit menyuarakan bantahan kepada beberapa isu.

Jaminan-jaminan Najib
Jaminan-jaminan ini hanya seperti mendodoi bayi tidur. Ia seolah-olah menjadi kata muktamad untuk mematikan segala hujah rasional yang rakyat lontarkan seperti kita ini sudah kembali semula ke zaman kerajaan mengetahui segala-galanya.
Sewaktu skandal penyalahgunaan wang pinjaman ternak lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh NFCorp untuk membeli kondo mewah mula hangat diperkatakan dahulu, Najib dengan berani tampil ke hadapan mempertahankan keluarga pengarah NFCorp yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang Menteri Kabinet dan menjamin tiada sebarang penyelewengan yang telah berlaku.
Walau bagaimana pun, laporan media baru-baru ini mendedahkan bahawa pihak polis sendiri telah mengesyorkan supaya para pengarah NFCorp disiasat di bawah tuduhan pecah amanah, salah satu bentuk penyelewengan.
Dalam temu ramah dengan media antarabangsa CNN pula, Perdana Menteri pernah menjamin yang tiada kekasaran dan keganasan dilakukan oleh pihak polis terhadap penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada tahun lalu.
Namun, umum mengetahui kepalsuan jaminan itu. Kita dapati yang pihak polis bukan sahaja telah melakukan provokasi melampau, malahan mereka telah mengasari penunjuk-penunjuk perasaan yang terbabit.
Kedua-dua contoh ini sahaja sudah memadai untuk menunjukkan bagaimana jaminan-jaminan Perdana Menteri ini tidak ada kredibilitnya. Setiap kali beliau mengutarakan sesuatu pendapat atau jaminan, sudah kita sedia maklum yang beliau bukannya bercakap dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi lebih sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.
Reaksi beliau selama ini adalah langkah terdesak untuk melindungi air muka beliau dan kepentingan politik UMNO-BN. Sebab itu jugalah Najib sanggup merayu undi supaya rakyat memberi majoriti dua pertiga kepada UMNO-BN dalam pilihan raya umum akan datang jika mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi lebih kuasa.

Layakkah Najib memberi jaminan keselamatan nyawa manusia?
Jadi, wajarkah rakyat yang cerdik mempercayai jaminan Najib berkaitan isu nadir bumi Lynas ini? Sedangkan dalam isu yang lebih mudah difahami seperti NFC dan BERSIH pun beliau boleh ‘tersilap’ memberi jaminan.
Wajarkah dalam isu yang lebih rumit seperti Lynas ini, kita berasa selamat dan yakin tiada sebarang kemudaratan dan kecelakaan akan menimpa penduduk Gebeng dan Kuantan serta seluruh Pahang kelak?
Najib tidak ada kelayakan sama ada dari segi saintifik mahu pun kredibiliti untuk memberi keyakinan kepada mana-mana pihak terhadap keselamatan projek itu. Jika disemak latar belakang beliau, tidak dinyatakan yang beliau pernah dianugerahkan apa-apa ijazah dalam bidang sains, biar pun daripada Universiti Curtin sekali pun.
Memang ada pakar sains yang mengakui nadir bumi yang telah diproses menjadi cip mikro bagi telefon pintar itu rata-ratanya tidak berbahaya. Namun begitu, yang menjadi kekhuatiran ramai ialah sisa toksik daripada bahan mentah tersebut. Jika tidak dilupuskan dengan betul, sisa-sisa radioaktif inilah yang sebenarnya akan membawa kemudaratan kepada penduduk-penduduk sekitar terutamanya di Gebeng dan kawasan sekitar Kuantan.
Kemalangan skala besar boleh berlaku kerana masalah yang kecil sahaja. Loji Chernobyl di Ukraine (dahulu Soviet Union) dahulu telah dikendalikan oleh pakar-pakar nuklear yang terkemuka, namun itu tidak dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan ngeri yang memberi kesan kepada lebih 200,000 orang. Selepas siasatan dijalankan, didapati kemalangan tersebut berpunca daripada sesuatu masalah teknikal yang kecil.

Australia tolak, Malaysia terima
Persoalannya, sanggupkah kita melihat rakyat kita sendiri merana jika apa-apa terjadi kelak? Beberapa faktor seperti bentuk daratan yang dipenuhi dengan sungai dan kepadatan penduduk yang tinggi menjadikan Malaysia calon yang amat tidak sesuai untuk projek pemprosesan nadir bumi. Jika sisa radioaktif itu terserap dalam tanah dan sistem perairan kita, semestinya aktiviti dan kesihatan kita turut terjejas.
Projek sebegini memerlukan kawasan yang luas dan tidak berpenghuni. Dengan kata lain, kawasan dengan kepadatan penduduk yang rendah. Dalam hal ini, kawasan gurun amatlah bersesuaian untuk melaksanakan projek nadir bumi ini kerana sisa-sisa radioaktif dapat dilupuskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai.
Sudah tentu Australia dilihat sebagai lokasi yang ideal untuk membangunkan projek Lynas. Justeru, cukup musykil apabila Australia sendiri menolak tawaran Lynas dengan tidak membenarkanya beroperasi di negara itu. Penolakan oleh Australia itu sepatutnya sudah cukup untuk rakyat Malaysia bangkit menentang Lynas daripada beroperasi di negara kita.
Jika berlaku sesuatu bencana yang amat buruk dan ngeri, apakah yang dapat Najib jamin pada saat itu? Janganlah kita jadikan kata-kata jaminan Najib itu sebagai satu lagi kata-kata terakhir yang penuh ironi apabila nyawa rakyat bakal terjejas akibat radiasi kelak.

Selasa, 28 Februari 2012

Unta

Saidatina Fatimah r.a, isteri Saidina Ali r.a didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali r.a mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali r.a bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah r.a. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali r.a menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi & Saidatina Fatimah r.a memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali r.a dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan & ingin menjualkan untanya. Saidina Ali r.a tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali r.a berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali r.a pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali r.a pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali r.a lalu bertanya
"Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual & membeli unta itu?"
Apabila Saidina Ali r.a mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Malaikat Jibril & yang membelinya ialah Malaikat Mikail.

Frontal lobe 2

Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

Ahad, 26 Februari 2012

Info minyak

Mungkin dgn sedikit ilmu di dada.. saya nak jelaskan sedikit.. sekira nya ada salah dan silap, harap maaf kan, sekira ada yang terkurang, dan ada kawan2 lain yang tahu dgn lebih lanjut.. mungkin dapat tambah…
Dgn sedikit pengalaman bekerja di hub petroleum di Kertih, Terengganu, walau pun di bidang bukan Teknikal, namun dgn pergaulan dgn org2 Teknikal dan Pemasaran, dapat tahu sedikit info ttg syarikat majikan sendiri..
Memang betul, dgn kurniaan Illahi, Alhamdulillah minyak mentah di luarpantai Msia adalah “sweet crude”. Sweet crude minyak ini mmg gred nye baguih, dan di dagangan antarabangsa kerana kandungan sulfur yg rendah, antara minyak yg sentiasa dicari oleh pasaran (minyak Msia dipanggil “Tapis Crude” di dalam crude oil trading.. minyak2 di medan minyak seluruh dunia semua ada nama utk “trademark” di dagangan antarabangsa, contoh nye “Brent Crude” utk minyak dari laut UK, “Nile Crude” untuk minyak dari Sudan, etc).. Tapis Crude adalah antara yang terbaik, Gred A lah, oleh sbb kurangnya kandungan sulfur di dalam nye..
Kenapa Petronas jual minyak Msia ke luar? Ini adalah strategi perniagaan.. sesungguh nya.. minyak mentah, di mana2 di dunia ni pun, sama sahaja kandungan nye setelah di proses.. cumanye, sebelum di proses, ada bahan2 lain yang “mengotori” minyak itu.. salah satu nye adalah sulfur, yg kalau kandungannya tinggi, proses penapisan makin rumit… jadi.. actuallly nye, bila Petronas jual minyak Tapis Crude ke luar, dapat untung yang lebih sebab minyak itu mahal harga nye, orang nak beli sbb nak proses Tapis Crude ni mudah.. dan Petronas beli minyak Gred C (yang byk sulfur) dgn harga yg murah, dan petronas buat proses penapisan sendiri di PETRONAS Penapisan Terengganu (PPTSB) dan di PETRONAS Penapisan Melaka (PPMSB) yang mempunyai teknologi yang tinggi utk tapis minyak sedemikian.. hasilnya.. masih minyak yang bersih.. yang sama.. untuk kegunaan semua syarikat minyak di malaysia..
kenapa saya cakap untuk kegunaan semua syarikat minyak di malaysia? Sbb semua minyak yang ditapis dalam Malaysia, whether it is being done by Petronas at PPTSB or PPMSB, or by Shell di penapisan nya di Port Dickson atau by Exxonmobil di penapisannya juga di Port Dickson.. semua minyak bertapis itu adalah hak milik Kerajaan Malaysia.. ianya akan dikumpulkan setempat di satu depot besar (di Kelang kalu tak silap saya) kemudiannya baru lah syarikat minyak itu masing2 ambil minyak yg dtelah ditapis tadi mengikut jumlah PSC (Petroleum Sharing Contract) masing2 yang telah ditandatangani antara syarikat dgn Kerajaan Msia sejak 1974 (di bawah Petroleum Development Act 1974)..
then.. PETRONAS, Shell, Exxon, masing2 bawak minyak bertapis tadi balik kat depot sendiri2 pulak.. and letak additives… additives inilah sebenarnya yang membezakan minyak antara syarikat2 minyakk… additives ini adalah “rahsia” besar syarikat minyak masing2.. ia merupakan ramuan tambahan untuk memberi “edge” atau kelainan kpd minyak itu.. so, dgn penambahan additives, baru lah ada minyak “Primaxx3″, minyak “VPower” dan minyak “Exxon”.. barulah ada kaler hijau.. biru… merah.. kuning.. dll..
Sekarang, keuntungan PETRONAS, 75% dipulangkan kepada kerajaan Malaysia.. 25% sahaja diguna semula sebagai modal pusingan..
jadi, jgn ditanya sama ada PETRONAS sudah menjalankan tanggungjawab nya kepada rakyat atau belum.. tapi tanyalah soalan itu kepada sesiapa yang menguruskan nya..
sekian