Rabu, 29 Februari 2012

RM50...

Tinjauan barang-barang dapur sama ada di pasar tani, pasaraya dan pasar besar didapati harga ikan dan makanan laut yang lain naik begitu mendadak sekali yang kadangkala boleh membuatkan kita pening kepala mana satu hendak diutamakan kerana harganya melambung-lambung dari hari ke sehari.

Mana tidaknya harga ikan cencaru yang dahulu boleh kita dapat RM4 sekilogram tetapi kini mencecah RM10 dan begitu juga ikan kembung dahulu boleh dibeli dengan harga RM6 tetapi kini sudah mencecah RM20. Harga sotong basah kini RM24 dan udang juga RM24 dan ketam kini RM28 sekilogram.

Serai tidak ada lagi harga 20 sen tetapi kini RM1 seikat, harga cili merah hanyalah 3 atau 4 biji  RM1 dan begitu juga dengan sayuran yang lain agak mahal harganya berbanding dengan harga 2 tahun yang lalu.

Nampaknya kita sudah kembali di zaman 60-an atau 70-an di mana walaupun harga ikan hanya di bawah RM1 sekilogram di masa itu tetapi masih tidak mampu membelinya sekati atau sekilogram dan hanya mampu membeli seekor atau 2 ekor ikan kembung untuk sarapan sekeluarga tengah hari dan malam.

Dengan membawa RM50 ke pasar hanyalah dapat membawa balik sekilo ikan kembong dan sekilo udang serta 2 atau 3 jenis sayur sahaja. Ada juga di antara pelanggan membeli ikan-ikan yang separuh busuk dijualkan di sana yang mana kadang kala kucing pun 'reject' untuk menjamahnya menjadi menu sekeluarga di rumah nanti.

Ini adalah realiti kehidupan sekeliling kita di mana tiada kaitannya sama ada yang hidup ataupun yang mati dan ianya adalah sebagai renungan sahaja.

Syed Abdullah Osman Jamalullail,
Seremban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan