Nak di jadikan cerita, ada kumpulan kongsi gelap yang sangat langsi menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Oleh itu, ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut jika ditangkap..
Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM30,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua kongsi gelap mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.
Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat “Duit RM30,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”
Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,
“Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak. Tembaklah… ”
haha, tak guna punya pakar bahasa.. nak makan sorang..
kredit : nizarazu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan