Selasa, 21 Februari 2012

Cuepacs

Membaca berita bertajuk Cuepacs wants back pay di muka 2, akhbar The Sun hari ini, Selasa 21/02, telah menimbulkan rasa meluat di hati saya, pada mulanya. Tapi, perasaan saya berubah, bagaikan baru menonton siri Mr. Bean, apabila sampai ke perenggan terakhir berita tersebut.

Minta maaf, ya! Bukannya saya hendak memberi komen negatif kepada berita sebenar yang dirujuk oleh tajuk. Saya sangat-sangat menyokong gesaan tersebut. Komen saya sebenarnya adalah berkaitan dengan 2 berita tempelannya.

Satu kelab UMNO baru, “Kelab UMNO PESARA Malaysia (Kupermas)”, akan dilancarkan dalam bulan Mac nanti. Setiausaha Kehormatnya, Datuk Abd Rahman Manan, menyebut bahawa objektif kelab ditubuhkan ialah untuk menyatukan pesara-pesara bagi memberikan sokongan kepada UMNO dan BN. Eloklah tu. Lebih baik (sikit) dari jadi ahli kelab dangdut. Sepatutnya mereka tubuhkan “Kelab Ingat PUSARA Malaysia (Kipermas)”. Manfaatkanlah sisa umur yang ada. Tak fahamkah…UMNO/BN sedang dikafan untuk menuju ke PUSARA!

Berita tempelan yang menjadikan hati saya meluat ialah presiden Kupermas ialah presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman. Sekarang terdedahlah sudah kepada umum pegangan politik orang yang telah diberi amanah memperjuangkan kebajikan kakitangan awam Malaysia. Saya ingin bertanya kepada kakitangan awam. Sekiranya berlaku pertembungan kepentingan, antara kakitangan awam dengan kerajaan UMNO/BN, apakah keutamaan beliau? Fikirkanlah sendiri!

Datuk Omar Osman berkata bahawa kelab akan memohon dana. Bukannya dari UMNO/BN, tapi dari kerajaan! Ha..ha..ha. Lawak sungguh. Bila saya perhatikan mukanya di media, saya sangkakan dia sentiasa serius orangnya. Salah sangkaan saya, dia sebenarnya tukang lawak yang hebat.

Wahai pembayar cukai, mari kita laungkan kepada kelab ini…”Kami haramkan wang kami jika kerajaan hulurkan dana kepada Kupermas”!

Tarmuzi Nek,
Seri Kembangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan