Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk Solat Istiaqa' & berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru & para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah.
Tetapi keadaan masih tidak berubah..
Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot & rambut yang kusut berjumpa Khalifah.
"Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku."
Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu.
"Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak & abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?".
Pemuda itu menjawab,
"InsyaAllah doa kita akan dikabulkan!".
Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat & berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya,
"Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah."
Pemuda itu menceritakan,
"Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu & merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu & terus mengabdikan diri kepada Allah."
Khalifah mengucapkan terima kasih & terus sujud syukur kepada Allah..
"Dosa yang membuatkan kamu menyesal & bertaubat kembali pada-Nya lebih disukai Allah daripada kebaikan yang kamu buat tetapi menjadikan kamu bermegah-megah dengan kebaikan itu.."
(Ali bin Abi Thalib r.a)
Allah Taala berfirman:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri & (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya & berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) & juga perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.."
(Al-A'raf: 55-56)
Allah Taala berfirman:
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu & pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.."
(Al-A'raf: 180)
Semasa Saidina Umar r.a pergi mengerjakan umrah,
Nabi Muhammad s.aw pernah meminta Saidina Umar r.a mendoakannya walhal Nabi itu maksum.
Begitulah doa. Sesiapa sahaja boleh kita minta mendoakan kita kerana kita tidak tahu doa yang mana satu Allah maqbulkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan