cuba kita renungkan, agaknya kenapa si ibu ini membuang bayi tersebut? xmungkin dia xsedikit pon xada perasaan belas kasihan kepada anak ini...anak inilah yang menemani perjalanan hidupnya selama 9bulan, anak inilah tempatnya meluahkan perasaan, anak inilah teman bicaranya sehari-hari...
mengapa kisah pembuangan bayi dikalangan orang melayu leih tinggi berbanding kaum lain? sedangkan bukannya tidak ada kes seks sebelum nikah berlaku dikalangan bukan melayu, malah lebih ramai lagi...
tapi kenapa mereka tidak membuang bayi?
jawapannya mudah, kerana masyarakat mereka boleh menerima kehadiran bayi luar nikah tersebut...
ibu bapa mereka tidak kisah membiarkan anak mereka memelihara bayi tidak sah taraf tersebut...
masyarakat mereka langsung tidak memandang jijik kepada keluarga tersebut......
tetapi kita???
masyarakat kita???
masyarakat melayu???
apa yang kita lakukan???
bila ada seorang wanita yang mengandung anak luar nikah, kita hina dia, kita caci, kita maki, kita pulaukan...
kita anggap dia perosak nama baik orang melayu (macamlah kita baik sangat)...
kenapa kita xboleh terima kesalahannya itu sebagai suatu kesalahan?
elok-elok orang tue ade niat nak memelihara anak dalam kandungannya itu, disebabkan sikap kita, mereka ambil keputusan nekad membuang anak itu...
membuang dengan cara kejam...tinggalkan di dalam tong sampah...
flush didalam lubang tandas, buang di dalam longkang...
terlalu kejam...teramat kejam....
bersama-samalah kita renungkan...
sSALAH SIAPA SEMUA INI TERJADI???
apa salahnya jika kita berlapang dada, bersikap terbuka...
menerima anak ini dan ibunya dalam masyarakat kita...
jangan dicemuh wanita yang mempunyai anak tanpa suami...
bersyukurlah kerana dia sudi memelihara anak dari persetubuhan haramnya dengan si ayah yang kemudiannya lesap, hilang ghaib entah kemana...
ubahlah stigma dan persepsi dalam masyarakat kita...
jika xmahu kes buang bayi meningkat lagi...
kerana saya percaya...
gadis2 diluar sana yang sedang mengandungkan anak luar nikah, ingin benar memelihara anak ini...
tapi, mereka takut....
mereka risau andai masyarakat memulaukan mereka...
mereka takut keluarga mereka dihina,dimaki, dicaci...
kerana itu mereka terpaksa menjadi kejam...
KEJAM TERHADAP BUAH HATI PENGARANG JANTUNG MEREKA...
KEJAM KERANA TERPAKSA MEMBUNUHMU ANAK...
MAAFKAN IBUMU SAYANG....
IBUMU TERPAKSA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan