Sebelum kita merungut kenapa. Kita periksa dulu apa yang buat manusia jadi kaya:-
- Kilang
- Kuasa Politik
- Kehakiman
Di mana orang Melayu?
Kilang
Kita lihat kilang. Orang Melayu ada kilang? Kilang melambangkan teknologi. Dari kilang, wujud produk untuk dijual di kedai-kedai. Apa yang saya tahu, ramai orang Melayu yang memiliki kedai, jual barang orang China.
Tahun Baru Cina, orang di China dan Malaysia cuti. Kita nak beli barang di mana? Saya rasa, saya tak perlu huraikan panjang lebar bab ini. Jelas Melayu tak ada kilang macam orang Cina.
Kuasa Politik
Orang Melayu tak ada duit. Nak belajar pun kena pinjam duit dari kerajaan. Jom! Kita tengok kuasa politik.
Apa itu kuasa politik? Sekarang kita cakap soal orang Melayu di Malaysia. Dah tentu politik Malaysia. Malaysia itu sebuah negara. Jadi di sini, politiknya ialah politik negara. Kuasa politik negara.
Siapa ada kuasa politik ini, maknanya dia dapat kawal negara. Termasuk kilang orang Cina. Kalau nak buat kilang baru untuk orang Melayu pun boleh.
Hakikatnya, orang Melayu kekal miskin di negara sendiri. Walaupun berahli-politikkan ahli politik Melayu.
Baiklah! Kita ada dua kemungkinan:-
- Kemungkinan pertama, orang politik Melayu dah bikin kilang. Tapi orang Melayu kekal miskin. Sahlah kilang itu gagal dan tidak bermakna untuk rakyat.
- Kemungkinan kedua, orang politik Melayu belum bikin kilang lagi. Sahlah ahli politik tidur dan tak tahu duit yang dia pegang, dia dah belanja untuk diri dia sendiri.
Kehakiman
OK! Yang terakhir, kehakiman.
Sebelum kita sentuh bab mahkamah ni, kita imbas semula.
Kilang siapa pegang di Malaysia? Cina bukan?
Kuasa politik siapa pegang di Malaysia? Melayu bukan?
Kehakiman siapa pegang? Masihkah anda ingat peguam VK Lingam? Bidang kehakiman dipelopori oleh orang India. Mereka petah berbahasa Inggeris dan kebanyakan orang India suka bercakap.
Orang India tak ada kilang. Orang India adalah golongan minoriti di Malaysia. Mereka tak boleh menang majoriti dalam pilihanraya untuk peroleh kuasa politik negara ini macam orang Melayu. Kalau mereka nak boikot produk kilang orang Cina, mereka tentu akan diketawakan.
Sebab itu, mereka ambil jalan tikus untuk kaya.
Apa kehakiman boleh buat pada nasib orang India?
Tahukah anda bahawa kes saman-menyaman di mahkamah sekarang mencecah jutaan ringgit?
Kes orang besar-besar, lagi tinggi jumlah samannya. Kes orang besar, seperti kes orang politik dan orang empunya kilang.
Ya! Kehakiman dapat menggugat masadepan kuasa politik dan empunya kilang juga.
Renung sejenak
Tapi kalau anda tanya saya, siapakah yang lebih berkuasa dan cerah masadepannya di Malaysia?
Jawapannya, orang Melayu.
Pertama, mereka majoriti. Mereka boleh makan atas lantai dan semua kedai perabot orang Cina boleh bankrap atau terpaksa jual benda lain seperti China Doll dan seumpamanya.
Kedua, mereka ada kuasa politik. Pihak berkuasa boleh pilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang di negara ini.
Ketiga, mereka boleh lawan mahkamah. Melalui revolusi, jalanraya akan dilauti orang Melayu yang majoriti.
Kesimpulannya, BN gagal dan majoriti orang Melayu kena bangkitkan pemimpin Melayu yang gagal ini dan yang tertidur juga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan